Quantcast
Channel: cerita.pun.bz
Viewing all 66 articles
Browse latest View live

Kisah Benar - Gadis Yang Sindir Dan Mempertikai Hukum Allah Di Beri Balasan Serta Merta

$
0
0


Assalamualaikkum & Salam Peringatan, Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar- benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah, Mesir. Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?” Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah- dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab. Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang- penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng- gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa
jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan
pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi
dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata- kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang- undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang- undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga
terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Kereta berat ditumpang pontianak

$
0
0
MENGHABISKAN cuti hujung
minggu di Bukit Fraser, Raub,
Pahang sudah jadi amalan
Ghazli dan Fazlin (buka nama
sebenar) serta tiga anak
mereka sejak setahun lalu. Kerjaya Ghazli sebagai
pemuzik dan isterinya, penulis
sesuai dengan suasana
semula jadi yang ditawarkan
kawasan pelancongan
berbukit di Banjaran Titiwangsa
ini. Selain suasana alam semula jadi
yang masih tidak dicemari
pemodenan yang rencam,
Fazlin cukup mengagumi
suasana perkampungan seolah-
olah di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan
bangunan granit kelabu
dengan gaya Tudor. Banyak kali juga suami isteri
ini mendengar cerita seram,
pelik dan misteri yang
dialami pelancong yang
bertandang, maklumlah
kebanyakan banglo serta hotel yang
ada sedia wujud seawal era
kolonial lagi, namun itu semua
tidak pernah menjadi
penghalang. Bukit Fraser menyimpan
pelbagai sejarah perjuangan
orang Melayu sewaktu
menentang penjajah Inggeris
sejak 1917 hingga ambang
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos
1957. Antara kisah misteri yang
pernah menyelubungi Bukit
Fraser, termasuk pencarian
seorang paderi Kristian dari
Singapura pada 1917, Bishop
C.J. Ferguson yang berjaya menemui ‘Bukit
Fraser’ selepas berhari-hari
mencari rakannya, seorang
pelombong bijih timah, Louis
James Freser yang dilaporkan
hilang di dalam hutan itu. Kerajaan Inggeris percaya
Freser mati dimakan binatang
buas atau dibunuh Orang
Asli dan tubuhnya menjadi
makanan mereka. Begitupun
versi yang boleh diyakini menyatakan Freser dibunuh
pejuang Melayu yang
menentang Inggeris. Memang sudah tertulis, setiap
apa yang berlaku ada sebab
tersendiri. Terpulang
kepada manusia dan insan di
bumi Allah SWT untuk
mengambil iktibar. Kali ini Ghazli dan Fazlin silap
perkiraan dan lewat
memulakan perjalanan iaitu
hampir Maghrib. Biasanya
mereka akan mengelak
mendaki Bukit Fraser dalam suasana
gelap kerana jalan yang sempit
dan sukar ketika berselisih
kereta, banyak
selekoh berbahaya dan curam.
Jika sesuatu berlaku sukar juga hendak mendapatkan
bantuan. Nekad meneruskan perjalanan,
kira-kira setengah jam
memandu, sebaik melepasi
kawasan tadahan Empangan
Kuala Kubu Bharu, mereka
berasa seperti sesuatu yang tidak kena dengan kereta
yang dipandu. Anak kedua mereka, Nayli, 6,
sejak tadi resah dan takut.
Fazlin memujuk sambil
menyuruhnya cuba tidur
seperti abang dan adiknya. Fazlin sendiri tambah gusar
kerana baru hari pertama
datang bulan, suami pula
senyap dan langsung tidak
bercerita, malah cukup serius
memandu. Sebelum ini, tidak pernah pula dia begitu.
Enjin kereta terdengar
mengeram kuat tetapi
kelajuan hanya 60 kilometer
sejam (km/j). Berpeluh Ghazli
menekan pedal minyak tetapi kelajuan tetap sama.
Pelik, padahal kereta baru
dihantar servis. Bukit
Fraser pun belum dipanjat lagi. Bulu romanya tegak berdiri,
dalam hati kalimah dan ayat
suci serta Ayatul Kursi
menemani mereka sepanjang
perjalanan. Jangka waktu 20 minit
sebelum sampai ke Gap
dirasakan terlalu lama.
Perasaan
sesal dan bimbang bercampur
baur. Apa pula musibah yang bakal menimpa mereka
sekeluarga. Sebaik melepasi selekoh lokasi
tragedi Sir Henry Gurney
dibunuh, kenderaan
tiba-tiba meluncur laju. Tiada
lagi bunyi enjin mengeram,
ringan dan lancar. Ghazli dan Fazlin masih
membisu sehinggalah mereka
tiba di menara jam di tengah
pekan Bukit Fraser. “Nampak tak apa yang saya
nampak?” kata Ghazli dengan
wajah serius. Fazlin
dengan wajah pucat dan
suspen sekadar
menggelengkan kepala. “Benda tu terbang dan
melintas betul-betul depan
kereta kita dan terus lenyap
ke
dalam hutan dekat selekoh
tadi...” kata Ghazli lagi sambil meraut muka dengan
tangan. Rupa-rupanya kereta
mereka ditumpang makhluk
yang dikenali sebagai
pontianak. “Patutlah abang diam semacam
saja, rupanya makhluk itu
cuba mengusik kita
sekeluarga. Barulah saya
faham kenapa orang tua kita
tidak galakkan keluar rumah waktu Maghrib, inilah
mungkin sebabnya.” Selepas kejadian itu, Ghazli dan
Fazlin serik dan akan
memastikan mereka akan
naik ke Bukit Fraser hanya
pada waktu siang.

POLIKLINIK CHERAS,KUALA LUMPUR

$
0
0
Kisah ini bermula
apabila kami merancang untuk
ke kawasan-kawasan yang
berhantu.Kononnya nak cari
adventurelah.Mase tu,kitorang
berlima aje.Camane ntah,kami terserempak ngan
member kitorang yang
lain.bertambah lagi lima orang
(sepuluh orang,empat
daripada kami adalah
perempuan).Mulanya, kami merancang untuk 'melawat'
kawasan
runtuhan highland
tower.Tetibe aje ade sorang
member kitorang ajak pegi
hospital tinggal kat lady'templer...lagi
thrill,katanye.
Setibanye kami disana,jam
menunjukkan 12.37
pagi.Memang waktu 'panas'.
Setibanye disana,memang kami
terpegun....dan perasaan seram
yang amat. Sebuah hospital
yang besar, kelihatan amat
usang dan suram.Dengan
hanya ditemani sebuah lampu suluh dan sinaran bulan yang
mengambang,kami mula
memasuki kawasan itu... Langkah pertama kami
menjejak tempat itu,tetiba
sahaja kami diselubungi rasa
gerun. Bulu roma kami
semuanya tegak... namun
kami tetap meneruskan 'pengembaraan' kami.. masuk
saja ke dalam hospital
itu,memang keadaannya amat
menyeramkan..silingnya
kebanyakan dah rosak dan
bertaburan di lantai...terdapat katil yang bersepah-sepah
dalam bilik wad... bau
antiseptik yang amat
kuat..terdapat beberapa
tompokan pada dinding bilik
itu..(kami tak pasti samada ia adalah darah ataupun tidak)
...malah terdapat balang yang
ditinggalkan yang
masih terdapat organ manusia
didalamnya!!! Dalam situasi begini,pastinya
kami bertambah seram
sejuk.Kami meneruskan
pengembaraan kami ketingkat
2, dimana bilik-bilik wad
ditempatkan.Di tingkat inilah kami mula
di'ganggu'.Pada mulanya salah
seorang kami mendakwa
ternampak
sebuah keranda didalam salah
satu bilik tersebut.Dengan tetiba sahaja perhatian
kami bagaikan ditumpukan ke
satu sudut bilik itu...dan kami
terlihat kepada
'empunya' keranda itu... Lantas,kerana terlalu terkejut
dan panik,kami beramai-ramai
melarikan diri.Entah
macamana,mungkin kerana
terlalu panik, 2 budak
perempuan ter'lepas'ke tingkat
3...manakala yang selebihnya
terus keluar dari kawasan
itu...mujurlah seorang
member kami perasan,maka
bermulalah pengembaraan untuk 'menyelamatkan'
mereka
pula... Kami terus naik ke tingkat
tiga...dan menjumpai mereka
dalam keadaan
berpelukan,menggigil dan
kelihatan pucat sambila
menuding jari ke satu arah...kami menyuluh ke arah
itu...terdapat bilik dimana
pintunya tertutup dan
papatanda yang bertulis
"LABOR WARD"(wad bersalin)
.Pada masa itu,kami terlihat secara samar-samar, kelibat
seorang wanita mendukung
anaknya.Tanpa melengahkan
masa,kami terus angkat kaki,
terus menuju ke kereta kami,
dan terus memecut keluar dari kawasan
itu...sempat jugaklah aku
pandang seimbas kat hospital
tu...ade kelibat lelaki
memerhatikan kami dar salah
satu tingkap yang pecah itu... Dipendekkan cerita, menurut
bebudak pompuan tu, mase
kekalutan tadi, mereka tak
sedar bagaimana mereka boleh
berada di hadapan wad
bersalin itu...menurut mereka, ketika itu kedengaran
bunyi wanita mengerang
kesakitan...dan juga bunyi
tangisan bayi...lantas sebelum
kami 'menyelamatkan'
mereka, mereke mendakwa bahawa ada bayi yang belum
cukup sifatnya...merangkak
perlahan-lahan menghampiri
mereka...entah dari mana,
seorang lembaga wanita
muncul dan terus mendukung bayi
itu... Inilah pengalaman yang paling
getir yang pernah aku
hadapi...selepas kajadian
itu....aku bernekad tak nak
mencari 'hantu' lagi...cukuplah
apa yang terjadi kepada kami pada hari
tu...apabila difikirkan...tak
elok kacau tempat
'orang'...biarlah mereka
bersemadi dengan aman di
situ....semoga Tuhan mencucuri rahmat kepada mereka... Dikongsikan oleh : mohd rosli
(cheras)

5. TOK AWANG NGAH - DIA BERLARI DI ATAS AIR

$
0
0
SUDAH ramai orang menziarahi Aki Sahak semasa saya sampai bersama isteri saya dan Sali. Sepanjang jalan untuk ke rumah Aki Sahak saya berfikir bagaimana Aki Sahak boleh muntah darah. Bagaimanapun saya belum dapat memastikan macam mana keadaan Aki Sahak sebenarnya. Hendak bertanya pada Sali pun saya fikir tidak penting. Lagi pun Sali dalam keadaan gelabah tidak tahu apa mahu dibuat. Bila Abang
Amud suruh memanggil saya, dia panggil. Makda Saodah suruh dia panjat kelapa ambil buah kelapa muda, dia panjat. Itu saja yang dia tahu. Ketika saya masuk mendapatkan Aki Sahak, saya lihat Abang Amud ada duduk di kepalanya. Manakala Tonel sedang menyudukan air kelapa muda yang dijampi oleh Abang Amud. "Macam mana jadi ni?" saya duduk sebelah Tonel. "Emm, dah geruh macam mana pula" sahut Aki Sahak tenang. Saya lihat beberapa helai kain sudah basah dengan darah yang keluar dari mulut Aki Sahak. Teringat saya kepada kata-kata Aki Sahak semasa
terdengar bunyi air disedut dekat lombong semasa anak
Abang Amud mati lemas. Aki Sahak pernah menyebut puaka lombong mahukan geruh dia. Bererti puaka lombong mahukan Aki Sahak sendiri menjadi galang ganti. Heran juga saya bagaimana Aki Sahak boleh terlalai sehingga puaka lombong dapat mengganggu dia. Tetapi ini bukanlah mustahil kerana manusia ini ada kelebihannya dan ada kelemahannya. Musuh manusia akan sentiasa menunggu kelemahan itu. Begitulah yang terjadi kepada seorang ulama di Seremban iaitu mufti Negeri Sembilan. Saya mendapat tahu Allahyarham merupakan ulama yang doanya selalu menolong orang ramai. Tetapi beliau juga menghembuskan nafas akibat muntah darah juga. Jadi, tidaklah heran perkara yang sama boleh berlaku ke atas Aki Sahak. Sedangkan ulama besar seperti mufti itu pun bila sampai masanya tidak dapat
mengelak dari geruh, apakan pula Aki Sahak yang cuma belajar pondok. Semuanya telah ditentukan oleh Allah. Bagaimanapun Aki Sahak masih kelihatan segar, walaupun darah banyak keluar dari mulutnya. "Buatlah apa-apa patut ustaz..." bisik Abang Amud perlahan. Saya tidak menyahut. Saya memerhatikan pelupuk mata Aki Sahak. Pelupuk mata itu masih segar. Cuma bibirnya agak lebam sedikit. Ada juga di antaranya yang mengatakan Aki Sahak terkena 'kelintasan' yakni dilangkah oleh hantu raya atau hantu tinggi. Ada juga yang menuduh puaka lombong membalas dendam. Tetapi pada pendapat saya jenis-jenis syaitan tidak akan berani mengganggu Aki Sahak memandangkan amalannya selama ini sudah cukup kuat mendinding dirinya. Boleh jadi syaitan digunakan oleh orang-orang berilmu untuk menyempurnakan
tugasnya. Inilah yang boleh memporak-perandakan
manusia. Aruah Tok Aji iaitu tok aki saya juga pernah menghadapi perbuatan orang-orang berilmu menggunakan syaitan bagi memenuhi kehendak mereka. Tok Aji ini dilahirkan di Sumatera, kemudian dia berhijrah ke Tanah Melayu. Dia sudah berkahwin di Semenyih, di Singapura dan di Kota Tinggi. Kemudian menetap di kampung saya. Semasa dia menikah dengan nenek saya, Tok Aji sudah berumur hampir 60 tahun, manakala nenek saya
baru berumur 18 tahun. Tetapi itu jodoh namanya. Tok Aji kekal dengan nenek saya sehingga akhir hayatnya. Disebabkan Tok Aji berkahwin muda maka adalah orang yang iri hati dengannya. Dalam satu kenduri di rumah seorang kawannya, dia telah dihidangkan dengan kopi. Sebelum kopi itu diunjukkan kepadanya Tok Aji sudah tahu bahawa yang diberikan kepadanya ialah racun santau. Bagaimanapun Tok Aji tidak
boleh mengelak dan dia mesti meminumnya juga. "Wah, sedap kopi ni" katanya bila menghirup kopi tersebut. Orang ramai yang menyaksikan tidak tahu apa telah berlaku. Setelah diminumnya Tok Aji seperti biasa saja. Tidak ada apa-apa yang berlaku ke atas dirinya. Tetapi tidak semena-semena anjing di bawah rumah terjerit-jerit lalu mati dengan darah mengalir di mulutnya. Selepas itu beberapa kali Tok Aji telah diuji, dan dia terpaksa meminumnya sekalipun diketahuinya air tersebut telah dibubuh racun santau. Aruah Tok Aji memberitahu saya, racun santau ini dibuat oleh manusia dari serbuk kaca yang mempunyai ibu. Kadangkala orang yang menyimpan santau ini tidak perlu membubuhkan sendiri racun santau tersebut, memadai dengan menyeru saja maka ibu racun itu akan
terbang seperti lipas dan memasukkan racun santau berkenaan ke dalam makanan mangsanya. Sebab itulah ayah saya tidak mahu mengetahui sangat tentang racun santau, kerana katanya sesiapa yang sudah mengetahui maka dugaan sentiasa mengganggu seperti aruah Tok Aji. Bagaimanapun ayah saya pernah juga mahu diduga. Semasa saya bersamanya mengikut orang bertakbir Hari Raya pada malam Hari Raya, tiba-tiba gelas yang dihulurkan orang kepada ayah saya meletup dan pecah. Air kopi dari gelas itu menimpa kepala saya. Semua orang menyangka pipi dan muka saya melecur terkena air panas. Tetapi apa yang saya rasakan adalah sebaliknya. Air kopi itu sejuk seperti dimasukkan ketul air batu. Rupanya ayah saya tidak mengambil ilmu santau dari Tok Aji yang mesti diminum kalau mengetahui santau ada di dalamnya. Ayah saya mempelajari doa supaya tidak sampai untuk diberikan kepadanya. Walaupun Tok Aji dapat mempertahankan dirinya dari racun santau, tetapi apabila akhir hayatnya bisa racun santau itu naik semula. dia tercungap-cungap seperti itik kena sembelih sehinggalah nafasnya yang terakhir. Inilah yang saya fikirkan kalau apa yang dialami oleh aruah Tok Aji dilakukan oleh Aki Sahak. Mana tahu bisa racun santau yang mengancamnya sekarang sudah bertahun- tahun dulu dihirupnya. Mungkin dia terpaksa menghirupnya seperti aruah Tok Aji kerana amalannya terpaksa meminum juga. Hal demikian bukan berlaku ke atas orang-orang yang mendalami ilmu agama saja. Malah bomoh- bomoh terkenal juga mengalaminya. Seorang sahabat saya telah mempelajari ilmu mempertahankan diri dari racun santau ini dari ayahnya seorang bomoh. Sekarang sahabat saya berkhidmat dalam pasukan askar. Ketika dia menuntut dari ayahnya dia masih di kampung lagi dan menoreh getah. Pernah juga dia mengajak saya menuntut dari ayahnya ilmu mempertahankan diri. Tetapi entah mengapa hati saya enggan saja mahu mempelajarinya. Mungkin kerana saya lebih tertarik dengan pelajaran agama dari
aruah Tok Aji menyebabkan saya tidak tertarik hati dengan ilmu- ilmu bomoh ini. Lagi pun saya tidak berniat langsung untuk menjadi bomoh, seperti kawan saya itu. Malah dia sendiri apabila menyertai pasukan askar langsung melupakan terus cita-citanya mahu menjadi bomoh itu. Selepas saja dia tamat melalui ujian ilmu mempertahankan diri dari racun santau, satu hari apabila dia balik dari menoreh getah dia terasa haus lalu meminta air dari emaknya. Oleh kerana emaknya lewat membawakan air, maka kawan saya terpandangkan botol aiskrim soda. Pada sangkaannya tentulah aiskrim soda. Dia pun tidak bertangguh lagi lalu menghirupnya hingga habis sebotol. Apabila emaknya keluar, alangkah terperanjatnya orang tua itu kerana yang diminum oleh kawan saya itu ialah cuka getah yang baru dibeli oleh emaknya. Kelam kabutlah emaknya menyaksikan kejadian tersebut. Tetapi tidak ada apa pun merosakkan dia. Kawan saya hanya tersenyum saja selepas meminum cuka getah tadi. Tidak tahulah bagaimana dia sekarang, kerana sudah lama saya tidak berjumpa dengannya. Dia pun sudah berkahwin dengan orang Kluang di Johor. Jadi, jaranglah saya dapat bertemu dengannya. "Cubalah buat apa-apa ustaz..." desak Abang Amud
lagi. Aki Sahak tersandar pada bantal. Dia kelihatan letih sedikit, tetapi matanya tetap segar. Dia tersenyum memerhati saya sudah ada di sisinya. "Takkan kau nak biarkan Aki macam ni" tangannya menampar lutut saya. Saya tidak juga menyahut. Menghadapi orang berilmu seperti Aki Sahak bukanlah mudah. Kadangkala dia sengaja mahu menguji seseorang walhal dia memang tahu bagaimana mahu mengatasinya. Tidak ada langsung tanda-tanda dia dalam kesakitan apabila saya mula-mula menjengah dia tadi. "Buatlah apa-apa pun" pinta Aki Sahak masih memegang kepala lutut saya. "Bila kena ni?" saya mengeluh pendek. "Tiba-tiba aje..." Makda Saodah mencelah. "Lepas makan tengahari tadi dia rasa sakit dada. Langsunglah jadi macam tu" jelasnya dalam keadaan rusuh. "Aki, tak buat apa- apa?" tanya saya perlahan. "Nak buat apa...!" jawabnya tersengih-sengih. Tok Kadi pun tak boleh nikahkan diri dia sendiri. Orang sakit macam Aki ni pun tentulah tak dapat nak ubat diri sendiri..." ujarnya ketawa macam menyindir. Serba salah juga saya dibuatnya. Keadaan Aki Sahak memang tenat, tetapi saya lihat dia tidak seperti orang sakit. Suaranya tetap tenang. Sekali sekala dia terbatuk hingga keluar darah pekat dari mulutnya. Darah yang keluar dari mulut Aki Sahak itu seolah- olah orang mengalami luka parah. Kalau dibiarkan mungkin Aki Sahak akan kehilangan darah. Ada juga orang yang mendesak Aki Sahak supaya dibawa ke hospital, tetapi Aki Sahak enggan. Dia yang suruh Abang Amud segera memanggil saya. Sebenarnya saya jadi bingung menghadapi keadaan demikian. Kalau Aki Sahak yang saya anggap guru sudah tidak dapat bertahan, bagaimana pula saya boleh membantunya. Saya sendiri tidak tahu apakah ubatnya, kerana sebelum ini saya tidak pernah mengubati orang terkena racun atau santau. Lainlah kalau gangguan syaitan boleh juga saya mencuba-cuba. "Penyakit macam ni jenis gangguan syaitan juga..." ujar Aki Sahak macam mengetahui apa yang terbendung di jiwa saya. "Macam mana saya nak mulakan?" saya serba salah. "Buatlah macam mana pun..." desak Aki Sahak tersenyum pahit. Darah masih mengalir juga apabila dia terbatuk. Saya hanya mencuba. Tidak tahu apakah ayat- ayat tertentu harus digunakan. Saya merenung muka Aki Sahak tepat- tepat sambil berzikir khusyuk di dalam hati hingga terasa zikir itu menyeluruh ke segenap badan. Ketika ini dapat saya rasakan diri saya ditolak kuat oleh satu tenaga, tetapi
tenaga itu tidak berdaya menolak saya. Akhirnya saya tenggelam di dalam zikir. Saya tidak takut kepada apa pun yang mencabar. Hanya berserah saja kepada Allah untuk meminta pertolongan dan perlindungan. Saya terus menyemadikan diri, "Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyum Ya Qayyum, Ya Zaljalalil Wal Ikram, kepada Engkaulah aku memohon pertolongan". Demikian saya memulakan doa yang menyerahkan diri semata- mata kepada Allah. Lama saya menguatkan zikir saya barulah saya merasakan diri saya cukup gagah. Kekuatan yang ada pada saya sudah cukup untuk menghadapi sebarang musuh yang berdampingan dengan syaitan. Saya melihat seorang lelaki tua yang pernah saya temui sedang mengambil miang rebung dikumpulkan dalam satu balang. Puas saya mengingatkan di manakah saya pernah menemui orang tua tersebut. Orangnya kurus tetapi tinggi susuk tubuhnya. Dahinya sulah dan rambutnya jarang sedikit. Sudah dipenuhi uban
hingga memutih. "Tua kutuk...!" keluh saya meluat melihat perangainya. Tidak sedar sudah tua tetapi masih mahu melakukan perbuatan yang dilaknati Allah. Sepatutnya orang tua seperti itu mestilah melebihkan amal ibadat. Miang rebung yang diambilnya tadi digaul dengan serbuk kaca ditumbuk halus. Kemudian balang berisi serbuk kaca bergaul miang rebung itu diasap dengan kemenyan. Selepas itu ditapakan jauh dari kampung, di satu tempat yang dirahsiakan. Orang tua itu memuja balang berisi serbuk kaca dengan miang rebung itu hingga timbul ulat seperti bubuk di dalamnya. Ulat- ulat ini menjalar dalam gumpalan miang rebung yang seakan-akan rambut itu. Sebenarnya saya tidaklah nampak dengan jelas. Hanya seperti bayang- bayang saja. Sebab itulah orang tua yang saya lihat hanya seperti bayang saja. Bagaimanapun memang saya cam mukanya kalau bertemu di mana-mana. "Tua kutuk..." keluh saya perlahan. Orang tua itu berpaling. Dia seolah-olah mendengar keluhan saya tadi. Sebaik saja melihat saya berdiri bercekak pinggang menghadapnya, orang tua itu cepat-cepat melontarkan serbuk kaca itu ke mata saya. Tetapi serbuk kaca yang dilemparkan kepada saya itu tersekat pada tembok yang memagari saya tiba-tiba. "Kau berani datang ye!" pekik orang tua tersebut kelihatan marah. "Orang tua macam awak ni patutnya banyakkan amal ibadat" saya menyindir. Marah sangat saya kerana dicabar oleh orang tua berkenaan. "Kau datang nak cabar aku...?" dia mengancam dengan pandangan yang menggerunkan. "Bukan fasal cabar mencabar" jelas saya mengerling ke arahnya. "Kerja awak ni kerja syaitan. Jadi hamba syaitan. Dilaknat Allah..." ujar saya seterusnya. Dia semakin marah bila saya sindir begitu. Dia melepaskan beribu-ribu ekor ular mahu mematuk saya. Tetapi ular-ular yang dilepaskan oleh orang tua itu semuanya terbakar hangus bila saya hembuskan
ayat-ayat yang tertentu. Bertambah marah dia bila dilihatnya semua ular-ular yang menyerang tadi terbakar hangus. Kemudian dia membawa saya ke lombong
tempat anak Abang Amud mati lemas. Dia berlari-lari di atas air tersebut bagaikan berpijak dia atas bumi. Orang tua itu ketawa berdekah-dekah bila melihat
saya kehairanan memerhati dia berjejak di atas air. "Awak berkawan dengan puaka, berkawan dengan syaitan..." bentak saya mula mengancam dia. Melihatkan saya marah orang tu itu semakin kuat tertawa. Dia bertandak di atas air lombong itu seolah- olah memperagakan kebolehan luar biasanya. "Awak nak tunjuk kepandaian awak ye!" saya cuba mengawal perasaan marah apabila diejek-ejek. Dia tidak menghiraukan kata-kata saya, sebaliknya terus bertandak-tandak. Tetapi dia tidaklah menyerang saya seperti mula-mula tadi. Mungkin pada peringkat kedua dia hanya mahu saya meradang saja. Memang inilah cara syaitan mahu mengalahkan manusia. dia sengaja mahukan kita marah supaya mudah baginya mencari kelemahan. Mujurlah saya sedar akan tipu muslihat syaitan yang mahukan saya marah. Setelah dapat mengawal diri saya pun mula membacakan beberapa ayat Quran dan menghembuskan ke arahnya. Air lombong tiba- tiba menggelegak dan cair. Orang tua itu tercungap- cungap lari mencari tanah daratan. "Sahabat kau tak akan datang menolong!" saya mengejek dia. Kerana saya tahu dia lari ke lombong adalah untuk mendapatkan pertolongan syaitan yang menjadi sahabatnya. "Sahabat kau akan dipanah petir kalau berani datang menolong kau" kata saya lagi menyebabkan dia mulai marah. Gelak ketawanya tidak kedengaran lagi, sebaliknya mendengus-demgus marah. Dia berpaling mahu menentang. Entah macam mana dia menjadi gementar apabila bertentang mata dengan saya, ketika ini saya sedang azan. Gema azan itulah menyebabkan syaitan
yang diserunya tidak berani datang menolong. Nampaknya dia menggunakan puaka lombong itu untuk menentang saya. "Serulah sahabat- sahabat kau" saya terus mengejek. "Selagi kau bersahabat dengan syaitan, selama itulah kau ditipu oleh
syaitan. Tak mungkin syaitan datang menolong kalau dia tak dapat keuntungan" kata saya lagi. Orang tua itu semakin marah. Tetapi dia tidak berani menentang saya disebabkan syaitan yang diserunya tidak datang setelah saya azan tadi. Bumi tempatnya berpijak juga bergegar menyebabkan dia terhuyung hayang tidak dapat berjejak. "Bertaubatlah, dan kembali ke jalan Allah" saya menyerunya. Dia tidak juga menyahut. Berlegar-legar dia mahu menyerang. Tetapi setiap kali dia mahu mencuba gegaran bumi semakin kuat menyebabkan dia terhuyung hayang tidak dapat berjejak. Orang tua ini memang manusia biasa, tetapi dia menggunakan ilmu syaitan untuk kepentingan diri sendiri. Tidak heranlah mengapa manusia demikian mudah tertipu kerana syaitan boleh memperdayakan mereka dengan janji-janji untuk memberi kekuatan, kekayaan, kemewahan atau apa saja yang dihajat. Syaitan akan memberikan mereka kebal tidak lut oleh besi, syaitan menjanjikan kebolehan menyerang musuh dari jauh saja, syaitan menjanjikan ilmu yang boleh ghaib dari pandangan mata. Hal-hal seperti inilah menyebabkan manusia mudah terpedaya. Segala janji-janji syaitan itu adalah untuk sementara saja, iaitu selagi manusia mahu mengikut perintahnya. Bagaimanapun syaitan akan lari meninggalkan manusia tadi, apabila dia terseksa dengan ayat-ayat Quran. Dengan itu manusia yang ditinggalkan oleh syaitan akan terseksa pula sebagai galang gantinya. Inilah yang terjadi pada orang tua berkenaan. Memang saya cam orang tua tersebut. Bagaimanapun saya terpaksa rahsiakan dia dari pengetahuan orang-orang kampung. Orang tua ini ada hubungan kekeluargaan dengan Abang Amud. Semasa saya membantu Aki Sahak mencari mayat anak Abang Amud yang tenggelam di dalam lombong, dia juga ada menyaksikannya bersama. Dialah yang mendesak Ketua Penyelam itu supaya meneruskan kerja mencari mayat tersebut dengan tidak payah pertolongan dari Aki Sahak. Apakah tujuannya tidaklah saya tahu. "Apa yang awak sakit hati sangat pada Aki Sahak?" soal saya mengherdiknya. Dia mengacau hak orang..." sahutnya marah. "Apa yang dikacaunya?" "Kawasan ni kami punya!" "Kawasan apa?" "Kawasan anak ubat kami..." "Dia cuma menolong" "Tidak! Dia mengacau,,!" "Dia bawa ilmu Allah, awak kata mengacau?" sindir saya. Orang tua itu menjadi serba salah. Memang ada niat dia mahu menyerang saya. Tetapi setiap kali dia mahu menyerang terasa dadanya bagaikan kena pijak. Memang telah saya perhatikan sikapnya, sebab itu saya sudah menghentakkan tumit saya ke bumi dengan makrifat memijak jantungnya. "Kalau awak berani lepaskanlah kawan.." bentaknya pula mahu menerkam saya. "Kalau sahabat awak boleh menolong lepaskanlah sendiri" sahut saya mengejeknya. "Awak halang dia, macam mana dia nak datang!" katanya. "Kalau awak handal lepaskan halangan tu" kata saya sengaja menyakitkan hatinya. Berkali-kali dia cuba menerkam tetapi terasa jantungnya terpijak. Dia mengerang kesakitan bila terasa jantung kena pijak. Akhirnya dia memekik kuat melepaskan kemarahannya. "Kau nak bunuh aku ke?" jeritnya menggema. "Awak nak bunuh Aki Sahak kan?" soal saya kuat sedikit. "Fasal dia nak bunuh sahabat aku!" jawabnya membentak. "Kalau awak tak mahu malu, pergi sekarang" perintah saya masih tidak melepaskan tumit yang dihentak ke bumi. "Kalau tidak awak malu, keluarga awak pun malu" saya mengingatkan dia. "Biar mati aku takkan mengalah dengan kau!" dia berkeras tidak mahu mengalah. "Mengapa kau beri Aki Sahak santau?" jerkah saya apabila dia berkeras tidak mahu berundur. "Kau fikir kau boleh selamat. Ayat- ayat Allah lebih berkuasa dari santau, awak tau!" ujar saya seterusnya. Untuk mengujinya sengaja saya lepaskan tumit dari menekan bumi. Serentak dengan itu dia menerkam saya. Bagaimanapun belum sempat dia sampai kepada saya, orang tua itu jatuh terhempap ke bumi Saya menghembusnya dengan Surah Al Fatihah hingga dia terlambung tidak dapat bertahan. Kemudian saya susul dengan Surah Al Ikhlas. Ketika ini berpuluh-puluh bukit berterbangan menimpa ke atas dirinya. Dia terhimpit di bawah bukit-bukit yang berterbangan. "Kau tidak akan dibantu oleh sahabat kau. Dia juga akan hancur kalau cuba mendekati" saya menyerunya berulang kali. Setelah saya melihat dia tidak bergerak di bawah himpitan bukit-bukit yang berterbangan, barulah saya mengembalikan diri saya seperti sediakala. Saya masih menghadapi Aki Sahak yang terbaring. Dia kelihatan lemah sedikit. Darah juga sudah mula kering dari mulutnya. Di samping itu air kelapa muda yang sudah didoakan oleh Abang Amud tadi disudukan ke mulut Aki Sahak. Saya tahu Abang Amud mendoakan 'peluruh' iaitu mengatasi bisa racun, tetapi 'peluruh' yang diberikannya belum lagi berkesan. Walaupun keadaan Aki Sahak sudah ada reda dia masih juga terbatuk-batuk. Bahang panas di dadanya terasa berwap-wap. Lalu saya pun meminta air sejuk dari Makda Saodah. Pada sangkaannya saya mahukan
air minum, maka mereka pun memberikan kopi O. "Bukan saya nak minum" ujar saya tersenyum kerana geli hati. "Air nak buat ubat..." jelas saya. Barulah Makda Saodah menghulurkan kepada saya satu jag air sejuk. Saya membacakan Yassin tiga kali. Selepas itu air tersebut diberi minum pada Aki Sahak. Kira-kira sepuluh minit selepas dia minum air tersebut, Aki Sahak muntahkan darah dengan lendir-lendir putih. Saya suruh muntah itu ditadah dalam besen supaya tidak habis tempat tidur. Tiga kali Aki Sahak terjeluih muntah. Kali yang ketiga muntahnya tidak lagi darah tetapi segumpal rambut sebesar penumbuk, serbuk kaca dan miang rebung. Setelah semuanya habis keluar barulah kelihatan Aki Sahak terkulai lemah akibat keletihan. Disebabkan keadaan baru pulih, saya pun menyuruh Aki Sahak tidur saja. Jiran-jiran pun saya tidak beri mengganggunya. Biarlah jangan ditanyakan apa-apa sehingga Aki Sahak pulih betul-betul. Biasanya dalam masa seminggu barulah ada perubahan sedikit. "Kerja siapa agaknya?" Sali menggertap bibir. Barulah dia mahu bersuara setelah melihat Aki Sahak tidak lagi terbatuk-batuk. "Siapa agaknya ustaz?" Abang Amud pula bertanya. "Mana kita nak tau" sahut saya lemah. Sebenarnya saya juga terlalu letih. Pada lahirnya memang nampak saya duduk saja di situ, tetapi keletihan yang saya alami seolah-olah baru saja mengangkat beban berpikul-pikul. "Kalau tau orangnya" Sali menumbuk-numbuk tinju ke tapak tangan. "Kalau tau orangnya, aku pijak-pijak kepalanya. Aku terajang dia...!" gerutunya mcam menyimpan dendam. Saya mendiamkan diri saja. Biarlah Sali melepaskan geramnya. Saya tahu dia tidak akan bertindak kerana dia tidak tahu siapakah yang didendamnya. Tugas saya sudah selesai iaitu cuba mengubati Aki Sahak. Soal membalas dendam bukan kerja saya. Sebab Allah sendiri menjanjikan: Setiap perbuatan yang baik ada ganjarannya di akhirat, dan setiap perbuatan jahat ada balasannya di akhirat. "Hati binatang!" Sali masih merungut marah. Kalaulah saya terangkan siapakah orang yang ternampak oleh saya mungkin Sali sanggup menyerangnya. Tetapi saya tidak boleh memberitahunya. Kadangkala bayangan yang kita lihat itu tidak semestinya benar. Boleh jadi orang yang berniat jahat itu menjelmakan dirinya seperti orang lain. Sudah tentulah kita menganiaya orang apabila kita memberitahu apa yang kita lihat. Sebab itu aruah tok aki saya melarang menyebutkan orang yang kita lihat melalui bayangan itu kepada keluarga pesakit. Ditakuti mereka akan bertindak membalas dendam. Ustaz tak tau siapa orangnya?" tanya Sali semakin kejap menggertap bibir."Tidak..." saya menggeleng kepala. "Kita baca Yassin ramai-ramai" Abang Amud pula mencadangkan. "Kita balikkan semula pada orang yang membuat Aki Sahak" katanya membayangkan kemarahan yang membakar
perasaannya. Dia berkisar punggung bagaikan mahu melompat menerkam sesiapa saja. "Jangan ikut perasaan..." Aki Sahak membuka matanya perlahan. Rupanya sejak tadi dia mendengar saja perbualan kami. "Jangan ikut perasaan. Kau boleh bacakan Yassin dengan niat nak membunuh orang. Kalau Allah makbulkan, kau mesti ingat dosanya! Dosanya tetap dosa membunuh juga" suara Aki Sahak masih lemah tetapi nadanya keras. "Orang hati binatang yang buat ni..." sahut Sali mengepal tinju kejap-kejap, kemudian meninju-ninju kepala lututnya. "Habis, kau nak ikut pula jadi hati binatang?" soal
Aki Sahak bangun perlahan- lahan bersandar pada bantal. "Kalau kau nak balas juga, kau pun sama macam dia. Sama berhati binatang!" Aki Sahak mengingatkan. Sali tidak berani membantah cakap Aki Sahak lagi. Bukan saja Aki Sahak itu gurunya, tetapi juga pangkat bapa saudara pula. Makda Saodah itulah emak saudara Sali. Sebab itu dia tidak berani sangat berbantah-bantah dengan Aki Sahak. "Allah lebih Maha Mengetahui..." jelas saya setelah Sali terdiam dimarahi
Aki Sahak. "Kalau setiap hari sekurang-kurangnya kita melafazkan iyya kana'budu waiyya kanastai'n tujuh belas kali dalam solat kita ketika membaca Fatihah iaitu hanya kepada Engkau aku sembah dan hanya kepada Engkau aku memohon pertolongan, mengapa kita mesti membalas dendam! Mengapa kita tidak mematuhi ikrar kita dengan Allah" kata saya mengerling Sali. Sali terdiam. Terasa juga dia sudah terlanjur bercakap mengikut perasaan. Ketika inilah terdengar seorang seorang perempuan memanggil Pak Semail Ketua Kampung dari tengah halaman. Pak Semail yang duduk di belakang saya terkejut juga bila ada orang mencarinya ketika itu. Sedangkan Aki Sahak masih belum pulih akibat termakan santau. "Ada Abang Mail di sini?" perempuan itu bertanya dari tengah halaman sebaik saja pintu serambi dibuka oleh Makda Saodah. "Oh, kau tadi Sumi, naiklah" pelawa Makda Saodah masih berdiri di muka pintu. "Ada Abang Mail di sini?" ulangi perempuan yang dipanggil Sumi oleh Makda Saodah itu. "Ada..." beritahu Makda Saodah. "Macam mana pun naiklah dulu..." dia mengajak Sumi naik ke rumah. Belum sempat Sumi menyahut Pak Semail sudah berdiri di belakang Makda Saodah. "Apa halnya Sumi?" tanya Pak Semail bimbang. Berdebar juga hatinya bila adiknya itu datang memanggil dia ke situ. Sumi tidak terus memberitahu. Dia kelihatan rusuh sedikit tetapi masih juga tercegat di tengah halaman. "Apa halnya?" tanya Pak Semail lagi. "Rumah kami dilanda ribut" jelas Sumi tergagap-gagap. "Abang Fakeh terperangkap
dalam runtuhan rumah tu..." dia tersedu-sedu menahan perasaannya yang menyebak ke dada. "Ribut apa pula?" Pak Semail keheranan kerana kampung itu tidak pun dilanda ribut. Tidak ada tanda ribut atau hujan melanda. Kampung itu tetap cerah dengan cahaya matahari petang memancar bersih. "Macam mana boleh ada ribut, rumah kau bukan jauh dari sini..." ujarnya sambil berastaghfar beberapa kali. "Entahlah..." Sumi menggeleng kepala. "Tapi ribut kencang tadi saya ada di rumah. Saya sempat terjun ke tanah sebelum rumah tu roboh" jelasnya perlahan. Dia juga heran kerana di kawasan rumah Aki Sahak itu tidak ada pun kesan-kesan dilanda ribut. Kalau ada ribut melanda tentulah habis sebuah kampung terlibat. Inilah yang mengherankan mereka. "Marilah kita pergi tengok Pak Fakeh..." saya mencadangkan. Saya bersama beberapa orang jiran lelaki yang ada menziarahi Aki Sahak terus mengikut Pak Semail. Apabila sampai ke rumah Pak Fakeh memang semuanya terkejut melihat keadaan di situ. Rumah Pak Fakeh habis musnah ditimpa kayu jongkang kalang. Mereka bertambah heran bagaimana Sumi boleh terselamat kalau melihat keadaan rumah tersebut. Pokok kelapa tidak kurang dari lapan batang bertupang tindih menimpa rumah. Pokok durian juga melintang menghempap dari tengah bumbung. Kalau mahu dikira sempat melompat ke tanah memang tidak masuk akal langsung bagaimana Sumi boleh terselamat. Mujurlah juga cucu-cucu mereka tidak
ada di rumah ketika itu. Kesan ribut juga jelas di sekitar kawasan rumah itu kerana banyak pokok- pokok yang patah dahan. "Macam mana ribut di sini aje? keluh Sali yang sama mengikut kami tadi. "Kencang betul ributnya" beritahu Sumi masih dalam ketakutan. "Tengoklah pokok-pokok tu habis terbongkar akar" katanya lemah. "Habis macam mana Mak Sumi lepaskan diri?" tanya Tonel pula. "Entahlah..." ujarnya gementar mengenangkan peristiwa yang menimpa dirinya. "Mak Sumi rasa macam mati hidup balik..." dia mengesat mata dengan hujung lengan bajunya. Terpaksa pula masing- masing mengambil kapak dan gergaji untuk memotong kayu yang jongkang kalang menimpa rumah Pak Fakeh. Hampir dua jam barulah kawasan rumah itu dapat dibersihkan. Kira-kira sudah dekat masuk Maghrib barulah mayat Pak Fakeh ditarik keluar dari bawah pokok durian. Kepalanya berkecai remuk. Mata, hidung dan telinganya dipenuhi darah pekat. Memang Pak Fakeh yang saya lihat ketika saya mengubati Aki Sahak tadi. Tetapi saya tidak mahu memberitahu sesiapa pun tentang Pak Fakeh itu. Biarlah mereka semua menyangka Pak Fakeh menemui ajalnya apabila rumahnya dilanda ribut. TAMAT

