Quantcast
Channel: cerita.pun.bz
Viewing all 66 articles
Browse latest View live

Free Maxis Opmin 7.1 2013

$
0
0
proxy:195.189.142.132

port:80

*seting d opmin 7.1 mcm ni

*proxy type:http

*proxy

server: www.hotlink.com.my

*yang lain tak payah usik

*opmin 7.1 download

opmin7.1.zip download

Pengalaman Hj Lokman ‘Membersihkan’ Jin Di Kawasan Ayah Pin

$
0
0
Kisah Benar: Pengalaman Hj
Lokman ‘Membersihkan’ Jin Di
Kawasan Ayah Pin |
Assalamualaikum semua,
sebenarnya mungkin ramai
dah tahu tentang kisah ni, kisah dah agak lama, tapi ada
baiknya kalau kita baca
kembali untuk buat renungan
bersama… Pengalaman Haji Lokman
dalam membersihkan Jin di
kawasan Kerajaan Langit
Ayah PinRamai yang tak tahu
cerita sebenar bagaimana
halangan dan susah payah meroboh struktur yang di bina
Ayah Pin. Cerita aneh banyak
berlaku sehingga gagal
memusnahkannya. Ikuti
penglibatan Hj Lokman dan
Ahli Tahfiz dalam memusnah Jin yang menjaga Binaan Ayah
Pin. Antara bangunan dan struktur
yang dibina di kawasan seluas
6 ekar di Hulu Besut termasuk
cerek gergasi, pasu, payung
seperti Grand Stand F1, bulan
sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan
perhimpunan, wakaf, replica
kapal bahtera nabi noh,
jambatan, sebuah makam
Mohamad Ya dan sebagainya.
Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan
bangunan ini melebehi RM5
juta. Mengikut laporan,
Kerajaan Langit telah bertapak
di tempat ini sejak
pertengahan tahun 1980an tetapi pada hakikatnya
kumpulan ini wujud di negara
ini sejak tahun 1970an lagi. Anggaran jumlah pengikut-
pengikut ajaran sesat ini
ditaksirkan sebanyak 23 ribu
pengikut dari dalam dan luar
negara.Struktur yang dibina di
kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut.Selepas bertahun-tahun
bergiat dengan ajarannya di
Malaysia, akhirnya ajaran yang
memesongkan orang ramai itu
telah dihidu oleh pihak
berkuasa. Akhirnya pengikut- pengikut Ayah Pin telah
ditahan dan disoal siasat serta
didakwa di makhamah. Ayah
Pin telah menghilangkan diri
dari pihak berkuasa sehingga
hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi
di Selatan Thailand. Kawasan
Kerajan Langit di Besut itu
turut dimusnahkan pada bulan
Ogos 2005. Di sini saya ingin
menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan
Kerajaan Langit di Besut itu. Terlebih dahulu saya ingin
menceritakan sejarah
Perubatan Syifa Al-Hidayah di
negeri Terengganu. Sejak
tahun 2003, saya telah mula
mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan
untuk mengubat pesakit-
pesakit dari Pantai Timur.
Sahabat saya Ustdz Mohd
Shukri Ali yang bertugas
sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah
orang yang bertanggung-
jawab membawa saya ke
Terengganu. Dahulu semasa saya mula-mula
berubat di Kuala Terengganu,
saya berubat di kediaman
Ustadz Mohd Shukri yang pada
masa itu menetap di kuarters
istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk. Pada suatu
pagi Sabtu pada penghujung
bulan July 2005, Mufti
Terengganu kebetulan dia
sahabat kepada Ustadz Mohd
Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri. Dia
mohon pertolongan dari saya
agar dapat membersihkan
benda-benda ghaib yang
menjaga tempat kawasan
Kerajaan Langit di Besut. Mengikut katanya sudah
banyak kali jentera-jentera
dan kakitangan Jabatan
Kerjaya hendak masuk ke
kawasan itu untuk
merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di
tempat itu tetapi mereka
menemui pelbagai halangan
yang pelik-pelik. Saya pada masa itu tidak tahu
sangat perihal Kerajaan Langit
ini tetapi kerana desakan
Ustadz Mohd Shukri saya
bersetuju dengan syarat saya
diiringi oleh 7 orang tafiz. Permohonan saya untuk
mendapat tafiz tidak menjadi
masalah dan dalam beberapa
jam sahaja, Mufti Terengganu
dapat mengumpul 7 orang
tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar
mereka. Kami berkumpul selepas
waktu asar di sebuah surau di
Kuala Terengganu dan saya
memberitahu mereka surah-
surah yang perlu dibaca
semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang
mereka harus lakukan apabila
tiba di sana nanti. Saya juga
“scan” setiap tafiz dan tenaga
pengajar yang akan
mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang
lemah semangat atau
bermasalah. Selepas solat magrib dan
selepas makan malam nasi
bungkus, kami bertolak ke
Besut menaiki bas Jabatan Hal
Ehwal Agama Terengganu
(JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke
Besut mengambil masa 2 jam
sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis
iaitu sahabat Ayah Pin telah
tahu tentang perancangan
kami dan mereka pun membuat persiapan juga
untuk menghalang kami tiba
di tempat itu. Kira-kira dalam 50 km dari
kawasan itu, terdapat sekatan
jalan atau “road block” bukan
oleh pihak polis atau JPJ tapi
road block oleh kuncu-kuncu
jin dan iblis Ayah Pin. Bas yang kami menaiki terpaksa
berhenti dan patah balik untuk
mencari jalan alternative yang
lain. Sekiranya kami tidak
menghiraukan sekatan jalan
itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan
berlakunya kemalangan-
kemalangan yang mereka
boleh lakukan. Ada suatu
ketika bas yang kami naik
diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik
membawa bersama adek-adek
tafiz ini yang sungguh
bersemangat membaca ayat-
ayat Al-Quran dan bersama
dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan
jin-jin tersebut. Kami terpaksa
mengambil jalan yang jauh
untuk sampai ke Besut. Kami sampai di Besut dalam
jam 2 pagi. Kami mengambil
masa lebih dari 6 jam untuk
sampai ke Besut bandingkan
dengan perjalanan yang biasa
nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana. Bila sampai di
kawasan itu, saya terperanjat
melihat betapa ramainya polis-
polis dari Bukit Aman dan
Kuala Terengganu menjaga
keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu.
Bila sampai di tempat itu, saya
rasa agak pelik melihat cerik
besar, pasu besar, bahtera
kapal nabi noh dan lain-lain
struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab
bekalan elektrik telah lama
diputuskan oleh pihak
berkuasa, kami disinari oleh
cahaya bulan mengambang
pada malam itu. Setelah membuat tinjauan atau
“quick survey” di kawasan itu,
saya mendapati ada beratus
ekor jin dan iblis dalam
kawasan itu. Tetapi yang
ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa
agama-agama di dalam dunia
ini. Jin-jin ini lah yang telah
membantu Ayah Pin
mendirikan ajaran agama sesat
Kerajaan Langit ini. Saya memilih dewan
perhimpunan yang masih
tersergam disitu untuk
bertempur dengan 12 ekor jin
itu. Saya mengarahkan semua
tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam
dewan itu. Untuk pengetahuan
semua, ada golongan orang
yang cuba membakar dewan
perhimpunan itu dua atau tiga
hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca
di lantai dewan itu. Dengan
bercahayakan bulan yang
mengambang pada malam itu
dan lampu suloh dari pihak
polis, kami membaca surah- surah Al-Quran. Satu demi satu
jin saya bertempur sehingga
jubah saya basah kuyup
dengan peluh badan. Hampir 3
jam saya bertempur sehingga
saya berguling-guling di atas lantai dewan itu. Dengan keizinan Allah swt dan
pertolongan dari Nya, dan
dibantu dengan laungan dan
bacaan ayat-ayat suci Al-Quran
dari adik-adik tafiz yang ada
dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan
kesemua jin-jin Ayah Pin
kecuali se-ekor jin yang dapat
melarikan diri. Selepas itu saya
mengarahkan beratus-ratus
jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau
pergi dari kawasan itu. Masa itu sudah hampir waktu
subuh. Kami semua bersiap
sedia untuk berjemaah subuh.
Saya menyuruh seorang dari
adek tafiz melaungkan azan
subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh
berkumandang di tempat itu.
Syukur Alahamdulilah pada
Allah swt. Menitis air mata
saya bila terdengar azan subuh
di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di
tempat itu. Selepas
mengerjakan solat, saya sujud
bersyukur pada Allah swt
kerana memberi saya hidayah
dan kekuatan menangani jin- jin tersebut. Selepas matahari terbit kami
semua bersiap sedia untuk
pulang ke Kuala Terengganu.
Perjalanan balik ke Kuala
Terengganu aman tanpa
sekatan road block atau apa- apa halangan. Kami diberitahu
tepat jam 8 pagi, pihak JKR
datang dengan jentera-
jenteranya merobokan semua
struktur-struktur dan
bangunan-bangunan di kawasan itu. Pada hari Isnin, 2 August 2005
tersebar meluas cerita di dalam
setiap akbar di negara ini
mengenai kawasan
pentadbiran Kerajaan Langit
telah dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa yang
berlaku pada malam sebelum
kawasan itu dirobohkan tidak
ramai yang tahu cerita
sebenarnya sampai lah hari ini
saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar
yang berlaku. Terima kasih
Allah kerana atas pertolongan
Mu kami berjaya menumpas
ajaran sesat yang sudah lama
berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin. Hj. Lokman

Opera mini 7.1 s60v2 Maxis 2013

Free Maxis Opera Mini 4.2 February 2013

Hantu mengganas

$
0
0
Pagi tu kitorang makan nasi
lemak kat luar rumah je,
walaupun rumah dah terbuka
luas, tp hati kitorang kuat kata x
nak masuk, mungkin trauma..
tunggu family man datang dr sepang lama sangat, yelah nak
bawak pawang hebat dr banting
kononnya.. jam 11.30am barulah
family si wan datang sampai 3
kereta, sume adik bradik dia
datang nak tengok sendiri agaknye.. turun2 je dari keta pawang tu
dah geleng2 kepala, umah apa
korang duduk ni.. sambil2 tu salam
ngan kitorang, kata namanya tok
sheikh, salam2 je kata semangat
kitorang dah kene tarik.. kene seru balik, aku sampai skng x
paham apa maksud tok sheikh tu..
kitorang kene suh masuk dalam
van, hanya tok sheikh ngan ayah
si man je yg masuk ke dalam..
belum masuk baru kat pintu grill, radio yg plugnya aku dah cabut
tiba2 terpasang kuat
menyebabkan adik bradik si
man bertempiaran lari masuk ke
kereta.. dah la lagu India, maybe
time thr raga kot, ntah la aku pon x tau.. dng radio kuat bunyi
pon dah lari, byngkn klau tau yg
radio tu plugnya x
bersambung..mmmm.. Lama gak tok sheikh kat dalam
umah tu, ayah si man hanya
nengok dari luar sebab dia pon
aku rasa dah gegar lepas cuba
offkan radio tp plug x sambung..
dalam van sume tekunci mulut, anak2 buah si man yg kecik2
sume ketakutan, apelah kes2
camni bawak anak2 kecik lak, x
pasal dak2 tu skali trauma.. x
lama pastu aku nengok tok
sheikh kuar sambil menjinjing anak patung beruang
yg coklat besar tu, mau je mata
aku tejojol kuar nengoknye..
mana x nye, kitorang bertiga
sendiri yg buangnya semalam siap
masukan dalam plastik sampah hitam pastu ikat.. masukan dalam
tong sampah kat depan umah,
man dan wan aku tengah tido2
ayam aku cuit suh nengok apa yg
tok sheikh jinjing tu.. wan hanya
mengucap je cam x caya, man lak terus meluru gi tong sampah
nengok ada x anak patung tu
kat dalam tong sampah.. dia jerit2 panggil aku, ada la kat
dalam ni, tu yg lain.. aku belari
nengok, ye tul ada, jadi aku
ambik dan buka la plastik tu, tp
aku tekejut sebab berat, aku
check kat dalam tu bukannya anak patung yg ada tapi tu
hanya batu-bata yg aku gunakan
untuk menyanggah pintu2 bilik
supaya x tertutup dengan
baju2 kotor kitorang yg letak
dalam bilik air.. aku x leh nak cakap apa dah.. camner leh dalam
tu lak.. Tok sheikh datang2 kat kitorang
marah2 sebab x buang bende ni,
aku dah x tau nak cakap apa2
dah, semua man yg jawab.. waktu
tu gak tok sheikh tu pagar
rumah kitorang, tabur garam kasar dan air penawar ke hape
ntah.. sambil2 tu family man beli
makanan kat restoran dan buat
kenduri kat umah tu, buat
kenduri kesyukuran masuk rumah
baru.. tiba2 rasa lapang umah tu, x de la gangguan mcm malam
semalam.. kitorng
berharap semua dah settle,
sebab esok isnin, adik bradik si
man semua balik kecuali ayah
ngan maknye yang dah pencen.. yelah diorang nak pastikan betul2
selamat, pastu diorang pon risau
dengan keselamatan anak
diorang.. hari ahad ke isnin tu x de apa2
berlaku, aku yg mula ragu2 skng
dah mula rasa selamat.. sampailah
hari khamis siang ayah
ngan mak si man duduk kat umah
tu, langsung x de perkara pelik berlaku lagi.. so khamis petang tu
mak ayah si man nak balik, tp
sebab pikirkan dah jam 6 pm time
tu, hujan lebat lak tu, ayah si
man x confident nak drive keta
balik sepang walaupun dekat je.. dah berusia, mata pon x terang.. Khamis malam jumaat tu la bende
tu datang balik, disaksikan sendiri
oleh mak bapak si man sendirik,
nanti aku sambung cerita ni lagi..
tapi kali ni lg teruk dan
membahayakan Malam jumaat tu kitorang
sembahyang maghrib secara
berjemaah, selepas tu baca yasin
ramai2 macam hari2 sebelumnya,
supaya bende tu x datang ke
rumah tu dan kacau kitorang lagi.. tngh baca yasin ramai2,
tiba2 pintu dapur di ketuk
berkali2 menyebabkan kitorang
suma terhenti
mmbaca yasin, air di dalam bilik
air plak mencurh2 kluar, tengah aku sibuk pandang pintu dapur
yg diketuk, aku ternampak
tombol air di sinki di pusing dan
menyebabkan air di sinki
mencurah2.. kitorang bangun beramai2 sebab
ayah man suh rapat2, then
kitorang tutup air di sinki dan
kedua2 bilik air yg mencurah.. tp
x berhasil bila air kuar balik pas
kitorang tutup, nak x nak kitorang tutup suis utama di luar
rumah.. tu je lah cara, ayah man
call tok sheikh yg bende tu
datang balik, ntah apa yg
dibisngkan tk sheikh, kononnya
kitorang langgar pantang.. masa mengubat aritu x de lak dia
cakap pasal pantang2 ni, ni
baru lah nak crita pasal
pantang2.. kononnya kitorang
langar pantang sidai pakaian
dalam rumah, dia x de pesan apa2 pon sblm ni, ye la mcm
spenda ngan stoking x kan la nak
jemur kat luar lak.. Dah puas bende tu main air, dia
kacau letrik lak, dari kipas siling,
kipas meja, radio sampailah ke
lampu yg membuatkan aku
tambah kecut.. sebab lampu
terpadam kitorang pakat2 duduk kat bawah suis utama, kemudian
pasangkan balik lampu.. kitorang
duduk kat bawah suis tu, x de
lak dia men suis dah pastu.. aku
teringat lauk yg dah beli utk
makan malam kat dalam pinggan kat dapur, hanya tunggu nasi
masak je..
time cam ni nak makan pon dah x
de slera, terbantut memikirkan
benda hal macam ni.. pastu si man
ngan ayahnye gi dapur ambik lauk2 tu nak ajak makan,
katanya kalau badan lemah x
makan lagi benda tu senang
kacau kita sebab kita x de
tenaga.. Aku hilang slera nak makan, so
aku minum aje, air limau je aku
buat tadi sebab lom beli kodial
lagi, lg pon buat air limau senang,
limau, gula dan ais batu je, dah
siap air limau sejug.. tapi aku pelik masa tuang ke gelas, aku prasan
air tu jadi kuning, eh bila lak jadi
color kuning, setau aku putih je
tadi.. aku buka penutup jug tu,
ya Allah bau hancing, dah kene
kencing.. nasib baik aku prasan, kalau x mmng dah minum air
kencing la gamaknye aku masa
tu.. masa mak si man nak senduk
nasik, dalam periuk nasi seketul
najis macam najis manusia ada
di dalam rice cooker.. waktu di buka rice cooker tu, nasi masih