6. TOK AWANG NGAH - MAYAT BERNYAWA KUAT MAKAN

$
0
0
SUDAH lama saya bercadang mahu berpindah saja dari tempat tinggal Aki Sahak. Ini bukanlah disebabkan saya tidak mahu
menanggung beban yang sering diletakkan oleh Aki Sahak ke bahu saya. Sebenarnya saya merasa penduduk-penduduk di situ sudah menganggap saya berlebihan, malah lebih penting lagi dari Aki Sahak. Apa lagi Aki Sahak sendiri yang menceritakan tentang hubungan saya dengan Pak Tua Mahat di sebelah emak, dan Tok Aji di sebelah ayah. Memanglah benar Pak Tua Mahat itu abang emak saya yang tua, manakala Tok Aji itu ialah tok aki saya iaitu ayah kepada ayah saya. Perkara keturunan bukanlah perkara yang hendak disebut-sebut selalu, tetapi entah mengapa Aki Sahak selalu saja mengaitkan saya dengan Pak Tua Mahat sedangkan dia juga pernah berguru dengan Pak Tua Mahat saya itu. Sekarang mereka berdua sudah lama meninggal dunia. Sebab itulah saya mengambi keputusan untuk
berpindah saja dari situ, sama ada balik ke kampung atau pun bertukar ke kampung isteri saya. Tetapi permohonan saya mahu bertukar itu masih belum diputuskan oleh pihak atasan. Apabila saya beritahu kepada Aki Sahak mengenai cadangan saya mahu berpindah itu, dia seolah-olah berat mahu melepaskan, tetapi dia tidaklah menghalang keputusan tersebut. Berkali- kali dia mengingatkan saya bahawa setiap usaha menolong orang yang dilakukannya itu bukanlah untuk membebankan saya, sebaliknya dia tahu kebolehan saya melebihi dirinya. Sedangkan saya sendiri tidak tahu apakah ukuran yang dibuatnya. Setahu saya Aki Sahak sudah lama berguru dengan Pak Tua Mahat. Dia berkawan rapat dengan Pak Tua Mahat kerana umur mereka lebih kurang sebaya. Sebelum berkahwin dengan Makda Saodah, dia menetap di kampung saya. Tetapi setelah berpindah ke kampung isterinya hampir 20 tahun jarang pula dia balik ke kampung. Sebab itulah hubungan saya hampir terputus dengannya. Abang pada Aki Sahak ini pun bukanlah calang-calang orang. Saya percaya tentulah Aki Sahak ada juga menuntut dari abangnya. Bagaimanapun semasa abang Aki Sahak itu meninggal dunia dulu, saya masih kecil lagi kira-kira berumur 10 tahun. Tetapi saya masih ingat akan kejadian yang menimpa arwah Aki Mat Tera. Lama Aki Mat Tera jatuh sakit menyebabkan badannya menjadi kurus kering. Walaupun sakit terlantar namun Aki Mat Tera berselera bila makan. Dia makan bertambah- tambah. Malah kalah pula orang yang sihat kalau melawan makan dengannya. Isterinya bercadang mahu memanggil Pak Tua Mahat atau Aki Sahak sendiri datang mengubatnya. Tetapi Aki Mat Tera enggan diubat oleh Pak Tua Mahat atau Aki Sahak. "Aku pawang besar..." jelasnya membantah bila isterinya Simit mahu memanggil Pak Tua Mahat. "Takkan orang baru nak belajar berpawang nak mengubat aku" katanya angkuh. "Jangan begitu" pujuk Simit masih mengharapkan suaminya mehu berubat. "Pawang ni bukan kira besar kecilnya, berubat ikut rasi..kalau rasi dengan penyakit, pawang kecil mengubat boleh sembuh" tegasnya mencemik. Meluat juga dia dengan perangai sombong suaminya yang tidak mahu berubat dengan Pak Tua Mahat. "Aku tak mahu berubat dengan Mahat" dia tetap berkeras tidak mahu Simit menjemput Pak Tua Mahat. "Aku tahu siapa Mahat, dulu aku makam garam dari dia. Takkan dia ada rupa nak mengubat aku" dia terus mengejek- ngejek kebolehan Pak Tua Mahat. "Kalau tak mahu dengan Mahat, cuba-cubalah dengan Sahak" Simit tetap mendesak. "Sahak nak mengubat aku..." Aki Mat Tera tersengih mengejek. "Budak hingus meleleh nak ubat aku. Kau tau, dia tu belajar dengan aku!" katanya masih berkeras tidak mahu berubat pada Pak Tua Mahat dan Aki Sahak. Simit tidak tertahan dengan sikap Aki Mat Tera kerana sudah terlalu lama terlantar. Tubuhnya semakin kurus hanya tinggal rangka saja. Bolehlah
diibaratkan sebagai kata orang kalau tak ada kulit, tulang pun habis berkecai. Begitulah kurusnya tubuh Aki Mat Tera. Malah sepanjang dia sakit itu Aki Mat Tera tidak membenarkan Aki Sahak menjejakkan kaki ke rumahnya. Dia menuduh Aki Sahak cuba memikat Simit. Inilah yang menyinggung perasaan Aki Sahak. Sejak itu Aki Sahak juga tidak mahu menjengah abangnya yang sakit tenat itu. Hinggalah Aki Mat Tera tidak boleh bergerak lagi dia
tetap tidak mahu diubat oleh Pak Tua Mahat. Bagaimanapun selera makannya tetap terbuka. Dengan tidak setahu Aki Mat Tera, Simit terus memberitahu Pak Tua Mahat supaya datang mengubat Aki Mat Tera. Setelah merasakan sesuatu yang tidak kena pada Aki Mat Tera, lantas Pak Tua Mahat menyuruh Simit memanggil Aki Sahak datang ke rumahnya. Setelah Aki Sahak datang dia pun mengajak Aki Sahak sama-sama mengubati Aki Mat Tera. Pada mulanya Aki Sahak memang enggan juga pergi ke rumah Aki Mat Tera, tetapi setelah didesak oleh Pak Tua Mahat barulah dia mengalah. "Ini bukan perkara Abang Mat Tera yang kita hadapi" jelas Pak Tua Mahat menasihati Aki Sahak. "Perkara lain yang kita sama-sama tak tau..." suaranya keras apabila Aki Sahak enggan menemui Aki Mat Tera. "Kecil hati aku Abang Mahat" Aki Sahak terharu bila mengenangkan tuduhan
abangnya. "Kecil hati aku fasal dia tuduh aku ke rumahnya kerana nak mengulang Kak Simit. Adakah patut dia tuduh aku
macam tu!" ujarnya menahan perasaan kesal. "Ah, cakap setan kau nak ikut" Pak Tua Mahat mendengus. "Bukan Abang Mat Tera yang cakap macam tu, setan yang cakap! Setan yang cakap!" dia menambah macam memarahi sikap Aki Sahak kerana enggan menziarahi abang sendiri yang sedang terlantar sakit. "Iyalah dia yang ikut cakap setan..." balas Aki Sahak. "Fasal itu kita jangan peduli". "Sakit hati aku dibuatnya!". "Kau nak jadi setan juga?". "Dia cakap tak fikir dulu...". "Kau nak jadi setan?". "Tak patut dia tuduh aku macam tu...". "Kau nak jadi setan?". "Siapa nak sabar Abang Mahat...!". "Kau nak jadi setan?" suara Pak Tua Mahat semakin keras menyebabkan Aki Sahak serba salah. Dia terdiam bila ditanya bertalu-
talu oleh Pak Tua Mahat. "Kau nak jadi setan?" ulangi Pak Tua Mahat merenung tepat-tepat. Dia merasa tidak patut Aki Sahak langsung tidak mahu menziarahi abangnya kalau sekadar dituduh mahukan kakak ipar sendiri. Orang sakit selalunya mempunyai fikiran yang tidak tenteram. Sebablah cakapnya merepek sampai melalut tidak ketahuan. Sepatutnya Aki Sahak tidak boleh ambil hati dengan tuduhan orang yang terlantar sakit seperti Aki Mat Tera itu. Lagi pun kalau dibandingkan isteri Aki Sahak dengan Simit pun, jauh lebih muda dan menariknya isteri Aki Sahak. Masakan dia boleh terpengaruh dengan tuduhan orang yang sedang terlantar sakit kerana orang seperti ini fikirannya sudah nyanyuk. Mahu tidak mahu Aki Sahak terpaksa mengalah juga. Dia mengikut Pak Tua Mahat ke rumah Aki Mat Tera. Jiran- jiran juga berkumpul di rumah Aki Mat Tera apabila mendengar Pak Tua Mahat sanggup mengubatinya. Sebaik saja Pak Tua Mahat dan Aki Sahak naik ke rumah terus dimaki hamun oleh Aki Mat Tera. Terkial-kial dia mahu bangun tetapi tenaganya ternyata lemah. Saya sendiri duduk tidak jauh dari hujung kaki Aki Mat Tera bersama emak saya.. "Aku tau kau berdua nak berbini dengan Simit..." gerutu Aki Mat Tera terkial-kial mahu bangun. "Sabarlah Abang Mat Tera" emak saya memujuk supaya Aki Mat Tera tidak berkuat mahu bangun. "Abang Mat Tera sakit, biarlah Abang Mahat cuba- cuba tengok..." ujar emak saya lembut. "Mahat nak ubat aku..." dia tertawa mengejek sambil mengerling emak saya. "Dia bukan nak ubat aku, dia nak jumpa Simit. Aku tahu dia selalu berzina dengan Simit" katanya lagi menggertap bibir. Saya lihat Simit menangis teresak-esak mendengar tuduhan Aki Mat Tera itu. "Astaghfarullah al-azzim" keluhnya menahan perasaan
sebak yang menusuk-nusuk di jiwa. "Jangan ambil hati Kak Simit" emak saya memegang bahu Kak Simit. "Orang sakit tenat memang macam tu. Cakapnya merepek" ujarnya memujuk. Simit tidak menyahut. Dia mengangguk-angguk
kepala saja menyetujui kata-kata emak saya tadi. "Aku tau Simit, aku tau..." Aki Mat Tera terus mengejek. "Kau berzina dengan Mahat, kau berzina dengan Sahak" katanya tertawa menyakiti hati mereka yang dituduhnya. "Tutup mulut kau Abang Mat Tera!" jerkah Aki Sahak tidak sabar dengan tuduhan Aki Mat Tera. Kalaulah tidak mengenangkan jiran-jiran ramai berkumpul di ditu, memang sanggup dia menerkam abangnya. Dia tidak peduli lagi fasal abangnya sakit terlantar berbulan-bulan di tempat tidur. "Sahak..." Pak Tua Mahat memarahi Aki sahak. "Ingat! Kau bukan bercakap dengan Abang Mat Tera, kau
bercakap dengan setan. Ingat tu...!" katanya mengerling Aki Sahak yang masih kelihatan marah. Aki Sahak tertunduk. Dia sedar tidak dapat mengawal dirinya apabila mendengar tuduhan yang dilemparkan. Perkara menuduh dirinya berzina dengan kakak ipar sendiri, tentulah macam mencontengkan arang ke mukanya. Manakala tuduhan itu dibuat oleh abang kandungnya sendiri. Walaupun abangnya dalam keadaan sakit tenat, namun dia percaya fikirannya masih baik. Aki Mat Tera masih dapat mengingat semua kejadian yang pernah dilalui. Sebab itulah Aki Sahak percaya abangnya itu tidak nyanyuk. Tuduhan yang dilemparkan oleh abangnya memang terbit dari hatinya sendiri yang mulai cemburu terhadap isterinya. Sudah berbulan-bulan dia terlantar sakit. Tentulah timbul rasa cemburu, apabila
melihat Simit sering menemui Aki Sahak dan Pak Tua Mahat meminta tolong, sedangkan dia sudah melarang supaya jangan meminta tolong dari dua orang lelaki berkenaan. "Kau mesti banyak bersabar" ujar Pak Tua Mahat masih memandang ke
arah Aki Sahak. "Usah nak berpura- pura Mahat, aku tau kau dah
berzina dengan Simit. Bukan sekali dua, sudah berkali- kali. Simit akan buntingkan anak kau, tau..." Aki Mat Tera mengejek. Simit menangis tersedu-sedu mendengar tuduhan suaminya itu. Tetapi dia tidak menyahut. Dia tahu Aki Mat Tera sedang sakit tenat. Mungkin juga boleh dianggap membuang tebiat, kerana masanya sudah semakin hampir. Sebab itu Simit tidak menghiraukan sangat. "Kau pandai berpura- pura! Kau berzina dengan bini orang! Dengan Simit! pekik Aki Mat Tera terketar-ketar. Pak Tua Mahat tidak menyahut. Dia membacakan sesuatu sambil menghembuskan kepada Aki Mat Tera. biarlah Aki Mat Tera memaki hamunnya
tidak berhenti-henti, namun Pak Tua Mahat tetap tidak berundur. Dia terus membacakan ayat-ayat suci Al-Quran yang tertentu. Setelah lama Pak Tua Mahat membacakannya, tiba-tiba Aki Mat Tera terus memekik. Dia meronta- ronta bagaikan mahu bangun melawan, tetapi tubuhnya ternyata lemah. "Bangsat kau Simit..." gerutu Aki Mat Tera. "Dah aku cakap Mahat dengan Sahak jangan jangan diberi naik ke rumah ni, seksa aku!" dia merintih-rintih kesakitan. "Kau tak beri aku dengan Sahak datang, fasal takut rahsia kau terbuka!" tiba-tiba Pak Tua Mahat membentak. "Rahsia apa?" Aki Mat Tera tersengih-sengih bagaikan orang yang tersipu malu. "Sekarang pergi dari sini!" jerkah Pak Tua Mahat merenung Aki Mat Tera tidak berkelip matanya. "Tinggalkan Mat Tera biar diuruskan oleh keluarganya.
Kau tidak ada hak nak menguruskan Mat Tera!" suaranya keras macam memberi amaran yang mengancam. "Pergi nak ke mana?" tanya Aki Mat Tera seperti tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Pak Tua Mahat. Ketika ini semua jiran-jiran yang berkumpul di situ melihat Aki Mat Tera berbantah-bantah dengan Pak Tua Mahat. Tetapi seperti yang diceritakan oleh Aki Sahak kemudiannya kepada saya, masa itu dia sendiri sudah nampak keadaan sebenarnya. Barulah dia menyesal kerana memarahi abangnya apabila dituduh berzina dengan kakak ipar sendiri. Aki Sahak ikut sama menyertai Pak Tua Mahat. Dia melihat satu lembaga besar sedang memangku Aki Mat Tera seolah-olah seorang ayah sedang meriba anak kecil saja lakunya. Muka lembaga itu tidaklah jelas sangat hanya seperti bayang-bayang hitam yang terlindung. Lembaga besar itu pun seakan-akan asap pekat saja. "Tinggalkan Mat Tera...!" perintah Pak Tua Mahat. "Nak tinggalkan Mat Tera atau kami serang kamu dengan petir" Aki Sahak pula mencelah. Lembaga itu memerhatikan Pak Tua Mahat bersama Aki Sahak sudah bersedia untuk menyerangnya. Dia masih juga meriba Aki Mat Tera seperti ayah yang meriba bayi. Sementara Aki Mat Tera pula dilihatnya seperti bayi tidur tidak bergerak langsung. "Kau berdua..." sahut lembaga besar seperti asap tebal itu. "Jangan ganggu aku. Ini anak aku yang mesti aku jaga. Mengapa kau bersusah payah mahu mengambilnya dari aku" dia ketawa mengejek lalu melemparkan besi serampang ke dada Pak Tua Mahat. Dengan pantas Pak Tua Mahat menangkap besi serampang itu. Kemudian diramas-ramasnya hingga menjadi cair. "Mat Tera tu abang aku, bukan anak kau" kata Aki Sahak sambil membacakan beberapa ayat dihembuskan kepada lembaga berkenaan. Ketika ini petir memancar memukul kepala lembaga besar tersebut hingga berkecai. Tidak lama kemudian dia bertaup semula lantas meriba Aki Mat Tera yang tidur seperti bayi. "Sia-sia aje kerja kau Sahak" lembaga itu mengejek-ngejek kerana dia terlepas dari ancaman petir tadi. Belum sempat dia duduk tetap, Pak Tua Mahat menghembuskan ayat-ayat Quran yang datang seperti gunung menimpa kepala lembaga berkenaan. Dia terhimpit di bawahnya meronta-ronta mahu melepaskan diri. Puas dia terkial-kial akhirnya dapat juga dia keluar dari bawah gunung yang menimpa dirinya. "Nampaknya kau nak bunuh aku, Mahat" pekik lembaga itu meradang. "Memang aku nak bunuh kau" sahut Pak Tua Mahat pula mengejek. "Sekarang, tinggalkan Mat Tera!" ujarnya mencabar lembaga tersebut terus bertarung. Lembaga itu tertawa menyakitkan hati Pak Tua Mahat. Tiba-tiba saja dia melontarkan beratus-ratus tombak menuju ke dada Pak Tua Mahat. Dengan pantas pula Pak Tua Mahat menghembuskan api membakar semua tombak- tombak yang berterbangan itu. Dia masih juga tertawa mengejek Pak Tua Mahat. Tetapi Pak Tua Mahat tahu lembaga besar yang meriba Aki Mat Tera itu sudah menderita kesakitan. Bagaimanapun dia tetap berpura-pura menunjukkan serangan yang dibuat ke atasnya tidak memberi bekas. Inilah yang dipermainkan oleh syaitan bagi menguji kekuatan iman insan. Sekiranya insan cepat putus asa, maka sudah tentu syaitan akan beroleh kemenangan. "Kita serang serentak Sahak..." Pak Tua Mahat memberi arahan kepada Aki
Sahak. Aki Sahak membacakan sesuatu lalu berterbangan panah dari api menerkam ke arah lembaga besar itu. Serentak dengan itu Pak Tua Mahat pula menghembuskan ke arah lembaga tersebut hingga terlempar rantai besi melilit seluruh tubuhnya. Pak Tua Mahat dan Aki Sahak terus menyerang dari berbagai sudut. Bukan saja rantai besi melilit tubuh lembaga besar itu, di samping panah api datang dari segenap penjuru, petir juga berdentum membakarnya. Batu sebesar gunung menimpa kepalanya. "Kau tipu aku Mahat. Kau berdua dengan Sahak, aku berseorangan. Mana boleh aci macam ni..." dia menggeliat-geliat menahan serangan bertubi-tubi. "Aku suruh kau tinggalkan Mat Tera!" suara Pak Tua Mahat semakin keras. Dia tidak berhenti dari terus menyerang. Habis satu ayat, dibacanya ayat yang lain. Berhenti batu sebesar gunung menimpa kepalanya, datang pula panah api meradak. Lembaga besar itu terjerit- jerit menahan kesakitan. Jeritan itu dapat didengar oleh jiran-jiran yang menyaksikan melalui suara Aki Mat Tera yang menggeliat-geliat di tempat tidur. Serangan Pak Tua Mahat ditambah lagi oleh serangan Aki Sahak yang tak putus-putus membaca Ayatul Kursi. Sehingga sampai 333 kali Aki Sahak membacakan Ayatul Kursi terdengarlah rintihan dari lembaga itu meminta diberhentikan. "Cukuplah, terseksa aku!" rintih lembaga itu merayu. "Kalau takut terseksa, pergi sekarang" perintah Pak Tua Mahat. "Aku tak boleh tinggalkan anak aku" jelas lembaga itu mempertahankan diri. "Boleh atau tak boleh kau mesti tinggalkan Mat Tera!" tegas Pak Tua Mahat tidak mahu bertolak ansur pun. "Ini anak aku" sahut lembaga itu berkeras. "Sahak, teruskan..." Pak Tua Mahat menyuruh Aki Sahak terus membacakan Ayatul Kursi. "Jangan, jangan..." lembaga itu menangis teresak-esak melalui Aki Mat Tera yang terbaring lemah. "Tak tahan aku bahang api, panas..." ujarnya
merayu-rayu. "Aku beri tempoh lima minit" Pak Tua Mahat memberi amaran. "Kalau kau tak pergi juga, aku akan hancur musnahkan macam debu" katanya menggertap bibir. Kelihatan Aki Mat Tera tidur nyenyak. Dia tidak bergerak lagi seperti mula-mula kedatangan Pak Tua Mahat dan Aki Sahak datang. Saya yang duduk di lunjur kakinya bersama emak saya, dapat melihat ombak dadanya turun naik dengan kencang. Matanya lelap. Sekali-sekala saya lihat mukanya memang menggerunkan. Pipinya sudah cengkung, sementara matanya jauh ke dalam. Tulang pipinya menungkal ke atas. Mukanya juga sudah menjadi kecil dan dagunya kelihatan terlalu panjang. Tetapi dia masih juga terlantar di tempat tidur. Setelah lima minit, Pak Tua Mahat melihat ke dalam makrifat, dia dapati lembaga itu masih meriba Aki Mat Tera. Tetapi seluruh badannya sudah bertukar menjadi hitam akibat serangan bertalu-talu tadi. Bila menyedari Pak Tua Mahat kembali datang untuk menyerang bersama Aki Sahak, lembaga besar itu melepaskan Aki Mat Tera
dari ribaannya. Melihat keadaan ini Pak Tua Mahat tahu lembaga itu sudah mengalah. Dia tidak sanggup
lagi melawan. "Ilmu kau berdua, bukan ilmu pawang. Aku tak tau apa ilmu yang kamu pakai" lembaga itu bersuara terketar-ketar. "Jangan tanya tentang ilmu, sekarang tinggalkan Mat Tera!" jerkah Pak Tua Mahat. "Kau mahu kami serang lagi...?" tanya Aki Sahak mengeraskan suara. "Jangan, ampun...ampun" rintihnya menangis teresak-esak. "Aku tak tau jalan balik" katanya berpusing-pusing di
sekeliling Aki Mat Tera. "Datang tau, balik tak tau ye..." Aki Sahak tidak mempercayai dalih lembaga tersebut. "Tolonglah lepaskan aku. Bukakan ikatan aku..." lembaga itu merayu bersungguh-sungguh. Pak Tua Mahat mengangguk. Dia bersetuju dengan permintaan lembaga itu mahu pergi dengan tidak diganggu. Ikatan yang dimaksudkan oleh lembaga itu ialah terletak pada Aki Mat Tera sendiri. Memang Pak Tua Mahat tahu mengenai ikatan lembaga tersebut dengan Aki Mat Tera. "Kak Simit jangan terkejut..." bisik Pak Tua Mahat pada isteri Aki Mat Tera. "Selama ini Abang Mat Tera pakai ilmu salah, inilah yang menyeksa dia sekarang" beritahu Pak Tua Mahat. "Habis, apa kakak nak buat?" Simit serba salah bila mendengar keterangan Pak Tua Mahat itu. "Suruh orang bukakan lantai rumah sekeping, atap sekeping dan anak tangga bawah sekali" jelas Pak Tua Mahat. Apa yang dikatakan oleh Pak Tua Mahat itu dilakukan oleh orang. Papan lantai sekeping dikopakkan, atap juga dibuang sekeping, manakala anak tangga rumah juga ditetas pengikatnya. Setelah semuanya dilakukan, Aki Mat Tera pun meninggal dunia. Apabila Aki Mat Tera meninggal dunia, mayatnya pun diselubungkan dengan kain. Mereka pun bersiap- siaplah untuk menguruskan pengebumiannya pada esok harinya. Ketika mahu memandikan mayat alangkah terperanjatnya apabila melihat mayat Aki Mat Tera sudah reput. Hanya tulang-tulangnya saja yang tinggal seolah-olah dia sudah
lama meninggal dunia. Memang benar Aki Mat Tera sudah lama meninggal dunia. Yang dilihat sedang sakit itu hanyalah lembaga yang memelihara dia. Lembaga itulah yang kuat makan. Dan lembaga itulah yang melarang Simit dari menjemput Pak Tua Mahat dan Aki Sahak, kerana dia tahu orang-orang demikian adalah musuhnya. Bila mengenangkan sumbangan Aki Sahak ini kepada orang ramai, saya rasa macam berdosa pula mahu berpindah dari situ disebabkan tidak senang dengan Aki Sahak. Saya seolah-olah mahu melarikan diri dari membantu dia di situ. Tetapi saya tidak sanggup membuat kerja- kerja seperti dilakukan oleh Aki Sahak itu. Saya tidak mahu dijadikan tumpuan oleh masyarakat. Masalahnya berat kalau kita sudah mula mahu menerima harapan seseorang yang mengharapkan sesuatu dari kita. Sedangkan semua kerja-kerja ini mestilah dibuat dengan ikhlas. Bila hati kecil kita sudah mempertikaikan sesuatu, maka kerja-kerja yang dilakukan itu sudah menjadi sia-sia. Kadangkala timbul pula tomahan dari orang lain
yang mengatakan cara yang
dilakukan itu sama seperti bomoh yang mencari wang. Padahal bukan semua bomoh mencari wang melalui cara pengubatan mereka. Kalau mahu dikira upah memang tidak setimpal dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Aki Sahak. Apakah perasaan kita bila dikejutkan orang sewaktu mata baru mahu terlena tengah malam? Bagaimana kita mahu mencari nafkah apabila semalam-malaman berjaga merawat pesakit? Masyarakat hanya melihat dari satu aspek saja iaitu bomoh tidak mengeluarkan apa-apa modal apabila mengubati pesakit? Inilah yang susah hendak dijawab. Sebab itulah saya mahu melarikan diri dari tempat kerja-kerja demikian. Kadangkala kepala mahu naik pitam apabila terpaksa membacakan satu-satu ayat itu dengan kusyuk. Ayat- ayat tersebut bukannya dibaca seperti menghafal senikata lagu yang dinyanyikan oleh anak- anak muda. Tetapi disekalikan dengan makrifatnya. Untuk mencapai tingkat itulah yang boleh menyebabkan kepala naik pitam. Tetapi saya kesihan juga kepada Aki Sahak yang sudah mula mendapat bantuan dari saya. Tentulah dia kecewa sekiranya saya mengambil keputusan bertukar dari situ. Pernah juga Aki Sahak membisikkan kepada saya, sementara saya masih bertugas di daerah itu, mungkin Abang Amud bercadang juga mahu mendalami pengubatan cara ditidurkan ini. Dalam masa berkira- kira mahu bertukar dari daerah itu hampir saya terlalai kerana Asar sudah masuk. Isteri saya juga sudah mengingatkan tentang Asar. Saya pun segera mengambil wudhuk di bilik air untuk menunaikan fardhu Asar berjemaah dengan isteri saya. Perkara mahu bertukar itu sudah saya beritahu pada isteri saya. Dia juga tidak membantah tujuan saya, kerana selama ini memang dia sedari saya selalu saja dipanggil orang. Kadangkala terkuap-kuap di
tempat kerja menahan mengantuk. Pernah juga isteri saya bergurau dengan memanggil saya doktor tak berijazah. Tetapi saya tidaklah hiraukan sangat. Bukan saya yang meminta diri saya dipanggil, tetapi masyarakat di situ yang mahu mencari saya. Semenjak Aki Sahak menyuruh mereka mendapatkan saya kalau menghadapi gangguan syaitan, maka saya sudah menjadi tumpuan. Asar itu seperti biasa kami terus berjemaah menunaikan fardhu Asar. Semasa masuk rakaat kedua, saya terdengar ada orang memanggil saya dari halaman. Terpaksa saya mendehem kuat. Kemudian meneruskan sembahyang saya hingga selesai. Setelah memberi salam saya wirid pendek saja. Kemudian saya terus ke pintu hadapan menjengah siapa yang memanggil tadi. Sali tercegat di tengah halaman. "Ada apa Sali?" tanya saya sambil mempelawanya masuk dahulu. "Tak payah masuklah ustaz..." sahut Sali tersengih-sengih. "Aki Sahak panggil?" tanya saya menduga. Selalunya mereka datang berjumpa saya kerana disuruh oleh Aki Sahak. Dia mengangguk. "Kalau macam tu, masuklah dulu" saya berkeras juga mengajak dia masuk dulu. "Masuklah, kita minum kopi dulu. Lepas tu barulah kita pergi. Tak apa tu, Aki Sahak dah ada cukuplah..." kata saya menyuruhnya masuk dulu. "Elok kita cepat ustaz..." ujar Sali mendesak. "Tak apa, masuklah dulu" ujar saya mendesaknya supaya masuk. Sali menjadi serba salah apabila didesak. Mahu tidak mahu terpaksa juga dia masuk. Tetapi saya lihat dia di dalam
keadaan rusuh. Mungkinkah ada gangguan di lombong? Saya rasa puaka air di lombong itu masih belum musnah lagi. Bukanlah satu perkara mudah untuk menghapuskan mereka sama sekali, kecuali kita hanya boleh menghalang niat jahat syaitan saja. "Takkan nak cepat sangat" isteri saya pula keluar dari bilik menyindir. "Datang cuma nak ajak ustaz aje?" katanya terus berjalan ke dapur. Sali tersengih-sengih. Dia tidak banyak bercakap bila sudah duduk. Mungkin dia bimbang orang akan tertunggu-tunggu. Tentulah mereka menuduh dia tidak boleh diharap disuruh memanggil saya. Sepatutnya dia mesti segera datang semula membawa saya bersama. "Apa halnya?" tanya saya. "Abang Amud ajak ustaz cepat" dia memberitahu. "Apa halnya...?" ulangi saya. Sali terdiam. Susah benar dia mahu menerangkan kepada saya. Mengapa pula dia masih mahu menyembunyikan tujuan kedatangannya. Kalau dia disuruh oleh Abang Amud mendapatkan saya, mestilah saya hendak tahu jugak apa masalah Abang Amud. Sepatutnya Sali mesti memberitahu. Tetapi dia tetap membisu. Sama seperti seorang gadis yang bekerja di pejabat daerah yang pernah menemui saya terlalu susah mahu menerangkan tujuannya. Dia mahu bercakap sama seorang saja dengan saya. Terpaksalah saya membawanya jauh sedikit. Dia memberitahu tentang seorang lelaki yang berjanji mahu mengahwini dia, tetapi masih juga enggan masuk meminang. Lelaki itu memberi berbagai-bagai dalih. Akhirnya menghilangkan diri entah ke mana. Gadis itu meminta saya membuatkan sesuatu supaya lelaki tersebut kembali kepadanya. Masalah gadis tersebut tentulah tidak sama dengan Sali. Gadis itu terpaksa
menyembunyikannya
kerana masalah peribadi. Saya sendiri tidak tahu apakah caranya mahu menolong, kerana seperti saya katakan, saya bukanlah seorang bomoh. Sedangkan gadis berkenaan menyangkakan saya seorang bomoh. Bagaimanapun saya nasihatkan gadis itu supaya sembahyang Tahajud memohon kepada Allah supaya lembutkan hati lelaki yang telah merosakkan masa depannya itu dan datang menikahinya. Sama ada dia melakukan atau tidak, saya pun tidak tahu. Selepas itu saya tidak pernah lagi menemui gadis tersebut. "Apa halnya?" soal saya lagi. "Abang Amud suruh ustaz cepat itu saja" jelasnya
serba salah. "Iyalah, cepat nak ke mana?" heran juga saya mengapa Sali tidak mahu berterus terang. Sebenarnya kalau memerlukan saya cepat pun tidaklah penting sangat, kerana Aki Sahak sendiri mempunyai pengalaman yang lebih dari saya. Pengubatan cara tidur yang sering saya katakan itu memang saya belajar dari Aki Sahak juga. Malah bukanlah perkara yang pelik, kerana ada kawan saya yang pernah bekerja di Sarawak memberitahu, di Sarawak juga pengubatan secara ini sudah meluas digunakan. "Cepat, nak ke mana?" saya mendesaknya. Belum sempat Sali menjawab, isteri saya sudah keluar membawa kopi bersama karipap yang sudah disediakannya. Sali terus terkebil-kebil mata memerhati isteri saya datang. "Bagilah can ustaz rehat-rehat di rumah..." isteri saya mengusik. "Abang Amud yang suruh jemput" beritahu Sali tersengih-sengih. "Kalau ustaz selalu aje dijemput, saya ni macam mana?" ujar isteri saya. Sebenarnya isteri saya bukanlah menyindir, sebaliknya dia memang gemar mengusik. Kadangkala kalau orang nipis telinga mungkin mengatakan isteri saya menyindir. Tetapi dia memang tahu mengapa masyarakat di situ menjemput saya tergesa- gesa. Disebabkan mereka tidak pernah mengalami pengubatan yang sering saya dan Aki Sahak lakukan, jadi mereka menyangka ianya satu perkara baru. Sebenarnya ilmu Allah bukanlah baru, ianya sudah ujud sejak lama dulu. "Minumlah dulu..." pelawa isteri saya menghulurkan cawan kepada Sali. "Lepas tu nak ambil ustaz, ambillah. Tapi hantar balik tau..." katanya tersenyum. Sali tersengih-sengih mendengar usikan isteri saya itu. "Abang Amud suruh ustaz datang fasal Aki
Sahaklah" kemudiannya dia memberitahu. "Mengapa Aki Sahak?" tanya saya. "Entah..." jelas Sali perlahan. "Sejak lepas Zohor tadi dia muntah darah. Fasal itu Abang Amud minta sangat ustaz datang cepat." katanya bercampur rusuh. Tidak jadi saya meneguk kopi bila mendengar cakap Sali. Lantas saya suruh isteri saya bersiap-siap untuk menziarahi Aki Sahak. Dalam kepala saya mula timbul bermacam-macam soalan, bagaimana Aki Sahak yang sentiasa beringat itu, sekali sekala terlalai juga. Tetapi, inilah sifat insan... TAMAT

7. TOK AWANG NGAH - TIBA-TIBA MAYAT MENJADI BERAT

$
0
0
MADRASAH Tok Aji dibina di depan rumahnya saja. Ramai penuntut- penuntut yang datang belajar di situ. Ada yang datang dari Johor, ada yang datang dari Pahang, ada yang dari Selangor dan ada yang datang dari Negeri Sembilan. Saya ikut sama belajar di madrasah Tok Aji, kerana ayah saya lebih suka saya memulakan pelajaran pondok. Itu pun dihantar pada sebelah petang saja, kerana paginya ayah mahu saya belajar di sekolah Melayu atau sekarang ini di sekolah rendah. Kegiatan saya masa di madrasah Tok Aji ini memang cergas. Saya pernah memenangi pertandingan syarahan seluruh daerah bagi murid- murid sekolah agama termasuk sekolah pondok. Ustaz Noor yang membimbing saya hingga menjadi johan syarahan itu sangat gembira. Tetapi yang hendak saya ceritakan di sini bukanlah pengalaman ketika saya mengaji di madrasah Tok Aji. Saya tertarik dengan beberapa cerita Tok Aji mengenai kisah masa remajanya ketika di Sumatera lagi. Seperti saya telah jelaskan, Tok Aji adalah berasal dari Sumatera. Kemudian merantau ke Tanah Melayu ketika umurnya sudah meningkat dua puluhan. Sebelum datang ke kampung di daerah saya dan bernikah dengan nenek saya iaitu emak ayah saya, Tok Aji sudah menikah di Semenyih,
Selangor. Dia juga menikah di Singapura dan di Kota tinggi, Johor. Apa yang Tok Aji ceritakan ialah pengalamannya semasa di Sumatera dari aruah ayahnya. Ketika ini seorang pelajar bertanya kepada ayah Tok Aji mengenai tingkah laku orang yang nazak, sama ada mereka yang tersenyum itu sudah ternampak ganjaran baik dari Allah. Ayah Tok Aji menerangkan belum tentu orang yang nazak itu tersenyum kerana ternampak ganjaran dari Allah. Hanya Allah saja yang
Maha Mengetahui. Boleh jadi orang yang tersenyum tatkala nazak itu sedang mendengar janji-janji iblis yang menunggu peluang, manakala orang yang masam mukanya itu sedang memarahi iblis yang cuba mengganggu. "Kita tak tahu rahsia itu..." jelas Tok Aji semasa mengajar apabila saya sudah
mula dewasa. Tok Aji juga menceritakan tentang seorang yang terkenal sebagai ahli agama di Sumatera, yang mempunyai madrasah sendiri. Dia juga digelar orang ulama di kampung tersebut. Ulama ini mempunyai seorang anak yang mempunyai kelulusan dari Mesir. Satu hari ulama itu pun meninggal dunia. Selang beberapa hari selepas kematiannya orang-orang kampung menjadi terkejut melihat seekor harimau sedang wirid di atas masjid. Apabila dipandang dari belakang rupanya seakan- akan ulama yang baru meninggal dunia itu. Tiap-tiap waktu Maghrib harimau berkenaan dilihat ada di tempat ulama itu selalu duduk. Disebabkan orang-orang kampung takut dengan kehadiran harimau tersebut, mereka pun memberitahu kejadian itu kepada anaknya. Setelah dilihat oleh anaknya, jelaslah kepada dia memang harimau itu adalah jelmaan dari ayahnya. Alangkah anehnya seorang ulama apabila mati telah menjelma menjadi harimau. Sebagai orang yang berpelajaran tinggi dalam agama, si anak tadi terus datang kepada harimau yang sedang wirid itu. Berkatalah si anak, "Ayah, apa boleh buat kehendak Allah begini. Kita tak boleh menolak iradatNya. Bagaimanapun janganlah ayah datang lagi ke sini, kerana orang-orang kampung takut dengan keadaan ayah sekarang. Mendengarkan kata- kata si anak itu maka harimau itu menangis. Air matanya mengalir dari pelupuk mata, dia hanya mengangguk-angguk
seolah-olah faham akan kata-kata manusia. Kemudian dia dipimpin oleh si anak turun dari masjid lalu dibawa balik ke kuburnya. Dia ghaib sebaik saja sampai ke atas kubur. "Rahsia demikian pun hanya Allah saja yang Maha Mengetahui..." Tok Aji menerangkan. Memang seronok mendengar Tok Aji bercerita mengenai pengalamannya semasa menerangkan sesuatu kejadian yang dianggap aneh oleh orang. Kerana bagi Tok Aji tidak ada satu kejadian pun di muka bumi ini yang aneh, disebabkan semua itu adalah di dalam kudrat dan iradat Allah belaka. Dalam masa Tok Aji bercerita mengenai pengalamannya inilah Dolah Moyok datang termengah- mengah mencari Tok Aji. Tergagap-gagap Dolah Moyok bila ditanya mengapa dia tercungap- cungap macam dikejar anjing gila. Lama Dolah Moyok jadi ayam berak kapur, barulah dia dapat bertenang. "Mengapa kau ni, ada apa halnya?" Tok Aji geli hati dengan kelakuan Dolah Moyok termengah-mengah berlari mendapatkan dia di madrasah. "Mak, minta Pak Aji datang ke rumah" jelas Dolah Moyok masih lagi tercungap-cungap menahan mengah. "Apa halnya?" Tok Aji mendesak. "Dia suruh Pak Aji datang aje..." beritahu Dolah Moyok tidak ketahuan. Disebabkan Dolah Moyok tidak dapat menerangkan maka Tok Aji tidaklah bertanya lebih lanjut. Sebaliknya dia tersengih-sengih geli hati melihatkan telatah Dolah Moyok. "Kau balik dulu, nanti Pak Aji datang" kata Tok Aji. Dolah Moyok terus balik. Dia tidak peduli sama ada Tok Aji datang atau tidak. Dia pun tidak mahu menunggu Tok Aji. Tetapi Tok Aji tahu Dolah Moyok itu bodoh- bodoh alang. Salahnya, Mak Munah sendiri yang mengharapkan anaknya itu. Sudah tahu Dolah Moyok bodoh-bodoh alang mengapa diserahkan pada dia membuat urusan. Bagaimana kalau Tok Aji menyangka urusan itu tidak
penting, dan dia sengaja lambat datang? Puas memikirkan mengapa Dolah Moyok datang tergesa-gesa, barulah
Tok Aji mengambil keputusan mahu melihat segera masalah yang dihadapi oleh Mak Munah. Kalau tidak perkara mustahak tentulah Mak Munah tidak tergesa-gesa menyuruh Dolah Moyok menjemput. Bagaimanapun Tok Aji mengajak nenek pergi bersama. Ketika Tok Aji sampai di rumah Mak Munah keadaan di dalam rumah itu muram. Mak Munah menangis teresak-esak. Dolah Moyok duduk di sudut serambi terkebil-kebil mata. Dua tiga orang jiran sudah pun sampai terlebih dulu dari Tok Aji. Melihat keadaan itu Tok Aji menjadi bingung. "Mengapa ni...?" tanya Tok Aji memerhatikan Mak Munah. "Abang Aji dah lambat..." Mak Munah mengongoi hiba. "Mengapa?" ulangi Tok Aji."Masuklah ke dalam" katanya dengan tidak menerangkan apa-apa. Tok Aji tidak membantah. Dia terus masuk ke dalam mahu memastikan apakah yang menyebabkan Mak Munah muram. Apabila dia masuk ke dalam dilihatnya anak gadis Mak Munah terlentang tidak bergerak. Darah mengalir di mulut gadis itu. Nafasnya juga tidak berombak-ombak lagi seperti sewaktu Dolah Moyok berkejar mendapatkan Tok Aji. "Milah, Abang Aji" jelas Mak Munah tersedu- sedu. "Milah dah tak ada, dah tak ada" dia masih mengongoi menahan kesedihan yang menimpa ke atas anak gadisnya itu. Milah baru berumur 16 tahun. Orangnya memang cantik, sebab itu di kampung dia dikenali dengan panggilan Milah Cantik. Kerana kecantikan Milah, ramai pemuda- pemuda yang terpikat kepadanya. Tetapi bukanlah senang mahu memikat Milah. Milah masih boleh mengawal dirinya dari digoda. Apa lagi dia mendapat didikan agama dari madrasah Tok Aji. Bagaimanapun hanya beberapa bulan sebelumnya malapetaka menimpa diri Milah Cantik. Dia didapati mengandung enam bulan. Setelah perutnya membesar barulah berita dia mengandung itu pecah. Mak Munah sudah pun menemui Tok Aji meminta doanya supaya kandungan itu digugurkan, tetapi Tok Aji enggan. Tok Aji nasihatkan supaya biarkan saja Milah Cantik lahirkan bayi dalam kandungan itu sampai selamat. Manakala Milah Cantik pula tidak mahu memberitahu siapakah yang
melakukan sehingga dia mengandung. "Kalau kita buang, sama juga macam membunuh" jelas Tok Aji pada Mak Munah. "Apa nak dimalukan kepada manusia, sedangkan kepada Allah tidak malu ketika melakukannya" Tok Aji menasihatkan Mak Munah supaya bersabar. Tetapi Mak Munah tidak dapat menahan sabar. Dia mahu menghalau saja Milah Cantik dari rumah kerana memberi malu kepada keluarga. Marah sangat dia dengan perbuatan anak gadisnya itu. Sia-sia dia menyuruh belajar agama di madrasah Tok Aji. Sia-sia pelajaran agama yang dididik oleh Tok Aji selama ini hingga sanggup mencemarkan nama baik keluarga dan kampung halaman sendiri. "Jangan bertindak terburu-buru..." kata Tok Aji lagi mengingatkan Mak Munah. "Boleh jadi bukan salah Milah. Boleh jadi dia diperkosa orang, sebab itu dia malu menerangkan siapa yang melakukannya" dia menyabarkan Mak Munah yang sudah mula hilang punca akibat malapetaka yang menimpa keluarganya itu. Tidak pula disangka oleh Tok Aji tindakan Milah selanjutnya sampai demikian. Baru beberapa hari sebelum itu Tok Aji menasihatkan Milah Cantik supaya bersabar. Tok Aji sendiri meminta Milah Cantik menerangkan siapakah lelaki yang telah melakukan perbuatan terkutuk itu. Milah Cantik menceritakan kepada Tok Aji dengan linangan air mata. Segala rahsianya dicurahkan kepada Tok Aji. Atas sebab-sebab inilah Tok Aji meminta dia bersabar, kerana pada pendapat Tok Aji kesalahan itu tidak seharusnya dibebankan kepada Milah Cantik. Sayangnya, Milah Cantik tidak dapat juga menerima nasihat Tok Aji. Dia membunuh diri dengan meminum racun tikus yang digunakan oleh Mak Munah untuk meracun tikus di sawah. "Kalau saya cepat sampai pun, mungkin Milah tak dapat diselamatkan Munah" Tok Aji menasihatkan Mak Munah supaya bertenang. "Ajalnya sudah ditentukan demikian, siapa pun tak dapat menyelamatkan..." keluh Tok Aji lalu menutup mayat Milah Cantik. Bila mengenangkan cerita Milah Cantik terasa juga sebaknya dada Tok Aji.
Tidak disangkanya gadis secantik Milah itu sanggup meminum racun tikus hanya disebabkan mengandung. Tetapi Tok Aji sudah menasihatkannya supaya bersabar, sayangnya Milah Cantik tidak dapat menahan kesabaran. Sebagai gadis cantik, Milah Cantik selalu diusik oleh pemuda-pemuda yang ingin memikatnya. Kadangkala usikan itu sampai menyakitkan hati pula. Akibat dari usikan yang sudah melampaui batas itu, sekali sekala Milah Cantik terpaksa juga mengeluarkan kata-kata kesat. Inilah yang terjadi dengan seorang duda bernama Lajak Jongang apabila mengusik Milah Cantik. Kalau mahu dikira tua Lajak Jongang tidaklah tua sangat baru berumur kira-kira 38 tahun. Tetapi tidaklah patut dia cuba memikat gadis baru berumur 16 tahun seperti Milah Cantik. Dia bercerai dengan isterinya disebabkan
Lajak Jongang suka main daun terup berjudi. Kadangkala semalaman tidak balik ke rumah. Setelah bercerai Lajak Jongang jadi miang tidak menentu. Pantang nampak dahi licin dia akan cuba memikat. Mahu dikira tampan tidaklah tampan Lajak Jongang ini. Kulitnya putih kuning, tetapi bertubuh kurus ceding. Giginya jongang sedikit dan mukanya banyak ditumbuhi jerawat. "Hai Milah..." tegur Lajak Jongang ketika Milah Cantik singgah membeli biskut di kedai Mamak Kadir. "Orang cantik bertambah cantik bila pakai kurung merah jambu" katanya mengusik. Milah Cantik tidak menyahut. Dia mengerling masam. Menyampah sangat dia dengan Lajak Jongang. Tidak sedar diri sudah beranak lima, cuba nak memikat gadis seperti dia. Bukan sekali dua Lajak Jongang bersikap demikian. Sudah selalu sangat dia mengusik bila bertemu dengan Milah Cantik. "Janganlah marah, takkan tak boleh nak bergurau sedikit" usik Lajak Jongang lagi. Dua tiga orang pemuda ada tercongok di bangku panjang di kedai Mamak Kadir itu sedang menunggu kawan-kawan lain mahu bermain terup, tertawa berdekah-dekah mengejek Lajak Jongang cuba memikat Milah Cantik. "Anak orang jangan diusik Abang Lajak" kata seorang pemuda. "Nanti kena ludah baru padan jadi ubat jerawat..." ujarnya macam mahu menyakitkan hati Lajak Jongang. Marah juga Lajak Jongang bila diungkit fasal mukanya yang penuh jerawat itu. Mahu saja dipeluknya Milah Cantik di situ untuk membuktikan pada anak-anak muda itu bahawa dia masih boleh memikat gadis cantik seperti Milah Cantik. "Kalau aku nikah dengan Milah baru padan muka engkau orang" sahutnya kesal kerana diejek. "Bagi can orang muda Abang Lajak" anak-anak muda yang bertenggong di bangku panjang terus mengejeknya. "Abang Lajak dah tua, anak dah empat lima orang. Nak bersanding pun dah tak padan" siul mereka melangsing ikut sama mengusik Milah Cantik. "Kau tengoklah nanti..." marah sangat Lajak Jongang dipersendakan oleh anak-anak muda. "Kalau Lajak tak bersanding atas pelamin dengan Milah Cantik, jangan haraplah kau orang nak bersanding. Kempunanlah engkau orang semua" ujarnya menggertap
bibir. Anak-anak muda terus ketawa mengejek. Masakan Milah Cantik boleh terpikat dengan Lajak Jongang kaki main terup pakau. Rupa pun tidaklah boleh memikat. Sudahlah muka tirus, jerawat batu pula timbul dua tiga hingga muka jadi bokop. Lainlah macam P.Ramlee bintang filem terkemuka ketika itu. Walaupun badan kurus ceding, muka bokop berjerawat, P.Ramlee boleh menyanyi, berlakon dan terkenal. Siapa yang tidak tergila-gilakan bintang filem
masa itu. Tetapi Lajak Jongang orang kampung menoreh getah. Asyik pula menghabiskan masa di belakang kedai kopi Mamak Kadir bermain terup pakau. Ada isteri pun lari meninggalkan dia. Macam mana pula ada keinginan memikat Milah Cantik gadis comel baru berumur 16 tahun itu. "Jangan pungguk rindukan bulan Abang Lajak..." ketawa budak- budak semakin meninggi. Terasa pada Lajak Jongang dia benar-benar dipandang seperti lelaki tidak berharga di sisi wanita. Mentang- mentanglah isterinya lari menuntut cerai, tidak bererti dia tidak dihargai oleh isterinya. Malu benar-benar dihina oleh anak-anak muda itu di depan Milah Cantik. Dia terus merapati Milah Cantik tersengih-sengih. "Milah..." dia tersenyum menegur Milah Cantik. "Ah, sudah..." bentak Milah Cantik mencapai biskut yang dibelinya dari kedai Mamak Kadir. "Tak padan dah tua nak jadi ulat bulu. Kalau miang sangat mengapa biarkan Kak Dah lari dari rumah" kata Milah Cantik marah. Tersinggung sangat dia dengan sikap Lajak Jongang tidak sedar diri itu."Hei, Milah..." panggil Lajak Jongang serba salah. Tetapi Milah Cantik sudah pun berlari keluar dari kedai Mamak Kadir. Anak-anak muda di bangku panjang terus ketawa mengejek. Tebal rasanya muka Lajak Jongang mendengar kata- kata Milah Cantik tadi. Perkara Midah lari meninggalkan dia tidak wajar diungkit oleh anak gadis seperti Milah Cantik. Mungkin Midah melarikan diri disebabkan selalu meleteri dia, menyebabkan dia cepat naik angin. Dia benar-benar merasa terhina bila seorang gadis mentah berani mempertikaikan
keruntuhan
rumahtangganya. Lajak Jongang terus meninggalkan kedai Mamak Kadir dalam ejekan anak- anak muda yang ketawa berdekah-dekah. Semalaman Lajak Jongang tidak dapat melelapkan mata. Malu benar dia mendengar kata- kata Milah Cantik di depan anak-anak muda yang suka mengejek. Kalau Milah Cantik tidak sudi menyahut pun janganlah ungkit fasal kegagalan rumahtangganya dengan Midah. Esoknya pagi-pagi lagi Lajak Jongang menemui Tok Batin di hulu kampung. Hampir sebulan dia berulang alik menemui Tok Batin sehingga dia tidak pernah lagi menjenguk muka di kedai Mamak Kadir. Kuranglah kaki main terup pakau dengan ketiadaan Lajak Jongang. Tup-tup satu hari terjongol saja muka Lajak Jongang di kedai Mamak Kadir. Apabila dipelawa main terup, dia terus saja tumpang sekali. Semasa bermain ini anak-anak muda
juga mengusiknya. Mereka mengatakan Lajak Jongang merajuk kerana Milah Cantik tidak mahu melayan. "Merajuk, siapa nak pujuk Abang Lajak!" Johar menyinggung bahunya sambil tersengih-sengih. "Takkan Milah Cantik nak datang pujuk" celah Leman pula. Mereka ketawa terkekeh-kekeh untuk menyakitkan hati Lajak Jongang. Tetapi Lajak Jongang tidak marah. Dia hanya tersenyum saja, walaupun mukanya merah padam menahan marah. "Nanti Abang Lajak gigit jari..." cepat-cepat Kahar menyampuk. "Milah Cantik selalu jeling-jeling Johar nampaknya sekarang ni" ujarnya disambut ketawa berderai. Dalam masa mereka mengusik-ngusik Lajak Jongang itu, Milah Cantik datang ke kedai Mamak Kadir. Apabila mereka tahu Milah Cantik datang cepat- cepat Johar menguis bahu Lajak Jongang. Tetapi dia tidak ambil peduli langsung anak-anak muda itu mengusiknya. Sebaik sampai saja di kedai Mamak Kadir, terus saja Milah Cantik menjengah ke belakang kedai memerhati orang bermain terup. Tidak pernah selama ini dia menjengah ke situ. Selepas terpandang Lajak Jongang bermain terup dia tersenyum mengerling ke arah lelaki duda tersebut. Lajak Jongang pura- pura tidak nampak Milah Cantik memerhatikan dia. Anak-anak muda yang mengejek juga terdiam dengan perubahan Milah Cantik mengerling dan tersenyum merenung Lajak Jongang itu. Mereka melihatnya seperti dalam mimpi saja, bagaimanakah Milah Cantik boleh tersenyum merenung Lajak Jongang. Sejak dari hari itulah Milah Cantik sentiasa teringatkan Lajak Jongang. Tidur pun sentiasa termimpi-
mimpikan Lajak Jongang datang. Dia merasa gembira apabila dibelai Lajak Jongang. Setiap malam seperti ada saja orang memandunya datang menemui Lajak Jongang di rumah lelaki duda bermuka bokop itu. "Rumah abang buruk..." bisik Lajak Jongang merangkul tubuh gadis itu. "Milah bukan mahu rumahnya" sahut Milah merebahkan kepala ke lengan Lajak Jongang. "Habis, Milah mahu apa?" Lajak Jongang memain- mainkan anak rambut Milah Cantik. Setiap sentuhan jari Lajak Jongang tetap mendebarkan dia. Milah Cantik merasakan dunianya hanya untuk Lajak Jongang saja. Dia tidak mahu berenggang walau sesaat pun dari Lajak Jongang. "Milah mahu apa?" ulangi Lajak Jongang perlahan. "Milah mahu abang..." sahut gadis itu mengusap- ngusap pipi lelaki duda tersebut. "Abang tak lawa!" "Ah, Milah pun bukannya cantik sangat" "Tapi, Milah memang cantik" "Abang pun apa kurangnya...!" "Abang dah tua, duda pula..." "Tapi Milah, sayangkan abang". Akhirnya Milah menyerahkan segala- galanya pada Lajak Jongang. Dapatlah Lajak Jongang membalas dendam, setelah Milah Cantik menghina dia ketika di kedai Mamak Kadir. Selama berulang alik berjumpa Tok Batin itulah dia telah memuja Milah Cantik. Selepas puas melepaskan hawa nafsunya terhadap gadis mentah itu, Lajak Jongang pun memulihkan semula semangat Milah Cantik. Sejak itu Milah Cantik kembali sedar apa yang berlaku. Dia bagaikan mahu menjerit bila menyedari bahawa kehormatannya sudah dinoda oleh lelaki yang dibencinya selama ini. Apabila dia menyedari dirinya mengandung, Milah Cantik sengaja mendiamkan diri. Dia bimbang kalau dia menerangkan kedudukan sebenarnya tentulah emaknya memaksa dia bernikah dengan Lajak Jongang, sedangkan hatinya
tidak terbuka pun mahu menerima Lajak Jongang. Hinggalah saat Milah Cantik menutup mata dengan meminum racun tikus, tidak siapa pun mengetahui rahsianya. Kecuali Tok Aji satu-satunya
yang mengetahui tentang Lajak Jongang. Tok Aji jugalah yang tahu tentang perbuatan Lajak Jongang memuja semangat Milah Cantik supaya menyerah kepadanya. Ketika hayatnya Milah Cantik disuruh oleh Tok Aji melakukan solat sunat Tahajud setiap malam, supaya dirinya dilindungkan
dari sebarang bencana malu. Biarlah masyarakat dapat menerima hakikat sebenarnya bahawa dirinya telah diperalatkan oleh syaitan yang bertopengkan manusia. Sama ada dia melakukannya atau tidak, Tok Aji sendiri tidak tahu. Tetapi menurut cerita Mak Munah memang setiap malam Milah Cantik bangun tengah malam menunaikan solat sunat. Apakah doanya tidaklah diketahui oleh Mak Munah. Tetapi, mengapa pula dia tergamak meminum racun kalau sentiasa mengerjakan solat? Disebabkan dia mati ketika mengandung orang- orang kampung menasihatkan Mak Munah supaya mengkebumikan Milah Cantik mengikut kepercayaan mereka iaitu membubuh jarum di tapak tangan, telur di bawah ketiak dan emas di dalam mulutnya. Kononnya, kalau tidak dilakukan begitu dia akan bertukar menjadi langsuyar. Walaupun Tok Aji tidak bersetuju dengan kepercayaan tersebut, tetapi dia tidaklah membantah. Dia tidak mahu masyarakat akan membuat anggapan buruk pula kalau ditegur kepercayaan mereka. Akibatnya boleh mendatangkan perpecahan di kalangan masyarakat apabila berbantah-bantah. Dalam masa orang ramai sedang membuat persiapan untuk memandikan, tiba-tiba suasana menjadi gempar bila
Lajak Jongang datang menangis-nangis
menyembah kaki Mak Munah. Dia mengaku di depan Mak Munah melakukan perbuatan terkutuk itu menyebabkan Milah Cantik mengandung. Dia sendiri tidak menyangka
Milah Cantik tergamak membunuh diri. Malah kalau Milah Cantik sudi dia sanggup mengambilnya menjadi isteri. Akhirnya Lajak Jongang terpaksa menceritakan semua yang dilakukannya terhadap Milah Cantik. Orang-orang kampung mendengar pengakuan itu dengan rasa benci, kerana selama ini mereka menuduh tentulah kalau tidak bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi. Dengan pengakuan Lajak Jongang itu barulah mereka sedari bahawa Milah Cantik hanya teraniaya selama ini. Serentak dengan itu Mak Munah sudah mencapai parang mahu menerkam Lajak Jongang. Terpaksalah orang ramai mententeramkan keadaan. "Yang mati, dah tentulah mati...!" Ketua Kampung mengingatkan Mak Munah. "Jangan yang hidup pula, tak ada beban batu digalas. Cukuplah Munah, jangan ikutkan sangat perasaan kau" nasihat Ketua Kampung. "Binatang ni salah, binatang ni salah!" Mak Munah menangis teresak- esak sambil meronta mahu melepaskan diri dari pegangan orang ramai. Lajak Jongang tidak berganjak menunggu serangan Mak Munah. Dia seolah-olah menyerahkan diri saja tidak bertindak melarikan diri pun. "Munah...!' Tok Aji pula bersuara. "Pengakuan Lajak di hadapan orang ramai ini satu rahmat besar dari Allah. Sepatutnya kau bersyukur, kerana Allah telah menunjukkan kepada hambaNya bahawa anak kau tidak berdosa. Dia dianiaya" jelas Tok Aji meminta Mak Munah bertenang. Semakin lemah Mak Munah dipegang ramai- ramai. Dia tidak berdaya lagi mahu meronta. Kalau ikutkan perasaannya memang dia tidak benarkan Lajak Jongang menjejakkan kaki ke rumahnya. Tetapi Lajak Jongang sedikit pun tidak mengangkat muka walau dimaki macam mana pun. "Sabarlah Munah" pujuk Tok Aji lagi. Mak Munah dipapah ke dapur untuk meredakan suasana kerana Lajak Jongang tetap melutut di sisi jenazah. Dia tidak mahu berundur walaupun orang ramai menasihatkan dia supaya meninggalkan rumah tersebut buat sementara waktu. Bila keadaan sudah pulih barulah diselesaikan perkara itu dengan Mak Munah. Ketika jenazah hendak dimandikan orang menjadi bingung kerana mereka tidak terangkat jenazah untuk ditatang ke tempat dimandikan. Hingga tujuh lapan orang lelaki mencuba mengangkatnya, tetapi jenazah tidak bergerak sedikit pun. Puas mencubanya, maka mereka pun mengadukan hal itu kepada Ketua Kampung. "Macam mana Pak Aji...?" tanya Ketua Kampung dalam kebingungan. "Tak pernah pula saya menemui kejadian macam ni seumur hidup saya" katanya keheranan mendengar penerangan dari orang-orang yang mahu memandikan jenazah. "Lajak..." Tok Aji memanggil Lajak Jongang. "Boleh jadi dia meminta pertolongan kau" ujarnya menyuruh Lajak Jongang mengangkat jenazah itu ke tempat hendak dimandikan. Mudah saja Lajak Jongang menatang jenazah itu seorang diri. Heran juga orang yang mengangkat mua-mula tadi, kerana mereka telah mencubanya beramai-ramai tetapi tidak berjaya. Bagaimana dengan Lajak Jongang hanya seorang diri saja boleh mengangkat jenazah tersebut. Mereka mula menuduh Lajak Jongang masih menggunakan ilmu Tok Batin, sebab dia sendiri mahu mengangkat jenazah Milah Cantik. Memang Lajak Jongang yang menyebabkan mayat menjadi berat. Bagaimanapun Tok Aji menasihatkan mereka supaya tidak menuduh sesuka hati. "Serahkan kepada Allah, hanya Allah Yang Maha Mengetahui..." Tok Aji mengingatkan mereka. Tetapi mereka tidak puas hati dengan alasan Tok Aji. Saudara mara Mak Munah juga menyimpan dendam pada Lajak Jongang. Kalaulah tidak mengenangkan Tok Aji dengan Ketua Kampung memang mereka mahu menghalau Lajak Jongang dari situ. Kedatangan Lajak Jongang semata-mata untuk menimbulkan keributan saja. "Entah apa tangkal yang dipakainya, fasal itu jenazah jadi berat" rungut salah seorang dari mereka. Tok Aji tidak peduli sangat dengan rungutan demikian. Dia hanya memberi nasihat, kalau orang tidak mahu mendengar nasihatnya dia tidak ambil peduli sangat. Terpulanglah pada orang itu sama ada mahu menerima nasihatnya atau tidak. Setelah selesai dimandikan dengan sempurna maka dikapankan
oranglah jenazah Milah Cantik. Terpaksalah Lajak Jongang mengangkat jenazah itu untuk dikapankan dan kemudiannya diletakkan di depan Tok Aji untuk disembahyangkan. Setelah selesai disembahyangkan dimasukkan ke dalam usungan. Lajak Jongang juga terpaksa membawanya ke dalam usungan. Ketika usungan hendak dibawa ke kubur sekali lagi tidak dapat dilakukan. Usungan tidak bergerak langsung dan mereka yang memikul usungan terasa jenazah itu terlalu berat. Mahu tidak mahu dipanggil juga Lajak Jongang memikul usungan. Barulah orang-orang yang merungut tadi sedar akan kata-kata Tok Aji hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Kalau semasa memandikan jenazah bolehlah mereka menuduh Lajak Jongang menggunakan tangkal azimat supaya jenazah menjadi berat, bagi membolehkan dia memeluk jenazah untuk melepaskan geramnya kepada gadis kesayangannya. Tetapi bagaimana pula dengan usungan? Sepanjang jalan kira- kira setengah batu menuju ke tanah perkuburan Lajak Jongang tidak dapat bergilir-gilir seperti orang lain memikul usungan jenazah. Kalau Lajak Jongang menukarkan kepada orang lain maka usungan itu tidak dapat dibawa bergerak ke depan. Masing-masing merasa terlalu berat. Mereka tidak dapat melangkah langsung. Mahu tidak mahu terpaksa juga Lajak Jongang memikulnya dengan tidak dapat bergilir- gilir. Lajak Jongang tidak membantah. Dia terpaksa melakukan kerana dia merasa berdosa menyebabkan Milah Cantik jadi demikian. Untuk menebus dosanya, dia sanggup melakukan apa saja di hari pengebumian Milah Cantik. Orang ramai yang melihat Lajak Jongang berpeluh- peluh memikul usungan itu mula merasa simpati terhadapnya. Tetapi mereka tidak dapat menolong. Walaupun ada orang yang mahu menggilirkan dia memikul usungan, tiba-tiba saja usungan tidak bergerak. Kaki mereka tidak dapat melangkah kerana menahan beban yang terlalu berat. "Sabarlah, Lajak" bisik Tok Aji yang berjalan berhampiran dengannya. Lajak Jongang hanya mengangguk. Dia teringat juga akan masa manisnya bersama Milah Cantik, sekalipun melalui guna-guna yang dipuja oleh Tok Batin. Memanglah Milah Cantik bukan dengan rela hati menyerahkan tubuhnya kepada dia, namun kenikmatan itu tetap tidak dapat diluputkan dari jiwanya. "Ingatlah, Allah Maha Pengampun..." Tok Aji memberi nasihat kepadanya kerana kasihan melihat Lajak Jongang tersenget- senget bahu memikul usungan jenazah. Lajak Jongang tidak menyahut. Dia mengangguk lemah. Air matanya berlinang di pelupuk mata menyesali perbuatannya terhadap gadis mentah yang
tidak berdosa itu. Apabila sampai di kubur, sekali lagi menjadi kecoh kerana jenazah tidak dapat diturunkan ke liang lahad. Mereka semua tidak terdaya mahu mengangkat jenazah. Disebabkan mereka sudah tahu masalahnya, maka disuruh saja Lajak Jongang masuk ke dalam kubur menyambut jenazah. Lajak Jonganglah menyambutnya, dan dia jugalah yang memasukkan jenazah ke liang lahad. Sebaik saja orang mengambuskan tanah, tiba- tiba Lajak Jongang tidak dapat mengangkat kakinya.
Dia meronta-ronta mahu melepaskan kakinya yang terlekat di tanah. "Tanah ni lekit..." katanya sambil menghulurkan tangan minta ditarik ke atas. Sebaik
saja mahu ditarik ke atas kakinya semakin tenggelam. Terpaksalah berhenti orang menariknya. Asal saja cuba ditarik maka kakinya akan bertambah tenggelam. Puas Lajak Jongang meronta mahu melepaskan diri, tetapi tidak
juga berjaya. Selagi Lajak Jongang tidak ditarik naik ke atas maka kubur tersebut tidak dapat dikambus. Memang keadaan semakin terdesak. Tok Aji pun menyuruh Lajak Jongang berastaghfar. Masing-masing bertambah bingung dengan kejadian yang berlaku tidak semena- mena itu. "Cuba kau melompat Lajak..." ujar Mak Munah yang mula kasihan melihat Lajak Jongang bersusah payah mengkebumikan anaknya. Lajak Jongang cuba melompat tetapi tidak boleh
bergerak. "Kaki saya panas" katanya mendongak ke atas terkebil-kebil mata. Suaranya gementar dalam ketakutan. Tok Aji mengadap kiblat terus azan dengan lantang suaranya. Selepas azan Tok Aji merenung ke liang lahad, lalu dia masuk ke lubang kubur. Tok Aji membongkok bagaikan bercakap-cakap dengan jenazah Milah Cantik. Kemudian dia berdiri semula sambil berkata dengan tenang, "Milah, pergilah kau saja. Tinggalkan Lajak di sini, biarlah urusan Allah diserahkan kepada Allah". Setelah itu Tok Aji memberi isyarat supaya Lajak Jongang ditarik ke atas. Barulah Lajak Jongang dapat ditarik. Selepas itu disempurnakanlah
pengkebumian Milah Cantik. Bagaimanapun Lajak Jongang tidak lama kemudiannya jadi gila. Seluruh badannya dipenuhi tokak. Kira-kira dua tahun dia menanggung pernderitaan itu, Lajak Jongang pun meninggal dunia. TAMAT

Terserempak bunian rai kenduri kahwin

$
0
0
BUKAN mudah untuk
menuntut ilmu daripada Tok
Ngah Awang. Setakat minat
belum tentu diterima menjadi
anak muridnya... BUKAN mudah untuk
menuntut ilmu daripada Tok
Ngah Awang. Setakat minat
belum tentu diterima menjadi
anak muridnya. Perkara
paling penting baginya ialah pengisian pendidikan agama
Islam dan peribadi mereka
yang ingin mempelajari
ilmunya.
Ilmu agamanya cukup tinggi.
Dengar cerita, dia pernah memondok (belajar agama) di
Sumatera dan bertapa di
sebuah gunung di Johor.
Ketika darurat, dia menjadi
tempat penduduk berlindung
daripada menjadi mangsa keganasan komunis, demikian
pembuka Abang Sahak
(bukan nama sebenar) kepada
penulis ketika mengunjungi di
rumahnya di Yan, Kedah,
baru-baru ini. Abang Sahak pernah
merantau di Pahang. Dia kenal
benar dengan Tok Ngah dan
pernah tinggal di kampung
orang tua itu iaitu Kampung
Kemahang. Sepanjang mengenali Tok Ngah, banyak
pengalaman menarik pernah
dialaminya. Cerita Abang Sahak lagi, pada
suatu hari, Tok Ngah yang
ketika itu berusia 70 tahun
tetapi masih sihat dan kuat
mengajaknya pergi
memancing di tasik bekas lombong emas di Kampung
Kuala Kemahang. Dua anak
muridnya, Iman Golek dan
Mus Montel turut serta.
Seminggu sebelum itu, Tok
Ngah pergi ke kaki Bukit Raya. Apabila pulang, dia
memberi tahu Abang Sahak
yang ekspedisi memancing
kali ini amat menarik.
Pengalaman berharga akan
Abang Sahak alami, kata Tok Ngah.
Terbayang di kepala Abang
Sahak, Iman Golek dan Mus
Montel keadaan destinasi yang
akan dikunjungi. Hutan tebal
tempat jin bertendang dan bekas lombong yang
kebiasaannya menyedut
mangsa menambahkan
kerisauan di hati.
“Diam saja, biar mereka
berkicau. Ada mata tengok, ada telinga dengar,” kata Tok
Ngah ketika mereka
memasuki kawasan bekas
lombong yang diiringi
beberapa ekor burung murai
batu terbang rendah. Riuh rendah bunyi kicauan burung
itu seakan-akan meraikan
kehadiran mereka.
Belum pun kicauan burung itu
reda, tidak jauh dari arah
matahari terbit, terdengar bunyi ayam hutan berkokok.
Sejurus kemudian,
pendengaran rombongan kaki
pancing diketuai Tok Ngah itu
dihujani bunyi bercampur-
baur yang asing bagi mereka. Kira-kira jam 6.30 petang,
mereka sampai di kawasan
bekas lombong berkenaan.
Pondok pisang sesikat segera
didirikan kira-kira 15 meter
dari tasik. Malam itu, selepas menunaikan solat Maghrib,
habuan pun dijejak.
“Kamu dah dapat berapa
ekor? Dah lewat tengah
malam, seekor ikan pun tak
mengena. Jangan-jangan dah habis dikebas memerang,"
kata Imam Golek. “Habuk pun takde! Lupa bawa
jala. Kalau tidak, esok boleh
menjala. Taklah bosan tunggu
berjam-jam pun ikan tak
dapat,” balas Mus Montel
menoleh ke arah Iman Golek yang kecewa kerana hampir
jam 2 pagi, kail batang buluh
yang mereka gunakan belum
diuji.
Ketika mereka asyik
mengomel, tiba-tiba Tok Ngah muncul dari arah belakang.
Seekor baung sebesar betis
dijinjing dengan tangan
kanannya. “Ini saja yang
mereka beri, jom kita balik ke
pondok. Aku dah mengantuk sangat, sambung esok,” arah
orang tua itu.
Keesokannya, sehingga jam 12
tengah hari, kekecewaan
dialami pada malam tadi
berulang. Pelik! Tetapi Tok Ngah Awang
dapat merasakan apa yang
berlaku. Sambil menghadap
ke arah kiblat, dia membaling
seketul batu dibalut sehelai
daun ke tengah tasik. Kemudian, dia berpatah balik
ke pondok. Mus Montel diarah
untuk mengambil sehelai daun
pokok balik angin. Iman
Golek dan Abang Sahak
dipanggil berkumpul di pondok.
“Jangan terkejut, ambil daun
ini seorang satu dan halakan
ke arah tasik itu. Aku beri
masa 10 minit saja untuk
kamu tengok apa yang boleh dilihat,” katanya.
Sebaik tempoh masa diberi
tamat, Abang Sahak, Iman
Golek dan Mus Montel terpaku
seketika. Muka Tok Ngah
Awang direnung. Tok Ngah tersenyum.
“Tiada apa yang mustahil.
Dengan keizinan Allah, kita
boleh melihat mereka. Apa
yang kamu nampak, Iman?”
“Cahaya lampu gasolin gemerlapan, macam
berlangsung majlis kenduri.
Ramai orang memasak di
kawasan masjid tetapi kenapa
malam?” kata Iman Golek.
“Tuhan jadikan siang waktu manusia tapi malam bagi
orang bunian. Begitulah
sebaliknya,” jawab Tok Ngah.
Tok Ngah mengarahkan
Abang Sahak, Iman Golek dan
Mus mengemaskan peralatan untuk pulang. Hari itu
berlangsung majlis kenduri
bagi penduduk orang bunian
di situ. Mereka tidak mahu
diganggu oleh orang asing.
“Kita dah sesat Tok Ngah. Tengok di depan tu ada
sungai. Jalan sebenar mana
ada sungai,” kata Mus Montel
yang mula gelabah apabila
jalan pulang tidak ditemui.
“Kita memancing di sini. Aku rasa di sungai ini ada rezeki
untuk kita,” arah Tok Ngah.
Masin cakap orang tua itu.
Kepulangan mereka hari itu
disambut gembira anak dan
isteri masing-masing. Masing- masing membawa pulang
ikan baung, kalui, kelah,
tengas dan lampam cukup
untuk makan sekeluarga
seminggu.
Abang Sahak masih ingat lagi nasihat Tok Ngah. Antaranya,
jangan sesekali berbohong
atau bersikap tidak jujur jika
mendapat pertolongan orang
bunian. Makhluk halus
terbabit lebih senang menolong orang yang baik,
lurus dan tidak berbohong.
Pengalamannya dapat melihat
perkampungan orang bunian
dengan menggunakan daun
balik angin itu membuatkan dirinya berasa insaf betapa
tingginya darjat Allah yang
mencipta alam semesta ini.
“Dua minggu kemudian, saya
diajak Tok Ngah ke bekas
lombong berkenaan. Apa yang kami dapat lihat pada
hari itu ialah banyak ayam
hutan berkeliaran mencari
makan di tepi tasik itu,” kata
Abang Sahak menutup cerita.

008. DENDAM ANGUT LUMPUH

$
0
0
SEBATANG parit yang melintasi tengah kampung selalu dikaitkan oleh orang-orang kampung dengan dendam Angut Lumpuh. Siapa saja yang terkena dendam Angut Lumpuh nescaya akan menjadi lumpuh kalau umur panjang, sebaliknya kalau sampai ajal akan mati. Apakah yang dikatakan Angut Lumpuh ini pun saya tidaklah tahu sangat, cuma Kadir Misai yang mengajak saya ke Jerantut di Pahang apabila adiknya dikatakan sakit akibat disampuk dendam Angut Lumpuh ini. Kadir Misai pun hanya mengesyaki saja adiknya disampuk dendam Angut Lumpuh. Ini disebabkan apabila penduduk kampung itu diserang sakit luar biasa, maka mereka akan cepat mengesyaki terkena sampuk Angut Lumpuh. Kerana tidak mahu menghampakan hati Kadir Misai saya pun bersetuju ke Jerantut pada malam itu juga. Lagi pun saya sendiri ingin untuk mengetahui apakah yang dikatakan Angut Lumpuh itu. Kalau puaka mengapa pula dinamakan Angut Lumpuh? Kalau jenis syaitan dari mana pula datangnya nama Angut Lumpuh? Ketika saya sampai di rumah ayah Kadir Misai, memang adiknya berumur 13 tahun masih tidak sedar diri. Kata Lebai Man iaitu ayah Kadir Misai sudah tiga hari Zuki anaknya tidak sedarkan diri. "Kenapa awak tak panggil Ulung Bahar di Lancang?" tanya saya pada Kadir Misai. "Ah, awak pun sama juga ustaz..." bisiknya. "Tapi lebih elok orang sini juga" kata saya cuba menarik perhatian dia. "Mana nak ingat semua tu, dalam keadaan macam ni" ujarnya sambil memanjangkan bibir menunjuk ke arah adiknya yang terlentang di tengah rumah. "Kawan ingat, usaz pun bolehlah..." jelasnya perlahan ."Ha, cubalah ustaz" Lebai Man pula menggesa. Sukar juga saya mahu membuat keputusan. Orang sudah mendesak supaya saya tengokkan Zuki. Kalau saya mahu berdalih mengapa tidak menolak semasa Kadir Misai datang menjemput ke rumah. Sebenarnya saya datang hanya untuk mengetahui apakah yang dikatakan Angut Lumpuh itu. Kebetulan Dukun Pak Cu Jabat sudah mengubatnya. Dia sendiri meminta saya pula mencubanya. Dukun Pak Cu Jabat juga mengesyaki memang angkara Angut Lumpuh. Dari dialah saya diberitahu mengenai parit yang melintasi kampung, yang telah saya lalui bersama Kadir Misai ketika datang ke situ, memang ada kaitan dengan Angut Lumpuh ini. Beberapa tahun dulu anak saudara dia meninggal dunia setelah terkejut melihat seorang perempuan tua berjalan menginsut punggung di dalam parit tersebut. Dia tidaklah meninggal dunia sebaik saja melihat perempuan tua itu, sebaliknya jatuh demam. Budak baru berumur empat tahun itu memberitahu emaknya dia ternampak seorang nenek tua menginsut punggung mudik
parit tersebut. Kira-kira sebulan lebih budak itu sakit, dia pun meninggal dunia. Dukun
Pak Cu Jabat memberitahu kalau ternampak perempuan tua itu nyatalah dia Angut Lumpuh. Maksudnya Angut ini ialah nenek kepada nenek. Sekiranya ternampak dia mudik bererti susahlah hendak diselamatkan pesakit berkenaan, sebaliknya kalau dia menginsut ke hilir masih ada
harapan untuk sembuh, tetapi mangsanya itu akan lumpuh. Dia juga menceritakan seorang lelaki tepok di dalam kampung itu
yang disebabkan angkara dendam Angut Lumpuh. Kaki dan tangan sebelah kanannya menjadi lumpuh setelah sembuh dari sakitnya. Lelaki itu sekarang sudah berumur lebih 40 tahun dikenali sebagai panggilan Apat Tepok saja. Seorang lagi sepupu Lebai Man menjadi tidak siuman selepas sembuh dari sakit yang dikatakan akibat terkena sumpahan Angut Lumpuh ini. Sebenarnya sudah banyak mangsa Angut Lumpuh itu sejak beberapa tahun dulu. Parit itu adalah anak sungai kecil yang mata airnya terbit dari bukit dalam kampung itu juga, sekarang ini bukit berkenaan sudah pun ditebang tebas dijadikan kebun getah. "Kalau ternampak Angut Lumpuh tu di dalam parit tu, hah tanda nahaslah tu..." ujar Dukun Pak Cu Jabat. "Ada yang terjumpa?" tanya saya. "Siapa yang jumpa Angut Lumpuh, kalau tak lumpuh, mati..." sahut Lebai Man pula menguatkan lagi dakwaan Pak Cu Jabat. "Zuki ni jumpa?" soal saya lagi. "Tak taulah..." beritahu Lebai Man perlahan. "Tengah makan tiba-tiba dia pening kepala, langsunglah tak sedar diri. Fasal itulah kawan telefon pada Kadir di Kuala Lumpur" jelas orang tua itu seterusnya. Lama saya memikirkan apakah cara mahu dilakukan terhadap Zuki. Kalau Pak Cu Jabat seorang dukun sudah berusaha memulihkan, pada hal dia sudah berpengalaman sekian lama di situ tetapi tidak berhasil, bagaimana pula saya mahu mencubanya. Kerana tidak terfikirkan cara yang lain, lalu saya mengajak semua orang yang ada di situ bersama-sama dengan saya membaca Yassin. Mereka bersetuju dengan cadangan saya, iaitu membaca Surah Yassin. Lebai Man juga setuju saya mengepalai bacaan Yassin tersebut. Tiga kali bacaan Yassin dibuat barulah saya dapati Zuki mula menggerakkan badannya. Bagaimanapun dia masih tidak sedarkan diri. Dia seolah-olah mahu bangun untuk melompat ke tanah, tetapi tenaganya masih lemah. Zuki terbaring semula. Apabila dipanggil namanya dia tetap mendiamkan diri. Hati saya lega kerana Zuki sudah mula menggerakkan badan. Walaupun dia masih belum sedarkan diri, namun ada perubahan juga. Tidaklah terlentang tidak bergerak- gerak seperti mula-mula saya datang. Saya sampai di rumah Lebai Man kira-kira jam 11.30 malam. Ketika ini masih ramai lagi orang datang menziarahi Zuki. Saya lihat Pak Cu Jabat juga tersenyum dengan perubahan Zuki. Setelah setengah jam Zuki boleh menggerakkan badan,
dia pun mula berpusing ke kiri ke kanan dalam keadaan masih lemah. Nafasnya saja kencang turun naik. Dia tidak bercakap apa-apa pun. "Ada perubahan nampaknya, ustaz..." kata Dukun Pak Cu Jabat. "Alhamdulillah..." sahut saya perlahan. "Dukun ni bukan kira besar kecil, kira rasi" ujar Pak Cu Jabat mengurut- ngurut misainya. "Kira rasi, kalau rasi dukun dengan ubatnya, hah macam kunyit jumpa kapur aje laa" dia terangguk-angguk puas hati
dengan perubahan Zuki yang sudah tiga malam tidak bergerak-gerak. Semakin lama semakin keras Zuki berpusing ke kiri ke kanan. Terpaksa pula Kadir Misai memegangkan kakinya. Tetapi cepat saja kaki Zuki menyinggahi dada Kadir Misai. Terundur juga Kadir Misai ke belakang bila kaki itu menerjah ke dadanya. "Mari kita cuba sama- sama Pak Cu" saya menepuk bahu Pak Cu Jabat. "Silakan dulu..." dia menyuruh saya terus menghadapi keadaan Zuki yang semakin keras. "Pak Cu bantulah saya" kata saya mengharapkan dia sama- sama menggunakan kemahirannya. "Iya, ya...silakan" ujarnya sambil rapat kepada
Zuki. Zuki tidak meronta- ronta, tetapi dia membalikkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan. Makin lama semakin kencang dia membalikkan tubuh ke kiri dan ke kanan. Saya lihat Pak Cu Jabat sudah terkumat kamit
mulut membacakan ayat- ayat tertentu, yang saya tidak tahu apakah ayatnya. Seperti Ulung Bahar yang pernah saya temui, Pak Cu Jabat juga tidak menggunakan kemenyan, bertih, limau atau ramuan- ramuan khas bagi mengubati pesakit. Zuki masih membalik-balikkan tubuh ke kiri ke kanan. Sekali- sekala dia mendengus bagaikan hidung tersumbat. Saya menyorot tubuhnya dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Lama kelamaan tubuh Zuki hilang dari sorotan saya. Keliling saya menjadi gelap seketika. Setelah melepasi kegelapan itulah saya dapati diri saya terlalu jauh di dalam kawasan hutan yang terdapat satu parit anak sungai yang kecil. Parit tersebut sama seperti parit yang melintasi di tengah- tengah kampung Kadir Misai. Cuma keadaan kelilingnya saja dipenuhi hutan dan anak-anak pokok. Lama saya berlegar- legar mencari punca di manakah saya telah sampai. Akhirnya saya dapat mengangak bahawa anak air yang saya temui itu adalah anak air di kampung itulah seperti keadaannya beberpa puluh tahun dulu. "Mungkinkah saya sudah berjalan terlalu jauh?" fikir saya dalam kebingungan. Ketika ini saya teringat untuk membaca Ayat Waddhuha. Saya membaca tiga kali barulah saya mendapat pedoman mengenai anak air itu. Memang itulah anak air yang saya cari. Tidak salahlah dakwaan Pak Cu Jabat mengenai anak air yang mengalir di tengah kampung itu sudah banyak memakan mangsa. Dalam masa saya merayau-rayau ini kedengaran kepada saya suara orang mendehem. Cepat-cepat saya berpaling memerhatikan arah suara itu. Seorang lelaki berserban putih, mukanya bersih berbau harum sambil memegang tongkat semambu dari rotan beruas songsang. Dia memimpin tangan Zuki masih teragak- agak mahu melompati parit berkenaan. "Assalamualaikum..." tiba-tiba dia memberi salam. Saya menjadi serba salah. Mustahil pula syaitan boleh memberi salam atau berbau harum demikian. Sekali lagi dia memberi salam. Mau tidak mau saya terpaksa juga menyahut salamnya. "Anak jangan ragu- ragu" dia tersenyum seolah- olah dapat membaca perasaan saya yang tidak mempercayai dia. "Anak mau budak ni balik, memang saya mau menghantar dia pada keluarganya" jelasnya sambil mengusap-ngusap kepala Zuki. Budak itu tersenyum mengerling ke arahnya. "Tok Sheikh ni siapa? saya mula mempercayai dia. "Saya menjaga tempat ni" beritahu dia ramah."Memang si lumpuh tu tak habis-habis berdendam, sampai budak Zuki ni pun dia nak kenakan. Mujur saya cepat sampai menolongnya..." katanya menghentak- hentakkan tongkat rotan beruas songsang itu. "Kenapa Tok Sheikh tak hantar Zuki balik...?" saya cuba menduga. "Tak ada orang sampai ke sini. Pak Cu Jabat tak sampai, dia jauh lagi. Saya pula tak boleh keluar jauh dari sini" jelas lelaki yang saya panggil Tok Sheikh tu. Tok Sheikh itu tidak pula menceritakan siapakah dirinya sebenar. Tetapi saya dapati dia memang berniat baik. Boleh jadi juga Pak Cu Jabat tidak sampai ke situ, sebab itulah Zuki tidak dapat dihantarnya balik. Kalaulah Zuki tidak dapat diambil balik bereti dia akan tidak sedarkan diri beberapa
lama lagi. Inilah hakikat sebenarnya. "Memang jauh anak berjalan..." katanya lalu mengajak duduk pada sepohon pokok. "Jarang orang boleh sampai ke sini, kalau kurang pengalaman memang sukar nak sampai ke sini" ujarnya. Saya mengangguk- angguk kepala. Kagum juga saya dengan sifat ramah orang tua berkenaan . Kalaulah dia dari jenis syaitan masakan budi bahasanya begitu ramah. Oleh itu saya kuat mengagakkan dia bukanlah syaitan, tetapi golongan yang boleh membantu. "Anak mau pertolongan saya?" tanyanya tersenyum memerhatikan saya dalam keadaan ragu-ragu. "Tidak!" tegas saya. "Saya hanya memerlukan pertolongan Allah" kata saya ego sedikit. "Alhamdulillah, kalau begitu..." suaranya lembut mempesonakan. "Saya tahu anak memang cucu Tok Aji Mat Kampar. Saya kenal dengan Tok Aji Mat Kampar" katanya lagi. Kesal juga saya kerana bercakap seakan- akan kasar terhadap orang tua berkenaan. Tetapi saya masih tertanya-tanya siapakah dia sebenarnya? Belum pernah saya menghadapi suasana demikian, kerana selalunya kedatangan saya ditentang oleh jelmaan syaitan- syaitan. Mahu bertanya berulang kali terasa juga segan. Maklum saja, menyoal orang demikian, tidak sama seperti menemui manusia biasa di alam nyata. Orang begini kadangkala sudah dapat membaca apa yang terbendung di hati kita. Dia juga tahu mengenai Tok Aji saya yang
dikenali Tok Aji Mat Kampar
itu. Tentulah orang tua itu bukannya musuh. "Saya bukannya musuh..." katanya seolah-olah mengerti apa yang saya fikirkan. "Tapi, datang untuk menolong" jelasnya. Dia pun menceritakan mengenai Angut Lumpuh yang mengganggu itu. Katanya Angut Lumpuh itu seorang wanita yang pernah dimadukan oleh suaminya. Dia tinggal berhampiran dengan parit berkenaan. Kisah ini berlaku bertahun-tahun dulu sebelum kampung itu terbuka seperti sekarang. Nama sebenar Angut Lumpuh ini ialah Mak Pilin, manakala suaminya Pak Bakok telah berkahwin seorang lagi atas alasan Mak Pilin tidak mempunyai anak.
Dengan isteri mudanya Pak Bakok mendapat tiga orang anak. Mak Pilin tidaklah marah dengan perbuatan suaminya berkahwin lain, sekalipun pada mulanya dia merasa kecewa juga. Lagipun dia tidaklah berani mahu melawan Pak Bakok. Kadangkala apabila diherdik Pak Bakok dia tidak berani langsung mahu menjawab. Satu hari Pak Bakok menyuruh Mak Pilin membasuh seluarnya yang sudah kupam. Seperti biasa Mak Pilin tidak membantah perintah suaminya, maklumlah sejak kebelakangan itu pula Pak Bakok menunjukkan sikap lebih sayang kepada isteri mudanya. Ini disebabkan isterinya yang muda mempunyai anak, sedangkan Mak Pilin bolehlah dianggap perempuan mandul. Kerja-kerja di rumah lebih banyak dilakukan oleh Mak Pilin. kadangkala bila isteri Pak Bakok yang muda bernama Siti mahu membantu akan dimarahi pula oleh Pak Bakok. Jadi, terpaksalah Mak Pilin membuat kerja-kerja seperti membasuh, memasak, mencari kayu api dan sebagainya. Sementara Siti hanya menjaga anak- anak saja. Mereka tinggal serumah. Siti sangat menghormati Mak Pilin, sementara Mak Pilin juga menganggap Siti sebagai adiknya. Dia melayan anak- anak Siti sama seperti anaknya juga. Sayangnya sikap baik Mak Pilin ini disalah anggap oleh Pak Bakok. Dia memikirkan sikap baik Mak Pilin itu ada udang di sebalik batu. Tentu Mak Pilin akhirnya akan menganiaya Siti anak- beranak melalui sikap lemah lembut itu. Memang ada niat Pak Bakok mahu membuat rumah berasingan, tetapi mestilah membawa Siti anak-beranak berpindah kerana rumah yang didudukinya itu adalah harta peninggalan ayah Mak Pilin. Untuk membina rumah lain tentulah memakan belanja yang besar. Oleh itu terpaksalah Pak Bakok mendiamkan diri terlebih dulu dengan menumpang tinggal di rumah pusaka Mak Pilin. Bermula dari membasuh seluar kupam itulah rumahtangga Pak Bakok menjadi porak peranda. Pak Bakok menjadi
berang kerana seluar yang dibasuh itu tidak bersih. Seolah-olah retak menanti belah saja bila didapatinya seluar tersebut tidak putih setelah dibasuh. "Memang awak betina tak berguna, basuh kain pun tak boleh diharap!" bentak Pak Bakok melemparkan seluar tersebut ke muka Mak Pilin. "Seluar tu memang kupam. Tak boleh putih lagi dah..." sahut Mak Pilin terharu dengan sikap suaminya. Selama ini dia tahu Pak Bakok tidak pernah bersikap demikian. Hanya setelah mendapat anak dari Siti barulah sikapnya berubah terhadap Mak Pilin. "Awak jangan menjawab cakap aku!" gerutu Pak Bakok. "Aku cakap yang benar" balas Mak Pilin tidak puas hati dengan tindakan suaminya yang kasar. "Macam mana nak putih kalau seluar tu kupam" ujarnya mempertahankan diri. Memang seluar kupam itu tidak boleh putih walau macam mana dicuci pun. Tetapi Pak Bakok sengaja mahu mencari salah dia. Seolah-olah apa saja kerjanya semua tidak memuaskan hati Pak Bakok. Siti cuba masuk campur, tetapi diherdik oleh Pak Bakok. Dia tidak mahu Siti membela Mak Pilin. Padanya Mak Pilin memang tidak boleh diharap lagi. Membasuh kain baju pun sudah tidak cuci. Masak nasi sudah tidak menyelerakan. Semua yang dibuat oleh Mak Pilin tidak kena lagi pada dia. " Bukan Kak Pilin yang basuh tu, aku yang basuh..." Siti cuba mempertahankan Mak Pilin. "Seluar tu dah kupam, macam mana nak putih lagi. Sental macam mana pun tak hilang kupamnya" kata Siti dengan
harapan kemarahan Pak Bakok boleh reda. Rupa-rupanya dengan kata-kata Siti itu membuat Pak Bakok semakin berang. Matanya terjengil memerhati Mak Pilin. “Oh, selama ni di belakang aku, kau hambakan Siti ye?" dia terus
menyepak paha Mak Pilin. "Kau suruh Siti membasuh, memasak, mencari kayu api.
Kau duduk goyang kaki aje di rumah!" bentaknya menggertap bibir. "Tak pernah aku buat macam tu..." sahut Mak Pilin terkejut juga dia dengan tindakan Pak Bakok menyepak dia. "Habis, kenapa Siti mengaku dia membasuh seluar aku tu?" Pak Bakok terus menampar pipi Mak Pilin. Cepat-cepat Siti memeluk Pak Bakok. Dia juga tidak menyangka Pak Bakok bertindak demikian jauh. "Awak dah gila ke buat Kak Pilin macam tu, awak dah gila!" Siti menangis teresak-esak menahan sebak di dada. Pak Bakok tidak peduli rayuan Siti. Dia terus melepaskan geramnya kepada Mak Pilin. Benci sangat dia pada Mak Pilin, setelah mendapati wanita itu seolah-olah menjadi beban saja kepadanya. "Aku mau kau basuh seluar tu sampai putih, kalau
tak putih aku bunuh kau!" kata Pak Bakok terus meninggalkan Mak Pilin dengan Siti di situ. Apabila Mak Pilin mahu bangun tiba- tiba dirasakan kakinya sudah tidak boleh digunakan lagi. Dia tersepuk duduk tidak boleh berjalan. Terkejut juga Siti melihat kejadian yang menimpa Mak Pilin. Mungkin tendangan Pak Bakok terlalu kuat menyebabkan paha Mak Pilin patah. Malamnya setelah Pak Bakok balik ke rumah, Siti memberitahu kejadian yang menimpa Mak Pilin. Tetapi Pak Bakok tidak memperlihatkan rasa kasihan dengan apa yang berlaku ke atas diri Mak Pilin. Dia juga tidak berusaha untuk mengubat kaki Mak Pilin. Sejak itulah Mak Pilin menjadi lumpuh. Dia berjalan dengan menginsut punggung. Kerja-kerja di rumah tetap dilakukan seperti biasa. Pak Bakok tidak mahu dia membebankan kerja-kerja rumah pada Siti. Manakala Pak Bakok sehari- harian kerjanya pergi menyabung ayam. Jadi, terserahlah kepada Mak Pilin membuat kerja-kerja membasuh, memasak dan mencari kayu api. Rupa-rupanya kemarahan Pak Bakok menjadi-jadi disebabkan dia kalah bersabung. Tapi nasibnya baik, apabila seluar kupam yang telah dibasuh oleh Mak Pilin itu dipakainya
dia sentiasa menang bersabung ayam. Dia terlalu sayang dengan seluar tersebut, walaupun kelihatan kupam. Siti tidak berani lagi masuk campur sekiranya Pak Bakok memarahi Mak Pilin. Dia tidak mahu berlaku lagi apabila dengan pengakuannya membasuh seluar itu telah menyebabkan Pak Bakok bertambah marah, padahal tujuannya adalah untuk meneyelamatkan Mak Pilin. Setelah beberapa lama Mak Pilin menjadi lumpuh, satu hari sampailah masanya Siti pun meninggal dunia. Sedih juga hati Mak Pilin kerana Siti yang baik hati meninggal dunia. Anak- anak Siti yang ditinggalkan juga belumlah dewasa lagi. Pak Bakok pula tidak lama selepas kematian Siti, dia bernikah lagi dengan seorang janda. Sejak berkahwin dengan janda itu Pak Bakok mengikut apa saja perintah isterinya. Sampaikan anaknya dengan Siti pun terbiar. Terpaksalah Mak Pilin mengambil berat akan nasib anak-anak Siti. Setiap hari dia terpaksa membasuh kain yang bertimbun-timbun. Janda itu bernama Encom kadangkala bertindak lebih garang dari Pak Bakok sendiri terhadap Mak Pilin. Di parit anak sungai itulah Mak Pilin membasuh kain. Dia menginsut punggung untuk membasuh
kain. Kadangkala anak-anak Siti tiga orang yang berumur 5, 3 dan 2 tahun itulah menemankan dia ke parit berkenaan. Kebetulan satu pagi dia ke parit itu bersama-sama anak Siti tiga orang untuk membasuh kain. Encom menyuruh budak-budak itu membantu
Mak Pilin membasuh. Ketika sedang membasuh itu sehelai kain kesayangan Encom telah dihanyutkan air. Apabila menyedari kain itu hanyut anak Siti yang berumur 5 tahun bernama Minah terus menghilir air untuk mencari kain tersebut. Dia telah pergi
bersama dua orang lagi adiknya. "Biar aku cari ke hilir Mak Tua..." kata Minah meminta izin untuk pergi mencarinya. "Tak payahlah..." Mak Pilin berkeras tidak membenarkan. "Biar Mak Tua saja mencarinya. Kau semua tunggu di sini" ujarnya hiba. "Mak Tua susah nak berjalan, biarlah aku cari" Minah ketakutan akibat kain tersebut hanyut tidak mereka sedari. "Nanti Mak Encom marah, kalau kain tu hilang" dia tetap mahu mencari kain yang hanyut itu. Mahu tidak mahu Mak Pilin terpaksa juga membenarkan Minah bersama adik-adiknya menghilir sungai mencari kain yang hanyut itu. Setelah matahari tegak di kepala dia menunggu, Minah tidak juga balik. Dia mulai bimbang kerana Minah tidak
balik semula ke situ. Tentulah suaminya menjadi berang kalau Minah tiga beradik tidak balik, sementara Encom pula akan merampus bila didapati kain kesayangannya hanyut tidak ditemui. Terpaksalah Mak Pilin menginsut punggung menghilir sungai untuk mencari Minah tiga beradik. Perkara kain Encom hilang tidak menjadi soal lagi kepadanya. Dia mesti mencari Minah sampai dapat.
Semasa menghilir sungai ini, Minah bersama tiga orang adiknya sudah pun menemui kain yang hanyut itu tersangkut pada rumpun aur. Tetapi apabila mudik semula ke hulu, dia tidak mengikut jalan sungai itu, sebaliknya naik ikut jalan darat supaya cepat sampai semula. Bimbang juga dia kalau-kalau Mak Pilin terlalu lama menunggu. Apabila dia sampai ke tempat Mak Pilin membasuh didapati oleh Minah kain baju sudah siap berbasuh, tetapi Mak Pilin tidak ada. Puas dia menunggu Mak Pilin tidak juga muncul, Minah juga mengajak adik-adiknya balik untuk memberitahu perkara itu kepada ayahnya. Sejak itulah Mak Pilin tidak lagi balik-balik ke rumah. Pak Bakok pula cuba juga menghilir parit tersebut untuk mencarinya, tetapi tidak bertemu kesannya. Akhirnya dengan hasutan Encom, dia pun melupakan saja ke mana hilangnya Mak Pilin. Dengan kehilangan Mak Pilin itu terpaksalah Minah yang baru berumur lima tahun itu mengambil alih tugasnya membasuh, memasak dan mencari kayu api. Encom hanya memerintah saja, sementara Pak Bakok tidak berani membantah perbuatan Encom. Satu hari semasa Minah membasuh di tempat yang selalu digunakan menjadi pengkanlan, dia ternampak Mak Pilin menginsut punggung mudik. Cepat-cepat dia berkejar mendapatkan Mak Pilin. "Ke mana Mak Tua selama ni?" Minah menangis teresak-esak. "Janganlah Minah menangis..." pujuk Mak Pilin.
"Jagalah adik-adikmu baik- baik. Kau tak ada emak, tak ada Mak Tua lagi" dia mengusap-ngusap rambut anak kecil itu. "Marilah kita balik Mak Tua" Minah mengajaknya. "Mak Tua tak boleh balik lagi" beritahu dia kepada Minah. "Mak Tua dah tak sama lagi dengan Minah" ujarnya memujuk anak kecil itu. Walaupun Minah masih kecil, tetapi pada Minahlah dia menceritakan apa yang telah terjadi. Semasa dia menghilir mencari Minah tiga beradik dia sudah berjalan terlalu jauh, sambil menginsut- insut punggung itu dia meraba-raba juga di tepi parit kalau kain kepunyaan Encom tersangkut di situ. Hinggalah sampai ke satu pondok di tepi sungai di hilir yang tidak tahu di mana, seorang lelaki tua menunggu Mak Pilin di situ. Lelaki tua itu berjanji boleh mengubati kaki Mak Pilin yang lumpuh dengan syarat mesti bernikah dengannya. Mak Pilin memberitahu tentang suaminya Pak Bakok, oleh itu adalah mustahil untuk berkahwin lain. Tetapi lelaki tua itu memberitahu bahwa kain Encom ada di tangannya. Dia akan memulangkan dengan syarat Mak Pilin mesti menjadi isterinya. Dia tertarik hati pada Mak Pilin kerana hatinya terlalu jujur kepada suami. Sebab itulah dia mahu sangat menikahi Mak Pilin, walaupun perempuan itu sudah tua. Disebabkan takut dimarahi Pak Bakok, di samping kain Encom yang hilang itu pada lelaki berkenaan, maka Mak Pilin terpaksa menerima syarat tersebut. Bagaimanapun dia tidak dibenarkan balik semula pada Pak Bakok. Dengan janji itulah kain berkenaan ditemui semula oleh Minah, yang terlebih dahulu menghilir mencarinya sebelum Mak Pilin menghilir. Memang Mak Pilin memerhatikan kain tersebut diserahkan oleh lelaki tua itu kepada Minah yang pada sangkaan Minah dia menemui kain tersebut tersangkut pada ranting aur. Sebenarnya Mak Pilin sudah dinikahi oleh puaka sungai berkenaan yang sekian lama telah memerhatikan keadaan kehidupan Mak Pilin suami isteri. "Kalau Mak Tua mudik ke hulu itu tandanya Mak Tua nak makan" dia memberitahu Minah. "Kalau Mak Tua menghilir, Mak Tua nak main-main aje" itulah pesan Mak Pilin pada anak tirinya. Sebelum pergi Mak Pilin mengingatkan Minah supaya tidak terkejut kalau ditegur oleh Mak Pilin. Kalau Minah terkejut tidak dapatlah Mak Pilin mengetahui akan siapakah Minah sebenarnya, kerana dia sendiri memang tidak ada keturunan. Hanya Minah dianggapnya sebagai keturunan dia. "Mak Tua tak akan mengganggu Minah" jelasnya. Sejak itu hilanglah Mak Pilin dari pandangan Minah. Sebagaimana sumpahnya apabila dia mudik parit berkenaan, maka adalah mangsanya. Sebaliknya kalau ada yang menghilir, maka mangsanya akan lumpuh. Demikianlah kisah Angut Lumpuh yang diceritakan oleh Tok Sheikh. "Sayalah keturunan dari Minah itu..." beritahu orang tua berserban yang memimpin Zuki. "Jadi, Tok Sheikh pun tak suka dengan perbuatan Angut Lumpuh?" saya menduga. "Iya..." dia mengangguk lemah. "Tapi, saya tak boleh menghalangnya. Cuma saya akan selamatkan mangsanya, itu saja" jelas dia tenang. "Mengapa pula?" soal saya. "Sebab dia tidak menjadikan anak cucu Minah sebagai mangsanya" ujar orang tua berjubah dan berserban putih itu. "Mana dia nak tau anak cucu Minah?" saya mendesak lagi. "Kalau tidak terkejut bila ternampak dia, itulah tandanya anak cucu Minah" beritahunya tersenyum mengerling ke arah saya. "Bolehkah saya bertemu dengan Angut Lumpuh?" saya memberanikan hati bertanya kepada Tok Sheikh itu. “Memang anak seorang yang berani..! kata Tok Sheikh itu tidak menjawab pertanyaan saya.
Dia pun menyerahkan Zuki kepada saya lantas menghilangkan diri. Heran juga saya mengapa dia tidak
mahu menjawab pertanyaan saya untuk bertemu dengan Angut Lumpuh atau Mak Pilin yang sudah diperdayakan oleh syaitan itu. Bagaimanapun saya tidaklah mengesyaki yang Mak Pilin itu bertemu dengan puaka sungai seperti yang diceritakan oleh Tok Sheikh. Kemungkinannya ialah dia mati lemas semasa menghilir parit itu. Sebenarnya Mak Pilin itu sendiri yang bertukar menjadi puaka di situ di sungai tersebut. Ketika saya mahu membawa Zuki balik, saya ternampak seorang nenek tua lumpuh menginsut punggung mudik ke hulu. Matanya merah menyala seperti api. Mukanya kelihatan garang seolah-olah
menyimpan dendam. Kelihatan dia terlalu payah mahu menginsut punggungnya. Saat inilah Tok Sheikh yang menghilang tadi muncul di hadapan saya. Dia memegang tongkat rotan beruas songsang itu di tangannya. "Angut jangan ganggu Zuki ni!" kata Tok Sheikh perlahan. "Dah masuk ke tangan, takkan nak lepaskan" suaranya bergetar seperti menyimpan
dendam. "Tak usahlah Angut, dah banyak sangat mangsa Angut" Tok Sheikh mengeraskan suara. "Kau jangan masuk campur!" jerkah Angut Lumpuh. "Saya kata jangan, janganlah Angut..." Tok Sheikh memberi amaran. "Kalau Angut berkeras, saya
juga akan berkeras" tegasnya lalu menghentakkan tongkat rotan beruas songsang itu ke tanah. Terjerit Angut Lumpuh menekup dadanya dengan tangan. Kenudian dia melompat bertukar menjadi asap berkepul mahu menerkam ke arah Tok Sheikh. Tetapi Tok Sheikh tidak melepaskan tongkatnya yang tercancang di tanah. Asap berkepul itu tidak dapat menerpa. Dia berlegar-legar mahu menerkam. Bagaimanapun dia tidak dapat merapati Tok Sheikh kerana tongkat itu tetap tercancang di situ. Sekali sekala suara jerit Angut Lumpuh bergema juga menahan kesakitan. Melihatkan keadaan tersebut saya pun mengambil kesempatan lalu membacakan
lanarjumannakum,
menyebabkan panahan api datang menerjah beratus- ratus. Angut Lumpuh terpekik-pekik menepis panahan api yang menerjah ke arahnya. "Saya dah cakap, Angut jangan mengganggu lagi...!" seru Tok Sheikh melihat asap berkepul-kepul itu jatuh semula ke dalam parit. Terkial-kial Angut Lumpuh menginsut punggung. "Angut tidak akan diganggu, kalau Angut
tidak mengganggu orang" jelas Tok Sheikh mengingatkan. Angut Lumpuh mengerang-ngerang
kesakitan. Dia masih tidak berputus asa mahu menerkam balik. Tetapi tongkat rotan beruas songsang yang tercancang di tanah itu membuatkan dia menekan-nekan dadanya. Tongkat tersebut seolah-olah menusuk ke dadanya. Lama dia terkial-kial menekup dadanya barulah dia menghilir semula dengan hampa. Selepas dia menghilang, Tok Sheikh berpaling ke arah saya, "Bawalah budak ni balik. Insya Allah semuanya akan selamat..." beritahu Tok Sheikh itu kemudian pergi dengan tidak meninggalkan apa-apa pesan. Beberapa kali Pak Cu Jabat menepuk bahu saya, barulah saya membuka mata. Dia memicit tengkuk saya, sambil menghembus ubun-ubun saya. Betul-betul saya keletihan. "Berani sangat ustaz berjalan jauh..." bisiknya ke telinga saya. Baru saya sedari bahawa Pak Cu Jabat memang tahu saya sudah terlalu jauh melepasi had yang sepatutnya. Saya menceritakan pengalaman saya kepada Pak Cu Jabat selepas itu. Kata Pak Cu Jabat bahawa Tok Sheikh yang saya temui itu memang tok akinya yang telah meninggal dunia berpuluh tahun dulu. Akinya memang seorang ulama yang pernah belajar agama di Sumatera. Dari Pak Cu Jabat juga saya mendapat tahu dia memang keturunan Minah anak tiri Angut Lumpuh itu. Selepas Zuki pulih semula dia juga menceritakan dirinya telah dikurung di satu pondok buruk. Tidak lama kemudian datang Tok Sheikh itu membawa dia keluar dari pondok berkenaan. Angut Lumpuh cuba merampasnya dari Tok Sheikh, tetapi Tok Sheikh terus membawa dia lari. "Saya fikir elok juga carikan saya rotan beruas songsang" saya memberitahu Pak Cu Jabat. Pak Cu Jabat tersenyum. "Itulah pun musuh dia..." katanya. Dia tidak menceritakan lebih lanjut mengenai rotan beruas songsang itu. Tetapi saya memang sudah mengagaknya, kerana Tok Sheikh itu saya lihat memegang tongkat dari rotan beruas songsang. TAMAT