panas sebab baru masak,
bayangkan lah bau najis tu
semerbak ngalahkan bau nasi tu..
aku sampai kuar rumah
termuntah2..manalah datangnye semua tu.. Sebab x tahan bau, semua
makanan tu kitorang letak kat
luar rumah, mmng sah semua
makanan ada najis, ntah najis apa
kitorang pon x tau.. tp rasanya
najis manusia, duduk kat luar rumah kitorang bincang2.. esok
nak cari orang pandai ngubat kat
area mambau, lepas sembahyang
jumaat tu cadang nak cari.. sebab
tok sheikh tu x leh caya, sebab
benda tu datang balik, konon2 pantang la ape lah, dah la byr
rm200
untuk mengubat tu.. sibuk2
berbincang tu, dalam jam 11mlm,
dengar kat ruang tamu rumah
suara kanak2 gelak2 sambil dengar hentakan tapak kaki
berlari2 seperti yg kitorang alami
haritu.. yg nampak hanya
bayangan hitam 3 orang kanak2
sambil membawa api, tapi yg
herannya kali ni aku, man dan wan x nmpk, yg nampak hanya
ayah ngan mak man je.. kitorang
hanya dengar suara gelak
budak2 je.. tiba2 mak si man
menjerit, telekung tebakar,
cepat2 kitorang masuk rumah takut x pasal2 umah plak yg
terbakar.. Mmng tekejut tiba2 telekung
terbakar, kitorang rapat2 gak
sambil duduk kat bawah suis
utama tu, heran camner telekung
tu leh tebakar.. mak ngan ayah
man kate diorang sendiri nampak bende tu yg bakar, tp pelik kali ni
kitorang x nampak, yg nmpk
hanya telekung yg berlipat tiba2
tebakar.. bunyi gelak2 tu sayup2
je pas kitorang masuk rumah tu,
tp tiba2 ada baut tengik macam sesuatu hangus.. yaAllah, ayah si
man
menjerit nengok sejadah
terbakar, time tu aku x nak
pergi dapur ambik air, sebab pili
air kat luar dah tutup mana aa air, aku guna air mineral dlm
botol kat depan aku utk makan
tadi, sambil2 aku hempas2
sejadah tu.. mmng x leh jadi kali ni, dah
sampai bakar2 barang pula.. tapi
kali ni aku x la setakut haritu,
maybe sebab ramai, pastu ada
orang tua lak tu, rasa mcm
selamat sedikit walaupun ancamannye lebih bahaya.. pas
sejadah, langsir pula jadi mangsa,
habis tebakar langsir, kali ni si
man ambik air sabun dalam baldi
di bilik air, terus simbah sebab api
tu jilat langsir tu cepat.. padahal kitorang dekat ngan langsir tu,
sebab duduk kat depan pintu di
bawah suis utama, tengok2 dah
terbakar besar.. Tak abis itu je, kotak2 pon abis
tebakar sume, x tau lah nak buat
apa lagi, last2 kitorang angkat
sume barang bawak ke luar
rumah, apa yg leh tebakar je
semua kitorang angkut gi kuar rumah, letak kat luar pintu.. duk
sibuk angkat kotak2 tu, tiba rasa
asap bnyk dr dalam bilik aku,
aduh!..rupanya kain pelikat yg aku
buat jadi langsir tingkap dah
terbakar separuh, kelam kabut aku tarik sampai tekoyak2
hujung kain tu, sebab air dah x
de pili luar dah tutup, masa aku
sentap aku rasa paku2 tu
tepelanting dek aku sentap
sekuat hati.. time tu gak si man call uncle tuan
rumah, cakap rumah tu ada
masalah.. itu rumah baru mana
ada masalah, uncle tu cakap la, ni
bukan masalah rumah la uncle ni
mslh rumah tu berhantu.. uncle tu gelak je dan jawab kalau u nak
kuar, deposit umah 2 bulan dan
air letrik dia x nak bagi balik.. tu
je la yg si man cakap ngan aku..
nak x nak aku cakap ngan
diorang kita kene pulihkan umah ni, mana ade
duit deposit nak cari rumah len
dah.. rumah lain dia mintak 2+1,
pastu deposit air/letrik rm200,
sewa sebulan rm270.. Sebab dah pagi, kesian kat mak si
man yg dah cam nak demam, last
choice kitorang tido dalam
kereta.. tp biarkan pintu umah tu
terbuka je.. tingkap pintu keta
saja buka sikit, ye lah kang mati kepanasan lak. sampailah pagi
subuh x de apa2 berlaku
sampailah ayah si man pasang
kaset ngaji kat dalam keta, so
apa berlaku kat dalam umah x
dengar.. mmng aku x leh lelap langsung, dah la esok tu ada
kuliah, nak x nak aku pikir
terpaksa la ponteng.. aku ngan si
wan mmng x leh tido,
x tau knape, si man dan family
dia sume nyenyak tido.. dalam jam 5pagi tu, tiba2 atas
keta macam dipijak2, semua
terjaga sebab seperti orang
meloncat2 sambil berlari2 atas
kereta.. aku tunduk time tu,
tiba2 aku dengar mak si man menjerit, aku pon terpandang
kat cermin depan selipar aku
ngan kasut si wan berjalan
sendirik tapi macam di engsotkan..
si man kluar dari keta, pastu try
ambik kasut ngan selipr tu dan baling ke pintu grill.. waktu
tu aku leh dengar macam ada
benda terhempas kat grill tu, aku
x tau apa benda sebab x
nampak.. tapi aku rasa mesti
budak2 yg kitorang nmpk sebelum ni.. Waktu tu juga ayah si man bang,
dan aku baca ayat kursi kuat2,
sampailah jam 6.30 hari dah nak
siang.. kesian aku nengok mak si
man, dah la dia ada darah tinggi
dan sakit jantung, sempat la aku nengok dia macam meracau kejap
sebelum suami ngan anak dia
tenangkan.. jam 8.00pagi tu abah
si man suh kitorang angkat2
suma barang masukan dalam
keta.. habis suma betabur kat bonet keta, kecuali penyabu,
baldi dan benda2 besar tu x
bawak, keta manalah nak muat..
sebab x puas hati kat tuan umah,
aku soledkan aje rumah tu dapur
dan depan, pastu lampu dan kipas aku biar on je.. biar dia byr letrik
mahal bulan nih, pastu nak masuk
umah kene botong dulu soled tu,
dah dia main2 kan kitorang,
pastu nak pulangkan duit deposit
sikit pon x de.. jumaat tu kitorang x gi kelas,
pastu numpang kat umah sedara
si man di bukit chedang untuk
sementara waktu, susah gak la,
walaupun dekat dari kolej tapi x
de bas, man terpaksa ulang alik angkut kitorang 2 kali awal
minggu.. sebelum menyewa kat
central park dengan 2 orang lg
budak kelas kitorang..
March 2002, keluar di metro
pasal rumah terbakar sendiri diseremban 2.. aku dah tau kat
mana tempat tu, sebab aku dah
alaminya, dah sah2 kat umah yg
aku pernah sewa tu dulu.. sapa
ada berita pasal tu, tolong la
tepek kat sini, dulu aku ada simpan keratan berita tu, tp dah
nak 7 tahun berlalu, ntah mana
aku letaknye.. so kepada korang sume, kalau
nak sewa rumah kene pastikan
rumah tu dulu, jgn main tarah je..
skali dapat umah bekas tokong x
pon kuil, x ke naya.. tapi sampai
skng aku x tau lagi knape ada bayangan 3 orang budak yg
bawa mancis bakar2 barang kat
umah tu…