009.ORANG BESAR KENA SUNAT

$
0
0
SERBA salah juga Ulung Bahar kalau orang sudah datang memanggil di rumah. Kalau tidak pergi nanti dituduh orang mementingkan diri saja, kalau pergi pula kerja sendiri terbengkalai. Orang datang menjemput tidak kira siang atau malam. Walaupun diberi saguhati, tetapi tidak tergamaklah mengambil lebih. Takut juga dia akan tuduhan orang mengatakan dia bomoh cari wang. Dia sendiri tidak mahu dipanggil bomoh. Ulung Bahar tahu dirinya bukanlah bomoh. Tetapi entah mengapa orang ramai menganggap dia seorang bomoh. Segalanya bermula ketika dia pergi ke rumah anaknya di Felda Air Kuning sepuluh tahun dulu. Jiran anaknya memberitahu anak gadisnya berumur 17 tahun digigit lipan, sudah tiga hari tidak baik. Sudah pun dibawa ke hospital, tetapi bisa lipan itu semakin bertambah pasang. "Di mana digigitnya?" tanya Ulung Bahar. "Paha..." beritahu jiran itu sugul. Ulung Bahar sengaja menziarahi jiran itu setelah mendengar berita anak gadisnya digigit lipan. Adat berjiran kenalah ziarah menziarahi bila ada di antaranya mendapat susah. "Lipannya dapat dibunuh?" tanya Ulung Bahar lagi. "Tidak..." jiran itu menggeleng kepala. "Tak sempat saya nak bunuh, sebab cepat sangat dia menghilang masuk ke bawah tikar" ujarnya. "Nampak lipannya?" Ulung Bahar ingin tahu. "Nampak..Nampak..." jelas jiran tersebut. "Lipan bara, memang saya nampak lipan itu menyusup bawah tikar, kemudian hilang" katanya mengingatkan kembali peristiwa bagaimana anaknya digigit lipan bara. Tiba-tiba saja anak gadisnya terjerit sebaik selesai makan malam. Dia menepis bahagian pahanya sampai lipan tersebut jatuh ke tikar. Cepat-cepat dia mahu memukulnya, tetapi cepat-cepat pula lipan berkenaan menyusup ke bawah tikar. "Cuba bagi saya air sejuk" pinta Ulung Bahar.Dalam keadaan begini dia merasa patut juga membantu. Dia bukanlah mahu menunjukkan pandai, tetapi tidak mungkin bisa lipan bertambah pasang setelah tiga hari. Lagipun sudah dibawa ke hospital. Jiran itu segera mengambilkan air sejuk. Hatinya gembira kerana tiba-tiba saja ada orang sanggup menolong anaknya digigit lipan. Tidak pula disangkanya Ulung Bahar boleh mengubati anaknya itu. Kumat-kamit mulut Ulung Bahar merenung air sejuk di dalam gelas di tangannya. Pada mulanya dia mahu menyuruh gadis itu minum saja air tersebut, tetapi kemudian Ulung Bahar tidak jadi memberikan air tersebut pada gadis berkenaan. "His, permainan orang..." Ulang Bahar mencebik bibir. "Permainan macam mana tu Ulung?" tanya jiran itu keheranan. "Tak usahlah kita panjangkan" sahutnya memerhatikan gadis itu masih mengerang kesakitan. "Tak ada bisa lipan, cuma perasaan dia saja sakit..." ujar Ulung Bahar sambil mengetuk-ngetuk jari telunjuk pada bibir gelas. "Permainan macam mana tu?" desak jiran itu lagi. "Permainan orang muda..." kata Ulung bahar tersenyum. Termenung jiran itu memikirkan maksud Ulung Bahar. Bila dia mengerling pada anaknya, gadis itu masih juga mengerang- ngerang kesakitan. Tidak mungkin anaknya berpura- pura sakit kerana dia sendiri melihat lipan bara tersebut jatuh dari paha anaknya. Lipan itu lari menyusup ke bawah tikar. Sekaligus dia memukulkan jarinya kuat sedikit ke bibir gelas. Tiba- tiba terapung satu lembaga lipan diperbuat dari upih pinang di dalam gelas tersebut. Macam dibuat-buat
saja nampaknya, gadis anak jiran itu pulih semula. Dia tidak merasa sakit apa pun. Bila ditanya sama ada dia digigit lipan atau tidak, dia sendiri tidak tahu. "Lipan apa pula...?"soalnya keheranan. Cepat-cepat emaknya melihat bahagian paha yang digigit lipan itu. Tidak ada kesan langsung digigit lipan. "Permainan orang..." ulangi Ulung Bahar. Barulah jiran itu faham, rupanya ada orang yang sengaja mempermain- mainkan anaknya dengan memuja upih pinang tadi dengan digambarkan seperti
lipan. Jadi, anaknya merasa seolah-olah digigit lipan, sebaliknya sakit bisa lipan itu hanya pada pandangan anaknya saja. Anaknya sendiri tidak menyedari apakah sebenarnya yang telah berlaku ke atas dirinya. "Pulangkan sajalah Ulung..." jiran itu menggertap bibir. Marah sangat dia pada orang yang melakukan tipu daya demikian. Ulung Bahar tersenyum. Dia tahu inilah sifat manusia mudah saja mahu membalas dendam apabila dianiaya. Sepatutnya seseorang mukmin wajib mendoakan orang yang menganiaya orang itu supaya insaf dan bertaubat. "Kita pulangkan saja Ulung" desak jiran itu. "Apa faedah kita dapat?" Ulung Bahar marah bila didesak demikian. Tidak sepatutnya jiran itu memaksa dia melakukan sesuatu yang tidak disukainya. "Biar dia jeran..." sahut jiran itu masih menyimpan dendam. "Jangan berdendam" ujar Ulung Bahar mengingatkan. "Anak awak selamat cukuplah. Bersyukurlah pada Allah..." katanya macam menyindir. Sejak itulah orang- orang di situ akan memanggil Ulung Bahar kalau mereka ditimpa sakit pening. Kadangkala mereka sanggup mengajak anaknya Dalip menjemput dia ke kampung. Tidak dapatlah Ulung Bahar mengelak lagi bila sudah ramai tahu mengenai kebolehannya. Orang-orang jauh dari Gedangsa di Selangor, Hutan Melintang di Perak, di Sabak Bernam, Pengkalan Kempas di Port Dickson akan datang mencari Ulung Bahar, setelah mendapat tahu dari mulut ke mulut yang bermula di Felda Air Kuning itu. Keballah dia dianggap seorang dukun di kalangan masyarakat. Malah Ulung Bahar juga pernah dipanggil ke istana bagi mengubat kerabat diraja. Pendek kata nama Ulung Bahar sudah dikenali oleh ramai pembesar-pembesar dan pegawai tinggi kerajaan. Jadi, macam mana dia hendak mengelak apabila ada orang menjemputnya. Kalau sudah orang- orang besar memanggil tentulah serba salah mahu mengelak. Bila sudah pergi memenuhi jemputan orang- orang besar, tentu tidak sedap hati kalau mengelak dari menerima jemputan orang-orang kampung. Tentu mereka menuduh dia memilih pesakit kerana mengejar wang. Hanya orang-orang besar saja yang
sanggup memberi wang banyak. Tetapi bukanlah itu maksud Ulung Bahar. Dia terpaksa meninggalkan tanggungjawabnya mencari nafkah hidup, disebabkan selalu dipanggil mengubati orang. Walaupun dia tinggal bersama isterinya, disebabkan anak-anaknya semua sudah berumahtangga, tetapi tanggungjawab mencari nafkah hidup masih menjadi fardhu ain yang tidak boleh diwakilkan kepada sesiapa. Apakah pendapatannya tidak lumayan menjadi dukun? Perkara inilah yang sangat ditakutinya. Dia tidak mahu dituduh mencari nafkah hidup dengan berdukun. Walaupun tidak salah, tetapi tuduhan tersebut sangat menyeksa batinnya. Inilah yang menyebabkan Ulung Bahar termenung panjang bila diminta datang ke Kuala Lumpur oleh seorang Orang Besar. Puas juga dia berfikir bagaimana caranya mahu mengelak, tetapi masih juga buntu. Malu juga dia mahu ke rumah Orang Besar itu, kerana apalah kurangnya ilmu bomoh-bomoh lain yang lebih terkenal. Ulung Bahar merasa dirinya terlalu kecil bila dibandingkan dengan bomoh-bomoh terkenal yang sering datang ke Kuala Lumpur. Tetapi anak saudaranya yang berkhidmat di bawah Orang Besar mendesak dia. Anak saudaranya itu sudah diberi kepercayaan oleh Orang Besar itu untuk mencari dukun yang boleh mengatasi masalah dia. "Jangan nak mengelak pula Ulung" kata Meon mendesaknya. "Nanti malu saya kalau Ulung tak mau datang" ujarnya penuh harapan. "Kau lagi malu, kalau Tuan tu tak sembuh" Ulung Bahar mencari alasan. "Sembuh tak sembuh kuasa Allah..." balas Meon. "Hah, mohon sajalah pada Allah..." cepat-cepat dia
memintas cakap Meon. "Nak meminta pada Allah pun ada aturannya" kata Meon menyindir. "Ulung tahu aturannya, jadi kenalah Ulung tunjukkan aturannya" dia menambah sambil menghulur rokok pada Ulung Bahar. Sukar juga Ulung Bahar mahu memberi keputusan. Pergi ke rumah Orang Besar tidak sama dengan rumah orang kebanyakan. Orang kampung seperti dia banyak kesulitan mahu datang ke rumah Orang Besar. Maklumlah orang sudah tua, lat-lat setengah jam mahu ke bilik air saja. Tentulah dia kekok mahu ke bilik air saja bila berada di rumah Orang Besar. Begitu juga dengan makan minum. Pinggan mangkuk di rumah Orang Besar semuanya jenis mahal. Kalau tidak biasa memegangnya takut pula terlucut dari tangan dan terhempas pecah. Makan di rumah Orang Besar juga terpaksa pakai sudu dan garfu. Mencedok gulai tergigil-gigil dengan tangan kiri. Ulung Bahar tidak biasa dengan suasana begitu.
Dia lebih senang minum di koleh. Makan bertinggung lutut duduk di lantai. Ambil lauk cekup saja jari ke dalam piring gulai. Tentulah Meon akan malu kalau dia tidak tahu menyesuaikan diri dengan suasana di rumah Orang Besar. "Bersiaplah Lung, kita ke Kuala Lumpur" kata Meon tidak sabar. "Banyak kerja aku ni, Meon" sahut Ulung Bahar lemah. "Ah, kerja-kerja tu Mak Lung boleh tengokkan" balas Meon mendesak lagi. "Urusan Ulung di Kuala Lumpur semuanya serahkan saja pada saya" tegasnya memberi jaminan. Petang itu juga Ulung Bahar dibawa oleh Meon ke Kuala Lumpur menemui Orang Besar berkenaan. Terperanjat benar Ulung Bahar kerana terpaksa ditahan di pintu pagar sebelum dibenarkan masuk. Bagaimanapun setelah melihat Meon, mereka berdua pun dibenarkan masuk.Dia dibawa masuk menemui Orang Besar berkenaan di bilik khas. Cuma mereka berdua saja di situ. Orang Besar itu kelihatan sihat segar bugar. Tidak ada tanda-tanda ianya berpenyakit. Dia berbual juga seperti orang biasa tidak kelihatan pun akan dirinya menderita sakit. Ulung Bahar tidaklah bertanyakan tentang penyakit Orang Besar tersebut. Dia tidak perlu bertanya apa-apa. Kalau dia sudah bertanya samalah macam terlalu mengetahui semua penyakit. Seolah-olah
dia bersedia mengubat semua penyakit. "Saya ni nampak saja sihat Tok Ulung..." Orang Besar itu bersuara sebaik saja semua orang keluar dari
bilik khas. "Sebenarnya saya
ni sakit. Itulah nak minta tengok-tengokkan pada Tok Ulung" katanya ramah. "Cuba-cuba bolehlah Tuan" sahut Ulung Bahar perlahan. "Saya ni pun bukanlah pandai sangat. Maklumlah orang kampung"
dia merendah diri. "Orang bandar pun bukan pandai sangat" sahut Orang Besar tersengih- sengih. Dia masih belum menerangkan penyakitnya pada Ulung Bahar. "Bodoh orang bandar tak sama dengan pandai orang kampung" Ulung Bahar pula tertawa bila mengenangkan dirinya tiba- tiba saja menjadi penting. Hinggakan Orang Besar terpaksa menjemputnya datang ke rumah yang tersergam bagaikan istana. "Bodoh orang bandar panjang ikhtiarnya, pandai orang kampung diri sendiri pun tak terkemaskan..." dia masih merendah bila membandingkan dirinya dengan Orang Besar itu. "Panjang ikhtiar pun panjang ikhtiar nak menipu bangsa" Orang Besar itu macam meluahkan perasaan hatinya. Bagaikan terpancar kekusutan dalam fikirannya
di sebalik kemewahan hidup yang menyelubungi dia selama ini. "Terlalu ramai orang nak menipu bangsa sendiri sekarang ni" jelas Orang Besar itu lagi. Terdiam Ulung Bahar mendengar kata-kata berupa rintihan yang terluah dari mulut Orang Besar tersebut. Dia bagaikan tenggelam oleh kekusutan fikiran yang menguasai dirinya. Inilah yang dapat dirasakan oleh Ulung Bahar sebagai kesan pertama apabila bertemu Orang Besar berkenaan. Lama Orang Besar itu mendongak memerhati siling dengan keluhan memanjang selepas meluahkan perasaannya di depan Ulung Bahar. Kemudian perlahan-lahan dia bersuara. "Sebenarnya saya ni dah tak melawan lagi Tok Ulung. Dah puas saya berubat..." Tersentak juga Ulung Bahar mendengar pengakuan terus terang Orang Besar tersebut. Tentulah hidupnya sebagai Orang Besar pun tidak bermakna lagi kalau menanggung beban seksa batin sepanjang hidup. Seseorang lelaki yang sudah hilang kelelakiannya samalah macam anak patung untuk menjadi hiasan di sudut rumah saja. "Orang yang membuatnya saya tahu, tapi biarlah..." keluhnya menahan sebak di dada. Secara tidak langsung Orang Besar itu mengakui sudah berkahwin lain. Akibat dari perkahwinan itulah ada orang yang irihati menyebabkan tenaga kelelakiannya hilang. Ulung Bahar tidaklah banyak bertanyakan apa- apa mengenai masalah yang dihadapi oleh Orang Besar tersebut. Tujuannya bukan hendak mengetahui bagaimana puncanya, tetapi cuba mengubati sekiranya diizinkan Allah. Kalau tidak berhasil bukanlah tanggungjawab dia lagi. "Saya hanya mencuba Tuan, kalau tak berjaya janganlah sesal pula" beritahu Ulung Bahar. "Tidak, tidak..saya faham Tok Ulung" cepat- cepat dia memintas cakap Ulung Bahar yang terlalu merendahkan diri itu. "Tok Ulung cuma berusaha, yang menentukan tetap Allah jua" katanya. "Alhamdulillah, Tuan kata macam tu..." sahut Ulung Bahar tersenyum. Ulung Bahar meminta disediakan geluk air. Dan dia akan memberitahu ketika yang baik untuk memulakan usahanya, sama ada waktu Maghrib, atau Isyak atau tengah malam. Ini disebabkan dia mahu melihat cara mana permainan sebelah pihak. Segala yang dikehendaki oleh Ulung Bahar dipersetujui oleh Orang Besar. Malam itu dia tidak dibenarkan oleh Orang Besar mengikut Meon balik ke rumahnya di Gombak, tetapi disuruh menginap di rumah Orang Besar itu. Ulung Bahar disediakan bilik di situ untuk berehat, tempat tidur dan sembahyang. Selama di Kuala Lumpur dia dikehendaki menjadi tetamu Orang Besar tersebut. Selepas menunaikan Isyak, Ulung Bahar memberitahu Orang Besar dia mahu memulakan usahanya mengubati masalah yang dihadapi Orang Besar. Beberapa orang kerabat terdekat Orang Besar ada sama setelah diberitahu mengenai Ulung Bahar akan mengubat itu. Memang kerabat terdekat Orang Besar sudah tahu masalah tersebut, malah mereka semua sudah berusaha menolongnya. Fasal itulah Orang Besar menceritakan masalahnya kepada Meon. Ketika inilah Meon teringatkan Ulung Bahar di kampung. Lantas Meon menerangkan kepada Orang Besar akan kepandaian Ulung Bahar selama ini. Maka
tidak bertangguh lagi Orang Besar menyuruh Meon memanggil Ulung Bahar. Segala perbelanjaan Meon membawa Ulung Bahar serta perjalanan Ulung Bahar selama berada di Kuala Lumpur adalah di bawah urusan Orang Besar. Lebih kurang pukul 9.00 malam Ulung Bahar mula menarik geluk air ke depannya. Mulutnya kumat kamit serta matanya terpejam rapat. Sekali sekala dia membuka mata memerhati ke dalam geluk sambil menghembus perlahan-lahan. Ketika ini Ulung Bahar sudah menguatkan zikirnya di dalam hati. Seluruh bulu romanya terasa meremang. Dia melihat dalam makrifat tentang masalah yang dihadapi oleh Orang Besar. Sekali sekala orang-orang yang melihat Ulung Bahar nampak dia mengerutkan dahi sambil menggeleng- gelengkan kepala. Ulung Bahar melihat seorang lelaki berpakaian seperti sami Budha tersengih-sengih menunggu kedatangannya. Lelaki itu dipenuhi dengan tangkal azimat di seluruh badan. Lelaki itu seolah-olah mempersilakan dia hampir kepadanya. Tetapi Ulung Bahar tidak mahu datang hampir. Dia membaca Fatihah tiga kali lantas dihembus kepada lelaki berkenaan. Terpelanting lelaki itu bila dihembuskan dengan Fatihah. Mukanya merah padam menahan perasaan marah."Aku terima kau baik-baik, kau balas dengan jahat!" bentak lelaki itu cepat-cepat berdiri bercekak
pinggang. "Kau nak tunjuk pandai dengan aku, sekarang terima habuan kau
pula" pekiknya mengambil debu tanah lalu dihembuskan ke arah Ulung Bahar. Terasa pada Ulung Bahar ribut kencang mahu menerbangkannya, tetapi dia menguatkan zikir di dalam hati menyebabkan ribut kencang tersebut tidak dapat menerbangkan dia. Setelah ribut kencang itu berhenti, Ulung Bahar tidak nampak lagi ke mana lelaki tadi bersembunyi. "Kenapa kau lari?" Ulung Bahar mencabar. "Aku tak lari...!" sahut lelaki tadi tertawa mengejek. "Nampaknya kau takut dengan aku" lelaki itu terus mempersenda-sendakan
Ulung Bahar. "Aku tak takut pada kau. Aku takut pada Allah" kata Ulung Bahar memerhati
di sekeliling kawasan itu menjadi hutan rimba yang jauh dari manusia. Tetapi suara lelaki itu tertawa berdekah-dekah masih mengejek-ngejeknya. Ulung Bahar membacakan Surah Waddhuha dihembuskan sekelilingnya. Serentak dengan itu lelaki tadi tersungkur di depannya. Terkial-kial lelaki itu bangun
akibat jatuh terhempas. "Sekarang sembunyilah!" Ulung Bahar menyindir. Kemudian dia mendengar lelaki itu merungut dalam bahasa yang tidak difahaminya. Bagaimanapun dia dapat mengagak lelaki tersebut menggunakan Bahasa Thai. Jelaslah kepadanya lelaki itu adalah Bomoh Siam. "Berapa upah yang orang beri pada kau ni?" tanya Ulung Bahar. "Aku bukan makan upah...! sahut lelaki itu marah."Ah, Bomoh Siam macam kau tak makan upah?" ejek Ulung Bahar mahu menyakiti hati lelaki tersebut. "Aku menolong orang saja" jawabnya membentak kerana terlalu marah diperolok-olokkan. Dia sendiri hairan bagaimana Ulung Bahar boleh menembusi tempat persembunyiannya. "Aku menolong orang, tapi macam mana kau boleh sampai ke sini?" dia mendongak Ulung Bahar yang berdiri berpeluk tubuh di tempat dia terguling. "Itu kuasa Allah..." beritahu Ulung Bahar tersenyum. "Sudah banyak dukun-dukun Melayu mencari tempat aku tak jumpa, macam mana kau boleh jumpa?" pekik lelaki itu berdiri dengan lutut. "Kuasa Allah...!" ulangi Ulung Bahar. "Kau tak takut kuasa Allah?" tesengih-sengih Ulung Bahar mengejeknya lagi. Lelaki itu menggeleng kepala. "Baiklah, kau akan tahu kuasa Allah" Ulung Bahar pun mula azan tiga kali. Sebaik saja azannya bergema lelaki itu terumbang ambing apabila seluruh tempatnya berdiri bergegar. Dia terhumban macam bertih direndang dalam kuali mencari tempat mahu berpijak. "Ilmu apa kau pakai ni!" jeritnya meminta Ulung Bahar berhenti dari azan. "Kau kata tak takut Allah" ejek Ulung Bahar. "Aku takut, aku takut..." sahutnya terketar- ketar. "Sekarang cakap! Siapa yang suruh kau?" Ulung Bahar mula keraskan suara. "Orangnya baik..." ujar lelaki itu termengah- mengah. "Dia dianiaya oleh Orang Besar tu, kalau awak nak tau, Orang Besar tu jahat. Dah dapat manis sepah dibuang" jelasnya memepertahankan diri. "Berapa dia upah kau?" soal Ulung Bahar. "Aku tolong saja" "Mana boleh! Bomoh Siam mesti terima upah!" "Aku ambil sikit..." "Berapa?" "Satu ribu..." "Bodoh punya Bomoh Siam! Kenapa tak minta lebih?" "Tak boleh, kita nak tolong aje..." "Selalu Bomoh Siam ambil upah sampai lima ribu!" "Itu Bomoh Siam moden..." Terkekeh-kekeh Ulung Bahar tertawa mendengar kata-kata lelaki berkenaan. Manakan tidak ketawa bila dia menyebut Bomoh Siam moden yang ambil upah mahal, sedangkan dia adalah Bomoh Siam yang bertugas menolong orang. Bagi Ulung Bahar memang selalu menghadapi keadaan demikian. Sebab itulah dia boleh berhujah dengan syaitan yang datang mengganggu. Syaitan juga mempunyai ilmu psikologi bila berhadapan dengan manusia. Oleh itu manusia yang terperdaya dengan ilmu psikologi syaitan akan cepat mengalah. Sikap mengalah syaitan bukanlah bererti dia benar-benar mengalah. Sebaliknya mencari strategi untuk menyerang balas. Sebab itu Ulung Bahar sengaja menyoal macam- macam biar syaitan sendiri serba salah mahu menjawab. "Kalau begitu cakap, apa yang kau buat pada Orang Besar?" tanya Ulung Bahar. "Aku tak buat apa" jawabnya tersengih-sengih. "Kalau tak cakap aku azan!" cepat-cepat Ulung Bahar mengugut. "Eh, jangan..." rayunya mula berpusing- pusing mahu mencari helah. "Jangan cari helah!" jerkah Ulung Bahar yang sudah tahu cara mana syaitan mahu bertindak. Lelaki itu menjadi serba salah, sebab apa saja helah yang mahu dibuatnya sudah diketahui oleh Ulung Bahar. Dia menjadi hairan kerana selama ini dukun yang mengubat Orang Besar terperdaya dengan helah dia. Tetapi menghadapi Ulung Bahar dia menjadi kebingungan. Dia sudah meniupkan ribut kencang tetapi tidak berjaya menerbangkan Ulung Bahar kerana zikirnya yang mantap. Dia membawa Ulung Bahar merentas hutan, tetapi Ulung Bahar dapat mencari tempat persembunyiannya. Apa saja helah yang dibuatnya dapat dikesan oleh Ulung Bahar. Sudah banyak dukun-dukun Melayu yang ditentangnya, akhirnya dia dapat memperdayakan. Kadangkala apabila ditiupkan ribut kencang mereka tidak dapat bertahan. Mereka cepat berlindung diri dan terus balik meninggalkannya. Kalau ada pun yang boleh bertahan dari ribut kencang, akan sesat meraba-raba bila dibawa merentas hutan rimba. Ternyata Ulung Bahar sangat berbeza dari dukun- dukun Melayu yang pernah cuba mengubat Orang Besar. Malah Bomoh Siam yang dipanggil mengubati Orang Besar juga tidak berdaya menentang dia. Tertanya-tanya dia apakah ilmu yang digunakan oleh Ulung Bahar. Hanya yang didengarnya Ulung Bahar menyebut kuasa Allah. Tentulah ilmu Ulung Bahar ini bukan ilmu baru, tetapi sudah ujud sejak bertahun-tahun. Ilmu yang ada padanya tidak dapat menentang ilmu yang dimiliki oleh Ulung Bahar. "Apa ilmu yang awak pakai?" tanya lelaki itu gementar. "Ilmu Allah yang diturunkan kepada umat Islam" jelas Ulung Bahar. "Bolehkah awak ajar aku?" dia mahu menguji. "Jangan nak cari helah..." Ulung Bahar mengingatkan. "Cakap, apa awak sudah buat pada Orang Besar?" bentaknya keras. "Tak buat apa pun..." sahutnya tersengih-sengih. Tidak bertangguh lagi Ulung Bahar terus azan. Bumi tempat lelaki itu berpijak bergegar kuat. Dia terlambung-lambung
macam bertih di dalam kuali tidak dapat berjejak. Terpekik-pekik dia meminta
Ulung Bahar memberhentikan azan. Tetapi Ulung Bahar tidak peduli. Dia terus azan berulang kali. "Aku cakap, aku cakap..." tercungap-cungap lelaki itu merayu pada Ulung
Bahar supaya berhentikan azan. "Sekarang cakap!" herdik Ulung Bahar. "Aku dah lepaskan dalam Sungai Gombak" kata lelaki itu gementar. "Apa yang kau lepaskan?" soal Ulung Bahar mengancam. "Ikan haruan..." jelasnya terketar-ketar. "Ada penunggunya di situ..." ujar lelaki itu dalam ketakutan. Setelah mendapat rahsia dari lelaki yang berpakaian seperti Sami Budha itu, Ulung Bahar menghembus lelaki itu dengan ayat Al-Ikhlas hingga melayang-layang seperti bunga lalang. Kemudian Ulung Bahar terus melayangkan dirinya di sepanjang Sungai Gombak. Puas dia mencari-cari di kawasan yang dituju tetapi tidak juga berjumpa. Ulung Bahar terus membaca Surah Waddhuha dengan penuh khusyuk. Ketika ini dia sampai jauh dari bangunan-bangunan tinggi di tengah bandar. Air Sungai Gombak yang keruh jelas pada penglihatan dia. Dalam masa dia memerhatikan di sekitar kawasan Sungai Gombak itu, tiba-tiba dia nampak seorang perempuan cantik berdiri di tengah sungai memegang tangguk. Dia percaya perempuan ini bukannya bunian, tetapi penunggu sungai yang menjelmakan dirinya sebagai isteri muda Orang Besar. Memang Ulung Bahar tahu Orang Besar sudah berkahwin dengan seorang gadis cantik berasal dari Kelantan. Perkahwinan itu tidak kekal. Hanya selama lapan bulan saja. Gadis itu diceraikan setelah Orang Besar diberi tangkal pembenci oleh isteri tuanya, sebaik saja isteri tuanya mendapat tahu Orang Besar berkahwin lagi. Tidak lama selepas penceraian itu Orang Besar bermimpi dia dikhatankan oleh seorang mudim yang dikenalinya. Esoknya apabila dia bangun dari tidur, dia merasa kemaluannya ngilu. Lama kelamaan tidak terasa lagi kalau dijentik pun. Orang Besar telah bertemu ramai dukun untuk mengubatnya. Sejak lapan tahun dia mengidap dan menderita keadaan demikian. Isteri tuanya terasa juga menyesal, tetapi lebih gembira kerana Orang Besar tidak akan berkahwin lagi. Bagaimanapun ada juga dukun menasihati dia supaya rujuk semula dengan bekas isteri muda yang pernah diceraikan. Tetapi dia diberitahu jandanya itu sudah berkahwin lain. Orang Besar tidak mahu sangat ambil tahu mengenai diri jandanya
itu. Soal yang penting dia harus mengatasi masalah yang dihadapinya. "Buat apa awak bawa tangguk, kalau tak menangguk ikan?" tegur Ulung Bahar mendekati perempuan cantik yang berdiri di tengah sungai. "Kita punya sukalah" sahut perempuan itu mengerling ke arah Ulung Bahar. "Kalau tak mahu menangguk, pinjamkan aku. Biar aku yang menangguk" ujar Ulung Bahar. Bagaimanapun di tidak leka semasa berhadapan dengan perempuan cantik tesebut. Masa ini terasa ribut bertiup kencang. Ulung Bahar terus bertahan di tengah ribut kencang. Kemudian dia azan sekuat hatinya menyebabkan ribut kencang terhenti tiba-tiba. Lelaki yang berpakaian seperti Sami Budha tadi tersungkur di tengah sungai.Bersama dengan perempuan cantik di sampingnya, lelaki berkenaan melemparkan bola api ke arah Ulung Bahar. Perempuan itu melontarkan serpihan besi tajam seperti paku menerjah ke tubuh Ulung Bahar. Tetapi semuanya tidak memberi kesan kepada tubuh Ulung Bahar yang sentiasa berzikir. Akhirnya mereka berdua mengeluh panjang kerana melihat Ulung Bahar tetap berdiri di tebing sungai mengejek mereka. Ternyata serangan mereka berdua menjadi sia-sia. "Tadi, awak dah kalah. Masih degil lagi mahu melawan!" cabar Ulung Bahar. Lelaki tersebut tidak menyahut. Dia serba salah mengerling perempuan cantik di sebelahnya. Perempuan itu melemparkan tali lantas membelit seluruh tubuh Ulung Bahar. Mereka berdua ketawa berdekah-dekah melihat tali tersebut melilit seluruh tubuh Ulung Bahar. "Hasbiallahu Lailahaillallah alaihi watawakkal.." kumat kamit mulut Ulung Bahar membaca doa mengehembuskan ke seluruh tubuhnya. Tali yang melilit tubuhnya jadi cair seperti air. Sekali lagi lelaki dan perempuan cantik itu tercengang kerana Ulung Bahar tidak takut pun menghadapi serangan mereka. "Hei, bomoh bodoh..!" jerkah Ulung Bahar bercekak pimggang di atas tebing sungai. "Kau nak mengaku kalah atau nak merasa lagi serangan aku?" tanyanya memberi amaran. Tidak bertangguh lagi lelaki itu terus menghilangkan diri. Dia tidak berani lagi bertahan apabila Ulung Bahar sudah memberi amaran. Hanya tinggal perempuan cantik itu kebingungan ditinggalkan lelaki tadi. Memandangkan perempuan cantik itu degil, Ulung Bahar membaca beberapa ayat lagi menyebabkan perempuan itu berputar seperti gasing beruri ligat. Laungnya bergema kerana berputar- putar di dalam air. Setelah putaran itu berhenti dia termengah-mengah
menengadah Ulung Bahar. Kecantikannya juga luntur akibat diputar tadi. "Bukan aku yang salah" dia merayu supaya dibebaskan. "Jangan berdalih!" jerkah Ulung Bahar. "Iya..." katanya gementar. "Botak tadi yang suruh. Dia suruh aku jagakan haruan yang dilepaskan di sungai ni" ujarnya bertambah gerun bila mengerling Ulung Bahar. "Mengapa kau ikut cakap dia?" tanya Ulung Bahar mahu menduga. "Kalau tak ikut dia bunuh aku..." jelasnya menangis teresak-esak. "Kau takut pada dia?" ejek Ulung Bahar seterusnya. Dia mengangguk lemah. "Kau tak takut Allah...! suara keras Ulung Bahar semakin menggerunkan dia. Dia mengangguk juga. "Kalau kau takutkan Allah, jangan pedulikan botak tadi" perintah Ulung Bahar merentap rambut perempuan tersebut. "Sekarang serahkan pada aku haruan tu!" bentaknya. Mahu tidak mahu terpaksalah perempuan tadi menangguk ikan haruan yang dilepaskan ke dalam sungai. Ulung Bahar terus menangkap ikan tersebut dari tangguk perempuan berkenaan melalui makrifat. Dan terus dibawanya semula ke rumah Orang Besar. Ketika ini mereka yang ada di rumah Orang Besar melihat Ulung Bahar mengetuk jari telunjuknya ke bibir geluk. Tiga kali dia mengetuk berdentum seekor haruan yang masih berlumpur lagi tubuhnya menjelma di dalam geluk. "Alhamdulillah..." Ulung Bahar menarik nafas. Orang Besar terkejut melihat ikan haruan di dalam geluk di depan Ulung Bahar. Geluk itu juga menjadi keruh disebabkan lumpur yang dibawa oleh haruan tadi. Kemudian dia membelah perut ikan itu. Di dalam perut ikan haruan berkenaan terdapat segulung benang kuning yang diikat pada paku setengah inci. Barang-barang yang dikeluarkan dari perut ikan itu diambil oleh Ulung Bahar dibungkus dengan sapu tangannya. Ikan haruan itu juga dibungkus dengan plastik, kerana menurut Ulung Bahar dia sendiri akan membuangnya ke laut. Setelah semuanya selesai, Ulung Bahar tidak membuat apa-apa tangkal atau azimat untuk Orang Besar. Dia hanya membacakan doa lalu dihembuskan ke kepala Orang Besar. Kemudian dia menyuruh Orang Besar solat tengah malam dua rakaat. Tidak ada ubat-ubat lain yang diberikan oleh Ulung Bahar. Selepas dia mengubat malam itu, esoknya dia terus balik ke kampung. Orang Besar bertanya sama ada dia akan mengubatnya tiga kali ulang, tetapi Ulung Bahar menjawab, "Nak ubat apa lagi Tuan, bukannya Tuan sakit..." dia tersenyum mengerling Orang Besar. Khabarnya Orang Besar berkahwin lagi tidak lama selepas itu. Selepas peristiwa ini isteri Orang Besar tidak lagi mencari tangkal pembenci. Dia sendiri tidak marah lagi kalau Orang Besar berkahwin lain. TAMAT