Kisah 50 Sen

$
0
0


Kringggg.. Terima kasih cikgu,
semua pelajar beredar ke kantin.
Tapi seorang pelajar ni tak keluar
utk rehat.
Awak tak rehat ke Alif? Ujar sy
kpd pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas. Kenapa alif tak rehat? Jawab alif
"Mak sy beri 50 sen sehari cikgu.
Kat kantin 50 sen ni dpt beli
nugget je sekeping. Malu la cikgu
beratur panjang2 dpt beli nugget
je. Jadi sy kumpul duit hari ini utk makan hari esok. Jadi sy dpt la
makan nugget 50 sen dan air
sirap 50 sen. Sy kat kantin hari
Selasa dan Khamis je cikgu " alif
tertunduk malu Perasaan sy mula bercampur
baur, sedih sebak. Di zaman 2013
ini masih ada pelajar yg membawa
50 sen ke sekolah. Ramai di
antara kita memandang 50 sen
jumlah yg kecil sedangkan bg pelajar ini 50 sen sgt besar
ertinya. Saya tanya lg, kalau hari jumaat
awak tak pergi kantin la ye?
Owh hari jumaat duit 50 sen ni sy
sedekah masa bacaan yasiin
cikgu. Jawab alif dgn bersahaja.
Mak sy kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..
Mata saya dah berkaca...Sy
terkejut dan bertambah sebak.
Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh
sedekah pulak. Ya Allah,
limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki
mereka semoga mereka tidak lagi
berada dalam kemiskinan. Huh macam terpukul sungguh sy,
bayangkan duit 50 sen yg diberi
utk makan, dia infakkan 50 sen
utk tabung sekolah setiap jumaat
semasa bacaan yasiin.
Mungkin kisah ini nampak simple tp bagi saya ia memberi seribu
pengajaran. Mungkin Allah nak
temukan sy dgh pelajar ini
supaya lebihkan sedekah dan
berinfak. Bagaimana pula dgn kita?
Mampukah kita istiqomah
bersedekah setiap hari jumaat? Ayuh kita berazam utk lebihkan
sedekah pd hari jumaat yg mulia
ini. Semoga Allah s.w.t memberikan
ganjaran kpd anda semua.
renung2kan lah Sumber : Nota Meor