10. TOK AWANG NGAH - DIKEJAR ORANG TUA BERSERBAN KUNING

$
0
0
DEMIKIANLAH diberitahu oleh Meon kepada saya mengenai Ulung Bahar. Dari apa yang diceritakan oleh Meon itu saya dapati dia bukanlah orang dukun yang mengamalkan cara perubatan tradisional. Kalau dukun tentulah dia menggunakan ramuan seperti bunga-bunga, bertih direndang, kemenyan dan sebagainya. Cara yang dilakukan oleh Ulung Bahar ketika mengubat Orang Besar samalah seperti yang pernah
dilakukan oleh Pak Tua Mahat, Aki Sahak dan Tok Aji. Berbeza dengan Pak Tua Mahat dan Aki Sahak, Tok Aji adalah guru agama yang mempunyai madrasah sendiri. Sebab itulah saya berminat sangat mahu bertemu muka dengan Ulung Bahar ini. Saya datang ke rumah Meon di Gombak kira-kira jam 9.00 malam kerana mahu menetapkan hari bilakah dia akan balik ke kampungnya. Memang saya tertarik hati mahu mengenalinya. Ulung Bahar hanya menggunakan doa- doa tertentu saja dari ayat- ayat Quran, dan bukannya menggunakan jampi mentera. Dia juga tidak menggunakan ramuan seperti bertih, kemenyan, limau, bunga-bunga sebagaimana yang lazim digunakan oleh dukun- dukun. Inilah persamaan yang dapat saya lihat antara Ulung Bahar dengan Pak Tua Mahat dan Aki Sahak. "Macam ustaz buat apa lagi jumpa Ulung Bahar..." kata Meon sebaik saja saya masuk ke rumahnya. "Orang macam tu patut kita jumpa" jelas saya lalu duduk. "Orang tua banyak pengalaman..." ujar saya tertawa. "Saya agak orang macam ustaz ni memang suka sangat Ulung Bahar nak berjumpa" isteri Meon menyampuk. "Ah, apa sangat saya ni..." saya serba salah bila dikatakan begitu. Sebenarnya saya baru setahun mengenali Meon dari seorang kawan. Kawan saya itu mengidap sakit lelah beberapa tahun. Meon telah membawakan dia berjumpa dengan Ulung Bahar. Katanya penyakit lelahnya itu sudah beransur baik. Dialah yang membawa saya pula bertemu dengan Meon. Dari Meon pulalah saya mendengar cerita Ulung Bahar mengubat Orang Besar yang hilang tenaga kelelakian itu. Tidak lama kemudian Simah isteri Meon meminta masuk ke bilik kerana dia merasa pening kepala. Tinggallah saya dengan Meon berbual- bual kosong. Pada mulanya saya tidak berniat untuk lama di rumah Meon, tetapi bila Meon bercerita mengenai beberapa kisah di kampungnya yang melibatkan Ulung Bahar, saya tertarik hati pula mahu mendengarnya. Kata Meon, satu waktu dulu kampungnya diganggu oleh lembaga hitam pada setiap malam. Lembaga hitam ini akan masuk ke dalam rumah dan mencabul wanita-wanita dengan sesuka hatinya. Kebanyakan wanita itu tidaklah diperkosanya, hanya dibukakan pakaian wanita berkenaan, kemudian dia melarikan diri. Bagaimanapun Ketua Kampung enggan melaporkan kepada polis, kerana orang-orang kampung mahu menangkap sendiri, siapakah yang melakukannya. Seorang janda beranak terjerit bila tiba- tiba satu lembaga hitam menjelma di depannya. Jeritannya hanya sekaligus saja, kerana selepas itu dia terus kebingungan akibat dipukau oleh lembaga berkenaan. Lembaga hitam itu telah membuka pakaian janda tadi hingga tidak tinggal sebenang pun. Sebelum lari meninggalkan wanita tersebut dia memangkahkan kapur pada kemaluan janda itu. Satu malam sampai lima enam orang diganggunya. Dia tidak peduli sama ada anak dara, janda atau isteri orang, semua diganggunya. Setelah ditelanjangkan dia akan memangkah kemaluan wanita tersebut dengan kapur. Apakah tujuannya tidak pula diketahui. Anehnya rumah- rumah yang berdekatan dengan Ulung Bahar tidak pula diganggunya. Apabila diberitahu pada Ulung Bahar dia juga tidak dapat memberi jawapan. Katanya sukar juga mahu memerangkap lembaga hitam itu, keran tidak tahu rumah mana yang akan diganggunya. "Kalau kita tahu rumah siapa mahu diganggunya, mudahlah kita memerangkap dia..." jelas Ulung Bahar. "Apa tujuannya lembaga hitam ni Ulung?" Ketua Kampung hairan dengan suasana yang melanda kampung. "Ah, ilmu sesat. Ilmu orang tak ingat Allah..." beritahu Ulung Bahar selamba. Bagaimanapun tiap- tiap malam Ketua Kampung mengarahkan penduduk- penduduk kampung berkawal malam. Lembaga hitam itu pula bagaikan tahu di mana penduduk- penduduk kampung berkawal. Dan dia akan datang mengganggu rumah yang jauh dari kawalan. Sebenarnya Ulung Bahar boleh memerangkap lembaga hitam berkenaan sekiranya mendapat kerjasama dari penduduk- penduduk kampung. Sayangnya, penduduk- penduduk kampung sendiri tidak mahu bersatu apabila diajak berkumpul di surau. Ulung Bahar mengajak mereka membaca Yassin beramai-ramai supaya lembaga hitam itu tidak dapat lagi masuk mengganggu. Tetapi sebahagian besar penduduk mahu menangkap lembaga hitam itu. Mereka mahu tahu siapakah orangnya yang berani melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Disebabkan Ulung Bahar enggan menerima cadangan orang-orang kampung yang berdendam mahu menangkap lembaga hitam tersebut, maka mereka telah menemui seorang dukun bernama Pak
Musiro. Pak Musiro mendakwa dialah yang menjadi guru kepada lembaga hitam yang mengganggu orang-orang kampung. Mengikut cerita Pak Musiro seorang pemuda telah datang menemuinya untuk belajar ilmu ghaib. Bila ditanya siapakah pemuda berkenaan, Pak Musiro tidak mahu menerangkannya. "Nantilah, bila dapat kita tangkap, kalian semua akan tau..." kata Pak Musiro. Pak Musiro ini dipercayai memiliki ilmu ghaib. Pernah di zaman pemerintahan Jepun dia mahu ditangkap oleh askar- askar Jepun. Tetapi askar- askar Jepun tidak menemuinya. Semasa darurat juga gerila komunis mahu menangkapnya, tetapi tidak dapat dikesan di
mana dia bersembunyi. Satu hari seekor babi hutan telah masuk ke kampung menyerang beberapa orang penduduk. Tetapi apabila terserempak dengan Pak Musiro babi hutan itu berpusing-pusing mencari Pak Musiro. Sempat pula Pak Musiro mengasah parangnya sebelum menetak kepala babi itu sampai tersungkur mati. Mungkin kerana mendengarkan cerita kehebatan Pak Musiro inilah pemuda berkenaan ingin sangat mempelajari ilmu ghaib dari orang tua tersebut. "Ilmu ghaib macam mana yang kau nak belajar?" tanya Pak Musiro. "Ilmu ghaib yang ada pada Pak Musiro" sahut pemuda berkenaan. "Ilmu ghaib ni ilmu jahat..." beritahu Pak Musiro menjelaskan kepada pemuda itu. "Tetapi kalau mahukan ilmu supaya tidak ditemui oleh musuh, kau boleh amalkan dari Surah Yassin" dia menerangkan selanjutnya. "Saya bukannya ada musuh..." kata pemuda itu tersengih-sengih. Pak Musiro telah menerangkan satu cara yang paling sulit dilakukan dengan harapan pemuda tersebut tidak jadi meneruskan usahanya mahu menuntut ilmu ghaib. Lagi pun Pak Musiro bukanlah bersungguh- sungguh mengajarnya. Dia hanya menerangkan satu perkara yang dia sendiri tidak pernah melakukannya. Pendek kata apa yang dicakapkan oleh Pak Musiro itu hanyalah
rekaan semata-mata. Kata Pak Musiro. "Kalau kau berani cubalah". "Cuba macam mana?" pemuda itu mendesak. "Aku ingat lebih baik tak usah" dia masih lagi mencari akal apakah cerita yang hendak direkanya. "Saya sanggup buat apa pun Pak Musiro" tegas pemuda berkenaan. Akhirnya Pak Musiro mendapat satu akal. Dia percaya tentu pemuda itu tidak akan sanggup melakukannya. Memang kalau orang yang waras fikiran pun merasa tidak munasabah dengan apa yang disebutkan oleh Pak Musiro. "Apabila ada orang mati, kau ambil abuk papan lahad yang diketam. Dibakar dan ambil abunya. Lepas itu semasa mayat sedang dimandikan, kau masuk ke bawah rumah tempat mayat itu dimandikan dan taburkan abu papan itu di kepala..." ujar Pak Musiro tersengih- sengih kerana pemuda tadi percaya sangat dengan apa yang dicakapnya. "Lepas tu apa saya nak buat?" tanya pemuda berkenaan dengan yakin. "Kalau ada apa-apa datang, kau curilah apa saja barangnya" kata Pak Musiro seterusnya. "Lagi..." pemuda tersebut sedikit pun tidak ragu-ragu akan cerita Pak Musiro. "Kalau ada sesiapa mengejar kau carilah sungai, dan cepat-cepat menyeberang" ujar Pak Musiro. Pemuda itu mengangguk lemah. Terasa padanya terlalu berat mahu melakukan seperti yang diterangkan oleh Pak Musiro. Namun dia tidak sedar bahawa Pak Musiro hanya berolok-olok saja untuk melemahkan semangat dia dari meneruskan cita-citanya mahu belajar ilmu ghaib. Bagi Pak Musiro orang yang akan mengejar sekiranya pemuda itu meneruskan cita-citanya mestilah keluarga si mati. Tentulah mereka marah apabila ada orang melakukan perbuatan demikian semasa si mati dimandikan. Sebab itulah dia
sentiasa tersengih-sengih bila memberitahu demikian. Selepas itu Pak Musiro tidak tahu apa yang berlaku ke atas pemuda tadi. Apabila orang-orang kampung gempar dengan kejadian lembaga hitam mengganggu dan datang menemuinya, Pak Musiro mula teringatkan kepada pemuda yang pernah menemuinya untuk belajar ilmu ghaib itu. Hanya orang yang melakukan ilmu halimunan saja yang boleh hilang dari pandangan orang ramai. Orang-orang kampung menjadi bingung kerana lembaga hitam itu boleh masuk ke dalam rumah mangsa mengikut lubang yang boleh ditembusi angin. Bagaimana rapat dikunci pun pintu dan tingkap, dia boleh masuk selagi ada lubang yang boleh
ditembusi angin. Setelah berjanji untuk menangkap lembaga hitam tersebut, Pak Musiro pun bersiap-siap dengan ramuan dukunnya. Dia menyediakan tujuh jenis bunga, tujuh biji limau dan tujuh geluk air yang diambil dari tujuh batang sungai. Dia akan memanggil lembaga hitan itu datang ke rumahnya dan akan menggunakan 'pasung bumi' iaitu ilmu kebatinan yang mengunci musuh tidak
dapat mencari jalan keluar untuk melarikan diri. Penduduk-penduduk kampung yang ditugaskan membantu Pak Musiro juga bersiap sedia di sekitar rumah Pak Musiro. Mereka akan menyerbu sebaik saja mendapat isyarat dari Pak Musiro. Kira-kira jam 9 malam, Pak Musiro memulakan tugasnya. Dia mencucukkan tujuh batang lidi kepada setiap biji limau dan direndamkan ke dalam tujuh geluk yang berisi air dan tujuh jenis bunga. Kemudian Pak Musiro membakar kemenyan sambil mulutnya kumat- kamit membaca mentera. Lama dia membaca menteranya, tiba-tiba dia hilang dari pandangan orang ramai. Selepas itu mereka terdengar bunyi pergelutan di sekitar rumah itu. Meon yang ditugaskan oleh Pak Musiro membakar kemenyan apabila dia sudah hilang dari pandangan, terus membakar kemenyan yang siap dijampi oleh Pak Musiro. Orang ramai mahu membantu tidak dapat kerana masing-masing tidak nampak siapakah yang bergelut. Hanya barang- barang di dalam rumah itu saja tunggang-langgang seperti dirempuh. Mereka semua menjadi cemas juga kerana tidak tahu siapakah akan tewas dalam pergelutan itu. Dalam masa mereka tidak ketahuan itu tiba-tiba Pak Musiro terpelanting di hadapan mereka. Termengah- mengah Pak Musiro menahan kesakitan. Mulutnya kelihatan berdarah dengan seluruh badannya calar balar. Pak Musiro terbaring di lantai dalam keadaan tidak sedar diri. Orang-orang
kampung semakin cemas melihatkan Pak Musiro tidak
sedarkan diri setelah dipercayai bergelut dengan lembaga hitam yang mengganggu penduduk- penduduk kampung selama ini. Dua hari Pak Musiro tidak sedarkan diri. Nafasnya mengombak- ngombak. Kuku kaki dan tangannya sudah menjadi lebam. Melihatkan keadaan Pak Musiro semakin tenat Meon pun menyuruh isteri Pak Musiro memanggil Ulung Bahar. Orang-orang kampung selama ini tidaklah menganggap Ulung Bahar sebagai dukun, tetapi sebagai orang tua yang banyak pengalaman saja. Lagi pun Ulung Bahar sendiri tidak suka dirinya dipanggil dukun seperti Pak Musiro. Jiran-jiran masih ramai berkumpul di rumah Pak Musiro semasa Ulung Bahar datang. Ketua Kampung juga ada sama menziarahi Pak Musiro. Mereka semua merasa terhutang budi kepada Pak Musiro yang sanggup menyabung nyawa untuk menyelamatkan penduduk- penduduk kampung. Ulung Bahar memegang kepala Pak Musiro. Kesan calar-balar di tubuhnya juga menjadi lebam. "Musiro bernasib baik..." keluh Ulung Bahar perlahan. "Dia hampir berjaya, tetapi tak ada orang membantu. Musuhnya hampir kalah, tetapi cepat mendapat bantuan" katanya macam kesal. Kekesalan yang terpancar di mata Ulung Bahar, ialah orang-orang kampung hanya berharap kepada Pak Musiro semata- mata. Mereka tidak tahu bagaimana harus membantu bila seseorang seperti Pak Musiro menentang gangguan syaitan. Kalau ada salah seorang darinya azan, sudah tentu Pak Musiro lebih
mudah menjalankan tugasnya. Disebabkan tidak ada sokongan itulah Pak Musiro dapat ditewaskan. "Minta aku air sejuk segelas..." Ulung Bahar meyuruh isteri Pak Musiro ambilkan air. "Meon, ambil wudhuk" perintahnya lalu berpaling pada Meon. Tidak bertangguh Meon mengambil wudhuk. "Azan..." katanya lagi sambil mencapai gelas air yang dihulurkan oleh isteri Pak Musiro. "Jangan berhenti selagi aku tak suruh" dia memberitahu Meon. Meon pun azan seperti yang disuruh oleh Ulung Bahar. Kira-kira sepuluh kali Meon azan barulah disuruh berhenti oleh Ulung Bahar. Ketika ini dia merenung ke dalam gelas air di depannya. Ulung Bahar tersenyum sedikit bila
merenung ke dalam gelas. "Bodoh!" itu saja yang orang ramai dengar terkeluar dari mulut Ulung Bahar. Selepas itu mereka melihat mulut Ulung Bahar terkumat-kamit dengan mata terpejam rapat. Sebenarnya Ulung Bahar sudah ternampak Jalit abang Meon sedang diubat oleh seorang lelaki tua berserban kuning. Jubahnya juga kuning seperti kain Sami Budha. Apabila mereka
berdua nampak Ulung Bahar mereka cuba melarikan diri. Ketika ini Pak Musiro sudah menunggu di muka pintu, lalu mereka bertarik- tarikan. Sebelah tangan Jalit ditarik oleh lelaki tua berserban kuning itu, manakala sebelah lagi ditarik oleh Pak Musiro. "Kau ajar dia jadi jahat!" pekik Pak Musiro menendang dada lelaki tua berserban kuning itu. "Bukankah kau yang suruh dia datang kepada aku?" lelaki tua itu mengejek. "Aku tak suruh...!" sahut Pak Musiro marah. "Jangan pula kau berdalih" lelaki tua berserban kuning itu menampar muka Pak Musiro. "Kau suruh dia datang belajar dengan aku, sekarang kau nak berdalih!" ujarnya masih memaut tangan Jalit. Sementara Jalit pula menjadi bingung tidak bertindak apa-apa walaupun tangannya dipegang oleh orang tua berserban kuning dengan Pak Musiro. Terkejut juga Pak Musiro bila dituduh demikian. Dia tidak pernah menyuruh Jalit menuntut dari sesiapa pun. Semua pertengkaran ini dilihat oleh Ulung Bahar. Tetapi yang menerima akibat dari pertentangan itu ialah Jalit dan Pak Musiro sendiri. Mereka berdua yang cedera, manakala lelaki tua berserban kuning itu tidak menanggung apa-apa kecederaan. Setiap tendangan kaki Pak Musiro yang menyinggahi dada lelaki itu semuanya menuju ke sasaran dada Jalit. Seolah-
olah Jalit menjadi pelindung lelaki tua berkenaan apabila Pak Musiro membuat serangan. "Jalit cakapkan siapa yang suruh kau datang menemui aku?" soal orang tua berserban kuning. "Pak Musiro..." beritahu Jalit. "Jangan berdusta Jalit!" marah benar Pak Musiro bila Jalit menuduh dia demikian. "Bukankah Pak Musiro menyuruh aku curi kulit papan yang diketam untuk papan lahad?" Jalit mengingatkan Pak Musiro. "Pak Musiro suruh aku bakar, Pak Musiro suruh aku ambil abunya. Pak Musiro suruh aku mandi bawah air mandi mayat. Pak Musiro suruh aku taburkan abu kulit papan ke kepala aku...!" jelasnya bergema memukul gendang telinga Pak Musiro. "Cukup...!" pekik Pak Musiro marah. Merah padam mukanya bila mengingatkan balik peristiwa dia menipu Jalit yang bersungguh-sungguh sangat mahu belajar ilmu ghaib. Rupa-rupanya Jalit betul-betul melakukan seperti apa yang disuruhnya, padahal dia hanya mereka-reka supaya Jalit lemah semangat. Sebaik saja diberitahu oleh Pak Musiro petua-petua mencari ilmu ghaib, Jalit tidak memikirkan sama ada Pak Musiro memperolok- olokkan dia atau tidak. Dia sudah nekad akan mencuba seperti apa yang dicakapkan
oleh Pak Musiro. Ilmu yang dituntut mestilah atas keyakinan diri sendiri. Sama ada ajaran guru itu betul atau salah tidak boleh difikirkan. Inilah pendirian Jalit apabila menerima peraturan yang disuruh oleh Pak Musiro kalau mahukan ilmu menghilangkan diri. Kebetulan tidak lama kemudian ada orang meninggal dunia di kampung itu. Jalit terus menziarahi si mati dengan nekad akan melakukan seperti yang dikatakan oleh Pak Musiro. Semasa orang mengetam papan untuk dibuat papan lahad, Jalit terus mengumpulkannya dan membawa ke lubang sampah. Pada penglihatan orang ramai Jalit sangat rajin membantu dengan membuangkan sampah tersebut. Di situ dia membakar sampah papan diketam tadi. Abunya dibungkus dengan sapu tangan. Dia menunggu sehingga mayat dimandikan di atas rumah kira-kira jam 12 tengah hari. Orang ramai tidak menyedari bahawa dia sudah pun mencangkung
di bawah rumah bersetentangan dengan mayat hendak dimandikan. Sebaik saja derau air yang mula dari mayat itu jatuh ke bawah rumah, teruslah menimpa kepala Jalit yang sudah ditaburkan dengan abu sampah papan diketam. Belum pun selesai mayat itu dimandikan, Jalit nampak lelaki tua datang bertongkat ikut sama mandi bersamanya. Lelaki itu tidak bercakap sepatah pun. Sebelum masuk mandi bersama dengan Jalit, dia meletakkan serban kuningnya pada gelegar rumah, manakala tongkatnya tetap dipegang di tangan. Jalit memerhatikan apakah barang yang harus dilarikannya dari orang tua itu. Kalau mahu dilarikan tongkat, orang tua itu masih menggenggam tongkatnya erat-erat. Akhirnya terlintas di kepalanya untuk melarikan serban yang tersangkut pada gelegar rumah. Itu saja barang yang ada pada orang tua itu tidak dipakainya. Setelah melihat orang tua itu asyik mandi di bawah air mandian mayat tadi, Jalit pun meluru mencapai serban kuning yang tersangkut di gelegar. Serentak dengan itu dia mendengar orang tua itu menjerit memanggil dia dan mengejarnya dari belakang. Jalit pun lari sekuat hati menuju ke arah sungai. Dia sempat menyeberang sungai. Orang tua yang mengejarnya dari belakang tadi tidak dapat menyeberang. "Pulangkan serban aku!" pinta orang tua tersebut. "Tidak..." sahut Jalit berbangga dengan kejayaannya melarikan serban orang tua yang sama-sama mandi air mayat tadi. "Sekarang serban ni kepunyaan aku. Kalau kau mau marilah menyeberang sungai ke sini..." dia megejek-ngejek. "Memang aku nak beri kau" orang tua itu tersenyum. "Memang aku tau kau berhajat sangat hendakkan ilmu ghaib. Kau boleh memakai serban itu, tetapi ada syaratnya" beritahu orang tua itu. "Apa syaratnya?" "Senang saja..." "Kalau aku tak ikut syarat?" "Aku ambil semula serban" "Ah! aku tak percaya!" Jalit cuba mengelak dari syarat yang hendak dikenakan oleh orang tua tersebut. Orang tua itu menunding jarinya ke arah Jalit. Dengan tiba-tiba saja serban kepunyaannya melayang dari tangan Jalit terus masuk berlingkar ke hujung tongkat. Jalit terlopong dengan tindakan orang tua berkenaan. Ternyata dia tidak dapat melawannya. Jalit tidak mempunyai apa-apa kelebihan bagi mempertahankan diri dari tindakan orang tua tadi. Dia hanya melakukan seperti apa yang disuruh oleh Pak Musiro dengan tidak bertanyakan lebih lanjut bagaimana kalau dia tidak boleh melawan dugaan. "Sekarang kau percaya atau tidak?" tanya orang tua itu ketawa berdekah-dekah mengejek Jalit. Pucat muka Jalit. Dia percaya dirinya tidak akan dapat lari ke mana. Kalau serban di tangannya lagikan mudah dirampas kembali oleh orang tua itu, tentulah dia juga tidak akan dapat melarikan diri. "Aku percaya..." sahut jalit lemah. "Cakaplah apa syaratnya?" tanya Jalit mengharapkan pertolongan dari orang tua tersebut. "Kau mesti mencabul 44 orang perempuan!" ujar orang tua itu memberikan syaratnya. "Tetapi ingat, kau tidak boleh menodai seorang pun..." katanya memberi amaran. Lama Jalit berfikir sama ada mahu menerima syarat tersebut atau tidak. Alang kepalang dia sudah pun hampir mencapai maksudnya. Cuma syarat itu saja mesti dilakukan. "Ingat 44 orang perempuan dalam masa dua minggu!" tegas orang tua itu
lagi. "Baiklah, aku sanggup" Jalit memberi pengakuan. "Kau mesti tandakan sebagai bukti kau telah mencabulnya!" katanya lagi. "Baiklah!" sahut Jalit tegas. Serban kuning itu dipulangkan semula kepadanya. Apabila dipakai di kepala Jalit merasakan dirinya boleh berlari kencang. Dia boleh melompat melepasi sungai. Alangkah gembiranya kerana dapat memenuhi maksudnya. "Kalau kau tak berjaya mencabul 44 orang perempuan, serban itu aku ambil semula" beritahu orang tua itu menghilangkan diri dari pandangannya. Untuk memenuhi tuntutan itulah Jalit terpaksa melakukan perintah orang tua berjubah dan berserban kuning itu. Apabila dia balik ke rumah hari itu dia telah bertemu Meon sedang mengembala lembu masuk ke kandang. Jalit memanggil Meon, tetapi
Meon berpusing-pusing mencari suara Jalit yang memanggilnya. Apabila serban itu ditanggalkan barulah Meon melihat dia. Meon juga tidak nampak serban yang dipegang di tangannya. Sejak itulah kegemparan berlaku di kampung itu mengenai lembaga hitam mengganggu perempuan. Setiap malam sekurang- kurangnya tiga orang perempuan telah dicabul. Kemaluannya dipangkah dengan kapur. Kesemua mangsa mengakui bahawa mereka tidak dinoda oleh lembaga hitam tersebut. Hinggalah Jalit tidak dapat mengelak bila bertembung dengan Pak Musiro. Dia sudah berjaya mencabul hampir 30 orang perempuan bila namanya diseru oleh Pak Musiro. Apabila dia mahu menyerah kalah kepada Pak Musiro, orang tua yang memberikan dia serban kuning itu datang menjelma. Orang tua itu memerintahkan dia supaya menentang Pak Musiro. Terpaksalah Jalit menentang Pak Musiro. Tetapi setiap kali memberi tentangan, serangan Pak Musiro terlalu keras. Dia tidak dapat bertahan dari serangan Pak Musiro. Mujurlah orang tua berjubah
kuning itu datang menolongnya. Orang tua itu meresap ke dalam tubuhnya
lalu sama-sama menyerang Pak Musiro. Akhirnya Pak Musiro terpelanting tidak berdaya lagi untuk bangun menentang. Jalit juga mendapat cedera parah. Bagaimanapun cederanya dapat diubat oleh orang tua yang menolongnya. Hinggalah Ulung Bahar datang menjelma, barulah Pak Musiro kembali bertenaga untuk melepaskan dia dari genggaman orang tua tersebut. "Kenapa kau lari?" jerkah Ulung Bahar bila melihat orang tua berserban kuning bergegas-gegas menarik Jalit, tetapi ditahan oleh Pak Musiro. "Kau takut pada aku?" kata Ulung Bahar menghentakkan tumitnya ke lantai rumah Jalit. Terpekik Jalit bila Ulung Bahar menekan tumitnya ke lantai. Orang tua berserban kuning itu tertawa berdekah-dekah bila Jalit terpekik. "Kau takkan menang Bahar..." ejeknya menyakitkan hati Ulung Bahar. Pak Musiro juga masih memaut tangan Jalit. Dia tidak berjaya melepaskan Jalit dari orang tua berkenaan. Kalaulah Pak Musiro dapat melepaskan tangan Jalit dari genggaman orang tua itu, tentulah mudah bagi mereka menyerang orang tua tadi. Syaitan yang menjelma sebagai orang tua itu berjaya menggunakan Jalit menjadi pelindungnya apabila diserang oleh manusia. Tetapi Ulung Bahar bukan semudah itu hendak ditentang oleh syaitan. Dia tidak putus asa apabila Jalit dijadikan pelindung syaitan. Ulung Bahar terus azan hingga menggegarkan kawasan rumah Jalit. Pak Musiro tetap berpaut pada tangan Jalit walaupun gegaran bertambah kuat. "Musiro, kuatkan zikir kau..." Pak Musiro mendengar Ulung Bahar membisikkan sesuatu ke telinganya. Pak Musiro mengangguk. Dia berzikir mengingatkan kudrat dan iradat Allah. Ketika ini dia merasa gegaran itu tidak menyusahkan dirinya. Pak Musiro terselamat dari gangguan gegaran apabila Ulung Bahar azan. Hanya orang tua itu saja terhumban ke kiri ke kanan tidak dapat berjejak. Gegaran semakin kuat. "Nanti..." orang tua itu merayu meminta Ulung Bahar berhenti azan. Tetapi tangannya tetap berpaut pada Jalit. "Lepaskan Jalit dulu..." perintah Ulung Bahar. Dia tidak memberhentikan azannya. Semakin galak Ulung Bahar azan berulang kali, semakin kuat gegaran di sekitar rumah Jalit. Orang tua itu terumbang ambing macam bertih direndang dalam kuali terlompat ke kiri ke kanan. "Tolong berhentikan! Aku tau kau tak sama dengan Musiro. Aku kalah dengan kau, tolong..." rintihnya memanjang. "Lepaskan Jalit dulu..." tegas Ulung Bahar. Selagi dia tidak melepaskan Jalit, Ulung Bahar tidak akan berhenti azan. Tidak tahan dengan gegaran yang semakin kuat orang tua itu terpaksa melepaskan Jalit. Sebaik saja
Jalit dilepaskan, Ulung Bahar menyuruh Pak Musiro lindungkan Jalit. Dia tahu Jalit tidak bersalah. Jalit hanya terpengaruh dengan ilmu sesat yang ditunjukkan oleh syaitan. "Aku tak bermusuh dengan kau" gerutu orang tua itu marah. "Aku bermusuh dengan Musiro, biarkan saja Musiro melawan aku" ujarnya menyimpan dendam pada Pak Musiro. "Kalau kau tak mahu bermusuh dengan aku, biar aku yang bermusuh dengan kau" sindir Ulung Bahar. "Jangan! Aku tak mahu bermusuh dengan kau...!" sahut orang tua itu lemah. "Aku nak bermusuh dengan kau...!" jerkah Ulung Bahar. "Mengapa pula?" dia sengaja mencari jalan mahu mengelakkan diri dari bertentang dengan Ulung Bahar. "Memang syaitan musuh aku!" balas Ulung Bahar menampakkan kebenciannya. "Aku nak berlawan dengan Musiro..." beritahu orang tua itu lagi. "Kenalah langkah mayat aku dulu!" Ulung Bahar terus mencabar. Orang tua itu berlegar-legar mahu menerkam ke arah Pak Musiro. Belum sempat dia menerkam, Pak Musiro menendang dadanya. Terpelanting orang tua itu akibat ditendang oleh Pak Musiro. Masa ini dia tidak dapat lagi menggunakan Jalit sebagai pelindungnya. Dia terpaksa menanggung sendiri kesakitan akibat tendangan kuat dari Pak Musiro. Marah benar dia ditendang oleh Pak Musiro. Cepat-cepat dia bangun mahu membalas semula. Dia menerkam tetapi sempat dielak dengan pantas oleh Pak Musiro. "Di depan Bahar kau memang handal..." bentak orang tua itu marah. "Baca Fatihah Musiro..." bisik Ulung Bahar. Pak Musiro membaca Fatihah tiga kali. Satu putaran angin kencang memutar orang tua tersebut
seperti uri gasing berputar ligat. Jeritan orang tua itu bergaung di dalam putaran angin kencang itu. Lama dia diputar angin kencang orang tua itu jatuh tersungkur di depan Pak Musiro. "Sekarang kau nak lawan Musiro lagi?" kata Ulung Bahar mengejeknya. Orang tua itu tidak dapat bergerak lagi selepas diputar angin kencang tadi. Ternyata dia terlalu lemah untuk bangun semula. Selama ini dia tidak gentar kalau menentang Pak Musiro. Walaupun Pak Musiro dukun terkenal, tetapi dia tahu mempermainkan Pak Musiro. Apabila kalah dia akan berundur buat sementara dulu. Kemudian akan datang semula mengganggu. Tetapi dengan Ulung Bahar dia tidak berpeluang mahu mengelak. Ke mana saja bersembunyi dapat diekori oleh Ulung Bahar. Sebab itulah sedapat- dapatnya dia mahu mengelak dari bertemu dengan Ulung Bahar. "Sekarang kau lawanlah Musiro..." ulangi Ulung Bahar. "Kau tolong dia, fasal itu aku tak terlawan" rintihnya menyimpan dendam pada Pak Musiro. "Aku tak tolong dia, kau yang tak terlawankan dia" Ulung Bahar mengejeknya. Orang tua itu bangun terhuyung hayang. Dia masih berdendam pada Pak Musiro. Sebaik saja dia mahu menerkam, Ulung Bahar membisikkan ke telinga Pak Musiro supaya membaca Surah Al-Ikhlas, Pak Musiro membacanya tiga kali. Tiba- tiba bukit bukau berterbangan menimpa ke arah orang tua itu. Jerit orang tua itu bergema menahan kesakitan. Pak Musiro melihat orang tua tersebut terhimpit di bawah bukit bukau yang berterbangan menimpanya. Apabila dia membuka mata, dilihatnya Ulung Bahar ada di sebelahnya. Malam itu juga Pak Kadut ayah Meon datang memanggil Pak Musiro kerana Jalit diserang sakit sesak nafas tiba-tiba. Alangkah terperanjatnya dia bila diberitahu Pak Musiro masih belum pulih dari sakit. Bagaimanapun Ulung Bahar mendoakan segelas air dan menyuruh Pak Kadut membawanya pulang. Air itu hendaklah diberi minum pada Jalit dan disapukan ke dadanya. "Itulah ceritanya ustaz..." kata Meon mengingatkan semula kisah abangnya tersalah tuntut ilmu. Sebelum saya balik malam itu, kami telah berjanji fasal mahu menziarahi Ulung Bahar. Ketika saya mahu balik terdengar Simah isteri Meon memekik dari dalam bilik. Bergegas-gegas Meon masuk
ke bilik bila mendengar isterinya memekik sebentar tadi. Sebentar kemudiannya dia keluar semula dalam keadaan cemas. "Jangan balik dulu ustaz..." katanya rusuh. "tolong tengokkan Simah dulu" ujarnya tidak ketahuan. "Astaghafarullah hala'zim..." keluh saya mengikut Meon mendapatkan isterinya di bilik. TAMAT

11.TOK AWANG NGAH - SUMPAH PELESIT TURUN TEMURUN

$
0
0
SEHINGGA pukul 10 malam, Simah isteri Meon masih mengerang-ngerang sakit kepala. Pada mulanya saya menyangkakan dia pening kepala biasa saja, mungkin disebabkan hawa panas. Tetapi akhirnya Meon memberitahu Simah akan diserang sakit kepala setiap kali saya datang ke situ. Bagaimanapun sakit kepalanya itu akan beransur
hilang bila saya meninggalkan rumahnya. Sebenarnya Simah memang selalu diserang sakit kepala, cuma sakitnya bertambah berat kalau saya datang menemui Meon. Setelah lima tahun berkahwin dengan Meon rumahtangga mereka tidak begitu tenteram. Simah sentiasa merasa tidak tenteram dengan sikap Meon. Tetapi mengapa dia merasa tidak senang dengan Meon, dia sendiri tidak tahu. Mujurlah Meon dapat bersabar dengan perangai Simah. Kalaulah tidak bersabar memang sudah lama rumahtangga mereka runtuh. Meon dapat memikirkan tentulah ada masalah lain menyebabkan Simah berperangai benci saja
melihat Meon. Bila hatinya senang SImah tetap menunjukkan kasih sayangnya terhadap Meon. Sebab itulah Meon dapat memahami bahawa Simah memang ada gangguan lain menyebabkan dia berperangai sentiasa benci saja melihat dia apabila tiba masa hatinya tidak tenang. Memang Meon berhajat untuk membawa isterinya menemui Ulung Bahar. Jadi, kedatangan saya ke rumah Meon pun, memang ada kaitannya dengan cadangan Meon untuk membawa Simah berubat kepada Ulung Bahar. "Dah lama ke Simah sakit macam ni?" tanya saya
bila Simah semakin kuat mengerang-ngerang sebaik saja saya masuk ke biliknya. "Sejak saya kahwin memang inilah sakit idapannya" ujar Meon lemah. "Sabar sungguh awak, Meon..." kata saya. Meon terdiam. Terkejut juga dia bila saya kata demikian. Pada anggapannya saya mengatakan sabar disebabkan dia boleh bertahan demikian lama dengan Simah. Saya dapat menangkap akan perasaan Meon bila saya memberitahu
demikian tadi. Oleh itu cepat-cepat saya menyambung, "Maksudnya, kau tak bawa Simah berubat. Lama sangat kau bersabar membiarkan Simah macam ni..." jelas saya supaya Meon tidak terkeliru dengan kata-kata saya itu. "Inilah saya nak bawa jumpa Ulung Bahar nanti" keluh Meon memerhati isterinya mengerang-ngerang sakit kepala. Simah isteri Meon ini berasal dari Air Tawar, Perak. Sejak berkahwin dengan Meon lima tahun dulu jarang mereka balik ke kampung Meon, di Temerloh. Lagi pun memang Meon tidak menyangka Simah mengidap penyakit demikian, sebab itulah dia tidak cepat-cepat membawa
bertemu Ulung Bahar. Baru kebelakangan inilah Meon menyedari Simah sebenarnya sakit. Kadangkala bila sakit kepalanya menyerang dia akan memaki hamun Meon. Mula -mula dulu terkejut juga Meon sampai hampir- hampir dia menceraikan Simah. Apabila Simah pulih semula, dia sendiri tidak tahu apa yang telah dicakapkannya kepada Meon. Kebetulan saya berhajat mahu bertemu dengan Ulung Bahar, maka Meon bercadang membawa Simah berubat sekali dengan
Ulung Bahar. "Cubalah ustaz tengokkan dulu..." kata Meon semakin rusuh melihat
isterinya mengerang- ngerang sakit kepala. "Sakit kepala lain ni Meon" jelas saya merasakan bulu roma saya meremang seram sejuk. "Kalau dia melawan tak terkawal dek kita. Cubalah kau telefon adik kau di Datuk Keramat suruh dia datang. Kalau ramai nanti panjang juga ikhtiar kita..." saya menyuruhnya menelefon adiknya Jamlus di Datuk Keramat. Saya tahu Meon mempunyai adik di Kuala Lumpur tinggal di Datuk Keramat. Sudah dua tiga kali
kami bertemu di rumah Meon itu. Kalau ada saudara mara Meon tidak segan jugalah saya mahu mencuba mengetahui punca penyakitnya. Cepat-cepat Meon menelefon Jamlus adiknya. Di samping itu dia juga memanggil jirannya. Dalam keadaan demikian masing- masing kelam kabut juga melihat keadaan isteri Meon sambil menuduhnya mati pucuk kerana sudah lima tahun berkahwin masih belum mendapat anak. Bagi Meon maki hamun demikian sudah perkara biasa kepadanya. Dia tidak tersinggung kalau Simah bercakap demikian. Tetapi bagi jiran-jiran yang baru datang menjengah terkejut juga dia mendengar kata-kata Simah itu. Tidak lama kemudian kira-kira jam 11.30 Jamlus datang bersama isterinya. Terkejut juga dia apabila Meon menelefon fasal Simah sakit. Tentulah sakit Simah berat menyebabkan abangnya menelefon dia suruh datang segera. "Kita bawa hospital aje..." kata Jamlus sebaik saja melihat kakak iparnya mengerang-ngerang
kesakitan. "Boleh jadi migraine. Elok cepat kita bawa ke hospital" gesanya tidak sabar lagi melihat Simah menggelepar di atas katil. "Sabar dulu..." sahut Meon menahan kerusuhan hatinya.Jiran-jiran yang lain juga mendesak supaya Simah dibawa ke hospital memandangkan
keadaannya menggelepar seperti ayam kena sembelih. Saya masih berfikir apakah cara yang harus dilakukan dengan keadaan yang demikian. Keadaan demikian begini bukanlah baru kali pertama saya tempuhi, sebab itu saya tidak tergopoh-gopoh sangat melihat keadaan Simah itu. "Kak Simah ni kena migraine agaknya. Jangan sabar-sabar lagi, bawa aje ke hospital" desak Jamlus lagi. Tetapi Meon yakin Simah bukan dihinggapi sakit migraine. Kalaulah Simah kena sakit migraine masakan dia akan memaki hamunnya. Menuduh dirinya yang bukan-bukan. Sehingga Simah tergamak mengatakan dia mati pucuk kerana tidak mendapat seorang anak pun setelah lima tahun berkahwin. Mujurlah dia dapat menahan sabar apabila dituduh demikian. Memang dia sedar Simah sakit, tetapi tidak dapat mempastikan sakit sebenarnya. Setelah ada ura-ura saya mahu menemui Ulung Bahar, barulah dia bercadang mahu mencuba membawa Simah berubat pada Ulung Bahar. "Ada dukun di sini yang boleh kita cuba?" saya bertanya pada Meon. Meon menggeleng kepala tidak tahu. Memang dia tidak tahu siapakah dukun di kawasan perumahan itu. Maklumlah masing-masing sibuk dengan tugas harian, kadang-kadang jiran sebelah rumah pun tidak kenal. Inikan pula mahu tahu mengenai siapa menjadi dukun di situ. "Kita cari di Sungai Pusu..." seorang jiran memberitahu. "Boleh juga kita panggil dukun tu" kata saya berpaling pada jiran yang memberitahu itu. "Saya tak tau rumahnya" sahut dia serba salah. "Tetapi saya dengar dia duduk di Sungai Pusu. Kalau kena penyakit macam ni, selalunya orang panggil dia" jelas jiran itu lagi. "Kalau tak tau rumah macam mana nak cari malam-malam ni..." keluh Jamlus pula. Kata-kata Jamlus itu benar juga. Sekiranya hari siang boleh juga bertanya pada siapa-siapa yang melintas di situ. Tetapi bila hari malam masakan mahu mengetuk rumah orang mencari dukun tersebut. "Ah, Sungai Pusu tu bukannya besar sangat" seorang lagi jiran mencelah. "Mari kita ke sana, kita carilah sampai dapat..." ujarnya mengajak Jamlus mencari dukun berkenaan di
Sungai Pusu. Setelah Jamlus dan jiran itu pergi, keadaan Simah masih juga tidak berubah. Dia menggelepar ke kiri ke kanan sambil mengerang sakit kepala. Jiran-jiran yang datang menziarah tadi tidak keruan dengan keadaan tersebut. "Sebelum dukun tu sampai, ustazlah cuba-cuba dulu..." Meon menepuk bahu saya. Saya tahu Meon memang ikhlas meminta saya mendoakan supaya isterinya sembuh. Dalam masa setahun dia mengenali saya, memang dia sudah mengagak mestilah ada sebab mengapa saya berhajat sangat mahu menemui Ulung Bahar. Selalu
juga dia bila terasa sakit gigi mengusik-ngusik suruh saya ubatkan. Tetapi tidak pernah saya penuhi permintaannya. Kalau dia mendesak juga saya suruh dia ke klinik gigi. Bagaimanapun Meon tidak pernah berkecil hati kalau saya bersikap demikian. Pernah juga dia meminta saya doakan supaya tidak basah terkena hujan, saya beritahu dia doa supaya tidak basah terkena hujan pakailah payung. Semua ini adalah usik mengusik saja. Dia hanya mahu berolok-olok dengan saya, seperti juga dia pernah berolok-olok dengan Ulung Bahar. Tetapi kali ini saya sedar Meon bukanlah berolok-olok. Dia meminta dengan ikhlas. Saya menjadi serba salah dengan permintaan Meon, di samping keadaan Simah yang semakin membimbangkan. Dalam ingatan saya sudah tergambar mungkin ada benda lain yang mengganggu menyebabkan Simah cepat diserang penyakitnya apabila saya berada di rumah itu. Hingga pukul 12.00 malam dukun dari Sungai Pusu yang dijemput oleh Jamlus masih belum datang. Jamlus juga tidak nampak muka hidung. Memandangkan keadaan Simah menggelepar-gelepar
menahan sakit di kepalanya,
saya pun meminta izin dari Meon untuk memegang kepala Simah. Kira-kira dua minit saya memegang kepalanya, tiba-tiba Simah bingkas bangun lalu meludah saya. "Kau yang tukang kacau, laknat!" bentak Simah macam mahu menerkam ke arah saya. "Buat apa kau datang selalu ke sini, kau nak nikah dengan aku ke?" dia ketawa mengilai. "Kau harus sabar Meon..." bisik saya perlahan. "Yang bercakap ni bukan Simah lagi, yang lain bercakap ni" kata saya menerangkan pada Meon. "Saya tahu ustaz" jelas Meon merapati saya. "Buatlah macam mana pun, memang saya tahu, fasal saya selalu ikut Ulung Bahar" ujarnya. Simah terus berdiri dengan tangannya mahu mencengkam leher saya. Cepat-cepat Meon memegang pinggangnya membawa rebah semula ke katil. "Meon, kau jangan jadi bodoh!" Simah meronta-
ronta mahu melepaskan diri dari Meon. "Inilah jantannya yang menggoda aku. Dia nak nikah dengan aku, tapi aku tak mau. Aku sayangkan kau Meon" dia merintih-rintih bagaikan merayu. "Siapa hendakkan kau, aku pun tak mau" bentak Meon. "Kau tak mahu pada aku?" mata Simah terjengil memerhati Meon. "Aku tak mau..!" sahut Meon keras. "Sekarang ceraikan aku..." Simah juga bersuara keras. "Berambuslah kau" kata Meon. "Lepaskan aku...!" Simah meronta-ronta sekuat tenaga. "Lepaskan aku, biar aku berambus" dia membentak-bentak sambil menumbuk dada Meon. "Kalau kau nak berambus, berambuslah" jerkah Meon semakin kuat memaut pinggang Simah. "Tapi, tinggalkan Simah tau!" katanya memahami apa sebenarnya berlaku di sebalik keadaan Simah demikian. "Kau gila, aku ni bukankah Simah" dia tertawa mengejek. "Aku tau kau setan!" bentak Meon. Dari cara Meon bercakap itu memang saya tahu dia juga menyedari akan penyakit isterinya. Tetapi selama ini dia sengaja merahsiakan dari pengetahuan saya. Dia bimbang kalau saya mengetahuinya, nanti akan menyusahkan saya pula. Memang Meon tahu akan gangguan syaitan tersebut. Tetapi apakah jenis
gangguannya tidaklah diketahui. "Sekejap lagi dukun Sungai Pusu datang, kau rasa nanti!" Meon cuba mengugut. "Ah, bapak dukun Sungai Pusu aku tak takut" balas Simah termengah- mengah mahu melepaskan diri dari Meon. Beberapa orang jiran wanita juga turut sama membantu memegangkan kakinya. "Dukun Sungai Pusu tu takut pada aku, takkan dia berani datang...!" dia tertawa macam menyindir Meon. "Diam...!" herdik saya merenung muka Simah. Ketika ini saya tidak nampak Simah lagi meronta-ronta di atas katil. Saya berada jauh dari rumah
Meon di Gombak di sebuah bukit dekat Air Tawar di Perak. "Diam, kata aku. Sekarang kau datang ke sini, supaya aku bakar kau dengan Ayatul Kursi...!" saya terus membaca Ayatul Kursi sebanyak 17 kali. Selesai saja saya membaca Ayatul Kursi wajah Simah bertukar menjadi seorang perempuan tua kurus dengan rambut menggerbang putih. Perempuan tua itu mengilai ketawa mengejek- ngejek saya. Dia merenung saya bagaikan mahu menerkam, tetapi tidak dapat mara. "Jangan nak sembunyi lagi!" suara saya semakin keras. "Ah, merepeklah kau. Jangan cuba nak goda aku..." perempuan tua itu terkekeh-kekeh ketawa. "Aku ni bini Meon, buat apa kau goda. Mentang- mentang Meon mati pucuk, kau fikir aku mudah tergoda dengan kau" dia cuba menyakitkan hati Meon yang mendengarnya. "Kau fikir Meon bodoh" sahut saya sambil memerhatikan gerak gerinya yang mencari tipu helah. "Kau dah tua, Meon tengok pun tak ada nafsu" saya pula menyakitkan hatinya. Dia menjadi marah bila saya katakan dirinya sudah tua. Dia tetap mengaku dirinya Simah, walaupun saya sudah melihat akan rupa asalnya. "Jangan kau nak berdusta!" saya membaca Ayat Yassin dan menghembuskan ke arahnya. Angin kencang bertiup menyebabkan dia melayang-layang tidak jejak ke bumi. "Aku tau kau perempuan tua simpan pelesit, tubuh kau kurus, rambut menggerbang putih macam pontianak, siapa pun tengok tak naik nafsu" kata saya lagi. Dia bertambah marah bila saya sudah mengetahui dirinya yang sebenar. Pada sangkaannya saya hanya melihat Simah terbaring meronta-ronta menggelepar
di atas katil. Barulah disedarinya saya sudah melihat dirinya yang sebenar dari kawasan hutan terbiar di sebuah bukit di kampung Simah. Bila diketahuinya dirinya sudah dapat dikesan,
dia terpaksa menentang habis-habisan. Perempuan tua itu mengeluarkan botol kecil dari ikatan pinggangnya, lalu mengeluarkan seekor belalang. "Anak aku ini akan mengajar kau...!" gerutunya lalu melepaskan belalang tersebut. Seekor belalang sebesar pohon kelapa menerpa ke arah saya. Cepat-cepat saya melompat ke atas belalang tersebut. Saya menyebut Allahu Akhbar tiga kali menyebabkan belalang itu kembali menjadi kecil dan jatuh ke dalam genggaman saya. Perlahan-lahan saya memulas kepala belalang itu dengan membacakan Ayatul Kursi 33 kali. Ketika ini perempuan tua itu terjerit-jerit memegang tengkuknya menahan kesakitan. Dia terkial-kial merebahkan badan ke bumi mahu melawan balik. Apabila saya pulaskan kepala belalang itu sampai putus, tubuh perempuan itu bertukar menjadi belalang lalu terbang berligar-ligar di kepala saya mahu menyerang. Bagaimanapun dia tidak dapat menghampiri saya. Kemudian saya membaca lanarjumannakum
dari Surah Yassin menyebabkan dia terpelanting ke tanah. Berpuluh-puluh panah api datang menerjah ke tubuhnya. Dia menggeliat menahan panahan api itu, tetapi masih bertahan tidak mahu mengalah. Apabila tidak tahan dengan panahan api, belalang berkenaan berkepul-kepul menjadi asap hitam lalu membentuk satu lembaga manusia. Lama kelamaan dia menjelma di depan saya. Dia lelaki tua bertubuh kurus memakai pakaian serba hitam. Mukanya cengkung berkedut-kedut macam kulit gajah. "Aku sayang pada Simah ni..." ujar lelaki bertubuh kurus itu. "Aku nak nikah dengan dia, kenapa awak tak bagi?" suaranya lemah bagaikan meminta belas kesihan. "Simah mahukah pada awak?" tanya saya. "Ada masa dia mau, ada masa tak mau..." beritahunya perlahan berketar-ketar. "Apa fasal dia tak mau?" saya mengujinya. "Dia kata saya mati pucuk..." ujarnya serba salah. "Simah dah nikah dengan Meon" jerkah saya memberi amaran. "Kenapa awak ganggu dia lagi?" tanya saya keras sambil mengejeknya. "Saya cintakan dia" jelasnya menangis tersedu- sedu. "Buruk sangat rupa awak orang tua menangis..." sindir saya. Dalam masa saya berkata-kata dengan lelaki tua itu, tiba-tiba perempuan tua bertubuh kurus itu menjelma semula. Dia terlalu marah kerana lelaki itu cuba berbaik-baik dengan saya. "Dia inilah yang selalu kacau kita...!" kata perempuan tua menjelirkan lidah kepada saya. Saya mendiamkan diri. Saya mahu lihat sejauh mana tindakan seterusnya dari mereka berdua. Tetapi mereka berdua tidak menyerang saya. Cuma perempuan tua itu saja menyindir untuk menyakitkan hati, sementara lelaki tua itu seolah-olah dalam ketakutan. "Dia nak pisahkan kita!" ujar perempuan tua itu lagi. "Kalau dia datang dekat, aku rasa tubuh aku terbakar. Sebab itu kita mesti jauhkan dia dari berkawan dengan Meon. Aku tak tau apa ilmu yang dia pakai" perempuan tua itu menangis teresak-esak sambil menggeliat-geliat seperti menanggung bahang kepanasan. Lelaki itu tetap mendiamkan diri. Dia mengusap-ngusap rambut yang menggerbang putih. Sekali sekala saya nampak muka perempuan tua itu berubah menjadi Simah. Tetapi apabila saya hembuskan ayat Hazihi jahannamullati kuntum tu 'adun, wajah tersebut tidak jadi bertukar. Dari situ dapatlah saya fahamkan bahawa memanglah sukar mahu mengubati Simah, kerana gangguan yang datang itu bukanlah datangnya dari luar. Gangguan ini datang dari keluarganya turun temurun yang pernah menyimpan pelesit. Apabila pelesit itu sudah tidak bertuan, maka dia mencari keturunan tuannya sebagai sumpahan untuk mencari naungan. Simah yang tidak tahu apa-apa tidaklah mahu menerima kedatangan pelesit yang berasal dari datuk nenek moyangnya dulu. Inilah yang selalu mengganggu dia kerana dirinya sudah terpisah jauh dari pelesit tersebut, sedangkan pelesit berkenaan cuba mendekatkan dirinya. Sebab itulah pelesit berkenaan menjadi seperti orang yang diganggang oleh
api bila berdekatan dengan orang-orang yang mengamalkan membaca Suratul Kursi setiap hari. Mungkin Simah sendiri tidak tahu tentang asal usul datuk nenek moyangnya dulu ada memelihara pelesit. "Jauhkan dia dari sini" rayu perempuan tua itu
kepada lelaki tua yang berdiri di sampingnya. Lelaki tua itu menghentakkan kakinya ke tanah tiga kali. Kemudian
beribu-ribu belalang menerpa ke arah saya. Sebaik saja belalang- belalang itu mahu menerpa saya hembuskan Fatihah, menyebabkan semuanya gugur ke bumi seperti dibakar api. Terasa saya seakan-akan lemas akibat bau hangit belalang terbakar. Merah padam muka lelaki tersebut melihat semua belalangnya habis terbakar. Semua belalang yang jatuh itu tengkuknya terpatah dan keluarlah seulas nasi dan sehelai rambut dari tengkuk terpatah itu. "Aku datang mencari anak cucu aku..." lelaki tua itu bersuara keras. "Tak patut awak putuskan hubungan kasih sayang kami" katanya kesal dengan
sikap saya menghalang tindakan dia. "Simah tak perlukan awak lagi" sahut saya membentak. "Dia perlukan Meon, biar Meon yang jaga dia. Awak tak perlu jaga dia" ujar saya memarahinya. Ketika saya menyahut kata-katanya dia menyimbahkan air ke atas bangkai-bangkai belalang tadi. Sekaligus bangkai- bangkai terbakar itu menjadi kepulan asap hitam yang berjurai-jurai seperti rambut. Juraian rambut menyerkup ke kepala saya menyebabkan pandangan saya gelap tidak kelihatan apa-apa lagi. Namun saya tetap bertenang menghadapi tekanan-tekanan seperti ini. Semua yang saya hadapi itu adalah tipu daya syaitan belaka. Beberapa ketika saya terperangkap dalam juraian rambut itu, hingga hampir- hampir meliliti seluruh tubuh saya. Lalu saya bacakan Surah Waddhuha sepuluh kali. Tiba-tiba juraian rambut itu melayang ditiup angin. Lelaki tua itu semakin marah kerana rambut yang menyerungkup ke kepala saya tadi diterbangkan angin. Itulah pertama kali serangannya sampai ke tubuh saya. Memang kesilapan telah saya lakukan membiarkan dia menyerang sambil melayani dia bercakap. Tok Aji pernah mengingatkan saya supaya tidak melayani syaitan apabila berhadapan dengannya. Kalau menentang syaitan mestilah digempur sampai mereka kalah. Sekiranya kita melayaninya, sudah tentulah kita termasuk ke dalam perangkap tipu dayanya untuk melalaikan kita. Setelah teringatkan Tok Aji, saya pun menguatkan zikir saya. Saya membaca beberapa ayat yang diajarkan oleh Tok Aji. Ketika ini seluruh kawasan itu bergoncang kuat seperti gempa disambut oleh petir serta kilat. Orang tua lelaki dan perempuan itu berlari-lari mahu menyelamatkan diri. Batu-batu dari atas bukit juga gugur melayang menerjah ke arahnya. Mereka berdua menjadi panik dengan gempa yang datang secara tiba-tiba. Saya tetap berdiri di tengah-tengah gempa itu memerhatikan mereka berdua berlari ke hujung ke pangkal mencari tempat selamat. Tetapi ke mana saja mereka berlindung petir dan
kilat menyambar. Mereka terpelanting apabila disambar kilat dan petir bertalu-talu. Termengah-mengah mereka mencari tempat perlindungan. Akhirnya mereka lesap di dalam kepulan asap di tengah- tengah dentuman petir serta
kilat menyambar. Setelah mereka berdua hilang saya memberhentikan bacaan. Lama saya menunggu di situ, namun dia tidak muncul-muncul lagi. Saya rasa buat sementara itu dia tidak akan
datang lagi mengganggu. Bagaimanapun mereka tetap akan berusaha untuk meneruskan cita-citanya untuk bernaung kepada Simah. Hal inilah yang mahu saya beritahu pada Meon, supaya dia sendiri mesti mempunyai persediaan menghadapi kemungkinan tersebut. Setelah yakin mereka tidak akan mengganggu lagi, saya meninggalkan kawasan hutan di pinggir bukit itu, dan kembali berdiri di dalam diri. Apabila saya membuka mata, saya dapati Simah sudah pulih semula. Tetapi keadaannya masih letih lagi. Rupanya ketika saya menghadapi suasana sengit tadi, Jamlus dan rakan yang pergi menjemput dukun ke Sungai Pusu sudah balik. Mereka berdua hampa kerana dukun berkenaan sudah pun dijemput oleh orang di Damansara. Sehingga hampir pukul 2.00 pagi mereka menunggu, dukun itu tidak juga balik. Akhirnya terpaksalah mereka mengambil keputusan balik semula ke rumah Meon. Jamlus bertanyakan kepada saya siapakah yang melakukan gangguan itu. Saya hanya tersenyum dengan soalan demikian. Selalunya begitulah pertanyaan yang diterima apabila menghadapi masalah demikian. Sepatutnya mereka bersyukur kerana dapat menjauhkan diri dari gangguan syaitan. Siapa yang membuat gangguan itu tidak harus difikirkan lagi. Apabila saya tanyakan kepada Simah, sama ada terdapat di kalangan keluarganya di masa lalu yang menjadi dukun atau bomoh, Simah memberitahu ayah kepada moyangnya dulu memang dukun terkenal. Tetapi selepas peringkat moyangnya, dia tidak lagi mahu menjadi dukun hinggalah sampai kepada beberapa keturunan seterusnya. "Saya sedar apa yang berlaku ke atas diri saya" ujar Simah dalam keletihan. "Tetapi saya tak dapat nak mengawal diri, macam ada kuasa lain yang mengawal saya.." jelasnya bila mengingatkan peristiwa sebentar tadi. Memang saya akui cerita Simah itu. Memang mereka yang menerima gangguan ini sedar apa yang sedang berlaku. Tetapi mereka tidak dapat mengawal dirinya sama ada bercakap atau bertindak. Kejadian demikian memang aneh, tetapi itulah hakikat yang sebenarnya. Apabila saya menerangkan kepada Simah mengenai belalang pelesit, dia teringat aruah neneknya pernah memberitahu tentang keluarganya dari keturunan dulu memang memelihara pelesit. Semasa Tok Bani meninggal dunia dia tidak sempat menurunkan pelesit peliharaannya itu kepada anak cucunya. Maka pelesitnya itu sentiasalah mencari anak cucu Tok Bani untuk tempat bernaung. Apabila pelesit itu tidak dapat bernaung maka anak cucu Tok Bani pun menjadi mangsa. Adik nenek Simah itu pernah menjadi lumpuh dengan tidak bersebab. Penyakit lumpuhnya itulah yang membawa maut kepadanya. Selepas dia meninggal dunia akibat lumpuh, seorang lagi keluarganya mati muntah- muntah darah seperti termakan racun. Hingga sampailah kepada bapa saudara Simah bernama Jana, dengan tidak semena-mena diserang penyakit lemah tenaga batin hingga menyebabkan dia menjadi tidak siuman. Ketika mengubat Jana inilah Dukun Busu mendapat tahu tentang Tok Bani menyimpan pelesit. Dukun Busu mencari punca- punca Jana hilang tenaga batin hingga menjadikan dia tidak siuman. Dia mendapati pelesit Tok Bani yang sudah tidak bertuan itu mencari perlindungan kepada Jana. Disebabkan Jana tidak tahu bagaimana mahu memeliharanya, maka pelesit itu telah memakan tuan sendiri. Tidak siapa pun tahu Tok Bani memelihara pelesit. Malah isterinya sendiri Yong Saenah tidak tahu mengenai pelesit yang dipelihara oleh Tok Bani. Setelah berkahwin
dengan Yong Saenah dia mendapat dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Selepas itu Tok Bani jatuh memanjat pokok menyebabkan dia patah pinggang. Akibat dari kecederaan itulah Tok Bani hilang tenaga kelelakiannya.
Bermula dari situlah keretakan rumahtangganya bermula, bila Yong Saenah mula bermain gila dengan anak muda. Tok Bani tidak boleh berbuat apa-apa, kerana kononnya Yong Saenah telah menggunakan bomoh untuk menundukkan Tok Bani. Walaupun Tok Bani tahu isterinya bermain gila dengan pemuda lain, dia tetap membisu saja. Satu hari telah berlaku pertengkaran di antara Tok Bani dengan isterinya Yong Saenah, berpunca dari perbuatan Yong Saenah yang bermain gila itu. "Kau dah tak ada jantan, buat apa nak cemburu" kata Yong Saenah menyindir. "Kau dah mati pucuk, takkan boleh nak pandang alu sengkalan aje sepanjang masa..." ujar Yong Saenah mencabarnya. Kata-kata Yong Saenah itu benar-benar menghiris perasaan Tok Bani. Bagi mengubat hatinya yang luka, Tok Bani selalu membawa diri bila terdengar ada anak muda datang menemui Yong Saenah. Perasaan marahnya tetap membara setiap kali terpandangkan wajah pemuda yang bermain gila dengan Yong Saenah. Ada juga hatinya mahu bertindak, tetapi terpaksa dipendamkannya saja bila teringatkan kata-kata Yong Saenah itu. Satu malam, sebaik saja Tok Bani terlihat anak muda yang bermain gila dengan isterinya masuk ke bilik, dia pun keluar merayau-rayau ke dalam kampung dengan tidak ada tujuan. Ketika sampai berhampiran dengan kawasan tanah perkuburan dia terdengar bunyi budak menangis. Terasalah belas kesihan di hati Tok Bani mendengar tangisan bayi yang sangat menusuk kalbu. Dia pun mencari arah bunyi tangisan bayi itu hingga sampai ke kawasan tanah perkuburan. Semakin di hampirinya semakin kuat bunyi tangisan bayi tadi. Tok Bani memberanikan hatinya untuk melihat siapakah yang menangis itu. Sebaik saja sampai di tempat bunyi bayi menangis itu Tok Bani melihat satu bungkusan di dalam kain putih terselit pada perdu pokok mengkudu. Dia memegang bungkusan itu, terasa lembik saja. Apabila hendak dibukanya bunyi tangisan itu menjadi kuat dan menggerunkan. "Aku hanya nak menolong kau..." satu suara halus menegurnya. Bila diselidiki oleh Tok Bani ternyata bungkusan kain putih itulah yang berkata-kata dengannya. "Siapa kau?" tanya Tok Bani keheranan. "Aku pelesit" sahut suara itu. "Kau nak tolong aku?" dia merasa gembira bila ada orang yang sanggup
menolong dia. "Iya, aku akan menolong kau..." pelesit itu memberi jaminan. Pelesit itu sanggup memulihkan semula tenaga batinnya, dan menghapuskan siapa saja yang telah menodai Yong Saenah dengan menghilangkan tenaga batin
orang itu pula. Malah dia juga berjanji akan menjaga harta benda Tok Bani dari diganggu oleh pencuri dan sebagainya. Mendengarkan janji pelesit itu Tok Bani tidak berfikir panjang terus menerima saja pertolongan tersebut. "Tetapi dengan syarat, kita sama-sama berteguhan janji" tegas pelesit itu selanjutnya. Tok Bani menerima juga syarat berteguhan janji itu. "Syaratnya kau jangan buang aku, dan bila sampai masanya hendaklah kau serahkan aku pada waris kau untuk menjaga aku..." kata pelesit itu lagi. Tidak ada bantahan apa-apa dari Tok Bani. Dia menerima saja syarat tersebut, kerana pada fikirannya syarat itu bukanlah susah sangat. "Setiap kali bulan mengambang kau datanglah
ke sini, dan siramkan aku dengan darah ayam" pelesit itu mengingatkan dia. Itu juga diterima dengan senang hati oleh Tok Bani. Setelah berteguhan janji Tok Bani pun membuka bungkusan tersebut. Dilihatnya seorang bayi belum bersifat sedang memegang botol kecil. Bayi itu menyuruhnya mengambil botol seperti botol susu itu, dan di dalamnya ada seekor belalang. Tok Bani pun mengambil botol itu dibawa balik ke rumah. Disimpannya baik-baik botol berisi belalang tersebut. Sejak itu siapa saja lelaki tidak berani lagi menggoda Yong Saenah. Siapa saja berani main gila dengan Yong Saenah alamatnya kena lemah tenaga batin seumur hidup. Puaslah mereka berubat ke mana-mana pun tidak akan dapat disembuhkan. Sementara itu Yong Saenah pula selepas itu sentiasa mahukan Tok Bani mendampinginya. Akhirnya dia sendiri tidak mampu lagi mahu melayani Tok Bani. Terpaksa pula Yong Saenah meminangkan ramai anak- anak gadis untuk menjadi isteri Tok Bani. Apabila Tok Bani meninggal dunia, botol berisi belalang itu dibuang oleh anak cucunya ke sungai, kerana pada sangkaan mereka belalang permainan Tok Bani saja. Itulah cerita yang dapat diketahui oleh Dukun Busu, ketika dia mengubat penyakit Jana. Bagaimanapun Jana tidak dapat diselamatkan juga. Dia
meninggal dunia setelah menderita sekian lama. "Macam itulah cerita dari aruah nenek saya dulu" beritahu Simah termengah- mengah keletihan. "Insya Allah..." kata saya perlahan dan merasa simpati dengan keadaan yang dialami oleh keluarga Simah itu. "Sementara kita bertemu Ulung Bahar, kita cuba buat lagi macam tadi. Moga-moga dia lari dari awak, sebab ianya bukan penyakit tapi benda permainan turun temurun" ujar saya menjelaskan kepadanya. TAMAT