Hantu di pejabat

$
0
0
Peristiwa yang tak akan aku
lupakan ialah semasa bekerja di
sebuah syarikat pengiklanan
swasta di Damansara Heights,
Kuala Lumpur. Aku bekerja
sebagai setiausaha kepada satu bos Mat Saleh dari New Zealand.
Bos aku adalah seorang yang
open minded, kuat bekerja dan
bolehlah dikatakan tiap-tiap hari
aku terpaksa balik lewat untuk
menyiapkan tugasan yang berlambak-lambak. Paling lewat
pun aku balik pukul 11.00
malam. Besoknya seperti biasalah aku
datang kerja. Sampai je kat ofis,
bos interkom aku untuk masuk
ke ofis dia. Dengan muka yang
agak malas aku pun masuk dan
mengucapkan "Good morning Sir".
"Morning, have a seat please,"
jawabnya dengan loghat
pekatnya.
Aku pun tanpa berlengah-lengah
lagi pun memberitahunya serba sedikit jadualnya pada hari itu
dan dia hanya mengangguk saja. "Well, I hope you're free today
coz we've to stay back until late
night again to finish this
assignment. The client need it by
tomorrow evening," katanya
padaku dengan tegas. Emmmm…. Macammana pun aku
terpaksa buat jugak kerana
takde sapa yang tau sangat
pasal projek ni. Aku dan bos
sedaya upaya menyiapkan projek
itu sehingga tak sedar jam dah menunjukkan pukul 1.30 pagi.
Orang lain dah lamabalik dan
tinggallah kami berdua kat ofis
tu. Ruang pejabat kami agak luas
dan dinding luarnya pula
bercerminkan kaca di setiap pelusuk pejabat. Tengah bos aku
berdiri di tepi tingkap untuk
mencari failnya, tiba-tiba dia
menjerit terperanjat sambil
melihat ke arah luar tingkap. "What's that ugly thing doing
there?" laungnya.
Akupun berkejar kearahnya dan
melihat apa yang ada di luar
sana. Masya Allah, aku jadi
terpegun melihat satu lembaga berambut panjang sedang
merenung ke arah
kami sambil mengilai-ngilai. Aku
cuba bergerak tapi tak boleh,
begitu juga bos aku. Lembaga itu
menuju laju ke arah kami dengan muka yang sungguh
menyeramkan dan tiba-tiba aku
dapat satu kekuatan yang luar
biasa lalu aku menarik bos aku
menyorok di bawah meja. Kami mendengar bunyi asing yang
amat menyeramkan sambil
mengilai-ngilai. Aku lihat bos aku
dah terkencing-kencing
ketakutan dan mulutnya terus
terkunci. Aku cuba melawan lembaga itu dengan surah kursi
dan apa-apa lagi yang
aku ingat. Lembaga seperti
pontianak itu berterbangan di
atas meja kami dan aku sempat
melihat bajunya jarang berwarna hitam berbintik-bintik. Aku
mengintai lagi dan melihat hantu
itu cuba mencari kami tapi masih
tak jumpa. Aku lihat semangat
bos aku dah hilang dan mukanya
dah terlampau pucat macam takde darah langsung. Lebih kurang dalam 15 minit aku
mengintai lagi ke atas meja. Aku
tak nampak lembaga itu lagi lalu
aku terus bangun untuk check
kat mana dia pergi. Setelah
semua ruang pejabat aku intai dan lembaga itu pun takde, aku
terus pergi mendapatkan bos
aku. Aku lihat bos aku dah
pengsan, akupun call guard kat
tingkat bawah dan suruh datang
ke pejabat aku di tingkap enam. Sampai je pak guard aku pun
ceritakan apa yang telah berlaku
sebentar tadi. Pak guard yang
berumur itu suruh aku
ambilkan segelas air dan dia
membaca sedikit ayat Quran dan merenjiskan kat muka bos aku. Bos aku tersedar dan melihat aku
dan pak guard ada kat sebelah
dia. Tiba-tiba dia menjerit-jerit
seperti terkena histeria dan
mengatakan
"It's a ghost ! I saw a ghost just now." Kami cuba mententeramkan dia
hingga semangatnya pulih balik.
Kemudian aku hantar dia balik ke
rumahnya dengan menaiki teksi. Besoknya, bos aku datang
dengan pakaian yang agak simple
dan terus menuju ke meja aku.
Beliau memberitahu aku bahawa
projek yang tergendala semalam
akan di K.I.V. pada minggu depan. So, aku tak payah le lagi
menyiapkannya secepat mungkin.
beliau membisikkan pada aku
supaya tidak menceritakan
kejadian semalam pada staff yang
lain. Tiba-tiba kami terdengar ada
orang menjerit, "Ooi, sapa buang
air kecik kat tempat aku hah!"
aku memandang bos aku sambil
tersenyum dan beliau pun macam
paham je dan terus blah pegi cuti dengan kawannya selama
seminggu."

#Seram Kisah Hantu “Ogak”

$
0
0
Kisah ini byk berlaku dahulu
dikawasan pedalaman atau
perkampungan di Seberang,
orang tua aku yang ceritakan
yang hantu ogak ni asalnya jadi
akibat sipolan yang mati tu semasa hayatnya ada berbuat
sumbang mahram sama ada yang
memaksa atau yang rela.. Sipolan yang baru meninggal akan
menunjukkan tanda – tanda awal
yg dia akan menjadi hantu
ogak..iaitu semasa memandikan
jenazahnya matanya akan
berkelip sekali dan tangannya akan bergerak sekali.. Jadi pada orang2 yang tahu dan
perasan akan hal ini akan buat
macm biasa Cuma mereka akan
mengingatkan ahli keluarga
supaya jgn keluar mlm kerana
ogak ini akan merayau – rayau selama tujuh malam. Setelah dikuburkan pada malam
pertama akan terdapat lubang
pada kubur sipolan sebesar
penumbuk orang dewasa..dari
lubang inilah ogak ini keluar
seperti seekor tupai dan hinggap serta duduk dibatang
pokok..setiap kali dihembus angin
ia akan membesar sehinggalah
menjadi hantu ogak.. Diceritakan wajah hantu ogak ini
“Nauzubillah” amatlah buruk
sehingga dia sendiri menutup
wajahnya dengan dua lengannya
(seperti peninju yang menahan
tumbukan lawan dimuka),, dan baunya pula amatlah busuk
sehingga dikerumuni oleh terlalu
banyak langau, bunyi langau yang
mengerumuni hantu ogak ni boleh
didengar dari jarak yang
jauh..badannya pula dipenuhi dengan lendir yang berbau busuk
dimana setiap jalan dilalui oleh
hantu ini akan meninggalkan
kesan lendir… Hantu ini akan merayau – rayau
selama tujuh malam dimana malam
pertama dia akan “pulang”
kerumahnya terlebih dahulu..dan
seterusnya akan mengganggu isi
rumah penduduk kampung secara rambang…”kunjungan” hantu ini
dengan cara mengetuk pintu
rumah tiga kali...(mungkin sebab
itulah orang tua2 cakap jangan
buka pintu kalau orang ketuk
pintu tapi tak bagi salam)… Bayangkan bila kita buka pintu
tetapi yang berdiri dimuka pintu
adalah seburuk2 dan sebusuk2
makhluk yang kemudian berkata
dengan suara parau yang
ngeri..”mintak nasik sejuuuuk”..tak tahulah apa yang terjadi pada
kita..mungkin demam seminggu
malah ada yang meninggal
terkejut kerana terserempak
dengan hantu ni… Kegemparan dan kekacauan akan
terus berlaku selama tujuh
malam..kemudian hantu ini akan
lenyap dengan sendiri..mungkin itu
adalah balasan yang harus
diterima sipolan itu akibat perbuatannya ketika hidup dulu.. Tapi kini zaman dah
berubah..berita tentang sumbang
mahram ada dimana-mana tapi
tiada pula yang menjadi ogak…
mungkin Allah akan balas
sepenuhnya diakhirat kelak..Wallahu’alam..

17. TOK AWANG NGAH - MAYAT BANGUN MINTA AIR

$
0
0
KETIKA saya mahu masuk tidur, Munir datang bersama isterinya memberitahu bapa mertuanya kemalangan di Tanjung Malim. Emak mertuanya juga ada bersama semasa kemalangan tersebut. Adik iparnya yang berumur 12 tahun juga ada. Kejadian ini berlaku dalam tahun 1979. Sebenarnya tidak ada apa-apa cerita pelik mengenai Ustaz Badur bapa mertua Munir ini dalam kemalangan jalanraya tersebut. Disebabkan saya kawan baik dengan Ustaz Badur, maka kemalangan yang menimpanya itu diberitahulah oleh Munir kepada saya. Ustaz Badur terlibat dalam kemalangan itu kira-kira jam 11.00 malam semasa balik dari Taiping ke Kuala Lumpur. Kemalangan itu tidaklah pula teruk sangat. Dia tiga beranak dimasukkan juga ke hospital Tanjung Malim. Ustaz Badur yang teruk sedikit. Malam itu saya minta maaf kepada Munir kerana tidak dapat pergi ke hospital Tanjung Malim melawat Ustaz Badur. Sebenarnya dia pun bukanlah hendak mengajak saya ke hospital di Tanjung Malim, cuma untuk memberitahu saja mengenai kemalangan yang menimpa Ustaz Badur. Dia tahu benar hubungan baik saya dengan Ustaz Badur hingga kalau saya datang ke rumahnya, saya tidak akan silu-silu terus masuk sampai ke dapur. Seminggu kemudian baru saya melawat Ustaz Badur di rumahnya di Segambut. Ketika saya sampai dahi Ustaz Badur masih melecet dan bawah matanya kelihatan lebam biru. Manakala Mak Seha isteri Ustaz Badur terbaring tidak boleh bangun kerana sesak nafas sejak kemalangan. Dia tidak boleh duduk lama-lama kerana badannya pun gemuk sedikit. Anaknya yang berumur 12 tahun bernama Zaqlul bersimen
tangan, tetapi dia tersengih- sengih bila ditanya mengenai kemalangan tersebut. "Ho, seronoknya Ustaz, macam hero jatuh tunggang balik" dia memberitahu dengan ketawa. "Dekat selekoh belum sampai Tanjung Malim kalau dari sini, di situlah" Ustaz Badur memberitahu. "Kalau nak cerita, nanti orang tak percaya. Ustaz pun tahulah, orang sekarang ni mana nak percaya cerita-cerita lembaga halus ni. Mereka kata tahyol" ujarnya mencebikkan bibir. "Mak Seha tak boleh bangun, baring aje laa" saya menegur Mak Seha kerana dia terkial-kial bangun hendak sama bercerita. "Sikit-sikit boleh juga bangun Ustaz" kata Mak Seha gagahi juga untuk duduk. Dia memang tidak senang diam kalau saya berkunjung ke rumahnya. Ada saja yang dihidangkannya, terutama kalau waktu makan nasi. Sekiranya saya bergurau bertanyakan mana ulam, dia akan cepat-cepat pergi ke belakang rumah mengambil pucuk gajus. Cepat- cepat pula menumbuk sambal belacan perah asam limau. Ustaz Badur pula membakar petai, kerana petai bakar lebih sedap dibuat ulam katanya. Hubungan mesra antara saya dengan Ustaz Badur dan keluarganya ini sudah terlalu rapat betul. Kadangkala kalau saya lama tidak datang ke rumahnya baik Ustaz Badur mahupun Mak
Seha mula menyuruh menantunya Munir menelefon saya. Munir pula memang berkawan rapat dengan saya sebelum itu lagi, dan dia akan memberitahu saya bapa mertuanya berpesan suruh datang ke rumah. "Lari tak laju Ustaz" beritahu Mak Seha termengah-mengah juga menahan sakit di dada. "Entah macam mana boleh terbabas, tapi memang makcik nampak macam ada perempuan melintas masa tu. Jadi, fasal itulah agaknya orang tua ni tak dapat kawal kereta" jelasnya mengingat-ngingatkan peristiwa tersebut. "Hah, itulah puncanya. Bukan saya aje yang nampak, makcik ni pun nampak" ujar Ustaz Badur meramas-ramas lengannya yang masih sengal- sengal. "Saya nampak perempuan pakai baju serba putih melintas jalan, jadi fasal saya nak elakkan dia kereta saya terbabas" kata Ustaz Badur menunjukkan sikunya, lengannya, dan dadanya yang luka dan melecet. "Saya pun nampak, Ustaz" Zaqlul pula menyampuk. "Saya yang pekik kat ayah, tanya siapa yang melintas" dia tersengih-sengih juga. Itulah pengalaman Ustaz Badur. Kalau mahu dikatakan mengantuk hingga keliru terpandangkan di tengah jalan ada perempuan memakai serba putih melintas, masakan isterinya Mak Seha dan anaknya Zaqlul juga ternampak lembaga yang sama. Ustaz Badur tidak mengantuk, apa yang dilihatnya itu memang pernah dilihat oleh pemandu-pemandu lain ketika melalui jalan tersebut. Walaupun di situ memang banyak selekoh tetapi keadaannya tidaklah merbahaya sangat kalau dalam suasana biasa. Tetapi apabila ada gangguan pemandu- pemandu tidak akan dapat mengawal kereta. Perkara yang sama berlaku juga pada seorang kawan saya dalam perjalanannya mahu balik ke Johor, melalui jalan Mantin di Seremban. Tiba-tiba saja kereta yang dipandunya stereng keras tidak dapat dipulas lagi. Akhirnya keretanya terus menjunam ke dalam gaung iaitu selekoh sebelum sampai ke Beranang. Pada malam itu Ustaz Badur balik dari Taiping setelah
menghadiri majlis perkahwinan saudaranya. Disebabkan dia orang berniaga, terpaksalah dia balik juga ke Kuala Lumpur kira-kira jam 6.00 petang. Dia berhenti juga di pertengahan jalan untuk sembahyang Maghrib dan Isyak. Di Ipoh dia berhenti juga untuk makan. Hanya apabila sampai berhampiran Tanjung Malim, dia
merasa angin bertiup sejuk. Hujan turun renyai-renyai. Mak