12. TOK AWANG NGAH - HANTU PONTIANAK TERSESAT

$
0
0
KESIHAN saya mendengar cerita Jali mengenai kematian emaknya semasa melahirkan anak kira-kira 20 tahun dulu. Saya kesihan bukanlah disebabkan emaknya meninggal dunia, kerana perkara meninggal dunia adalah sudah ditentukan Allah. Tetapi saya kesihan kerana jenazah
emaknya sebelum dikebumikan telah dicucukkan jarum pada kesemua jari tangan dan kakinya. Mengapa sampai begitu sangat mereka menyeksa mayat? Kononnya kalau tidak dilakukan begitu jenazah tersebut akan bertukar menjadi langsuyar. Apakah langsuyar ini saya sendiri pun tidak pernah menemuinya. Jali berasal dari Bukit Mertajam di sebelah utara. Dia hanya sekadar menceritakan peristiwa 20 tahun dulu kepada saya. Ketika ini dia masih kecil berumur kira-kira 10 tahun. Tentulah anak kecil seperti ini tidak berdaya membantah apabila orang menyuruh menyeksa jenazah emaknya. Mungkin langsuyar yang dimaksudkan oleh mereka itu adalah sejenis syaitan juga, tetapi tidak mungkin ianya berasal dari perempuan mati beranak. Di dalam Islam perempuan yang mati kerana beranak itu dikira sebagai syahid, bagaimanakah kita boleh mempercayainya bertukar menjadi langsuyar? Saya difahamkan langsuyar ini juga dikenali oleh orang-orang di selatan Semenanjung sebagai pontianak. Sebab itulah dalam tahun-tahun 50an dulu terdapatnya pengusaha
filem tempatan membuat cerita pontianak. Saya juga pernah dibawa oleh sepupu saya menonton filem pontianak ini. Malah saya tertarik hati dengan pelakon yang jadi pontianak itu iaitu Maria Menado. Apakah pontianak yang ujud di muka bumi sama seperti pontianak yang difilemkan? Atau samakah dengan kepercayaan orang-orang Melayu bahawa ianya berasal dari perempuan mati beranak? Tetapi kita tidak boleh menafikan ujudnya syaitan dan iblis serta makhluk halus yang sentiasa mengganggu ketenteraman manusia. Sebaliknya kita harus yakin bahawa syaitan dan iblis itu takut kepada manusia. Syaitan dan iblis akan berani mengganggu manusia apabila dia digunakan oleh manusia yang mengamalkan ilmu- ilmu syaitan. Sedangkan syaitan dan iblis secara bersendirian dia tidak akan dapat mengganggu manusia. Selalunya mereka berlindung pada manusia, sebelum mengganggu manusia. Sebaik-baiknya hendaklah manusia sendiri jangan mengamalkan ilmu- ilmu syaitan. Hanya orang-orang yang mengamalkan ilmu syaitan saja memuja mayat perempuan mati beranak supaya melakukan suruhannya. Apabila mayat ini diresapi oleh semangat syaitan, jadilah ia langsuyar yang dikatakan mengganggu manusia. Sebab itulah saya merasa kesihan dengan cerita Jali mengenai kematian emaknya 20 tahun lalu. Sebenarnya timbul cerita langsuyar ini, kerana tiba-tiba saja di Kampung Melang heboh mengenai pontianak mengganggu. Anehnya pontianak ini tidaklah menjadikan manusia sebagai
mangsanya, sebaliknya ternakan. Mereka dapati kambing, lembu atau kerbau mati terdapat kesan bertebuk di tengkuknya. Seolah-olah darah di tengkuk itu kena hisap. Apabila dibawa ke pengetahuan Pejabat Haiwan, pihaknya juga tidak dapat memastikan apakah binatang yang menghisap darah demikian. Seorang kawan Jali dari Kampung Melang telah memberitahunya. Jadi, Jali pun dengan tidak bersoal jawab mengajak kawannya
itu berjumpa dengan saya. Tentulah saya serba salah bila diajak ke Kampung Melang untuk menangkap pontianak itu. "Saya tak tau mengenai pontianak..." beritahu saya pada Jali dan kawannya Hasim. Memang saya tidak mahu pergi kalau semata- mata mahu menangkap pontianak. Tetapi ada juga keinginan saya mahu melihat sendiri apakah rupanya pontianak. Adakah ianya sama seperti yang digambarkan oleh Maria Menado dalam filem pontianak? "Lebih baik ajak Pak Hid di Ulu Kelang" kata saya. "Maukah dia pergi?" tanya Jali "Kita cubalah beritahu dulu" ujar saya berkuat mahu mengajak Pak Hid pergi sama. Biasanya Pak Hid ini kalau saya ajak ke mana- mana, memang dia sanggup. Lagi pun dia bukanlah ada kerja sangat. Tambah pula menduda sejak kematian isterinya. Anak pun tak ada.
Jadi, bila ada anak-anak muda yang mahu berkawan
dengannya dia pun samalah menjadi orang muda. Pak Hid bukanlah tinggal di Ulu Kelang, tetapi menumpang di rumah seorang kawannya. Dia berasal dari Kuala Selangor. Sebelumnya menjadi nelayan di situ menangkap udang dan ketam di kuala sungai. Saya berkawan dengan Pak Hid pun baru saja, tetapi sudah terasa begitu mesra. Semasa menangguk udang di sebelah malam Pak Hid pernah bertemu dengan pontianak di satu belukar bakau. Dia mendengar pontianak itu ketawa mengilai sewaktu bulan mengambang penuh. Pak Hid terus menerpa ke arah bunyi pontianak mengilai itu. Dia dapat melihat jelas pontianak itu bertenggek di hujung pokok bakau. Apabila Pak Hid menggoncang pokok tersebut dia telah dikencing oleh pontianak berkenaan. Akibat dukencing itu Pak Hid terpaksa membakar pakaiannya yang disimbahi oleh kencing pontianak itu. Katanya, bau hancing kencing pontianak itu tidak akan hilang sekalipun berkotak-kotak sabun basuh digunakan. "Mengapa tak tangkap?" saya bergurau dengan Pak Hid. "Memang aku nak tangkap, tapi dia lari..." sahut Pak Hid tersengih- sengih."Pak Hid bawa paku?" usik saya lagi. "Buat apa..." katanya menggaru-garu tunggul janggut di dagu. Memang dia sudah menduga maksud saya bertanya demikian. "Ustaz mau saya berkahwin dengan pontianak? Buat apa...kan manusia ramai, lagi
cantik..." ujarnya ketawa berderai. Cerita orang-orang tua mengenai pontianak ini, kononnya tengkuk pontianak itu berlubang. Bila dicucukkan paku dia akan menjelma menjadi manusia dan tidak dapat kembali kepada asalnya. Saya kira inilah sebahagian dari cerita tahyol yang menyimpang dari akidah Islam. Kalaulah pontianak ini ujud dia tetap jenis syaitan juga yang menjadi musuh manusia. Tidak ada sebab dia boleh menjelma menjadi manusia dan tidak dapat kembali kepada kehidupan asalnya setelah lubang di tengkuknya disendal dengan paku. Bila mengenang Pak Hid dikencing pontianak, saya juga pernah mengalami
keadaan demikian. Masa ini saya masih anak nakal berumur dalam lingkungan 15 tahun. Saya telah menemankan seorang kawan menemui kekasihnya di satu malam berdekatan dengan belukar kubur. Semasa kawan saya pergi menemui kekasihnya itu, saya tercangkung kira- kira empat rantai dari tempat pertemuannya menunggu dia. Selapas itu kami akan sama-sama balik ke madrasah Tok Aji untuk tidur di sana. Kalaulah Tok Aji tahu perbuatan nakal saya itu, tentulah saya akan dimarahinya. Tetapi saya sengaja memberanikan hati untuk menolong kawan saya itu. Bagaimanapun dia kemudiannya berkahwin juga dengan kekasihnya itu. Jadi, ketika inilah saya mendengar bunyi orang ketawa mengilai di atas pokok rambai yang rimbun di tepi belukar kubur itu. Disebabkan saya tidak mempunyai perasaan takut, kerana Tok Aji telah mengingatkan supaya takut
kepada Allah saja, saya pun menghampiri pokok rambai tersebut lalu menyuluh dengan lampu picit. Tiba-tiba saya rasa air memercik dari atas, dan saya mendengar satu lompatan ke arah pokok enau yang berhampiran. Jelas pada silau lampu picit itu seekor musang berlari melarikan diri. Air yang memercik tadi, memangnya air kencing, Baunya hancing dan tidak hilang setelah direndam dan disabun. Bagaimanapun saya tidaklah mahu bertanyakan kepada Pak Hid mengenai persamaan musang dengan pontianak. Bimbang juga saya kalau-kalau dia kecil hati dengan pertanyaan demikian. Tetapi saya percaya Pak Hid seorang yang berani, kerana ada kawan-kawannya yang mengatakan Pak Hid pernah mengejar harimau apabila terserempak sewaktu mencari ketam di kuala sungai.Saya tanya Pak Hid mengenai cerita dia mengejar harimau itu. Katanya "Aku terserempak harimau bintang. Dia membelakangkan aku di atas tebing, lalu aku pun sergah dia. Disebabkan dia terperanjat dia pun melompat langsung lari, aku pun pura-puralah mengejarnya. Aku tak kejar betul-betul, mana tau kalau dia berpaling, huh nahas aku dibahamnya" dia tertawa terkekeh-kekeh bila mengenang peristiwa dia dikatakan mengejar harimau itu. Bagaimanapun saya berpendapat Pak Hid bukanlah berani membabi buta. Dia tidak akan menyergah seekor harimau sedang tidur, kalau dengan keberanian hati semata- mata. Tetapi sudah lama sejak beberapa bulan ini saya mendampingi Pak Hid masih belum dapat saya lihat kebenaran tentang cerita mengenai dirinya selama ini. Oleh itulah saya mengajak Pak Hid sama ke Kampung Melang iaitu kampung kawan Jali. Saya beritahu Hasim bahawa Pak Hid memang berpengalaman mengenai pontianak, padahal saya tidak tahu sama ada Pak Hid betul-betul
berpengalaman atau tidak. Tujuan saya adalah untuk mengelak diri dari Hasim, supaya tidak dianggapnya saya tahu mengenai pontianak itu. Sepanjang umur saya belum pernah bertemu dengan golongan syaitan ini di alam nyata, kecuali melalui perubatan secara tidur. Ketika ke Kuala Terengganu dengan seorang kawan, dia memberitahu mengenai peristiwanya bertemu dengan lembaga manusia di Bukit Kijal. Oleh itu dia mengingatkan saya agar tidak terkejut sekiranya ternampak lembaga berkenaan. Alhamdulillah, apabila kereta kami sampai di Bukit Kijal kira-kira pukul
11.30 malam, saya tidak ternampak pun lembaga yang dibimbangkan oleh kawan saya itu. Saya memberitahunya, "Saya tak mau bertemu dengan syaitan, tetapi kalau bertemu saya tidak akan undur sebab dia adalah musuh saya". Mujurlah sepanjang perjalanan itu pergi dan balik, saya tidak bertemu dengan lembaga yang sangat ditakuti oleh pemandu-pemandu kereta di Bukit Kijal itu. "Bagaimana kalau ustaz bertemu dengan lembaga tersebut?" soal kawan itu mahu menguji perasaan saya. "Saya tidak akan peduli, kecuali kalau dia mengganggu saya" jelas saya perlahan. "Kalau dia mengganggu?" tanya kawan itu lagi. "Saya memohon perlindungan Allah" beritahu saya. Kawan saya terdiam. Dia sedar apabila seseorang itu sudah menyerahkan dirinya kepada Allah, bahawa dia tidak akan takut menghadapi sebarang musuhnya. Kawan saya itu memang pernah belajar menjadi dukun dari beberapa orang dukun terkenal. Malah dia pernah menuntut ilmu pendukunan dari seorang Tok Batin di Jerantut. Bagaimanapun dia telah meninggalkan ilmu pendukunannya setelah menyertai satu kumpulan harakah Islam. Dia merasakan ayat-ayat Quran lebih tinggi martabatnya dari sebarang jampi serapah. Inilah hakikat sebenarnya tentang kekuatan ayat-ayat
Quran itu, terutama dalam menghadapi musuh yang paling besar iaitu godaan syaitan. Kawan saya itu pernah dihambat oleh lembaga yang menjelma seperti seorang wanita memakai pakaian nipis di tepi cermin keretanya semasa melalui Bukit Kijal dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur. Kawan saya ini dikenali di kalangan rakan- rakannya Kadir Misai. Dia ke Kuala Terengganu bersama kawannya dari Temerloh Suman Awangteh. Suman Awangteh yang memandu kereta. Biasanya lembaga berkenaan akan menghambat mangsanya dari tepi jalan saja. Lembaga wanita akan mengejar kalau kereta menuju ke Kuala Terengganu, manakala
lembaga lelaki akan menghambat kalau kereta meninggalkan Kuala Terengganu. Seolah-olah macam satu simbolik pula iaitu apabila datang ke Terengganu akan dinanti oleh wanita, dan apabila balik meninggalkan wanita berkenaan maka akan diperhambatlah oleh lelaki pula. Kadir Misai sudah mendengar kisah di Bukit Kijal ini. Dia menceritakan pada Suman Awangteh mengenai gangguan lembaga halus di Bukit Kijal. Tetapi Suman Awangteh macam percaya dengan tidak saja cerita Kadir Misai ini. Kebetulan malam itu kira-kira pukul 10.00 mereka melalui Bukit Kijal untuk ke Terengganu. Sebaik saja menurun dari Bukit Kijal tiba-tiba Kadir Misai nampak satu lembaga putih menerkam ke arah kereta. Mujurlah cermin kereta sudah dinaikkan. Jadi, lembaga itu berdentam ke pintu kereta. Terkejut juga Suman Awangteh melihat kejadian itu. Bagaimanapun dia masih dapat mengawal perasaan supaya tidak dipengaruhi oleh ketakutan. " Jangan peduli Kadir..." bisiknya mengerling ke arah Kadir Misai. "Awak pun jangan lari laju sangat, kalau kita laju dia akan berlari laju juga" ujar Kadir Misai menjauhkan diri dari cermin kereta. Terasa olehnya tangan wanita itu seolah- olah dapat menggapai mukanya. "Pontianak ke?" tanya Suman Awangteh. "Bukan..." sahut Kadir Misai. "Kalau pontianak dia mengilai..." jelasnya masih dirundung bimbang. "Orang bunian agaknya..." Suman Awangteh cuba menghilangkan ketakutan yang menyelubungi perasaannya. "Tak mungkin" Kadir Misai mengeluh pendek. Lembaga itu terus mengejarnya dari arah tepi jalan. Sekali sekala pintu kereta sampai terdengar bunyi dentamnya. Bagaimanapun tidaklah mengganggu kereta tersebut. Dia akan berlari mengikut kelajuan kereta. Muka lembaga itu tidaklah berapa jelas kepada Kadir Misai, tetapi jelas seorang wanita kerana rambutnya yang panjang mengurai, di samping pakaiannya seperti perempuan memakai baju tidur halus dan jarang. "Kita berhenti saja..." Suman Awangteh mula marah dengan kelakuan lembaga itu merempuh ke arah keretanya. "Jangan, lebih baik kita terus saja. Jangan pedulikan dia" kata Kadir Misai. Dia juga sudah mula rusuh dengan gangguan lembaga tersebut. Sekiranya
dia mengikut cadangan Suman Awangteh bimbang juga lembaga itu bertindak lebih jauh. Mana tahu dia akan menghumbankan kereta Suman Awangteh ke
bawah gaung. Apa akan jadi kalau kereta tersebut dihumbankannya ke bawah gaung. Tentu dia dan Suman Awangteh terperangkap menjadi mangsa. Sudah tentu orang ramai mengatakan kereta mereka terbabas menyebabkan terhumban ke bawah gaung. Oleh itulah Kadir Misai melarang kawannya mengikutkan perasaan marah di hati. Sehingga masuk ke kawasan kampung barulah lembaga tersebut tidak mengejar kereta itu lagi. Barulah lega hati Kadir Misai tidak digannggu oleh lembaga berkenaan. Kalaulah dia masih mengamalkan ilmu pendukunan memang diujinya lembaga tersebut. "Mengapa kau tak gunakan ayat-ayat Quran?" tanya saya apabila dia menceritakan peristiwa itu kepada saya dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu dalam bulan Januari tahun 85 lalu. "Aku tak tau ayat mana yang hendak digunakan..." keluhnya perlahan. "Surat Al Ikhlas itu sudah cukup untuk menghancurkan syaitan" kata saya menjelaskan. Kadir Misai tidak menyahut. Sama ada dia tidak yakin dengan ayat tersebut, atau merasakan kata-kata saya itu hanya untuk menguji dia, tidaklah saya tahu. Tetapi dari keluhannya saya dapati dia tidak menyangka bahawa ayat yang sering dibacakan itu mempunyai kekuatan yang tersendiri. Tetapi dalam perjalanan itu saya tidaklah berharap untuk bertemu makhluk berkenaan di Bukit Kijal. Doa saya apabila memohon kepada Allah hanya lindungi saya dan berilah pertolongan apabila memerlukan. Hanya Allah sajalah yang melindungi dan memberi pertolongan kepada diri saya, kerana saya adalah lemah di sisiNya. Itu sajalah cerita mengenai lembaga perempuan di Bukit Kijal yang saya dengar dari Kadir Misai. Tetapi dia mengatakan
lembaga itu bukanlah pomtianak. "Ustaz nak jumpa pontianak?" tanya Kadir Misai di satu masa yang lain. "Buat apa...!" jawab saya perlahan. "Saya tak ada
urusan dengannya buat apa nak jumpa, kecualilah kalau terserempak" beritahu saya seterusnya. Memang tidak ada gunanya kita sengaja mempunyai tujuan untuk bertemu jenis-jenis benda begini. Sebagai makhluk Allah syaitan juga mempunyai kegiatan hidup sehari-hari seperti kita. Cukuplah, kita menyedari bahawa syaitan itu wujud. Tanggungjawab syaitan ialah untuk memusnahkan anak-anak Adam, setelah dia tidak mahu sujud kepada Adam. Jadi, apa perlunya kita mahu menemui syaitan? "Barulah kita dapat buktikan tentang pontianak..." ujar Kadir Misai
tersengih-sengih. "Apa untungnya...?" saya tersinggung juga dengan kata-kata Kadir Misai, seolah-olah saya sengaja mahu mencari syaitan. "Kita mahu tunjuk pada orang mengenai pontianak" katanya lagi. "Ah, kerja sia-sia Kadir" jelas saya mengingatkan dia. "Kalau orang percaya kepada ayat A'uzubillahhiminas
syaitannir rajim, orang akan sedar syaitan itu ujud dan mengganggu manusia. Itulah buktinya..." ujar saya kesal dengan sikap Kadir Misai. Tetapi saya tahu Kadir Misai hanya bergurau. Dia seolah-olah mahu mempersenda-sendakan
pontianak itu. Disebabkan sudah lama terlibat dalam ilmu pendukunan tentulah dia sering ditanya oleh orang ramai mengenai hantu jembalang yang mengganggu pesakitnya itu. Selama itu juga dia tidak dapat membuktikan kepada
orang ramai, apakah sebenarnya hantu jembalang tersebut. Jadi dia menganggap saya menghadapi masalah demikian. Sedangkan berkali-kali saya memberitahu dia bahawa saya bukanlah seorang dukun. Beginilah mulanya perkenalan saya dengan Jali yang berasal dari Bukit Mertajam itu. Pada mulanya dia dan isterinya datang ke rumah saya dengan tujuan membuat parti arcoroc. Kebetulan isterinya memang kenal kepada isteri saya, sebab itulah dia meminta isteri saya membantunya mengadakan parti arcoroc yang diusahakannya. Jali ikut sama menghantar isterinya itu. Apabila Mimi isteri Jali mahu masuk ke pintu rumah saya,
dia merasakan dirinya tiba- tiba seram sejuk. Kepalanya juga terasa pening menyebabkan dia hampir pitam. Akhirnya parti arcoroc itu juga tergendala. Jiran-jiran yang sudah datang berkumpul di situ pun terkejut melihat peristiwa yang tiba-tiba saja
berlaku. Melihat keadaan isterinya cepat-cepat Jali menerpa datang. Dia juga terkejut dengan keadaan isterinya itu. Sementara isteri saya pula segera memanggil saya di bilik. Ketika ini saya sedang membaca buku, kerana saya
tidaklah mencampuri sangat parti arcoroc yang dikelolakan oleh Mimi dengan bantuan isteri saya itu. Apabila saya keluar mahu melihat Mimi, itulah pertama kali saya berkenalan dengan Jali. Selepas itu kami pun menjadi kawan baik pula. "Badan saya ni rasa nak demam ustaz..." kata Mimi gelisah. "Bila awak demam?" tanya saya. "Tak tau, dari rumah tadi sihat" beritahu Jali serba
salah kerana orang-orang yang dipanggil untuk parti arcoroc sudah pun datang, tiba-tiba tergendala pula. "Selalukah dia kena macam ni..?" saya inginkan kepastian. "Tak pernah" jelas Jali gugup. "Tapi, selalu juga dia mengadu sakit kepala, dan badannya lenguh-lenguh macam membawa beban berat" ujarnya lagi. Saya menyuruh isterinya mengambil air sejuk segelas. Kemudian saya membaca Surah Al Ikhlas tiga kali dan menyuruh dia meminum air tersebut. Sebaik saja Mimi meminumnya dia terpekik, "Panas...!. Lantas dilemparkannya gelas tersebut. Jali melekapkan tapak tangannya kepada air yang jatuh di lantai. Dia keheranan dengan kelakuan isterinya menggelupur seperti terkena air panas sebentar tadi. "His, air ni sejuk aje. Mengada-ngada aje kau..." suaranya keras sedikit. "Awak jangan terkejut Jali..." saya merenungi dia. "Awak tak boleh marahkan dia, sebab dia ni ada gangguan..." jelas saya agar dia memahami bahawa Mimi sebenarnya memang sakit. Gangguan terhadap Mimi sudah lama, tetapi mereka berdua tidak menyedarinya. Mimi hanya merasa kepalanya sering sakit dan badannya lenguh- lenguh. Apanila Jali membawa Mimi ke hospital atau klinik pihak doktor menyatakan darah tinggi. Anehnya, bila diuji ternyata Mimi tidak mengidap penyakit darah tinggi. Disebabkan gangguan itu memang sudah sebati dengan tubuh Mimi, dia menjadi tertekan ketika masuk ke rumah saya. Sedapat-dapatnya dia tidak mahu masuk ke rumah saya, tetapi Mimi menguatkan azamnya untuk masuk juga. Perlawanan antara Mimi dengan gangguan semangatnya inilah yang menyebabkan dia menggelupur sebentar tadi. Setelah meminum air sejuk yang dikatakannya panas tadi, Mimi mula bertindak ganas. Dia menampar pipi saya sekuat hatinya. "Mengapa kau ganggu aku! Dah lama aku dengan Mimi, tak ada siapa pun ganggu!" Mimi mula meracau sambil mahu menerkam ke arah saya. Jiran-jiran pun segera memegangkan Mimi. Mereka juga tahu bahawa Mimi dalam keadaan tidak sedarkan diri. "Awak sabarlah, Jali..." saya mengingatkan Jali. Jali hanya mengangguk. Dia mengerling pipi ssya yang berbekas lima jari akibat ditampar MImi. Inilah risikonya apabila kita mahu menolong orang yang diganggu semangat syaitan. Kebanyakan dukun-dukun juga menghadapi risiko begini. Kadangkala ditampar, dimaki hamun, diludah dan sebagainya. Tetapi kita terpaksa bersabar kerana yang melakukan perbuatan tersebut bukannya diri pesakit berkenaan, tetapi jiwanya yang sudah dirasuk. Saya meminta izin dari Jali untuk memegang kepala isterinya. Kemudian saya membacakan 6 ayat terakhir dari Surah Yassin disambung dengan Ayat Kursi. Ketika ini Mimi memekik-mekik kesakitan. "Cakap! siapa awak!" jerkah saya merenung mata Mimi. Di matanya saya lihat perempuan tua yang lemah menunggu kedatangan saya. Tetapi perempuan tua cuba melindungi kelemahannya, sebaliknya berpura-pura gagah mahu menentang saya. "Siapa awak?" soal saya keras. "Ustaz jangan kacau saya" sahut perempuan tua itu marah. "Saya sayangkan budak Mimi ni, buat apa ustaz nak pisahkan kami" katanya mengancam. "Mimi tak sukakan awak!" balas saya. Perempuan itu menjengilkan mata mengancam saya. Kemudian dia tertawa mengilai. Ketawa itu sungguh menggerunkan, dan dapat saya rasakan itulah hilaian pontianak. Saya mengagak inilah jenis pontianak yang selalu mengganggu manusia. "Awak simpan pontianak ye...?" bentak saya bila melihat tiba-tiba perempuan muda berwajah jelita berdiri di belakang perempuan tua itu. "His, aku tak kenal dia" sahut perempuan tua mengalih pandangan kepada
perempuan muda yang mengilai tadi. "Kau nak berolok- olok dengan aku!" ujar saya lalu membacakan ayat yang lain. Api tiba-tiba menyala di depannya menyebabkan perempuan tua itu terpekik-
pekik mengatakan panas. Seluruh badannya menggelupur akibat bahang api yang menyala di kelilingnya. Perempuan muda itu cuba melarikan diri dari api menyala, tetapi cepat-cepat disambar oleh perempuan tua tadi. Mereka berpeluk- peluk menghadapi api yang menjulang. "Tolong..." kata perempuan muda itu merayu. "Tolong ustaz...! saya tak tau hal, saya tersesat jalan. Orang tua ni yang tipu saya" ujarnya merintih-rintih. Tetapi memang dasar syaitan tidak mahu mengaku kesalahannya. Dia akan menyalahkan orang lain bila dirinya terancam. Oleh itu saya tidaklah terpengaruh dengan rintihan dia. Saya terus membacakan beberapa potong ayat lagi untuk menyerangnya. "Ustaz, tolong saya" rayunya meminta belas kasihan. "Saya tersesat jalan, percayalah saya tersesat jalan. Saya bukan nak ke sini tadi, tapi orang tua ni perdayakan saya" jelasnya. "Aku tak percaya!" sahut saya keras. "Saya tak bohong ustaz..." ujarnya lagi merayu-rayu. "Awak mahu pergi tinggalkan Mimi?" soal saya tegas. "Saya memang nak pergi" dia memberitahu. Memang saya lihat dia mahu pergi, tetapi perempuan tua itu memaut pinggangnya kuat-kuat. "Macam mana awak boleh sesat?" tanya saya. "Saya nak balik, orang tua ni ajak singgah" katanya meronta-ronta mahu lepaskan diri dari pautan perempuan tua berkenaan. Perempuan muda berkenaan mengaku dirinya pontianak. Dia sebenarnya mahu melarikan diri dari manusia. Demikian yang dialami oleh Pak Hid semasa dia terserempak dengan pontianak. Pak Hid memberitahu saya pontianak memang takut pada manusia. Dia akan lari apabila terserempak dengan manusia sampaikan terkeluar kencing. Tetapi mengapa manusia takut kepada pontianak? Dia diperalatkan oleh perempuan tua itu bagi menjadi perisainya apabila diserang dengan api. Sebab itulah ketika dia melintasi kawasan berkenaan, dia terpedaya sehingga termasuk ke dalam jebak wanita tua itu. Dia tersesat kerana tidak diketahuinya bahawa perempuan itu sedang terancam. "Baiklah, kalau awak nak balik, baliklah sekarang" kata saya sambil memberhentikan serangan. Perempuan muda itu mengilai panjang sebaik saja api menyala itu padam. Tetapi dia tidak dapat bergerak. Pinggangnya dipaut kuat oleh perempuan tua berkenaan. "Awak lawan dia dan pergi dari sini!" Perempuan muda yang mengaku dirinya pontianak itu meronta- ronta mahu melepaskan diri,
tetapi ternyata rontaannya tidak dapat membuka pautan tangan perempuan tua. Saya menjadi marah dengan sikap perempuan tua itu. Dia tahu selagi perempuan muda berkenaan dapat dipautnya, saya tidak akan menyerang dia. "Innahu minsulaiman wainnahu
bismillahhirahmannirrahim...
" saya menghentakkan kaki. Saya mempunyai iktikad bahawa pontianak itu adalah hamba yang boleh saya perintah. Pontianak itu akan mengikut apa saja perintah saya selagi dia di dalam kekuasaan saya. "Sekarang awak cakar muka perempuan tua itu dengan kuku awak!" perintah saya kepada pontianak yang mendakwa dirinya tersesat tadi. Sekaligus dia mencakar muka perempuan tua dengan kukunya yang panjang dan keras. Perempuan tua itu terjerit- jerit kesakitan. Di sini bererti saya berjaya menggunakan syaitan untuk menyerang syaitan yang lain. Saya gunakan pontianak tersesat tadi menyerang perempuan tua itu. Mau tidak mahu perempuan itu melepaskan pontianak tadi. Terlalu gembira pontianak itu apabila dia terlepas dari pautan perempuan tua. Dia mengilai lagi sebagai tanda berjaya. "Sekarang awak pergi, jangan mengganggu lagi..." perintah saya setelah menyedari bahawa dia bercakap benar. "Baiklah ustaz, saya pergi sekarang" sahutnya lalu melayang hilang dari pandangan saya. Setelah pontianak itu pergi saya melihat orang tua
tadi menekup mukanya yang calar balar dicakar pontianak. Dia mengerang- ngerang kesakitan. Tidak berani memandang saya. "Awak jangan ganggu Mimi lagi, tau!" jerkah saya mengancam dia. "Tujuh tahun aku bela dia..." perempuan tua itu terisak-isak menangis. "Tujuh tahun aku bela Mimi, sekarang senang-senang awak nak rampas dia dari tangan aku" dia menahan kesakitan akibat dicakar kuku pontianak. "Fasal apa awak bela dia, dia ada keluarga?" ejek saya. "Aku sayangkan dia..." sahut perempuan tua itu lagi. "Mimi tak sayang kau, lebih baik kau tinggalkan dia" ujar saya mengingatkan dia. Perempuan tua itu menangis terisak-isak. Kesakitan dicakar oleh pontianak sebenarnya tidak menjadi ancaman pada dirinya. Tetapi dia tidak dapat bertahan dari ayat- ayat Quran yang dibacakan di hadapannya. Rupanya perempuan itu adalah pemilik tanah tempat tinggal Jali dan Mimi yang dibelinya di Bukit Mertajam. Perempuan itu telah lama meninggal dunia iaitu sejak tujuh tahun lalu. Keluarganya menjualkan tanah tersebut kepada Jali. Disebabkan harga tanah itu murah, maka Jali pun membelinya. Sejak membeli tanah itulah Mimi selalu merasa kepalanya sakit. Badannya lenguh- lenguh seperti membawa beban berat. Apabila dibawa berubat ke hospital doktor mengesyaki penyakit darah tinggi. Tetapi setelah diuji tidak ada pula kesan-kesan darah tinggi itu. Setelah Mimi sedar, saya menasihatkan Jali dan jiran-jiran supaya tidak menceritakan kepada Mimi apa yang berlaku sewaktu dia tidak sedarkan diri. Segala percakapan saya dengan perempuan tua dan pontianak yang tersesat itu dapat mereka dengar melalui Mimi. Bermula dari kisah itu jugalah Jali mengajak kawannya Hasim menemui saya untuk mengajak ke Kampung Melang. Saya pula mengajak Pak Hid bersama, kerana saya percaya Pak Hid juga mempunyai pengalaman lebih dari saya. TAMAT

13. TOK AWANG NGAH - HARIMAU MELOMPAT TENGAH SERAMBI

$
0
0
Tergelak besar Wak Samin bila saya tanyakan kepadanya mengenai harimau cinaku atau harimau jadian. Bagi mereka di Sumatera terutama di daerah Jambi kisah harimau cinaku ini perkara biasa saja kepada mereka, tetapi bagi orang-orang di Semenanjung
mendengarnya sebagai cerita tahyol saja. Sebab itu Wak Samin tergelak besar, kerana pada sangkaannya saya hanya mahu bertanya disebabkan merasakan cerita tersebut sebagai tahyol saja. Kebanyakan harimau cinaku ini boleh mencuri kerbau dan lembu orang- orang kampong. Mereka boleh menghilangkan diri dalam sekelip mata saja. Ada juga orang mengatakan bahawa harimau cinaku ini hanya kepalanya saja bertukar menjadi harimau, sementara batang tubuhnya kekal sebagai manusia. “Wak tak dengar cerita macam tu” beritahu Wak Samin apabila saya tanyakan mengenai cerita harimau cinaku yang kepalanya bertukar menjadi
harimau sedangkan batang tubuhnya masih kekal seperti manusia biasa. “Setahu Wak, harimau cinaku ini berubah menjadi harimau seluruh batang tubuhnya” jelasnya lagi. “Harimau cinaku ni banyak di Jambi ye Wak?” saya cuba menduga. “Kebetulan saja” ujarnya perlahan. “Dulu, orang kata orang-orang Jambi yang jadi harimau cinaku” katanya tersengih-sengih macam gelihati dengan tuduhan tersebut. “Adakah Tok Malim Udoh tu menuntut ilmu harimau cinaku?” tanya saya selanjutnya. Dia menggelengkan kepala. Malah Wak Samin tidak mahu langsung menyebut kisah Tok Malim Udoh, sekadar dia memberitahu mengapa dia datang ke Tanah Melayu ini. Kalaulah tidak berlaku peristiwa yang menimpa gurunya, memang dia tidak akan meninggalkan kampung halamannya merantau sedemikian jauh. Sebelum datang ke Endau, Wak Samin pernah juga berkahwin dengan seorang janda di Kota Tinggi. Perkahwinan itu tidak lama kerana isterinya lari meninggalkan dia. Disebabkan malu dengan peristiwa isterinya meninggalkannya itu Wak Samin lari membawa diri ke Endau. Demikian Tok Aji memberitahu saya mengenani kawannya Wak Samin yang sama-sama menumpang kapal barang dari Dumai menyeberang ke Tanah Melayu dan naik di Johor. Sementara berkahwin dengan janda di Kota Tinggi itu, Tok Aji ikut sama jadi pengapit Wak Samin. Ketika ini Tok Aji juga berkahwin di Kota Tinggi dan sudah mendapat seorang anak lelaki. Pada malam pertama hari perkahwinannya itu, janda tersebut Lisun terkejut kerana Wak Samin tidur bersener kuat. Bunyi senarnya seolah-olah seperti harimau mendengkur. Kerana was-was dengan suaminya yang datang berdagang ke situ, Lisun bertanya dari mana kampung halaman Wak Samin. “Abang dari Palembang, tetapi menetap di Bukit Tinggi” dia menjelaskan kepada isterinya. “Abang bukan dari Jambi?” tanya Lisun lagi. “Tidak…” beritahu Wak Samin keheranan. Hatinya mula tertanya- tanya sama ada isterinya menduga yang bukan- bukan terhadap dirinya. “Lisun, syak yang tak baik terhadap diri abang?” soalnya macam rasa
tersinggung. “Saya hanya nak tau, kerana orang kata orang Jambi suka jadi harimau” jelas Lisun secara jujur. Memang dia pernah mendengar dari orang tua- tua mengenai kesukaan orang-orang Jambi mempelajari ilmu kebatinan menjelma menjadi harimau. Kebanyakan mereka pula menyalahgunakan
kepandaian tersebut, dengan melakukan rompakan dan mencuri harta benda. “Bukan semua orang Jambi begitu” Wak Samin menerangkan kepada isterinya. Segala kebimbangan isterinya itu diceritakan oleh
Wak Samin kepada Tok Aji. Bagaimanapun Tok Aji menasihatkan dia supaya bersabar saja, kerana niat baik tentu dibalas dengan baik juga. Wak Samin sudah melupakan ilmu-ilmu kebatinan yang dituntutnya
selama di Sumatera dulu. Sebab itu dia lebih suka orang memanggilnya Wak Samin saja kerana panggilan Wak itu biasanya digunakan
kepada orang-orang dari Tanah Jawa saja. Kalau orang-orang dari Sumatera biasanya dipanggil ‘Pak Tua’ sebagai menghormati orang yang lebih tua. Kerana mahu melupakan kisah-kisah di Sumatera inilah dia sanggup mengembara jauh. Dia hanya mahu menyerahkan diri semata-mata kepada Allah. Ilmu-ilmu kebatinan yang berlawanan dengan ajaran Islam, mahu dibuang jauh-jauh dari ingatannya. Rupa-rupanya orang- orang di Semenanjung ketika itu apabila berkahwin dengan orang- orang dari Sumatera, bimbang kalau berkahwin dengan orang-orang dari Jambi. Cerita ini merebak dari satu telinga sehingga mereka benar-benar takut kepada orang-orang Jambi. “Mereka takut harimau kerinci…” ujar Tok Aji ketawa geli hati dengan nasib yang menimpa kawannya Wak Samin. Bagaimanapun Tok Aji dapat meyakinkan Lisun bahawa cerita-cerita mengenai harimau kerinci, harimau cinaku atau harimau jadian itu hanya reka-rekaan saja bagi menakutkan orang-orang Semenanjung dengan orang-
orang Jambi. Ketika ini ramai orang-orang Semenanjung mengambil menantu dari mereka yang datang dari Sumatera kerana dipercaya mempunyai ilmu agama yang tinggi. Untuk menyedarkan orang-orang seperti inilah ditimbulkan cerita-cerita seperti ini. Lisun pula tidaklah mengesyaki apa-apa lagi terhadap suaminya, malah dia semakin kasih akan Wak
Samin. Dia sama-sama membantu Wak Samin pergi
menoreh getah atau mengait kelapa. Satu ketika orang- orang di kampung itu diganggu oleh harimau yang
membaham kambing- kambing ternakan. Mereka takut dengan gangguan itu, kerana setiap masa ada saja mangsanya. Beberapa kali dibuat perangkap tetapi mereka tidak berjaya membunuh harimau tersebut. Akhirnya lembu ketua kampung sendiri dilarikan oleh harimau. Lembu jantan itu kesayangan ketua kampung Pak Kidam. Oleh itu Pak Kidam sanggup membayar sampai seratus ringgit kepada sesiapa yang sanggup membunuh harimau berkenaan. Pak Kidam sendiri mengajak beberapa orang kampung mengikut jejak harimau itu masuh ke hutan dengan mengesan titisan darah lembu yang menjadi mangsanya. Di antara yang sama mengikut itu termasuklah Tok Aji dan Wak Samin sendiri. Sebagai orang dagang mereka terpaksalah mengambil hati ketua kampung supaya tidak dipandang serong. Mereka berdua sama-sama mengesan jejak harimau melarikan lembu itu. Mereka sampai juga kepada bangkai lembu yang sudah habis sebelah pahanya
ditinggalkan pada sebatang pokok. Pak Kidam pun menyuruh membuat pondok di atas pokok bagi menunggu kedatangan harimau mengulangi lagi bangkai lembu berkenaan. Pak Kidam menunggu pada sasaran yang senang dia membedil dengan senapangnya. Seolah-olah dia betul-betul berdendam dengan binatang tersebut. Tok Aji sengaja memilih pondok tempat Pak
Kidam menunggu dengan senapangnya. Sementara Wak Samin menunggu pada pokok yang satu lagi bersetentang dengan pondok Pak Kidam. Lama juga mereka menunggu sehingga hari malam, tetapi harimau itu tidak juga datang mengulangi mangsanya. Mereka tahu lambat laun harimau itu akan datang juga semula. Disebabkan terlalu lama menunggu, salah seorang yang bertahan
di pondok Wak Samin iaitu Jalit abang iparnya sendiri, terasa mahu buang air kecil. Dia malu mahu buang air dari atas pokok itu saja, maka terpaksalah dia turun ke tanah. Ketika dia turun inilah Pak Kidam ternampak dua biji mata mara ke situ. Pak Kidam cepat-cepat menyuruh Jalit naik segera ke pondoknya, tetapi belum
sempat Jalit naik semula ke pondok, harimau itu sudah hampir benar. Serba salah Pak Kidam mahu menembak. Kalau tembakannya tidak tepat harimau itu pasti akan menerkam Jalit. Harimau terluka tentu lebih ganas apabila ternampak mangsa. Disebabkan harimau sudah terlalu dekat, sedangkan Jalit masih belum
naik ke atas pondok tempat bertahan, maka Wak Samin pun terjun ke tanah mahu menyelamatkan abang iparnya iaitu abang Lisun. Sebaik saja harimau itu mahu menerkam, Jalit nampak Wak Samin menekan ibu jari kakinya ke tanah menyebabkan harimau itu tidak dapat menerkam. “Kau nak tunjuk kuat ye!” herdik Wak Samin. Harimau itu seolah- olah meronta, tetapi badannya tidak dapat bergerak. Dia bagaikan terlekat pada tanah tidak boleh menghambur. Ngaumannya juga tidak keluar dari rahangnya, cuma
rungutan kecil. Jalit nampak air liur harimau itu meleleh keluar seperti termakan cili padi. “Dengan orang kampung ni kau boleh tunjuk keras kepala, tapi dengan Samin kau jangan cuba main-main” Wak Samin
menggertap bibir sambil berjalan mara mendapatkan harimau yang terpaku di depannya. Pak Kidam yang memegang senapang tidak dapat melepaskan tembakan dia. Jarinya seolah-olah kaku tidak dapat memetik trigger. Dia terpegun melihat Wak Samin yang tiba-tiba saja melompat ke tanah sebaik saja abang iparnya terperangkap tidak sempat naik ke atas pondok. “Biadap kau…” tepiknya lantas menampar muka harimau itu sekuat hatinya. Harimau itu menjerit kesakitan tetapi kakinya tidak terlepas dari bumi. Kaki harimau itu seolah-olah diikat dengan simin ke tanah tidak boleh diangkat langsung. “Depan Samin, kau jangan nak tunjuk garang” dia menampar sebelah lagi muka harimau itu. Tok Aji nampak apa yang dibuat oleh Wak Samin, kerana kedudukan pondok itu tidaklah jauh sangat. Cahaya samar-samar di pinggir hutan itu masih jelas boleh nampak dari jarak yang tidak berapa jauh. Tok Aji hanya tersenyum melihat kehebatan kawannya, tidaklah terperanjat seperti Pak Kidam. Malah Pak Kidam
sendiri terasa gementar apabila Wak Samin menampar muka harimau itu. Harimau itu merungut-rungut, tetapi tidak mengaum kuat. Air liurnya meleleh-leleh keluar. Jalit yang tercegat di bawah pokok tempat mereka membuat pondok terkencing dalam seluar kerana terlalu takut. Dia melihat sendiri harimau sebesar lembu itu tercegat di
depan adik iparnya. Kemudian adik iparnya menampar beberapa kali ke muka harimau itu, tetapi sedikit pun harimau itu tidak melawan. Beberapa minit kemudian tidak kedengaran lagi rungutan harimau. Wak Samin berpaling ke belakang dan berjalan mendapatkan abang iparnya Jalit yang terketar- ketar ketakutan. Apabila dia meninggalkan harimau berkenaan, tiba-tiba saja tubuh harimau itu berdebap jatuh. Barulah semua orang di atas pokok turun ke tanah. Mereka memeriksa harimau itu sama ada sudah mati atau masih hidup. Sebenarnya tidak siapa pun berani mendekati harimau itu apabila turun dari pokok. Hanya setelah Tok Aji merapati harimau tersebut sambil menyepak- nyepak punggungnya, barulah orang lain berani. Setelah diperiksa didapati muka harimau lekuk seperti disinggahi pukulan yang terlalu kuar lagi berat berpikul-pikul. Harimau itu sudah mati terbujur dengan tulang mukanya remuk. Kalau diamat-amati bekas penampar Wak Samin yang singgah ke muka harimau itu seolah-olah bekas diterjah kayu balak yang besar. “Tak sangka awak boleh menentang harimau Wak Samin” keluh Pak Kidam masih terasa gementar. Wak Samin tidak menyahut. Dia sendiri menyesal kerana terlalu cepat menunjukkan kepandaiannya. Tetapi kalau
dia terlambat, tentulah abang iparnya Jalit menjadi mangsa pula. Harimau itu sudah bersedia untuk menerkam semasa dia terjun ke tanah. Kalau harimau tersebut sempat menerkam tentulah Jalit mendapat cedera parah. Sebab itulah Wak Samin tidak bertangguh terjun ke tanah bagi menyelamatkan abang iparnya. Ketika ini dia tidak memikirkan apa orang kampung akan kata. Boleh jadi orang-orang kampung merasa kagum dengan tindakannya, dan boleh jadi juga mereka takut bila berhadapan dengannya. Itulah pertama kali Wak Samin menunjukkan kepandaiannya. Selama ini dia tidak pernah menunjukkan apa-apa kelebihan kepada masyarakat kampung. Malah Tok Aji sendiri tidak tahu tentang kebolehan Wak Samin menentang seekor harimau liar di hutan. “Terima kasihlah Wak Samin kerana sudah menolong orang-orang kampung “ kata Pak Kidam mengajak semua anak buah balik semula. Cerita Wak Samin menentang harimau dengan tidak bersenjata itu cepat saja meribak ke seluruh kampung. Jalit juga memuji-muji adik iparnya itu, malah dia merasa terhutang nyawa kepada Wak Samin. Kalaulah tidak kerana Wak Samin cepat datang menolong sudah tentu dia menjadi mangsa harimau. Kegagahan Wak Samin menentang harimau ini telah menjadi bualan. Tidak lama kemudian Tok Aji, membawa anak isterinya ke Singapura, tinggallah Wak Kamin saja di Kota Tinggi. Ketika ini Lisun sudah mula mengandung 3 bulan. Entah mengapa dalam masa mengandung ini Lisun kuat mendesak Wak Samin ke hutan kerana dia mahu melihat harimau hidup- hidup. Wak Samin tahu desakan Lisun bukanlah kerana mendengar kegagahan dia meneang harimau dan menyelamatkan Jalit, tetapi pembawaan orang mengandung. Heran juga dia dengan pembawaan Lisun. Kalau perkara lain dia memang bersedia untuk memenuhi kemahuannya, tetapi untuk melihat harimau hidup bukanlah perkara yang menjadi kebiasaan. “Saya hendak sangat melihat harimau hidup, bang” desak Lisun selepas makan tengah hari. “His, merepek aje kau ni Lisun” rungut Wak Samin. “Betul-betul ni bang, saya ingin sangat” kata Lisun lagi bagaikan tidak sabar. “Harimau di trengah hutan, macam mana nak bawa kau ke sana? “ Wak Samin cuba menasihati isterinya. “Cubalah abang bawa saya jumpa harimau” ujar Lisun bersungguh-sungguh Wak Samin tahu pernmintaan Lisun itu bukanlah olok-olok. Memang pembawaan orang mengandung bermacam- macam. Tetapi dia heran juga dengan pembawaan Lisun yang ganjil dari orang lain. Belum pernah dia mendengar pembawaan perempuan mengandung mahu melihat harimau berjalan-jalan dan melompat-lompat. Harimau binatang ganas yang liar di hutan, bukanlah seperti kucing yang boleh dibuat permainan. Sebaliknya bila didesak oleh Lisun, dia menjadi serba salah juga. Kalau tidak dipenuhi pembawaan orang mengandung entah apa pula bencana. Puas memikirkan apa harus dibuat. Wak Samin mengadukan halnya kepada Jalit. Selalunya dia minta buah fikiran Tok Aji, tetapi disebabkan Tok Aji tidak ada, dia pn bertanya pada Jalit. “Kau dah gila.....” Jalit memarahi adiknya Lisun kerana membuat permintaan yang bukan- bukan. “Apa yang kau pinta
Samin lakukan ni cari nahas saja” ujar Jalit keras. “ Saya tahu Abang Samin boleh jinakkan harimau. Nyawa abang pun Abang Samin yang selamatkan” Lisun tersinggung dengan sikap abangnya berkasar terhadap dirinya. “Takkan dia tak boleh jinakkan harimau, kalau saya sendiri yang nak tengok” katanya macam mengejek. “Perkara sia-sia yang kau minta Samin buat” jerkah Jalit masih heran dengan permintaan adiknya. Dia tahu Lisun sudah mendengar cerita Wak Samin membawanya ke hutan untuk melihat harimau hidup-hidup. Kalau memakan binatang- binatang hutan seperti pelanduk, kijang, rusa atau naouh dia sendiri sanggup menemankan Wak Samin pergi memburu. Tetapi permintaan seperti Lisun ini jarangbenar
didengar. Malah tidak pernah perempuan mengandung mahu mengidammelihat binatang buas hidup-hidup. Apa lagi harimau yang ganas di hutan. “Janganlah kau minta yang bukan-bukan Lisun “ ujar Jalit menasihatinya. “Saya ingin sangat nak tengok.....” Lisun macam merayu. “Tak boleh kah kau minta yang lain?” soal Jalit semakin heran. “Entah lah bang, saya tak dapat nak minta yang lain” jelasnya tegas. Wak Samin terdiam dengan desakan isterinya itu. Dia semakin gelisah dengan desakan isterinya itu. Dia semakin gelisah mengenangkan permintaan yang diluar dugaan itu. Bagaimanakah seorang perempuan mengandung mengidam mahu melihat harimau hidup-hidup padahal tidak pernah didengarnya perempuan mengidam sedemikian. Tetapi pembawaan perempuan mengandung bermacam-macam. Ada perempuan yang suka menghisap puntung rokok saja, ada yang suka makan sepah sirih, ada yang mahu makan asam, ada pula yang suka mandi air telaga dan bermacam-macam lagi. Wak Samin terpaksa menerima hakikat ini bahawa amalan- amalan yang dipelajari dari Tok Malim Udoh inilah yang sedang menguji dia sekarang. Sedangkan Jalit sudah tidak berupaya untuk
menghalang kemahuan Lisun. Apa lagi permintaan itu merupakan pembawaan perempuan mengandung. “Aku tak dapat nak cakaplah, Samin” keluh Jalit memberi keputusan kerana tidak sanggup lagi menasihatkan Lisun. “Tak apalah bang Jalit, muga-muga dia boleh lupakan juga” sahut Wak Samin dengan satu harapan tergaris di hatinya. Tetapi sepeninggalan Jalit itu, Lisun tetap tidak mahu mengalah. Dia berkeras mahu mengajak Wak Samin ke hutan kerana hendak melihat sendiri harimau hidup-hidup. Puas Wak Samin memujuk dia berkeras juga mahu seperti yang dihajatinya. “Nanti kau terkejut kerana takut” Wak Samin cuba berdalih. “Ah, itu dalih abang saja kerana tak mahu membawa saya ke hutan” Lisun mencemiknya. “Kalau Lisun nak tengok harimau tak payah ke hutan” beritahu Wak Samin perlahan. “Abang boleh panggilkan harimau datang ke sini” jelasnya tersengih-sengih macam menduga perasaan Lisun. “Abang sengaja takut-takutkan saya” perempuan itu menjuihkan bibir mengejek. :Kalau abang boleh panggilkan, panggillah” ujarnya mencabar Wak Samin. “Nanti Lisun ketakutan” Wak Samin masih menasihatkan dia. “Saya teringin nak tengok, tak kan saya ketakutan” sahutnya keras. “Kalau begitu baiklah’ Wak Samin memberi jaminan. Sedapat-dapatnya dia tak mahu melukakan hati isterinya. Dia tahu hidup berdagang di rantau mesti tahu membawa diri. Mesti selalu merendahlkan diri kepada sesiapa saja. Apa lagi
dengan isteri sendiri dia dia mesti tunjukkan segala kasih sayangnya. Apa saja permintaan isteri mesti dipenuhi juga. Dia menyuruh Lisun naik keatas para romeh, iaitu lantai yang sengaja dibuat seperti silng rumah. “Lisun tunggulah di sini, dan jangan kemana- mana” katanya kepada isterinya penuh kasih sayang. Setelah Lisun naik keatas para rumah, Wak Samin pula mula membakar kemenyan dan mulutnya kumat kamit membaca sesuatu. Lisun memerhatikan sahaja kelakuan suaminya, sementara matanya melingas-lingas dari manakah harimau yang dipanggil oleh suaminya akan masuk ke dalam rumah. Lama Lisun memerhatikan suaminya, dia terperanjat bila Wak Samin membongkok sambil meneran sesuatu seperti laku orang mahu membuang air besar. Tiba- tiba ekor panjang keluar dari punggongnya. Setelah ekornya keluar, Wak Samin mula meniarap seperti kucing bangun dari tidurnya. Kemudian dia menguling-gulingkan
badannya dan mengeliat- ngeliat. Dari sinilah tubahnya berubah sedikit demi sedikit menjadi harimau sepenuhnya. Apabila sudah menjadi harimau sepenuhnya, Wak Samin pun melompat dan berjalan dari serambi masuk ke induk rumah. Dia menganga- ngangakan mulut seperti terkuap-kuap kelaparan. Sekali sekala mengerling juga ke arah para rumah supaya isterinya
dapat melihat dengan jelas rupa seekor harimau yang hidup. Kira-kira setengah jam dia menjelma menjadi harimau, Wak Samin pun memulihkan semula dirinya. Setelah dia kembali kepada asalnya, cepat-cepat dia mendapatkan isterinya di atas para. Tapi, alangkah terkejutnya dia melihat Lisun pengsan tidak sedarkan diri. Disebabkan dia sudah menduga Lisun memang terkejut melihat harimau hidup maka tidak Wak Samin terkejut benar. Tetapi yang diketahui oleh Wak Samin ialah Lisun terkejut kerana suaminya bertukar menjadi harimau. Terpaksa pula Wak Samin memulihkan isterinya
dari pengsan. Sebaik saja Lisun sembuh dia terus meluru ke pintu lari dari rumahnya. Dia terus balik ke rumah emaknya dan enggan balik semula kepada suaminya. Puas dipujuk oleh Jalit supaya Lisun jangan ikutkan perasaan, namun dia tetap berdegil tidak mahu balik lagi mendapatkan Wak Samin. “Selama ni saya nikah dengan harimau,” dia merintih-rintih
memberitahu keluarganya. “Saya lihat sendiri Samin bertukar menjadi harimau. Saya tak mahu lagi bersuamikan harimau,” katanya menangis hiba. “Perasaan kau saja Lisun,” kata Jalit memarahinya. “Pasal kau berkeras mahu melihat harimau, sebab tu Samin pun kau kata harimau!” Jalit tidak percaya dakwaan adiknya Wak Samin bertukar menjadi harimau. Emaknya juga menasihatkan Lisun supaya balik semula ke rumah. Masalah Wak Samin bertukar menjadi harimau bukanlah perkara yang boleh meruntuhkan rumah tangga mereka. Wak Samin tidak pernah menganggu sesiapa pun dengan kepandaiannya menukar dirinya menjadi harimau. Malah dia sudah menolong Pak Kidam dengan kebolehannya itu, disamping menyelamatkan nyawa Jalit. Ilmu di dada menjadi salah kalau ianya disalah gunakan , tetapi kalau digunakan dijalan kebaikan, ia tetap memberi manafaat kepada semua orang. Setelahmendapat tahu isterinya tidak mahu lagi balik kepadanya, disamping menuduhnya seekor harimau, maka dengan diam-diam Wak Saminmelarikan diri dari kampung tersebut. Dia malu bertemu muka dengan mak mentuanya dan juga sanak saudara Lisun. Tidak pula diduganya Lisun membukakan rahsia tersebut kepada kaum keluarganya. Tidak siapa pun mengetahui ke mana Wak Samin membawa dirinya. Sementara Lisun pula sentiasa meracau-racau takut menjadi isteri harimau. Dia memekik- mekik kerana sudah trerpeday hingga menjadi isteri harimau. Penyakit Lisun tidak dapat diberitahu kepada Wak Samin. Hingga akhirnya Lisun meninggal dunia akibat terkejut melihat suaminya menjadi harimau, siapa pun tidak dapat menyampaikan berita itu pada Wak Samin. “Saya kira amalan menjadi harimau ni bertentangan dengan ajaran Islam,’ kata saya memerhati Wak Samin. Dia menganggukan kepala. Kemudian menunduk memikirkan sesuatu. “Iya, kerana menyamakan diri kita dengan binatang,” keluhnya perlahan. Saya tahu Wak Samin juga bukanlah sebarangan orang dari segi pengetahuan agama. Sebab itu saya tidak banyak bertanya mengenai perkara lain selain dari amalan dirinya yang boleh menukarkan sifat tubuhnya kepada harimu. “Ustaz tak takukan Wak? “ katanya macam menyindir. “Tidak,” sahut saya menggelengkan kepala. “Saya hanya takut kepada Allah,” beritahu saya tegas. “Alhamdulillah.....’” dia tersenyum menatap muka saya. Ketika ini saya membaca Ayat Kursi di dalam hati hingga sampai 313 kali. Tetapi saya lihat Wak Samin tetap tidak menghadapi apa-apa perubahan. Kemudian dia tersenyum lagi sambil menepuk paha saya. “Wak tak ada apa- apa Ustaz,” katanya lagi. Saya merasakan diri saya disindir, tetapi saya sedar Wak Samin juga tahu saya sedang mengujinya. “ Wak tak ada amalkan ajaran yang berlawanan dengan aqidah Islam. Hanya kepada Allah, Wak mohon pertolongan dan perlindungan,” jelasnya terangguk-angguk. Saya percaya dengan kata-kata Wak Samin itu. Memang Tok Aji sudah pesankan kepada saya mengenai diri Wak Samin itu dia tidak lagi mengamalkan pertapaan yang membolehkan dirinya menjelama menjadi haiwan. Sudah tentulah menjadikan diri kepada haiwan itu tidak dikehendaki oleh Islam. TAMAT