Seha mengingatkan Ustaz Badur supaya tidak membawa kereta laju, kerana dia sudah mendengar mengenai jalan selepas Tanjung malim itu sering orang bertemu lembaga memakai serba putih berdiri di tengah jalan. Kadangkala lembaga itu duduk pada cermin kereta menyebabkan pandangan tertutup. Ustaz Badur pula tidaklah berdiam diri saja, dia membacakan juga ayat-ayat suci Al-Quran yang terlintas di kepalanya semasa memandu itu. Sementara Zaqlul duduk di belakang tidaklah tidur, walaupun usianya masih anak- anak. Memang dia sukar tidur kalau di dalam kereta. Hujan renyai-renyai turun tidak berhenti sehingga sampai ke tol. Selepas tol, Ustaz Badur bercadang mahu singgah dulu di pekan Tanjung Malim untuk berhenti minum kopi, tetapi Mak Seha tidak mahu. "Dah dekat nak sampai, buat apa berhenti lagi" ujarnya membantah, kerana dia mahu segera sampai ke rumah. Zaqlul juga bersetuju dengan emaknya. Dia tidak mahu berhenti minum terlebih dulu. "Banyak minum nanti banyak kencing" katanya nakal. Disebabkan anak dan isterinya tidak mahu berhenti, Ustaz Badur pun tidak merasa seronok untuk singgah di Tanjung Malim. "Kalau awak nak berhenti minum, berhentilah dulu. Nanti kempunan pulak" Mak Seha mengingatkan dia. "Ah, aku seorang minum buat apa" rungut Ustaz Badur. Setakat dia seorang mahu minum kopi buat apa singgah di pekan Tanjung Malim
yang terpaksa menyimpang jauh ke dalam sedikit. Lebih baik berhenti di gerai-gerai yang ada di tepi jalan. Dia mahu singgah di pekan Tanjung
Malim kerana mahu mencari kuih pau yang terkenal di Tanjung Malim itu. Melepasi kawasan perkampungan, tibalah di selekoh yang gelap. Kiri kanannya pokok-pokok getah yang rimbun menjadikan kawasan di situ bagaikan diserkup. Hujan renyai-renyai masih turun, tetapi jalan tidaklah begitu licin. Sampai di kawasan selekoh itu Ustaz Badur tidaklah memecut sangat. Lagipun orang tua sepertinya memang tidak suka membawa kereta laju. "Eh, apa yang putih tengah jalan tu ayah" Zaqlul menudingkan jari telunjuk ke hadapan. "Orang nampaknya tu..." Mak Seha tergamam sedikit. "Orang gila ke agaknya, merayau tengah malam macam ni" rungutnya apabila nampak lembaga berpakaian serba putih mara menuju ke kereta. Ustaz Badur cuba menekan brek, tetapi terasa breknya tidak mencengkam. Dia menjadi kelam kabut kerana brek sudah ditekan kuat, tetapi tidak memberi bekas. Kereta semakin hampir dengan lembaga berkenaan. Mahu tidak mahu dia terus merempuh, dan merasa keretanya bukan melanggar lembaga tadi sebaliknya menerpa ke tebing. Semasa keretanya terbabas, Ustaz Badur lama terduduk di bangku depan. Dia tidak tahu apa sudah berlaku. Hendak dikatakan pengsan tidak pula, kerana dia sedar apa yang berlaku ketika itu. Dia tahu Zaqlul yang mula-mula keluar dari kereta dan memanggilnya. Mak Seha juga tergamam. Dadanya tersendal ke depan, tetapi dia juga tidaklah pengsan. Dia masih ingat Zaqlul memanggil- manggilnya suruh keluar. Dalam hujan renyai-renyai itulah Zaqlul menahan sebuah kereta yang sedang hendak menuju ke Ipoh. Dengan bantuan pemandu kereta itulah mereka bertiga dibawa ke hospital Tanjung Malim. Ketika ini Zaqlul tidak sedar bahawa tangannya
patah semasa kereta terhumban ke tebing. Setelah sampai di hospital barulah dia merasa tangannya sakit. Pemandu yang menolongnya itulah juga yang menelefon menantunya Munir memberitahu tentang kemalangan tersebut. "Mujurlah juga ada orang mahu menolong saat- saat begini" ujar saya sambil melihat kesan melecet pada dahi Ustaz Badur. "Orang tua macam saya ni, tentulah dia orang nak tolong. Lagipun inilah sebahagian dari pertolongan Allah juga" katanya perlahan. Memang pada zahirnya kita melihat makhluk yang membantu kita dalam kesusahan demikian, tetapi sebenarnya hati makhluk itu digerakkan oleh Allah supaya memberikan pertolongan. Inilah dimaksudkan oleh Ustaz Badur pertolongan dari Allah itu. Bagaimana kisah dia terserempak lembaga berpakaian serba putih di Tanjung Malim, hingga menyebabkan keretanya terbabas itu tidaklah mendebarkan sangat hatinya. Masa ini dia sempat membaca Qulhuallah beberapa kali. Sebab itu dia dapat merasakan kemalangan yang menimpanya itu tidaklah berat. Biasanya kalau kereta terbabas di situ jarang orangnya selamat. Kalau tidak pun kereta akan remuk teruk terhumban ke bawah ke bawah gaung. Malah semasa Zaqlul keluar dari kereta, memang Ustaz Badur membaca Fatihah 17 kali, diikuti dengan Ayat Kursi 17 kali dan Surah Yassin. Dalam masa inilah Zaqlul menahan sebuah kereta yang dalam perjalanan menuju ke Ipoh. Pemandu kereta itu berbangsa CIna, telah menolong Ustaz Badur sehingga semua kesnya selesai. Kira-kira jam 3.00 pagi, barulah
lelaki Cina itu meneruskan perjalanannya ke Ipoh. "Begitulah Allah memberi pertolongan" kata Ustaz Badur tersenyum. "Tiba- tiba saja lelaki Cina itu lalu, dan terus bersusah payah menolong saya. Kalau kita benar-benar beriman kepada Allah, kita akan sedar bahawa itulah pertolongan Allah yang sebenar-benarnya" dia menjelaskan dengan terharu. Saya mengangguk- ngangguk kepala. Tidak hairan kepada saya mengapa Ustaz Badur berkata demikian, kerana orang yang bertaqwa kepada Allah sentiasa bersyukur di atas segala pertolongan yang diterimanya dari Allah. Kita berterima kasih kepada orang yang menolong, tetapi bersyukur kepada Allah kerana kudrat dan iradatNya jua menyebabkan orang tersebut datang memberikan pertolongan. Kadangkala inilah yang disalah ertikan oleh mereka yang ingin mempelajari ilmu. Saya pernah didatangi oleh seorang pemuda yang beriya- iya sangat mahu mendapatkan ilmu yang boleh mengalahkan musuh. Saya memberitahunya bahawa tidak ada ilmu itu pada