14. TOK AWANG NGAH - RINTIHAN DARI KUBUR

$
0
0
SEPANJANG lima bulan Daboh dalam kurungan pasung kayu, dia hanya tersengih-sengih saja setiap kali Dukun Sood datang. Kadangkala dia melambai-lambai tangan apabila Dukun Sood membakar kemenyan. Tetapi Daboh akan merungut-rungut sekiranya dia nampak Sarip Kubung tersandar pada tiang tengah. Dukun Sood sering mengingatkan Sarip Kubung
supaya tidak berkasar dengan adiknya itu. Daboh sakit hilang akal, bukannya demam biasa. Dia tidak mengganggu sesiapa, cuma tersengih-sengih saja. Dukun
Sood menyuruh dikurung dalam pasung kayu, bukan bimbangkan Daboh mengganggu orang, tetapi supaya dia terkawal tidak dapat merayau-rayau ke sana ke mari. Bila terlepas Daboh akan berjalan-jalan ke tepi sungai sambil tersengih- sengih. Perempuan- perempuan yang sedang membasuh akan bertempiaran lari bila ternampak Daboh, kerana ketakutan. Sebenarnya Daboh tidak mengusik sesiapa pun. Tetapi disebabkan takut perempuan-perempuan itu lari bertempiaran. Daboh pula akan terlompat-lompat kesukaan melihat perempuan-perempuan itu lari. Sarip Kubung pula akan menempeleng muka adiknya itu kalau dijumpainya merayau- rayau di keliling kampung. Dia akan mengheret Daboh memaksa adiknya balik semula ke rumah. Kadang- kala menangis juga Mak Leha melihat lutut Daboh berdarah-darah kerana diheret oleh abangnya. Kira-kira lima bulan Daboh menderita dalam kurungan pasung kayu. Kalau Dukun Sood tidak suruh demikian tentulah lebih teruk Daboh diseksa oleh abangnya Sarip Kubung. Manalah dapat menahan Daboh berjalan- jalan sambil tersengih- sengih memegang sebatang kayu, sedangkan fikirannya bukanlah seperti orang biasa. Dia hilang akal sejak beberapa lama. Puncanya tidak siapa pun tahu. Tetapi seingat- ingat Mak Leha, mula- mulanya Daboh selalu duduk termenung. Dia tidak lagi mengikut kawan- kawannya memburu ke hutan, atau memikat balam, atau mendekut wak-wak. Disuruh makan pun, Daboh tidak mahu. Dia enggan bercakap dengan sesiapa. Kemudian sedikit demi sedikit perangainya mula berubah. Dia mula bercakap seorang diri, tersengih-sengih dan ketawa sesuka hatinya bila masa saja. Dukun Sood yang dipanggil mengubatnya hanya dapat mengatakan Daboh terkena badi hutan. "Kau tak boleh berkasar dengan adik kau, Sarip." Dukun Sood mengingatkan setelah mendengar cerita Mak Leha bagaimana Sarip Kubung melayani adiknya itu. "Dia tu kena badi, susah nak diubat. Kena bersabarlah kita menjaga dia," nasihat dukun itu. Sarip Kubung hanya mengangguk kepala. Sebenarnya dia tidak berniat untuk bersikap kasar dengan Daboh. Tetapi apabila dipujuk baik-baik Daboh tidak mahu mempedulikannya, sebab itulah dia terpaksa berkeras. Kadang-kadang disuruh makan pun Daboh sengaja terberak atau terkencing di dalam pinggan, kecuali apabila disergah barulah dia mahu menurut perintah Sarip Kubung. "Menjaga orang macam ni memang susah" kata Dukun Sood lagi. "Tapi, kita kenalah sabar. Kalau tidak kita menjaga dia siapa lagi hendak diharapkan!" ujar orang tua itu mengingatkan. Mak Leha memang tidak dapat berkata-kata lagi sejak Daboh jatuh sakit. Sarip Kubung berkahwin, hanya dengan Daboh sajalah dia tinggal di rumahnya. Daboh yang menyara hidupnya selama ini. Kalau patut menoreh getah, Daboh
akan pergi menoreh getah. Kalau patut ke hutan mencari manau, damar atau petai, dia ke hutan bersama kawan-kawannya. Kadangkala Daboh memasang perangkap pelanduk, memburu denak, mendekut wak-wak. Memang Daboh anak muda yang rajin bekerja. Susuk tubuhnya gempal berambut kerinting, berkulit hitam manis. Boleh dikatakan dalam kampung itu dia merupakan anak muda yang tampan juga. Kalau ada kenduri kendara selalulah dia bersenda gurau dengan anak gadis di penanggah. Tetapi semenjak dia jatuh sakit, Daboh berubah sama sekali. Tubuhnya masih gempal tetapi comot selekeh tidak terurus. Baunya hapak kerana jarang mandi. Hanya sekali sekala saja emaknya dapat memujuk menyuruh dia mandi. "Kenapa kau jadi macam ni Daboh!" rintih Mak
Leha bila sekali sekala dia tidak dapat menahan perasaan terharunya melihat keadaan anaknya itu. Daboh hanya tersengih-sengih melihat emaknya menangis merintih-rintih. Kadangkala dia menggaru-garu belakang dengan menggosokkannya ke dinding. Atau dia berjalan berligar-ligar di dalam kandang kayu yang dibuat berpasung itu. Daboh tidak akan menyahut apa-apa kalau emaknya merintih- rintih di depannya. "Nasib kaulah Daboh, kalau pendek umur emak macam manalah kau Daboh" Mak Leha menahan kesedihan yang mengganggu jiwanya. Daboh hanya tersengih-sengih. Dia tidak peduli emaknya merintih- rintih tersedu di depannya. Sama ada Daboh terkena badi binatang hutan, Mak Leha tidaklah hiraukan sangat kerana dia tahu Daboh memang gemar berburu. Pernah juga dia mengidap sakit telinga berdarah selepas dapat menjerat kijang. Ketika kijang meronta-ronta dia dan kawan-kawannya merebahkan binatang itu ke tanah. Daboh menekan lututnya ke pangkal telinga kijang itu bagi membolehkan Lajis menyembelih. Balik dari hutan itu semua mereka yang pergi seramai 8 orang jatuh demam. Lajis demam kena beguk hingga kedua-dua belah lehernya bengkak. Mat Jol yang memegangkan kaki pula kena bisul pada betis samapai sebulan lebih menghidap bengkak betis. Rasip meracau-racau takutkan orang besar mengganggu setiap kali terlena. Liham pula sakit mata sebulan biji matanya merah tidak boleh melihat. Sanip pula terberak-berak darah menghidap berbulan- bulan. Hendak dikatakan buasir bukannya penyakit buasir, tetapi duburnya terasa seperti luka baru sembuh. Keenam-enam mereka terkena badi kata Dukun Sood. Lajis, Mat Jol, Rasip, Liham dan Sarip jeran sejeran-jerannya selepas dikatakan badi kijang itu. Baik saja dari sakit mereka tidak mahu lagi berburu binatang hutan. Lajis yang menyembelih kijang terasa lehernya pedih bagaikan dihiris dengan pisau semasa menghidap beguk itu. Kalau beguk biasa dua tiga hari akan sembuh. Atau ianya boleh menjangkit pada orang lain. Sebaliknya beguk yang dihidap oleh Lajis sampai lebih sebulan. Terpaksa Dukun Sood berkebas dengan kain hitam dan mayang pinang. Sementara Mat Jol yang memegangkan kaki, betisnya pula hinggap bisul. Betis itu membengkak sampai sebesar batang pinang. Dukun Sood juga mengubatnya dengan merendang bertih. Hampir sebulan dia mengidap barulah bisul itu meletus hingga keluar nanah bercampur darah pekat. Rasip cuma duduk saja diatas badan kijang yang sudah rebah ke tanah. Dia tidak melakukan apa- apa. Tetapi apabila balik ke rumah dia kena demam panas seluruh badan. Setiap malam dia merepek meracau-racau takutkan orang besar datang mencekik lehernya. Dukun Sood berkebas dengan kain hitam juga di samping air tujuh geluk dari tujuh kuala sungai dibubuh bunga tujuh warna. Sampai kurus badan Rasip menderita sakit barulah dia pulih semula. Sementara Liham pula kerana mahu cepat dia menerpa hingga pahanya menghimpit bahagian mata kijang. Mungkin itulah sebabnya dia mengidap sakit mata sebulan lebih. Matanya merah tidak boleh celik kalau berdepan dengan cahaya. Apabila bangun pagi
kedua pelupuk matanya seperti kena gam melekat tidak boleh dibuka. Terpaksa pula dibasuh dengan air embun. Kadangkala mata itu pedih seperti dibubuh pasir. Sanip yang melompat ke atas perut kijang itu berdiri dan menginjak-nginjak supaya binatang itu tidak dapat berkuat terkena pula sakit terberak-berak darah. Semuanya berubat kepada Dukun Sood. Mengikut cerita Dukun Sood memang mereka terkena badi kijang. Begitu jugalah Daboh yang menghimpit pangkal telinga kijang itu dengan kepala lututnya, menyebabkan telinganya berdarah. Dia merasa menggelegak macam dimasuki lipas. Bila disumbat
dengan kapas didapati kapas itu berdarah. "Binatang hutan ada gembala, kalau tak tahu permainan gembalanya nanti kita yang musnah" Dukun Sood mengingatkan mereka supaya jangan lagi memburu binatang hutan. "Yang kuat badinya burung puyuh..." jelas Dukun Sood menasihati anak-anak muda yang ghairah memburu itu. "Yang kedua ayam denak, yang ketiga rusa dan keempat kijang. Nasib baiklah awak semua terkena badi kijang, masih boleh ditolong" beritahunya macam memberi amaran. Lajis, Mat Jol, Rasip, Liham dan Sanip memang tidak berani lagi sebut perkara memburu di hutan. Tetapi Daboh tetap berdegil. Dia tidak mengalah walaupun dilarang oleh Dukun Sood. Kalau kawan- kawannya tidak mahu ke hutan dia pergi berseorangan saja. Dia akan memasang jerat di tempat biasa dipasangnya. Tidak lama selepas itulah dia selalu duduk termenung tidak ketahuan. Akhirnya berubah menjadi seperti sekarang ini. Dia merayau-rayau ke merata kampung dengan membawa sebatang kayu. Di mana ada pokok dia berhenti lantas bersandar melepaskan penat. Kadangkala dia bercakap seorang diri tidak tentu biji butir. Bila terserempak Sarip Kubung dia akan berlari terhencot-hencot ketakutan. Abangnya akan menyergah dia menyuruh balik ke rumah. Tetapi Daboh tidak balik ke rumah. Dia lari ke mana saja ikut suka hatinya. Mahu tidak mahu terpaksalah Sarip Kubung berkasar mengheretnya balik ke rumah. Tetapi selepas dikurung dalam pasung kayu, tidak payah lagi Sarip Kubung mengawasi adiknya merayau-rayau ke sekeliling kampung. Dia hanya datang menjengah waktu hendak makan tengahari atau malam. Mana tahu kalau Daboh mengencing dan memberakkan
makanannya, kemudian dibancuh-bancuh sebelum dimakan. Emaknya memang sudah tidak berupaya lagi mahu menjaganya. Orang tua itu mudah menangis melihat perangai anaknya yang berubah sama sekali dari perangai biasanya. Dari seorang anak muda yang tampan, dia sudah menjadi hodoh kerana tidak terurus lagi pakaiannya. Beberapa lama menderita Daboh pun meninggal dunia secara mengejut. Ketika ditemui oleh emaknya, Daboh tertonggeng dengan tubuhnya tersandar pada palang kayu pasung. Mulutnya berdarah dan matanya terbeliak. Kematian Daboh itu seolah- olah terlepaslah beban Mak Leha menjaga anaknya yang sakit hilang akal itu. Dukun Sood hanya menggeleng-gelengkan
kepala melihat keadaan Daboh, kerana dia tidak berupaya untuk menyelamatkan anak muda itu. "Inilah sakit badi binatang hutan" keluh Dukun Sood sewaktu jenazah Daboh dibawa ke kubur. "Dia memang degil" Sarip Kubung menjelaskan. "Sudah dilarang jangan pergi
mencari barang hutan, dia pergi juga. Tengok Lajis, Mat Jol, Liham, Sanip, Rasip semua dengar nasihat Dukun Sood, hah selamat!" ujarnya seolah-olah menyesali sikap adiknya itu. "Badi apakah agaknya Tok Dukun?" Lajis mahu tahu tentang peristiwa malang yang menimpa kawan baiknya itu. "Entahlah" dia menggeleng kepala. "Tak taulah pula binatang apa, tetapi biasanya yang keras macam ni ayam denak atau rusa" kata Dukun Sood mengagak-ngagak. "Boleh jadi ayam denak" Mat Jol menyampuk. "Mana kau tahu?" soal Lajis macam terkejut mendengar cerita baru dari Mat jol itu. "Ada dia cakap pada aku" jelas Mat Jol mengingatkan balik cerita Daboh kepadanya sebelum kawannya itu jatuh sakit. Semasa memasang jerat di satu kawasan lapang, dia telah dapat menjerat seekor bapak denak. Ketika dia mahu cepat menyerbu ke tempat jerat itu terpasang takut ayam denak itu terlepas, seekor ular hitam melintas di depannya menyebabkan dia tersentak. Daboh terkejut melihat ular melintas cepat di depannya, kemudian hilang ke dalam belukar puar. Dia terpaksa membiarkan ular tersebut melintas, barulah dia mengejar jeratnya yang sudah mengena. Dalam keadaan kelam-kabut itu dia tidak nampak ke manakah perginya ayam denak terkena jerat itu. Tetapi di depannya berdiri seorang lelaki tua berpakaian serba hitam. Lelaki tua itu mengelek ayam denak terkena jerat tadi. "Mengapa jerat ayam Aki?" tanya orang tua itu ramah."Tidak, saya jerat ayam denak" sahut Daboh keheranan kerana ayam yang dikelek oleh lelaki itu bukannya ayam denak, tetapi ayam kampung biasa. "Ayam Aki selalu mengekas di sini, mana ada ayam denak dekat sini" jelas
orang tua itu lagi. Daboh heran juga kerana selama ini dia tidak pernah melihat lelaki berkenaan. Tetapi dari raut wajahnya orang tua itu sangat ramah dan baik hati. Dia tidak memarahi Daboh walaupun ayamnya terkena
jerat Daboh. "Tak ada ayam denak di sini. Semuanya ayam Aki yang mengekas di sini" ujarnya lagi sambil menunjukkan ke arah pondoknya di bawah bukit. Bertambah heran Daboh kerana selama ini tidak pernah dia melihat ada pondok di situ. Kalau mahu dikatakan dia tersesat, tidak
ada tanda-tanda dia tersesat.
Kawasan tersebut sudah biasa sangat kepadanya. Malah tempat dia menahan jerat denak itu sudah kerapkali dipasangnya jerat. "Jangan pasang jerat lagi di sini ye, nanti terkena lagi ayam Aki" orang tua itu
mengingatkan dia. "Aki nak jual ayam-ayam tu, kalau tak jual ayam siapa nak belikan beras Aki" ujarnya menasihatkan Daboh. Daboh mengangguk. Dia merasa tersalah tempat pada kali itu. Boleh jadi juga dia tersesat dari tempat biasa dia memasang jerat. Kadangkala kawasan pinggir hutan itu sama saja. Apabila melepasi satu bukit maka akan sampai ke kampung lain pula. Manalah dia kenal dengan orang- orang di kampung lain, terutama dengan orang tua- tuanya."Maaflah Aki..." sahut Daboh kesal. "Saya tak sangka pula tempat ni dekat
dengan rumah Aki. Lain kali saya tak datang lagilah" dia memberi jaminan tidak akan memasang jerat di situ lagi. "Eloklah tu, ayam Aki memang mengekas dekat sini selalunya, nanti terkena pula ayam nenek lagi" ujarnya tersenyum sambil mengelek ayamnya dibawa balik. Besoknya apabila Daboh datang lagi ke situ didapatinya tempat pondok orang tua yang ditunjukkan
kepadanya semalam hanya belukar teberau saja. Bulu ayam yang reras kerana menggelupur semasa terkena jeratnya juga memang bulu ayam denak. Inilah puncanya Daboh meradang seolah-olah dipermainkan oleh orang tua itu. Dia telah mengambil ketul-ketul batu membalingkan ke arah belukar teberau yang dilihatnya ada pondok. Betul-betul meradang benar hati Daboh kerana jeratnya yang sudah mengena, tetapi ditipu oleh orang tua berkenaan. Daboh masih berpegang kuat bahawa tidak ada badi pada ayam denak, sebaliknya dia telah ditipu oleh orang tua yang dilihatnya semalam. Kepada Mat Jol dia menceritakan apa yang dilihatnya. Sejak itulah dia selalu termenung, kerana teringatkan peristiwa bertemu dengan orang tersebut. Dia berdendam kepada orang tua yang berpura-pura ramah dan baik hati itu, sebaliknya telah menipu dia. "Mengapa kau tak beritahu Dukun Sood semasa aruah ni sakit?" soal Lajis kesal dengan sikap Mat Jol merahsiakan kejadian tersebut. "Dia tak beri aku cakap dengan orang lain" jelas Mat Jol mempertahankan dirinya. "Kau tak boleh dengar cakap dia" gerutu Lajis. "Ah, sudahlah. Dah tak ada apa-apa lagi nak ungkit-ungkit" Sarip Kubung memarahi mereka berdua. "Sekarang ni dia dah tak ada, tak guna lagi sebut fasal-fasal yang sudah" tegasnya. Daboh selamat dikebumikan. Mak Leha yang paling sedih dengan kematian Daboh, kerana itulah satu-satunya anak bujangnya yang tinggal bersama dia. Ketiadaan Daboh bererti dia tinggal kesepian. Memang dia boleh tinggal di rumah Sarip Kubung, tetapi apalah gunanya memberatkan bebanan anaknya yang sudah berkeluarga itu. Malam selepas Daboh dikebumikan terdengar sayup-sayup dari kuburnya
seperti merintih-rintih semasa dikurung dalam pasung kayu. Mak Leha memberitahu perkara itu kepada Sarip Kubung. Disebabkan rumah Mak Leha memang berhampiran dengan tanah perkuburan, maka suara itu jelas kedengaran kepadanya. Pada malam kedua, Sarip Kubung bersama dengan Lajis dan Mat Jol datang melihat ke kubur itu setelah Dukun Sood menyuruhnya membacakan Yassin di atas kubur. Mereka bertiga bergilir-gilir membacakan Surah Yassin sejak pukul enam petang lagi sehingga sampai maghrib. Waktu maghrib masuk saja terdengar lagi rintihan dari kuburmya meminta pertolongan. Setelah dijiruskan air Yassin rintihan itu mengendur. Tetapi rintihan itu berulang lagi kalau diberhentikan membaca Yassin dan dijiruskan dengan air Yassin di atas kubur. Hingga hampir masuk waktu Isya' rintihan itu tidak kedengaran lagi. Mereka bertiga pun balik ke rumah, kerana Dukun Sood menyuruh mereka mengulangi sehingga 7 malam. Disebabkan tidak ada lagi rintihan dari kubur Daboh, mereka mengambil keputusan untuk balik. Malam esoknya akan diulangi lagi membaca Yassin. Sampai saja di rumah Sarip Kubung mendapati isterinya Jibah tidak sedarkan diri pula. Kelam- kabut dia kerana tidak satu, satu bala datang menimpa. Baru saja kematian adik, isteri pula sakit. Malam esoknya disebabkan Jibah sakit, terpaksalah Sarip Kubung tidak pergi membacakan Yassin seperti yang disuruh oleh Dukun Sood. "Macam kena kelintasan Jibah ni" keluh Dukun Sood melihat buih hijau keluar dari mulut perempuan itu. "Hus, bala apa pula ni" Sarip Kubung menggertap bibir mengenangkan nasib malang yang menimpa dirinya itu. "Sabarlah Sarip" kata Dukun Sood. Mak Leha juga menasihati Sarip Kubung supaya bersabar. Sanak saudara Jibah juga menyuruh bersabar. Tetapi Sarip Kubung tidak dapat menahan sabar. Manalah hatinya tidak remuk dengan kejadian di kubur adiknya yang merintih-rintih meminta tolong darinya, Jibah pula tiba-tiba saja kelu lidah dengan muntah hijau meleleh dari mulut. "Jibah, kena badi juga ke?" Sarip bertempik melepaskan geramnya. Memang selalunya Daboh akan mengirimkan dia daging kijang atau rusa sekiranya kena perangkap. Apakah orang yang makan daging binatang hutan juga akan dihinggap badinya? "Sarip,sabarlah. Bawa astaghfar..." pujuk ayah mertuanya yang turut bersedih kerana anaknya sendiri sakit mengejut. Orang-orang mula menduga mungkin kerana Sarip Kubung cuba menolong adiknya, maka badi tersebut menyerang Jibah pula. Sebab itulah sebaik saja Sarip Kubung membaca Yassin di atas kubur Daboh, tiba-tiba saja Jibah tidak sedar diri. Seminggu Jibah terlantar tidak sedarkan diri dengan air liur meleleh keluar hijau seperti lumut, akhirnya dia mati. Selepas Jibah mati tidak lagi didengar rintihan Daboh setiap kali tiba waktu maghrib. Lajis, Mat Jol dan Rasip juga tidaklah lagi perlu membaca Yassin di atas kuburnya. Dua tahun kemudian Dukun Sood pun berpindah ke Segamat. Sampai sekarang sudah lebih 20 tahun dia tinggal di Segamat. Anak saudaranya Mahmud yang mengajak saya berjumpa dengan Dukun Sood ini. Dia berpindah ke Segamat pun kerana bekerja dengan pemborong pejabat ukur. Apabila taukehnya membuat kerja-kerja ukur di Segamat, dia mengambil keputusan untuk menetap di sana. Sesiapa pun tidak tahu mengenai dirinya pernah menjadi dukun sebelum itu di Pahang. Anak saudaranya ini memang berasal dari Pahang, tetapi selalu juga dia
menjengah Dukun Sood di Segamat. Dari Mahmud inilah
saya dengar cerita mengenai pengalaman Dukun Sood mengubat Daboh yang dikatakan terkena badi itu. Dukun Sood termenung bila saya bangkitkan semula cerita Daboh ini kepadanya. Kemudian barulah dia mahu bercakap. Perlahan saja dia memberitahu saya, "Sebenarnya badi tu tak seberapa, ada rahsia lain lagi". "Betul ke kubur Daboh tu ada bunyi?" tanya saya. Dukun Sood mengangguk dengan wajah terharu. "Dia memanggil- manggil abangnya meminta tolong. Katanya panas tak tahan" ujarnya. "Kalau dia hilang akal, macam mana boleh minta tolong?" saya mahu tahu lebih lanjut. "Itu yang susah nak jawab" kata Dukun Sood lagi. "Perkara dah berlaku dua puluh tahun, susah nak cakap" jelasnya macam tidak mahu menerangkan lebih lanjut kepada saya. Tetapi setelah Mahmud memberitahu mengenai diri saya, barulah dia mahu menerangkan. "Ustaz tentu lebih tahu dari saya, Huwa auwalu walakhiru walzahiru walbatinu, wahuwal aliyul azim" dia menatap muka saya. Saya terangguk- angguk mendengarnya. Mungkin Dukun Sood tidak mahu lagi mengenangkan peristiwa tersebut. Tetapi disebabkan saya bertanya, mahu tidak mahu terpaksalah dia menerangkan. Lagipun Dukun Sood tidak mahu orang-orang di situ mengetahui dirinya pernah menjadi dukun. "Saya tak berdukun lagi Ustaz, saya ni dah tua" dia merendahkan suaranya. Disebabkan saya mahu sangat mengetahui rahsia kematian Daboh, Dukun Sood memberitahunya dengan rasa terharu. "Sebenarnya, Sarip Kubung ternampak orang lelaki melompat keluar dari tingkap biliknya semasa baru balik dari surau" beritahu Dukun Sood. Peristiwa ini tidak sahih, kerana Sarip Kubung hanya terdengar bunyi orang terjun ke tanah kemudian lari. Dia bertanyakan kepada
Jibah, tetapi Jibah sanggup menjunjung Quran mengatakan tidak ada siapa pun yang naik ke rumah. Disebabkan Sarip Kubung orang yang kuat belajar agama, tidak beranilah dia menuduh Jibah berlaku curang terhadap dirinya. Bagaimanapun dia terpaksa memberitahu hal itu pada Dukun Sood. Memang Dukun Sood tidak percaya Jibah boleh melakukan perbuatan demikian. Disebabkan Dukun Sood berkawan baik dengan ayah Sarip Kubung, dia menyuruh Sarip Kubung membuat sembahyang Tahajud selama 44 malam untuk membuktikan isterinya berlaku curang atau tidak. Sarip Kubung melakukan seperti apa yang disuruh oleh Dukun Sood. Selepas 44 malam dia melakukan sembahyang Tahajud, didapati Jibah tidak
ada apa-apa perubahan. Yakinlah dia dengan pendapat Dukun Sood bahawa Jibah tidak berdosa.
Hanya perasaan cemburunya saja yang menyebabkan dia ternampak kelibat orang terjun dari tingkap. Hatinya menerima kesucian isterinya dengan tenang dan bersyukur pada Allah. Jibah pula merasa senang hati kerana suaminya tidak lagi mengesyaki dia berlaku curang. Tidak lama kemudian Sarip Kubung sekali lagi dirundung malang bila adiknya Daboh pula kena badi binatang hutan. Daboh jadi hilang akal selepas dikatakan berjumpa orang tua ketika menjerat ayam denak. Puas pula Sarip Kubung berusaha mengubat adiknya itu, tetapi akhirnya mati dalam keadaan mengerikan. "Itulah kesan sembahyang Tahajud dan bacaan Yassin" keluh Dukun Sood mengingat-ingatkan kembali peristiwa 20 tahun lampau. "Memang benar Daboh yang terjun dari tingkap rumah abangnya, sementara isterinya berlaku curang dengan adiknya sendiri. Tapi saya rahsiakan ini dari Sarip Kubung..." ujar Dukun Sood dengan rasa terharu. Sebab itulah dia berdalih mengatakan Daboh terkena badi binatang hutan semata-mata mahu menyembunyikan perkara sebenarnya. Daboh sendiri mengaku di depan Dukun Sood dengan penuh kesal, tetapi dia sudah tidak dapat menahan Sarip Kubung meneruskan sembahyang Tahajud dan membaca Yassin yang sudah dibuatnya hampir genap 44 malam itu. TAMAT

15. TOK AWANG NGAH - LELAKI GIGI RONGAK

$
0
0
SEHINGGA pukul 11 malam Razi masih belum membuat keputusan untuk balik ke kampungnya di Pulau Sebang di Melaka. Tidaklah jauh sangat dari Kuala Lumpur ke Pulau Sebang, dalam 2 jam setengah pun boleh sampai. Anak dan isterinya sudah balik seminggu lebih awal, kerana persediaan adiknya yang akan berkahwin. Serba salah juga dia sama ada mahu balik malam itu juga atau pada esok paginya. Maklum sajalah kalau balik pada malam itu pun tidak ada gunanya kerana majlis pernikahan sudah pun berlangsung kira- kira pukul 9.30 malamnya. Dia sudah berjanji dengan isterinya Ani untuk balik juga ke Pulau Sebang pada malam tersebut, tetapi tidak
jadi disebabkan urusannya dengan seorang kontraktor tidak selesai. Kontraktor itu mengajak makan terlebih dahulu di sebuah restoran. Kalau dia menolak pelawaan
kontraktor itu juga tidak berapa sedap, kerana mereka berdua sudah berkawan lama. Lagi pun upacara pernikahan tidaklah berapa penting sangat, kerana yang menikah itu adik isterinya. Lainlah kalau adiknya sendiri, tentulah dia penting untuk hadir sama sebagai wali kerana ayahnya sudah lama meninggal dunia. Sebab itu Razi memenuhi pelawaan kawannya itu untuk makan
malam. Bersama kawannya itu adalah lagi lima enam orang rakan berniaganya makan bersama, kerana mereka mahu berkenalan juga dengan pegawai muda seperti Razi. Dalam masa makan itu masing-masing bercerita juga mengenai cerita di tv yang sangat menarik. Salah seorang darinya bercerita pula mengenai pengalaman seorang kawannya terserempak dengan langsuyar semasa balik ke rumahnya di Cheras. Tetapi Razi kurang yakin dengan cerita itu. "Zaman moden ni mana ada langsuyar" Razi tidak percaya dengan cerita kawannya itu. "Itu saya tak tau laa Encik Razi" jelasnya tersengih-sengih. "Tapi kawan saya tu ternampak seorang perempuan mahu menumpang motosikalnya. Bila perempuan tu dah naik, dia pun mengilai menyebabkan kawan saya itu terbabas jatuh motor" katanya mempertahankan kebenaran ceritanya. Geli benar hati Razi mendengar cerita kawannya itu. Dalam zaman
moden demikian pun masih ada juga orang mempercayai akan ujudnya langsuyar mengganggu manusia. Tetapi untuk menjaga hati kawannya itu dia tidaklah terus berhujah. Dia hanya tersengih-sengih saja mendengar cerita kawannya itu. "Selalu orang terjumpa langsuyar di kawasan Cheras tu" ujar kawannya itu. "Di situ ada kubur?" seorang kawan Cina bertanya. "Memang di situ ada kubur" katanya mengerutkan dahi. "Bukan kubur Melayu saja, kubur Cina pun ada, kubur Kristian pun ada" jelasnya lagi. Razi tersengih- sengih. Di Kuala Lumpur ini pun masih ada orang yang percaya tentang kemunculan langsuyar. Lainlah kalau kampung- kampung yang masih terdapat pohon-pohon rimbun, pokok-pokok nyiur yang tinggi melambai dan suasana malam yang sepi. Semua keadaan tersebut boleh menimbulkan ketakutan kepada mereka yang lemah semangat. Di Kuala Lumpur suasana seperti itu tidak ada lagi. Cahaya lampu terang benderang di kiri kanan jalan. Kereta menderu di jalan raya sehingga sampai ke subuh, suasana tidak pernah sepi dengan lori-lori mengangkut barang bergema membelah malam. Masakan langsuyar berani muncul dalam keadaan seperti ini. "Awak pernah jumpa langsuyar?" Razi menduga. Kawan itu menggeleng kepala. Dia sendiri tidak pernah bertemu dengan langsuyar cuma mendengar cerita dari kawan-kawan saja. Razi ketawa kecil mendengar jawapan kawannya itu. Macam mana kawan itu boleh percaya sangat sedangkan dia tidak pernah berjumpa. Sekadar mendengar cerita orang saja tidak boleh diterima sangat, kadangkala kilauan bayang pun mereka kata langsuyar disebabkan mereka lemah semangat. Apabila balik dari makan di restoran berkenaan, Razi pun balik ke rumahnya di Ampang. Mula-mula dia merasa tidak dapat tidur, boleh bangun pagi sedikit, dan sempat sampai ke rumah mertuanya di Pulau Sebang kira-kira pukul 8.30 pagi. Selepas subuh, bolehlah terus bertolak balik. Hingga pukul 11 malam dia merasa gelisah kerana tidak memenuhi janjinya kepada isterinya untuk balik kalau tidak ada apa-apa urusan lain, sebaliknya kalau ada hal dia akan cuba sampai ke Pulau Sebang jam 8.30 pagi besoknya. Kerana hatinya berkata-kata lantas Razi mengambil keputusan untuk balik saja ke Pulau Sebang malam itu juga. Sebelum balik dia datang dulu ke rumah saya, kira- kira hampir jam 12 tengah malam dia sampai ke rumah saya. Ia memang selalu juga datang ke rumah saya tidak kira pukul berapa pun. Memang dia tahu saya tidak pernah merasa terganggu kalau ada orang datang pada tengah malam demikian. Saya masih membaca buku semasa dia datang memberi salam. Saya pelawa dia masuk, tetapi dia
bercakap dari dalam kereta saja. "Saya nak balik malam ni juga Ustaz" dia memberitahu. "Kata nak balik besok" isteri saya memotong sebaik saja tercegat di belakang saya. "Balik jengah muka, nanti apa pula kata orang kalau besok baru nampak muka" ujarnya tersengih- sengih."Kau, balik seorang saja?" tanya saya. "Ya Ustaz" sahutnya masih tidak keluar dari kereta. "Jadi besok Ustaz datang ya, jangan tidak pula. Nanti, masam pula muka orang rumah saya" katanya mengingatkan. Isterinya Ani berkuat mengajak saya ke majlis kahwin adiknya itu. Sebab itu dia desak Razi supaya datang dengan membawa keluarga saya sekali sekiranya balik pada sebelah pagi Ahad. Malah Ani sendiri lebih suka Razi balik pada hari Ahad daripada petang Sabtu. Pada mulanya Razi bercadang mahu balik pada pagi Ahad, tetapi bila mengenangkan akan bertolak jam 6 pagi, tentulah tidak sedap mengajak saya bersama pada pagi demikian. Kalau mahu pukul 10 pagi pula, dia bimbang dituduh tidak mengambil berat hal keluarga isterinya. Ini semualah yang menjadi serba salah kepadanya. Saya pun bersetuju akan pergi sendiri pada besoknya. Hubungan kami sekeluarga dengan keluarga mereka amat baik, jadi tidak sedaplah kalau tidak memenuhi permintaannya. Malah Ani sudah 'mengagih'kan anak lelakinya kepada saya. Pada mulanya budak itu sakit saja, tetapi selepas dibawa berjumpa saya, Alhamdulillah budak itu sihat. Itulah pun puncanya kami berkawan rapat. "Saya balik dulu Ustaz, jadi besok saya jemput Ustaz ye!" katanya tersengih-sengih. " Awak bawak kereta tu baik-baik Razi” saya mengingatkan sambil tercegat didepan pintu. “Malam-malam macam ni kalau mengantuk berhenti, tidur dulu. Lepas tu kalau nak jalan, baru jalan pulak" ujar saya supaya dia tidak tergopoh-gapah mahu cepat sampai."Baiklah..." dia memberi pengakuan. Apabila dia meninggalkan rumah saya, Razi tidak ke mana-mana lagi. Dia teruslah balik mengikut highway Seremban. Ketika ini memang jam lebih 12 tengah malam. Cuaca juga sejuk, dan kereta juga tidak banyak lagi lalu lalang. Selepas tol Kuala Lumpur, hujan mulai turun renyai-renyai. Razi tidak berani melarikan keretanya laju-laju kerana bimbang jalan licin. Dia memang selalu
mendengar nasihat saya iaitu apabila membawa kereta janganlah terlalu laju.
Walaupun pada sebelah malam demikian jalannya lapang, tetapi tidak ada gunanya membawa kereta terlalu laju. Apa sangat mahu dikejar cepat-cepat, kerana tidak ada apa-apa yang mesti disegerakan. Kalau mahu mengejar majlis pernikahan, upacara tersebut sudah pun selesai, mungkin jam 10 malam lagi. Dia sampai di Pulau Sebang pun tentu semua orang sudah tidur, kalau ada yang berjaga pun hanya budak- budak main terup di penanggah. Mereka ini sengaja berjaga supaya penanggah tidak diganggu anjing atau apa-apa. Hujan renyai-renyai tidak berhenti sepanjang perjalanan itu. Bagaimanapun ada juga kereta yang laju hingga memotong keretanya. "Hah, nak mampus agaknya bawa kereta laju- laju" rungut Razi apabila keretanya dipotong oleh sebuah kereta BMW. Jalan lurus di highway itu tidaklah cepat sangat hilang cahaya lampu kereta di depan. Lama juga baru lampu kereta BMW yang memotongnya hilang dari pandangan. Dalam masa dia memarahi kereta laju itu tiba-tiba saja seorang pemuda menunggang motorsikal memakai jaket hitam memotong keretanya. Berani sangat penunggang motorsikal itu melarikan motorsikal demikian lajunya pada malam tersebut, apalagi tatkala hujan renyai-renyai. "Celaka motor ni, nak mampus lari laju-laju" gerutunya kerana meradang sangat dengan sikap penunggang motorsikal yang berani melarikan motorsikal terlampau laju dalam hujan renyai-renyai dan tengah malam pula. Motorsikal itu juga lenyap dalam kegelapan malam, mungkin kerana larinya terlalu laju meninggalkan kereta dia jauh di belakang, mungkin juga cuaca terlampau gelap kerana hujan renyai-renyai turun tidak berhenti. Dari cahaya lampu keretanya memang hujan yang turun itu nampak jatuh halus- halus menimpa cermin keretanya. Sebab itu dia tidak nampak pandangan jauh di hadapan. Walaupun tengah malam masih ada juga kereta lalu lalang sama ada di jalan menuju ke Seremban, begitu juga jalan menuju ke Kuala Lumpur. Kadang-kala dia perlu juga berhati-hati kerana ada tempat-tempatnya jalan sedang dibaiki. Berjalan berkereta pada waktu malam mata mesti cekap memerhati. Tidak terasa pula mengantuk pada Razi. Untuk menghilangkan rasa mengantuk dia membunyikan
radio.Setidak-tidaknya
boleh juga mendengar siaran warta berita pendek atau ada juga lagu-lagu hiburan. Kalau dipasang kaset lagunya balik-balik itu
saja. Lagi pun Razi lebih gemar mendengar radio dari kaset, kecuali kalau berjalan bersama isterinya, Ani lebih gemar mendengar kaset. Melepasi saja simpang ke Bangi, Razi nampak dari cahaya lampu keretanya seorang pemuda menahan keretanya. Ternyata pemuda itu di dalam kesusahan kerana motorsikalnya rosak. Dia cam betul bahawa pemuda itu adalah penunggang motorsikal yang memotong keretanya tadi. "Tolonglah saya bang" kata pemuda itu merayu "Sampai kat simpang Nilai cukuplah" ujarnya mahu menumpang kereta Razi. Mula-mula curiga juga Razi, mana tahu perompak yang sengaja menyamar meminta pertolongan. Kemudian apabila sampai di pertengahan jalan kawan- kawannya sudah menunggu. Sudah tentu dia terperangkap dengan tipu muslihat perompak begini. Bagaimanapun dia sudah behenti apabila ditahan oleh pemuda berkenaan. Serba salah juga dia kalau menolak permintaan pemuda itu. "Janganlah takut bang, saya bukannya budak jahat" dia semacam tahu apa yang difikirkan oleh Razi. "Motor saya buat hal pulak, saya nak balik ke Nilai. Saya kerja Polis Bandaraya, janganlah abang bimbang" katanya membuka jaket hitamnya. Memang benar dia memakai uniform polis bandaraya. Setelah merasa yakin pemuda itu tidak berbohong, dia pun membenarkannya
menumpang. "Nanti, saya letakkan motor saya ke dalam sikit" katanya tersengih menampakkan giginya yang rongak. Kemudian dia menolak motorsikal itu ke lorong tempat jual buah- buahan. Setelah merasakan motorsikalnya selamat dan tidak akan diusik orang, pemuda itu naik ke kereta Razi. "Malam-malam macam ni mana nak cari Formen" keluhnya lantas menghulurkan tangan bersalaman dengan Razi. "Nama saya Jenal, duduk kat Nilai. Berulang-alik aje kerja di Kuala Lumpur" jelasnya sambil membetulkan leher baju uniformnya. Jaket hitamnya diribanya saja. "Saya Razi" beritahu Razi perlahan. "Abang nak ke mana?" tanyanya pula. "Balik kampung" ujar Razi. "Kampung abang di mana?" dia menyandarkan badannya. "Pulau Sebang" beritahu Razi ramah. Dia sudah yakin bahawa pemuda itu seorang polis bandaraya, bukan perompak. "Berjalan malam macam ni, perompak saya tak takut" kata Jenal tersengih-sengih
menghadapkan mukanya kepada Razi. Jelas pada Razi giginya rongak apabila dia tersengih-sengih itu. "Habis awak takut apa?" Razi menduga. Dia tidak terus menjawab, tetapi kepalanya berlenggok- lenggok mengikut irama lagu di radio. "Awak takut apa?" ulangi Razi mahukan kepastian. Berjalan di waktu malam tentulah mereka bimbang perompak. Mana tahu mereka menanti di mana-mana, kerana perjalanan jauh seperti ini kereta tidak banyak lalu lalang. Kalau terjadi rompakan sesiapa pun sukar
mendapat bantuan segera. Apa lagi kalau kereta dilarikan nescaya mereka akan terlonta-lonta mencari pertolongan. Mungkin peronda lebuhraya ada membuat rondaan, tetapi mereka sukar mengesan kejadian-kejadian
sedemikian. "Awak tak takut perompak?" tanya Razi lagi. "Tak, saya tak takut" ujar Jenal terangguk- angguk. "Tapi, saya takut kalau ada hantu, mana kita boleh lawan dia, sebab dia makhluk halus" jelasnya macam ketakutan. "Jangan awak percaya benda-benda tahyol tu, Jenal" Razi menasihatkannya. Jenal terdiam bila Razi mengatakan dia tak percaya kepada tahyol. Dia merenung ke hadapan saja memerhati cermin kereta ditimpa titis-titis hujan yang
halus. "Kawan saya dah kena bang" beritahu Jenal perlahan seolah-olah mengingatkan sesuatu. "Dekat simpang Nilai itulah kawan saya kena. Dia pakai motorsikal sayalah, lalu di situ hari malam" katanya menyeringai menampakkan giginya yang rongak berkarat. Apabila dia mengangakan mulut terbau juga bau busuk wap mulutnya oleh Razi. Dia terangguk- angguk merenung cermin kereta ditimpa titis-titis hujan halus. Sekali-sekala Razi mengerling juga ke arahnya sambil tersenyum seolah-seolah mengejek pemuda itu yang percaya sangat cerita-cerita tahyol. Malah sejak di restoran tadi Razi sudah diceritakan perkara-perkara tahyol demikian. Hendak dikatakan dia tidak percaya langsung juga tidak boleh. Ketika anaknya selalu sakit-sakit saja, Ani mendesaknya berubat cara kampung. Sudah dibawa ke klinik pakar pun, namun doktor tidak dapat memberi jawapan yang tepat. Kepala anaknya tumbuh bisul yang boleh beralih-alih benjolnya. Apabila doktor mahu mengambil keputusan untuk dibedah saja, Ani berkeras tidak mahu. Dia bimbang anaknya akan cacat akal kerana sakit di kepala tidak boleh dipandang ringan. Ani mendesaknya supaya anaknya dibawa berubat di mana-mana. Kebetulan jirannya itu teman baik saya, maka teman baik itulah mengesyurkan Ani supaya menemui saya. Kebetulan pula dengan izin Allah, setelah saya doakan sedikit kemudian meminta dia menukar nama anaknya yang sedap didengar tetapi ertinya dalam Bahasa Melayu tidak berapa baik, mudah-mudahan sembuh pula. Budak itu sihat sampai sudah bersekolah pun tidak pernah lagi sakit. Sebab itulah dia 'agih'kan budak itu pada saya mengikut kepercayaan orang-orang Melayu di kampung.Tetapi kalau tidak di"agihkan' pun tak mengapa. Apa yang terjadi pada anaknya ini tidak pula dianggap tahyol oleh Razi, tapi kalau cerita-cerita lain terutamanya mengenai hantu saja cepat dia mengatakan tahyol. Dia tidaklah pula memberi alasan mengapa perkara itu tahyol, sebaliknya tidak percaya saja cerita-cerita mengenainya. Dengan Jenal pemuda gigi rongak yang menumpangnya itu pun Razi tetap dengan pendiriannya tidak percaya cerita-cerita tahyol itu. "Dekat simpang Nilai tu, memang selalu orang jumpa bang" tegas Jenal mahu meyakinkan Razi. "Kawan saya ditahan oleh perempuan kat situ. Dia bawa perempuan tu naik motor saya" dia menambah. Tersengih-sengih Razi mendengarnya cerita pemuda gigi rongak di sebelahnya. Mungkin pemuda itu sengaja mahu menakut-nakutkan dia saja, atau kerana terlalu percaya kepada cerita-ceriya tahyol. Mahu juga dia menempelak Jenal, tetapi tidak mahu pula mengecilkan hati kawan yang baru dikenalinya itu. "Lepas tu dia terbau wangi sangat" ujarnya tidak beralih memerhati cermin kereta ditimpa titis- titis hujan halus. "Apa lagi perempuan itu pun mengilai laaaa" katanya ketawa kecil hingga wap mulutnya berbau busuk. Cerita Jenal itu sudah kerapkali didengar oleh Razi. Masa makan malam di restoran tadi pun kawannya yang datang bersama kontraktor itu pun menceritakan perempuan menumpang motorsikal kawannya yang mahu balik ke Cheras. Sampai berhampiran dengan tanah perkuburan dia terbau wangi, kemudian perempuan yang membonceng
motorsikalnya itu mengilai terus hilang dari pandangan. Sebab itulah motorsikalnya terbabas melanggar batu di tepi jalan. Jenal juga mempunyai cerita yang seakan-akan sama, hanya tempat kejadian saja berlainan. Kawan Jenal itu juga jatuh terbabas melanggar tebing jalan setelah perempuan itu mengilai, kemudian hilang seolah-olah asap yang berkumpul ke udara. Seminggu kawannya itu terlantar di hospital besar Seremban. Sejak motorsikalnya itu kemalangan selalu saja motorsikalnya meragam. Tetapi Jenal tidak peduli. Kalau motorsikalnya meragam pada waktu tengah malam apabila balik dari kerja, memang dia tinggalkan saja di tepi jalan. Besokya baru dia datang menengok. Dia tidak bimbang kalau orang mahu mencuri motorsikalnya. Selagi motorsikalnya boleh dipakai dia tidak akan mengganti baru. "Sekarang cari duit susah, bang" beritahunya menjuihkan bibir. "Boleh pakai kita pakai dulu, rosak sikit-sikit kita repair" jelasnya tegas. Razi menggangguk. Dia setuju juga dengan pendapat Jenal. Lebih baik dibaiki saja motorsikalnya kalau boleh digunakan. Lainlah kalau rosaknya sudah terlalu teruk, memang elok ditukar baru kalau duitnya mencukupi. Dalam masa duit perlu digunakan kepada hal-hal yang lebih manafaat, perkara menukar motorsikal itu memang baik
dikemudiankan. Tidak sangka pula dia bertemu kawan yang ramah di jalan. Kalau tidak ada Jenal menumpangnya, mungkin dia kesunyian juga. Ada Jenal di situ, ada jugalah kawan untuk dilawan berbual. Tidaklah sunyi sangat, walaupun Jenal lebih suka bercakap mengenai cerita-cerita tahyol saja. "Sekarang dah dekat dengan simpang Nilai bang" Jenal menepuk bahu Razi. "Abang tak payah hantar saya ke dalam, turun kat simpang cukuplah" dia merendahkan diri. "Tak apa, kalau jauh ke dalam biarlah saya hantar" Razi menawarkan diri. "Tak apalah bang, terima kasih sangatlah. Rumah saya dekat aje dari simpang tu" katanya. "Awak tak takut ke apa-apa?" Razi cuba mengusik. Jenal tertawa terbahak-bahak usikan Razi.
Dia seolah-olah tahu Razi sengaja mempersendakan ceritanya tadi. Tetapi dia tidak berkecil hati. Dia tetap melayan dengan mesra usikan Razi itu. "Kalau langsuyar tu perempuan, lebih baik saya pinang aje, buat apa takut" dia masih ketawa terkekeh- kekeh. Razi juga ketawa dengan telatah kawan barunya itu. Tidak sangka pula Jenal pandai bergurau. Dari tutur katanya memang dia percaya Jenal seorang yang ramah dan mudah dijadikan kawan. Ada saja cerita hendak dibualkannya. Simpang ke Nilai kira-kira masih ada 500 meter di hadapan. Kasihan juga hati Razi kalau mahu menurunkan Jenal di kepala simpang. Apalah salahnya kalau dia menolong sesama insan tatkala dia memerlukan pertolongan demikian. Hari sudah jauh malam sudah tentulah dia keseorangan mahu berjalan merempuh kegelapan, di samping hujan turun renyai-
renyai. Masakan Jenal budak jahat mahu merompak dia, dengan kawan-kawannya sudah menunggu di kepala simpang tersebut. Lagi pun apa sangat mahu dirompak oleh Jenal darinya. Perompak juga bukanlah merompak tidak mengira mangsa, mereka tentunya merompak mangsa yang telah diekori terlebih dulu. Mereka sudah tahu berapa hasil rompakannya apabila menahan mangsanya. Sebab itulah dia bersedia untuk menghantar Jenal sampai ke pekan Nilai. Lagipun pekan Nilai tidaklah jauh dari simpang tersebut. Selepas menghantar Jenal dia boleh balik semula untuk terus ke Pulau Sebang. "Saya boleh hantarkan awak, hari hujan tu..." beritahu Razi bila sudah ternampak papan tanda menunjukkan simpang ke Nilai lebih kurang 500 kilometer. "Tak apalah bang, hati abang ni cukup baik sangat. Cukuplah turunkan saya di kepala simpang" Jenal tetap merendahkan diri. "Tak takut perempuan tunggu di situ?" Razi tersengih-sengih mengusiknya. "Ah, saya dah biasa dengan hantu-hantu ni, bang" dia tiba-tiba tertawa terbahak-bahak. "Awak pernah tengok hantu ke?" tanya Razi selamba. "Memang pernah bang" beritahu Jenal masih juga tertawa. "Macam mana rupanya?" Razi sengaja mengusik lagi. "Macam sayalah" katanya ketawa lebih nyaring. Razi berpaling melihat Jenal, kerana pemuda itu mengatakan rupa hantu seperti rupanya. Ketawanya nyaring tidak sama seperti mula-mula tadi.
Apabila Razi melihat Jenal hatinya berdebar. Pemuda di
sebelahnya tadi sudah berbau lebih busuk, matanya macam bola api di kaca, tulang pipinya tersembul keluar, rambutnya ada tompok- tompok darah. Kepalanya seolah-olah tengkorak yang mengerikan. Terpaku Razi melihat kawan di sebelahnya itu. Dia
tidak dapat mengawal keretanya lagi, lantas merempuh batu divider jalan. Keretanya melambung sampai lima enam kali terbalik. Esoknya bila saya dan keluarga pergi ke majlis perkahwinan adik Ani di Pulau Sebang, saya diberitahu Razi terlibat dalam kemalangan semasa balik pada sebelah malamnya. Majlis perkahwinan itu diteruskan juga walaupun Razi dimasukkan ke hospital besar Seremban. Selepas majlis perkahwinan itu, saya bersama-sama Ani melawat Razi di hospital. Ketika saya sampai Razi sudah sedar. Dia sudah boleh berkata-kata walaupun kakinya bersimen. Kepalanya juga cedera dan masih berbalut. Bagaimanapun dia sempat menceritakan
pengalamannya itu kepada saya. "Itulah awak, sikit- sikit tahyol, sikit-sikit tahyol" Ani mengejek dia. Tetapi Razi tidak menyahut. Dia mula memikirkan tentang cerita- cerita yang dikatakkan tahyol sebelum ini. Sepanjang dia bercerita dengan saya itu, dia seolah- olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. "Macam rasa mimpi aje, Ustaz" katanya menahan kesakitan yang dideritainya. Saya hanya tersenyum saja mendengar ceritaya. Kerana perkara- perkara demikian memang sukar mahu diceritakan kepada orang lain, kecuali orang yang pernah mengalaminya saja dapat memahaminya. "Ada orang cakap, tempat saya jumpa budak tu, tempat orang mati eksiden motorsikal dulu. Dah ada juga dua tiga orang terjumpa hal macam saya ni" jelas Razi lagi macam kesal sangat mengambil keputusan terburu-buru balik pada sebelah malam tadinya. Saya mengangguk- anggukkan kepala saja, kerana ceritanya seperti Razi ini, tidak ada yang mustahilnya kepada saya. Semua boleh berlaku dengan izin Allah. TAMAT

16. TOK AWANG NGAH - LEMBAGA GHAIB DI BALIK LANGSIR

$
0
0
Kebimbangan dan ketakutan penduduk- penduduk di kampung di Chenor sudah diberitahu kepada ketua kampung mengenai ada lembaga menceroboh masuk ke dalam rumah, tetapi boleh menghilangkan diri apabila mangsanya terjaga dari tidur. Bagaimanapun ketua kampung enggan melaporkan kepada polis kerana perkara itu belum sahih. Setengahnya mengatakan orang minyak, tetapi mangsa yang pernah diceroboh tidak pula mengatakan orang minyak. Katanya, lelaki biasa berdiri dekat tempat tidurnya, kemudian hilang di sebalik langsir tingkap, sedangkan tingkap masih berkunci rapat dari dalam. Ketua kampung menyuruh beberapa orang pemuda kampung berkawal
malam bagi memerangkap penceroboh berkenaan, tetapi sudah 10 hari mereka berkawal gangguan penceroboh itu masih juga mengancam. Dia sempat naik ke rumah Derih Gagap makan minum sebelum tidur berbaring di sebelah isteri Derih Gagap. Dia telah menanggalkan pakaian Kak Senah, tetapi tidak melakukan apa-apa. Apabila tersedar dari tidurnya kira-kira jam 11 malam, Kak Senah mendapati pakaiannya sudah dilucutkan, manakala lelaki itu terbaring di sebelahnya
terlentang.Disebabkan
cahaya lampu pelita samar- samar Kak Senah tidak cam mukanya, sebaliknya dia hanya menjerit saja sekuat hati. Ketika ini Derih Gagap ikut sama berkawal. Lelaki itu tidak tergopoh-gopoh lari. Dia hanya berjalan longlai kemudian melompat ke atas
tingkap. Dia hilang di sebalik langsir tingkap, walaupun tingkap berkunci dari dalam. Kak Senah memang tidak dapat bangun untuk memukul lelaki berkenaan kerana pakaiannya sudah terlucut. Kelam kabut pula dia menarik cadar tilam untuk membungkus tubuhnya. Kak Senah mengaku dia tidak dicabul oleh lembaga tersebut. Bukan Kak Senah saja, malah Jenab, Mirah, Ibah, Seli yang pernah diceroboh juga mengaku tidak dinodai oleh lelaki yang melucutkan pakaiannya itu. Dia hanya berbaring saja dan lari menghilangkan diri apabila mangsanya terjaga dari tidur. Puas juga ketua kampung memikirkan apakah bencana yang menimpa kampungnya. Untuk dilaporkan pada polis pula, perkara sia-sia saja kerana tidak ada bukti. Malah dia pula akan dimarahi oleh penghulu Mukim kerana seolah-olah mengadakan cerita saja dan mahu menyusahkan pihak polis. "Ini perbuatan orang biasa " kata Aki Kidam apabila diberitahu oleh Derih Gagap mengenai rumahnya yang diceroboh. "Inilah padahnya menuntut ilmu syaitan , buat saja apa yang disuruh syaitan" dia mencemuh. "Kalau dapat aku hentak kepala dia" Derih Gagap menggertap bibirnya. Aki Kidam tersenyum mendengar kata-kata Derih Gagap yang terlalu geram kerana rumahnya diceroboh. Mujurlah isterinya tidak ternoda. Bagaimanapun dia merasa malu juga lelaki itu berani tidur di sebelah isterinya . Kalau lelaki itu berani menunjukkan diri,memang dia akan tumbuk mukanya . Siapa kalah siapa menang dia tidak peduli. Dia menjadi lelaki dayus kalau membiarkan isterinya ditiduri oleh lelaki lain, sekalipun lelaki itu tidak menodainya. Sebab itulah Derih Gagap meminta nasihat Aki Kidam bagaimana mahu menentang penceroboh tersebut. "Mau melawan orang gunakan ilmu setan, jangan cepat marah" ujar Aki Kidam mengingatkan dia. " Setan memang suka kita marah, sebab dia boleh melemahkan kalau kita cepat marah" Aki Kidam tersengih-sengih melihat Derih Gagap yang terlalu marah dengan peristiwa isterinya diceroboh oleh lelaki tersebut. Di rumah Jenab juga berlaku sebelum rumah Derih Gagap dinaiki oleh lelaki berkenaan. Ketika ini suami Jenab, Safar Iguk ada tidur di sebelahnya. Lelaki itu boleh tidur di sebelah Jenab sedangkan Safar Iguk ada tidur di situ. Safar Iguk hanya terkebil-kebil biji mata melihat lelaki itu melucutkan pakaian isterinya, kemudian tidur di sebelahnya. Hanya apabila Jenab menjerit barulah Safar Iguk boleh bangun, tetapi sudah lambat bertindak. Dia nampak lelaki itu terjun ikut tingkap. Sebaliknya apabila diperiksa tingkap itu ternyata masih berkunci kuat dari dalam. "Safar Iguk macam kena pukau, sampai dia tak cam orang tu" rungut Derih Gagap masih tidak dapat menahan sabar. "Memang dia pakai pukau" sahut Aki Kidam perlahan. "Dia nak mencubakan ilmunya, itu aje" katanya menambah. "Anjang Hak adalah bagi tangkal" beritahu Derih Gagap menunjukkan kain kuning selebar dua jari kepada Aki Kidam. Aki Kidam hanya mengerling saja kain kuning yang dikatakan tangkal itu. Dia tidak pun mencapai untuk membeleknya. "Emmm, simpanlah tangkal tu" Aki Kidam menyuruh Derih Gagap menyimpan tangkal yang diberi Anjang Hak itu baik- baik. Orang-orang kampung semua diberi oleh Anjang Hak tangkal yang bertulis ayat dari Surah Al- Qalam, disuruh pakai waktu tidur. Setelah diberi tangkal oleh Anjang Hak pun, masih juga ada gangguan. Malah rumah-rumah yang pernah dicerobohnya juga dinaiki lagi. Bagaimanapun dia tidaklah mengganggu tangkal yang diikat pada lengan. "Nampaknya dah melampau ni" keluh Usup Kecih ketika minum di kedai
kopi Sidin Bular. "Dah tak dapat ditahan-tahan lagi. Lat-lat dua tiga malam dia menceroboh juga, walaupun
kita berkawal" katanya menggertap bibir. "Hai kita berkawal malam, rumah kita pula dicerobohnya" ujar Derih Gagap menggertap bibir. "Tak boleh jadi macam ni" sampuk Sidin Bular tercongok tidak jauh dari Derih Gagap. Semua orang kampung bercerita mengenai gangguan ini di mana-mana saja. Perempuan-perempuanlah
yang berada dalam ketakutan. Mereka mahu membasuh ke sungai atau ke telaga juga menjadi takut. Di samping itu cerita mengenai lelaki menceroboh
itu berlaku juga di lain-lain kampung seperti Kampung Awah, di Kampung Belawan dan lain-lain. Malah ada orang datang dari Pelangai juga menceritakan juga lelaki seperti itu mengganggu juga di Pelangai dan di Mancis. Sejauh mana dakwaan itu benar tidak pula diketahui kerana tidak siapa pun yang membuat aduan kepada polis. "Kita repot aje pada polis" Usup Kecih mencadangkan. "Ketua kampung kata jangan..." cepat saja Derih Gagap menegah. "Kita tak boleh biarkan" gerutu Usup Kecih tidak puas hati dengan ketua kampung tidak mahu membuat aduan kepada polis. "Saya setuju dengan ketua kampung" sahut Sidin Bular pula. "Kalau perkara ini dah lepas ke tangan polis, habis budak-budak tak bersalah pun kena tangkap, kena soal. Orang yang bersalah tetap terlepas juga. Lebih baik kita bersabar untuk menangkapnya" dia terangguk-angguk macam mempertahankan pendirian ketua kampung. "Sampai habis orang kampung kena perkosa?" Usup Kecih mencemuh. "Takat ni, belum ada yang kena" kata Sidin Bular macam memujuk supaya Usup Kecih bersabar. Ketakutan seperti ini pernah juga berlaku di kampung Hulu Cenderak di Jelebu dalam Negeri Sembilan. Pernah juga berlaku di Segamat, Johor. Orang-orang di Cangkat Jong di Teluk Intan pun pernah juga gempar dengan cerita-cerita seperti ini. Tetapi semuanya disenyapkan saja oleh penduduk-penduduk
kampung hingga akhirnya gangguan itu lenyap begitu saja. Memang benarlah kata Aki Kidam, mereka yang melakukan perbuatan itu untuk menguji ilmu yang dituntutnya. Apabila amalan itu sudah sempurna mereka pun tidaklah lagi melakukannya. Inilah sebahagian dari ilmu-ilmu yang di dampingi oleh syaitan yang masih menjadi kegemaran orang-orang yang mengejar ilmu kebatinan dengan tidak berpandukan kepada ajaran islam. Demikian kata Aki Kidam semasa berbual-bual dengan saya di pondok buruknya. Aki Kidam memberitahu saya peristiwa yang berlaku ketika dia tinggal di Chenor dulu memang diketahui siapa yang melakukannya. Tetapi orang-orang kampung tidak tahu siapa yang melakukan kerana orang berkenaan bukan dari kampung tersebut. Setelah dapat ditangkap oleh Aki Kidam, dia melepaskan semula pemuda berkenaan. Sejak itu tidaklah berlaku lagi gangguan menceroboh rumah orang di situ. "Buat apa Ustaz nak tanya hal-hal macam tu, Aki rasa Ustaz lebih banyak mengetahui" dia enggan menceritakan kepada saya bagaimana dia boleh menangkap pemuda yang menceroboh itu. "Saya ni mencari-cari saya tak mengetahui" balas saya perlahan. Kadang- kadang saya malu bila orang
tua-tua seperti Aki Kidam ini menganggap saya lebih mengetahui darinya, padahal orang-orang kampung semua tahu mengenai kebolehan dia selama ini. Memang saya sudah mengenali Aki Kidam sejak dia berpindah ke situ. Ketika
tingal di Chenor, Pahang katanya dia bertukang kayu. Tetapi selepas uzur dan tidak berupaya lagi membuat kerja-kerja berat, Aki Kidam berpindah ke kampung yang didiami sekarang. Dia berpindah ke situ kerana mengikut anak saudara isterinya, dan dia sudah pun membeli sekeping tanah sawah di situ. Jadi, dia menceritakan kisahnya di Chenor itu pun, kerana saya mendesak sangat mahu mendengar kisah dia berjaya menghindar bencana tersebut. Anak Derih Gagap yang berkawan dengan saya di Kuala Lumpur itu memberitahu saya mengenai peristiwa tersebut. Dan dialah memberitahu mengenai Aki Kidam yang didengarnya khabar sudah berpindah ke kampung yang kami tujui itu. Dengan adanya Tumin anak Derih Gagap tidaklah dapat Aki Kidam menyembunyikan kisah dia di Chenor dulu. "Inilah Tumin, Aki. Tumin ini anak Derih Gagap yang Aki tolong tu" jelas Tumin mengingatkan dia. Disebabkan Tumin ada bersama saya, mahu tidak mahu Aki Kidam mengakui juga yang dia bertanggunggjawab
menangkap pemuda yang melakukan perbuatan menceroboh rumah orang itu. Mula-mula Derih Gagap mahu memenggal leher pemuda berkenaan, tetapi dilarang oleh Aki Kidam. Itulah syaratnya kalau mahu pertolongan dari Aki Kidam. Setelah orang-orang kampung kelam kabut dengan bencana menimpa mereka, Derih Gagap bersama ketua kampung menemui Aki Kidam yang pada masa itu bertukang membuat rumah. Satu hari kakinya telah terpijak paku menyebabkan kakinya membengkak dan tidak dapat dipijakkan. Aki Kidam mengambil minyak kelapa yang direndamkan dengan paku, kemudian dia mendoakan sesuatu. Lepas itu disuruhnya gosok pada bahagian ditusuk paku itu. Sebaik saja disapu minyak tersebut Derih Gagap boleh memijakkan tumitnya semula. Sakit pada bahagian ditusuk paku itu juga berkurangan. Tiga hari kemudian luka tusukan paku tidak menyakitkan lagi. Sejak itulah Derih Gagap sering menemui Aki Kidam kalau dia sakit atau memerlukan doa orang tua itu. Ketua kampung bersetuju dengan cadangan Derih Gagap untuk menemui Aki Kidam. Dalam pertemuan itu ketua kampung juga bersetuju dengan syarat yang diberi oleh Aki Kidam supaya tidak memberitahu orang kampung, apakah yang harus dibuatnya. Sementara itu dia menyuruh semua orang memakai tangkal yang diberi oleh Anjang Hak. Malah apa yang disuruh buat oleh Anjang Hak juga mereka lakukan seperti yang diingatkan oleh
ketua kampung. Mereka dikehendaki merentang benang hitam pada tiap-tiap tingkap dan pintu. Kata Anjang Hak sekiranya orang itu menceroboh juga dia akan dapat dilihat, ilmu ghaib tidak akan menjadi lagi. Lebih sebulan mereka melakukan seperti yang disuruh oleh Anjang Hak iaitu merentangkan benang hitam pada pintu dan tingkap, sejak itu lenyaplah cerita lelaki menceroboh itu. Setahu orang-orang kampung usaha Anjang Hak itulah yang membantu mereka menghindarkan malapetaka itu. Rahsia sebenarnya hanya diketahui oleh ketua kampung dan Derih Gagap. Mereka berdua teguh memegang janji dengan Aki Kidam supaya tidak memberitahu mengenai usaha Aki Kidam itu kepada orang-orang kampung. Sudah berpuluh tahun berlalu barulah Derih Gagap menceritakan pada anaknya Tumin. Dialah berpesan kepada Tumin supaya menjengok-jengok orang tua itu kalau masih hidup. Puas juga Tumin mencari barulah ditemuinya orang tua itu. Dia pula mengajak saya menemui orang tua tersebut, kerana dia tahu saya sangat gemar menemui orang tua seperti Aki Kidam ini. Aki Kidam sudah dapat mengagak bahwa kekacauan di kampung tempat dia menumpang itu dilakukan oleh orang yang baru mencuba amalannya. Walaupun setakat itu lelaki berkenaan belum melakukan kejahatan, tetapi ianya amat membimbangkan orang- orang kampung. Memang Aki Kidam tahu bahwa amalan itu tidak boleh mencabul kehormatan mangsanya. Dia
hanya dikehendaki melucutkan pakaian mangsanya dan berbaring di sebelahnya beberapa ketika sehingga mangsanya terjaga
dari tidur. Jika itu berjaya dilakukannya barulah amalannya dikira berjaya sepenuhnya. Bagi Aki Kidam amalan itu bukanlah asing kepadanya. Malah dia juga pernah melakukannya, tetapi tidak mahu diteruskan kerana diketahuinya bertentangan dengan ajaran islam. "Ilmu ini tidak memberi manafaat, kecuali untuk tujuan jahat dan ditunggang oleh setan" katanya menyesali perbuatan pemuda itu. Kelebihan pada pemuda itu sudah dapat dirasakan oleh Aki Kidam. Di mana saja ada bahagian yang boleh lulus angin, maka di situlah dia boleh masuk. Oleh itu tidak semestinya dia masuk melalui tingkap atau pintu saja. Pemuda itu itu boleh masuk ke dalam rumah melalui celah-celah dinding juga. "Tetapi tiap-tiap ilmu setan, ada kelemahannya. Kita mesti cari tempat lemahnya" jelas Aki Kidam. Dia tidak menerangkan di mana kelemahan yang mesti dicari. Tetapi setakat ini memang Derih Gagap tahu bahawa rumah Aki Kidam tidak pernah diganggu oleh lelaki tersebut. Malah semasa orang-orang kampung heboh dengan pencuri, rumah Aki Kidam tidak pernah diganggu. Pernah juga Usup Kecih mengesyaki perbuatan Aki Kidam, sebab itulah rumahnya tidak diganggu. Aki Kidam hanya mengajak ketua kampung dan Derih Gagap saja berkawal malam. Orang- orang lain hanya disuruh menunggu rumah masing- masing saja setelah mendapat tangkal dari Anjang Hak. Malam pertama mereka bertiga berkawal, tidak ada tanda lelaki berkenaan masuk menceroboh. Ketua kampung dan Derih Gagap dibawa oleh Aki Kidam berjalan di sekeliling kampung, dan menunggu di jalan masuk ke kampung itu. Setelah jam 12 malam Aki Kidam mendapati tidak ada apa-apa tanda. Dia pun mengajak kedua-dua rakannya itu balik saja. Tiga malam berkawal masih belum ada tanda- tanda yang diagak oleh Aki Kidam. Dalam masa tiga malam itu juga tidak ada orang yang gempar kerana diceroboh. "Agaknya dia dah tahu kita berkawal" bisik Derih Gagap. "Boleh jadi juga" Aki Kidam mengangguk. Orang seperti itu memang ada gerak sendiri. Sekiranya dia mendapati nahas di pertengahan jalan, dia tidak akan meneruskan perbuatannya. Dia akan menunggu orang-orang kampung terlalai barulah dia
bertindak semula. "Aki kena usahakan juga, hindarkan dia dari mengganggu" ujar ketua kampung gelisah dengan bencana yang menimpa kampungnya. "Kalau tak dapat kita halang, orang- orang kampung tak senang nak buat itu dan ini" katanya dengan penuh harapan. Aki Kidam menggigit ibu jarinya macam memikirkan sesuatu, tetapi sebenarnya ada petua dia lakukan demikian. "Kita lorongkan dia ke rumah kau
ajelah Derih" Aki Kidam tersengih-sengih. Mula-mula Derih Gagap gelisah juga dengan permintaan Aki Kidam itu. Mana tahu pemuda itu lebih dari Aki Kidam. Orang jahat mesti ada muslihatnya sendiri untuk melepaskan diri. Tetapi kerana nekadnya
untuk mengetahui apakah kesudahan penceroboh itu dia bersetuju dengan apa sahaja cadangan Aki Kidam. Mereka bertiga menuju ke rumah Derih Gagap. Samapai di kepala simpang Aki Kidam menghentakkan tumitmya tiga kali ke bumi, kemudian barulah mereka terus ke rumah Derih Gagap. Dia menegah Derih Gagap dari membangunkan isterinya, sebaliknya dia menyuruh Derih Gagap duduk di bawah rumah bersetentang dengan tempat isterinya tidur. Manakala ketua kampung duduk di bawah serambi. Derih Gagap nampak Aki Kidam mengelilingi rumahnya dengan mengguriskan kelengkeng ke tanah, sebanyak tiga kali pusing. Apakah yang dibuatnya mereka berdua tidak tahu. Lepas itu barulah Aki Kidam masuk ke bawah rumah di bahagian dapur. Sebelum itu dia berpesan kepada dua orang rakannya itu jangan buat apa-apa kalau terlihat sesuatu, kecuali apabila dia memberi isyarat supaya keluar dari bawah rumah. Kira-kira 1 jam mereka bertiga tercangkung di bawah rumah, barulah Derih Gagap terdengar bunyi orang mendehem. Pada mulanya dia menyangka Aki Kidam. Begitu juga ketua kampung,
dia menyangka Derih Gagap yang mendehem. Marah juga dia pada Derih Gagap kerana melanggar arahan Aki Kidam supaya jangan berbunyi sedikit pun. Tetapi jelas bunyi orang mendehem itu jauh di luar kawasan rumah. Kemudian dehemnya lebih kuat kerana sudah dekat dengan kawasan rumah. Lepas itu terdengar pula bunyi pasir diserakkan ke atas bumbung rumah itu sebanyak tiga kali. Tetapi Derih Gagap belum melihat sesiapapun melakukan perbuatan itu. Bagaimanapun dia tetap memegang teguh amaran Aki Kidam supaya jangan berbunyi sedikit pun kalau terdengar atau terlihat sesuatu yang ganjil. Dia memerhati ke arah bawah rumah serambi, ketua kampung mengangkat tangan sambil meletakkan jari telunjuk ke mulut menyuruh dia mendiamkan diri. Apabila melihat ke bawah rumah di bahagian dapur, Aki Kidam juga menyuruh dia mendiamkan diri. Barulah lega hati Derih Gagap, kerana dia yakin penceroboh itu tidak akan dapat lagi masuk ke rumahnya. Setelah beberapa minit bunyi pasir dilemparkan ke atas atap itu
berhenti, sekali lagi terdengar orang mendehem tiga kali. Kemudian barulah ternampak oleh Derih Gagap, seorang lelaki berjalan mengelilingi rumahnya di dalam kawasan yang diguris oleh Aki Kidam sebelum tadi. Lelaki itu memakai seluar hitam dan berbaju teluk belanga biru tua, berjalan saja sambil matanya terlangah-langah seperti mencari sesuatu. Dia berlegar-legar saja di sekeliling rumah, tetapi tidak terkeluar dari kawasan yang diguris oleh Aki Kidam dengan kelengkengnya. Selepas itu barulah Aki Kidam merangkak mendapatkan Derih Gagap. Mereka berdua terus pula mendapatkan ketua kampung di bawah rumah serambi. "Biarlah dulu, tak ke mana larinya" bisik Aki Kidam mengeluarkan rokok dari sakunya. Dia menghisap rokok macam tidak menghiraukan lelaki di halaman rumah berlegar- legar. "Biar aku ajar dia, Aki" ujar Derih Gagap menyimpan dendam. "Hah, kau dah lupa Derih...!" Aki Kidam mengingatkan. "Betullah kau ni tak sabar kan dek apa" ketua kampung memarahinya, menyebabkan Derih Gagap terdiam. Memang dendamnya masih membara kerana pemuda berkenaan telah tidur berbaring di sebelah isterinya, walaupun dia tidak memperkosa tetapi sudah tentu mencabar
dirinya sebagai seorang lelaki. Kalaulah tidak mengenangkan janjinya dengan Aki Kidam, memang
dia tidak dapat bersabar. Tetapi janji itu mesti dipegang teguh kerana masalah yang dihadapi bukanlah dirinya seorang, sebaliknya untuk kepentingan semua penduduk-penduduk
kampung. Bila mengenangkan hal-hal seperti ini, Derih Gagap terpaksa menahan perasaan dendamnya yang terbuku di hatinya. Mereka bersama- sama menghisap rokok daun yang dibawa oleh Aki Kidam dengan tidak memperdulikan lelaki itu berpusing-pusing sekeliling rumah. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku di situ. Derih Gagap bersandar kepada sendi tiang, terlelap juga beberapa ketika sampai ke pagi. Dia tertunggu-tunggu juga apa yang akan dilakukan oleh Aki Kidam seterusnya. Setelah pagi cerah, barulah mereka bertiga keluar dari bawah rumah. Aki Kidam mengajak mereka berdua sembahyang
subuh saja di rumah Derih Gagap, kemudian sembahyang sunat syukur. Sebelum itu Derih Gagap sudah membangunkan isterinya supaya perempuan itu tidak terkejut. Dia membisikkan tentang lelaki yang sedang berlegar-legar di sekeliling rumahnya. "Memang dia tu laa" bisik Kak Senah pada Derih Gagap apabila terlihat lelaki itu melalui tingkap. "Sudah, kau masak air. Nanti buatkan kopi pekat untuknya. Aki Kidam yang suruh buat macam tu" dia memberitahu isterinya. Perempuan itu tidak membantah. Dia terus ke dapur untuk memasak air seperti yang disuruh suaminya. Lagi pun ketua kampung akan membuat keputusan mengenai lelaki yang sudah dikira masuk perangkap itu. Tetapi dari raut mukanya, Kak Senah tidak mengenali lelaki berkenaan. Ternyata dia bukanlah berasal dari kampung tersebut. Setelah selesai sembahyang, Aki Kidam duduk di muka tangga dengan berjuntai kaki. Apabila lelaki itu melintas di depan halaman , Aki Kidam memukul kedua-dua lututnya dengan penumbuk. Lelaki itu tiba- tiba berhenti dan berpusing mengadap Aki Kidam di muka tangga. "Hai, nak kemana awak ni?" tegur Aki Kidam memerhati lelaki yang berumur kira-kira 25 tahun itu. "Nak cari jalan keluar, sekeliling ni tembok batu. Entah mana pintunya tak jumpa" sahut lelaki itu lemah. "Awak ni siapa, datang dari mana?" Aki Kidam bertanya, manakala ketua kampung dan Derih Gagap sudah tercegat di belakangnya. Kak Senah juga berdiri di tingkap keheranan melihat peristiwa tersebut. "Nama saya Johar dari Kampung Pesagi" ujarnya ketakutan. "Hah, jauh awak ke mari" kata Aki Kidam macam mengejek. Pemuda itu terdiam. Dia terkelip- kelip mata mendongak ke arah Aki Kidam yang masih duduk di muka pintu dengan dua tapak tangannya menekan kepala lutut. "Tolonglah lepaskan saya, saya minta ampun" dia
terketar-ketar meminta perlindungan. "Naiklah dulu..." Aki Kidam menyuruhnya naik. Dia tidak membantah dan terus naik ke rumah. Kemudian dia menyuruh Kak Senah mengeluarkan kopi O. Mereka berempat pun minumlah bersama- sama. Setelah disoal oleh ketua kampung pemuda bernama Johar itu mengaku telah melakukan perbuatan tersebut. Dia telah menuntut
satu ilmu kebatinan yang mengikut pesan gurunya mesti melakukan perbuatan tersebut sampai genap 44 malam. "Awak berjanji tak ganggu lagi kampung ni!" kata Aki Kidam. Pemuda itu mengangguk. Dia juga melihat ke tengah halaman, tidak ada tembok batu yang dikatakannya itu. Barulah dia menyedari bahawa ilmu setan yang dituntutnya boleh dikalahkan juga. "Ilmu setan boleh dikalahkan, kerana ianya terbatas" ujar Aki Kidam mengingatkan dia. "Tetapi ilmu Allah tidak dapat dikalahkan oleh sesiapapun, apatah lagi oleh setan. Ilmu Allah meliputi tujuh petala langit tujuh petala bumi dengan tidak ada batasnya" dia menasihatkan pemuda berkenaan. Selepas itu dia menyuruh pemuda itu balik ke kampungnya dengan tidak membenarkan Derih Gagap membalas dendam. Sejak itu tidak ada lagi gangguan seperti itu di kampung tersebut. Memang menjadi syaratnya orang yang ditawan secara demikian tidak boleh dicederakan, sebaliknya diberi makan dan wang sebanyak dua ringgit sebagai sedekah. "Insya Allah, dia akan insaf dan kembali kepada jalan Allah" beritahu Aki Kidam menutup ceritanya kepada saya dan Tumin.

Wanita Misteri Bersama Bayi

$
0
0
Bunyi dentuman petir yang
kuat diikuti dengan kilat
sabung menyabung
mengejutkan Mazni yang
sedang leka mengulang kaji
pelajaran. Pucat lesi muka anak dara berusia 17
tahun itu kerana terperanjat.
Mazni bingkas
bangun. Rasa takut
menyelubungi segenap
sanubari gadis manis berambut ikal
mayang itu. Bunyi desiran air
hujan di malam hari tu tambah
meresahkan
hatinya menyebabkan Mazni
berasa tidak bertahan lama di biliknya . Tanpa menutup lampu bilik dia
terus ke ruang tamu dan
duduk memeluk
tubuh di sofa. Matanya
merenung jauh entah ke mana.
Malam itu Mazni sendirian di rumah. Ibu dan
ayah serta dua orang adiknya
ke rumah Pak
Langnya ada kenduri doa
selamat pada malam itu.
Mazni enggan pergi dengan alasan hendak mengulangkaji
pelajaran kerana
peperiksaan Sijil Peperiksaan
Malaysia sudah hampir.
Sebelum pergi, ibunya
mengingatkan bahawa mereka mungkin pulang agak
lewat kerana mahu
menolong apa yang patut.
Ibunya juga berpesan agar
Mazni tidak lupa
mengunci semua pintu dan tingkap . Sebaik sahaja mereka
pergi, Mazni
segera mengunci pintu dan
tingkap. Kemudian dia terus
berkurung di dalam
biliknya dan mengulang kaji pelajaran. Ketika sedang asyik
menelaah, hujan
turun dengan lebatnya
diselangi kilat sabung-
meyabung. Kesunyian yang
begitu mencengkam tiba-tiba mengundang resah dan takut
di hati Mazni. Jam menunjukkan pukul 11.30
malam .
Mazni masih bertelekup di
sofa. Hendak menonton
televisyen bagi
menghilangkan kesunyian, kilat dan petir yang masih
berdentum dan sabung-
menyabung menyebabkan
hasratnya itu terhalang. Saat
itu timbul rasa kesal
kerana menolak pelawaan ibu dan ayahnya tadi. AH
kenapalah lambat sangat
ayah dan ibu balik ni?
keluhnya untuk sekelian kali.
Untuk menghilangkan rasa
takut, Mazni membaca ayat Kursi dan beberapa ayat al-
Quran yang lain . Namun rasa cemas yang tak
kunjung hilang itu
menyebabkan dia akhirnya
mengambil keputusan untuk
tidur.
Baru sahaja hendak merebahkan badan Mazni
terdengar satu dentuman
yang sangat kuat . Untuk
menyedapkan hati dia
membuat andaian itu adalah
bunyi petir. Tiba tiba telinganya menangkap bunyi
pintu rumah diketuk orang.
Apabila dibuka tiada sesiapa di
luar. Mazni menutup semula
pintu tetapi
ketukan berbunyi lagi. Sebaik sahaja pintu dibuka, mazni
melihat seorang
wanita berusia dalam
lingkungan dua puluhan
berdiri di depannya. Wanita
itu basah kuyup dan dia mengendong seorang bayi.
Bajunya koyak dan ada
kesan darah. Maaf, kereta
kakak rosak terlanggar
pembahagi jalan di simpang
sana. Boleh kakak tumpang berteduh sebentar dik? kata
wanita itu memecah
kesunyian. Suaranya begitu
perlahan hampir tak
kedengaran. EH, masuklah
kak, kata mazni seolah-olah baru tersedar dari khayalan.
Setelah mempersilakan wanita
itu duduk di sofa, Mazni lantas
ke bilik ibunya
mancari pakaian untuk
mengantikkan pakaian wanita itu yang lencun dek
hujan. Juga mencari tuala bagi
membalut tubuh anak wanita
itu. Sementara
wanita itu bersalin pakaian,
Mazni bergegas ke dapur menyediakan
minuman panas untuk
mereka . Maaf menyusahkan
adik, kata wanita tadi
sebaik sahaja mazni
meletakkan secawan nescafe panas di depannya. Tak apa.
Sekurang kurangnnya saya
ada kawan, jawab Mazni
sambil menjeling bayi
wanita itu yang senyap sahaja
sejak tadi. Mungkin sudah tertidur agaknya. Tidak banyak yang dibualkan
oleh mereka berdua. Biar pun
banyak yang
ingin ditanyakan oleh Mazni,
tetapi mulutnya bagaikan
terkunci . Sedangkan wanita itu seolah-
olah lebih senang menyendiri.
Mungkin dia ada
masalah apabila melihat wajah
wanita itu yang seolah-olah
dalam kesedihan. Tiba-tiba, maaf dik. Kakak
kena pergi sekarang. kata
wanita itu sambil meluru
keluar. Mazni tidak sempat
menahan dan hanya mampu
memandang sambil terpinga-pinga. Beberapa minit
kemudian kedengaran daun
pintu diketuk
orang. Mesti kakak tadi. Ha
itulah. Hujan belum berhenti
dah nak pergi, omel Mazni dalam hati sambil berlari
mahu mambuka pintu. Namun
alangkah terkejutnya Mazni
apabila melihat seorang wanita
berlumuran darah
sedang mendukung bayi yang pecah kepalanya tercegat di
depannya. Wajahnya amat
menakutkan. Dia seolah-olah
berada dalam kesakitan dan
inginkan bantuan. Tubuh Mazni
menggeletar dan akhirmya dia rebah tidak
sedarkan diri . Ketika membuka mata, sayup-
sayup Mazni mendengar suara
ibu bertanyakan
apa yang sudah berlaku. Tetapi
mazni tidak mampu
menjawab. Dia hanya memeluk erat ibunya sambil
menangis semahu-mahunya.
Keesokan pagi,
sambil bersarapan pagi ibunya
menceritakan satu
kemalangan ngeri yang berlaku dekat simpang
berhampiran rumah mereka .
Kasihan pemandu wanita dan
bayinya meninggal. Tu sebab
kami terlewat semalam.. Hati
Mazni berdebar-debar mendengar
kata-kata ibunya. Dan debaran
itu tambah kencang bila ayah
menyampuk. Berita
kemalangan tu ada dalam
akhbar hari ini. Gambar perempuan itu dengan
anaknya pun ada. Nah tengok,
katanya sambil menghulurkan
surat khabar itu kepada Mazni.
Dengan tangan menggeletar
akhbar itu disambut. Tidak salah lagi memang itulah
wanita dan anaknya yang
datang berkunjung ke
rumahnya malam tadi .

KISAH SEORANG AYAH "kisah benar sbagai pengajaran dan pedoman bt kalian

$
0
0


Ada seorg bapa dtg ke
kedai,melihat-lihat spt
pelanggan lain.Aku
menerjahnya,"pakcik,
laptop..."-dia tersenyum dan
msh mlihat-lihat laptop yg ada dikedai.Aku menyambung
lgi,"Nak beli untk anak ke?",
"ya.nk beli untk anak- dia nk
sambung belajar - laptop yg
mana ok?". Aku mempromosi
barang spti biasa,aku biasanya mengsyorkan yg paling
murah."kalau nak yg bagus
mahal pakcik - tpi kalau
setakat nk buat belajar yg ni
lah,SAMSUNG - seribu seratus
lebih aje,." . Dalam aku b'ckp dgn dia,dia byk diam dan spti
b'fikir. Sedikit lama dia
t'diam,dia m'buka mulut
"Nanti sy dtg balik ya"duit
xbrapa nk ada lg ni.." dia pergi
dgn suatu perasaan lain. Aku dgn rutinku b'kerja
setiap hujung minggu shj,
kebetulan ,aku duduk di
kaunter menunggu
pelanggan ,dia datang semula
ke kedai,tpi dgn anaknya- perempuan.."yg mana ya yg
hri tu".ada lg tak? "yg nie
Samsung hri tu,tapi yg ni stok
baru harga sama aje," aku
menyambut soalan nya.. Dia
b'tanya kpd anaknya," Yang nie ok ke dik" errmm-ok ke ni
murah je,karang rosak nt
susah plak,.."jwb nya dgn
muka yg tak puas
hati.,anaknya spti
menginginkan yg lain yg lbh mahal.."Yang Acer ni x blh ke
ayah .", ayahnya t'diam
seketika dan menyambut dgn
negosiasi, Yang Acer ni
brapa,blh murah lg x ?" yang
tu xdpt murah dah pakcik,dah harga Kos dah tu, "aku dgn
rasa geram namun masih dlm
nada yg baik menyambung
lg.." Dik, nak laptop untk
blajar kan. . Rasanya kalau
untk belajar yg ni lebh dari cukup, rosak tak payah pikir
sangat ," Warenti
setahun." .Aku mengeluarkan
kata-kata tersebut atas dasar
aku seperti mengerti kerut
wajah bapanya. . 0k lah,yang ini. "jwb
anaknya.Sedang aku menulis
resit dan membungkus laptop
dri meja 'display' .aku
terpandang bapanya yg
mengira duit untk membayar,aku nampak
d0mpetnya kosong,hbs semua
duit di gunakan nya untk
m'byar lektop. Dia
menyerahkan duit dan aku
mengiranya semula, dia melihat tanganku yg
mengira.hbs aku mengira
wan..Aku masukkan dalam
cash drawer,"cukup duit tdi
dik" cukup. !,terima kasih ya,
"dia dan anaknya meninggalkan kedai,aku
hanya menahan air mata
mengira duit yg diberikan-
RM1 ,RM5 , RM10 dan hya
sekeping RM5O.aku
m'byangkan dri mana ayah mencari duit untk membeli
sebuah laptop untk
anaknya,penuh harapan. Aku geram kpda anaknya
septi tidak tahu ayahnya
bgaimana, ,hya tahu minta.
Aku tahu ayahnya tiada
duit,dia dh sebut awal2 pada
aku,aku nampak airmukanya,aku perhati
sekeping-sekeping duit yg
diserahkan. Aku tahu dia tiada
duit pulang ke rumah dan
perlu "mengais" untk hari
esoknya. Ya allah,ampunila segala
dosaku,dan dosa kedua
ibubapa ku,dan rahmatilah
keduanya septmana mereka
mendidiku pada waktu kecil.
Amin.. Oleh:hamba Allah

Maxis Default Browser Trick For Free Internet [Trik Bumi Maxis]

$
0
0
Create and Activate/

Connect with this setting:

Access Point Name.


APN : unet

Proxy/IP :78.47.250.35

Proxy Port: 80

Homepage:http://m.maxis.com.my/cgi- bin/nph-proxy2.cgi/


Now go to homepage URL
and Enjoy!
Confuse?

Leave ur comment for any
questions!

Oupeng6.7sis Maxis s60v2

$
0
0
nak share oupeng6.7sis maxis s60v2..so sape nak,ambilah.. oupeng6-7maxisv2.sis Ni aku ambil yang orang mood je..Aku ambil tanpa minta kebenaran hehehe smile proxy nya korang ambil masa install!
Viewing all 66 articles
Browse latest View live