saya. "Kenalah awak cari orang lain untuk berguru, kerana saya tidak pernah belajar ilmu macam tu" kata saya. "Kalau awak mahu kalahkan musuh, janganlah cari musuh" ujar saya sengaja bergurau. "Tapi Ustaz, kalau kemenyan sebesar lutut tak dibakar, mana nak ada bau" dia masih mendesak mahukan saya mengajar dia, sedangkan saya sebetulnya tidak ada ilmu sedemikian. Disebabkan dia bersungguh-sungguh sangat mendesak, saya pun menyuruh dia hafalkan doa Haikal. Tidak lama kemudian dia datang memberitahu bahawa doa yang
saya ajarkan itu tidak memberi
bekas, kerana dia telah diserbu oleh beberapa orang lelaki. "Dia pukul awak?" tanya saya. Pemuda itu menggeleng kepala. "Tetapi dia mengancam mahu memukul saya" ujarnya macam kesal. "Apa salah awak?" soal saya lagi. "Dia tuduh saya ganggu adik perempuannya" beritahunya masih tidak puas hati kerana dia menuduh saya mengajar doa yang bukan dihajatinya. Pemuda itu memberitahu dia telah dikepung oleh 7 orang pemuda,
masing-masing ada membawa senjata. Dia balik dari menghantar seorang gadis yang baru dikenalinya, tetapi salah seorang pemuda itu mendakwa wanita itu adiknya, dan seorang lagi tunangnya. Dalam keadaan tergamam dia membacakan doa yang saya ajarkan itu. Tidak lama kemudian 7 orang pemuda itu pun pergi meninggalkan dengan memberi amaran supaya jangan mengganggu gadis berkenaan. Pada sangkaan pemuda itu apabila dibacakan doa tersebut, maka 7 orang pemuda yamg mengepungnya itu akan terpelanting seperti daun-daun kering ditiup angin. "Sepatutnya awak bersyukur kepada Allah, kerana pemuda itu tidak jadi memukul awak" saya mengingatkan dia bahawa pertolongan Allah selalunya datang secara tidak kita sedari. "Kalau awak nak tengok dia terpelanting, itu bukan kuasa kita" kata saya seterusnya. Itulah yang saya katakan bahawa orang yang tidak mengerti apa itu pertolongan Allah sukar untuk saya memberitahunya. Terutama pemuda-pemuda yang ghairah mahu mendapatkan ilmu kebatinan, mereka merasa apabila dibacakan doa-doa tertentu maka musuh yang dihadapi akan terpelanting atau sebagainya. Yang penting kita jangan mencari musuh, kalau kita tidak mencari musuh tentulah diri kita tidak ada musuh. Anehnya, mereka mencari ilmu kerana mahu menentang musuh, bukannya untuk berserah diri kepada Allah. Sebab itulah saya bersetuju dengan Ustaz Badur bahawa dia sentiasa bersyukur, walaupun mendapat kemalangan jalanraya ketika itu. Dia bersyukur kerana tidak menderita akibat kemalangan itu, di samping ada pula orang yang mahu menolongnya ketika itu. "Terserempak lembaga tu, tak pelik sangat pada saya Ustaz" beritahu Ustaz Badur tersenyum. "Ada lagi yang pelik kalau Ustaz nak dengar" katanya mengingatkan sesuatu. Inilah yang seronoknya kalau saya bertemu Ustaz Badur. Ada saja cerita yang hendak dicakapkan kepada saya. Dia memang kaya dengan pengalaman, malah pernah kena tahan oleh British sebelum merdeka dulu kerana penglibatannya dalam gerakan Islam, tetapi pihak British menuduhnya sebagai puak pelampau. Lama juga dia ditahan di Melaka, sebelum dipindahkan ke Morib. Dalam masa dahinya masih lebam-lebam akibat kemalangan jalanraya itu, dia masih bersemangat mahu menceritakan dengan saya mengenai pengalamannya yang lain. "Ustaz nak cakap fasal kena tahan dulu?" tanya saya mengusiknya. "Eh mana boleh kisah macam tu juga. Kisah tu dah habis dah, negeri kita dah merdeka, buat apa kenang lagi kisah tu" dia tersengih-sengih, kerana saya selalu mengusiknya untuk mengetahui kisah-kisah dirinya semasa ditahan oleh British dulu. Kadangkala dia memang enggan menceritakan balik kisah semasa ditahan di khemah tahanan dulu. Ketika itu mereka tidaklah menerima layanan yang sempurna, makan pun diberi nasi kawah. Kekotoran tahanan dalam khemah terpaksa dibersihkan sendiri, kalau tidak semua kawasan akan berbau busuk dengan najis. Dia banyak mengenali tokoh-tokoh utama utama yang sama ditahan dulu,
tetapi enggan memberitahu sama ada tokoh-tokoh itu mengenali dia. “Saya orang kecil, Ustaz. Mana dia orang nak kenal” katanya mengukir senyum. Saya tahu Ustaz Badur memang suka merendah diri. Ceritanya yang dikatakan oleh Ustaz Badur lebih pelik dari cerita dia terbabas kereta kerana terserempak perempuan berpakaian serba putih di Tanjung Malim. Itu berlaku dalam tahun 1976. Ketika ini dia mendapat tahu kawannya yang tinggal di Puchong telah meninggal dunia di Hospital Besar, Kuala Lumpur. Kawannya itu, Salihin sudah lama menderita sakit. Sudah dua minggu Salihin terlantar di hospital kerana mengidap sakit barah perut. Disebabkan Puchong adalah jauh, jadi Ustaz Badurlah yang diharapkan oleh isteri Salihin. Manakal Ustaz Badur pula tidaklah keberatan menolong kawannya ini, apalagi dalam masa kesusahan sedemikian. “Saya ini teruk sangat sakitnya, Ustaz” beritahu Salihin terketar-ketar sewaktu staz Badur melawatnya pada jam 2 petang. Nafas Salihin juga kencang turunnaik, tetapi dia begitu tabah menahan kesakitan yang menyeksa. “Jangan banyak fikir Lihin,” kata Ustaz Badur menahan kesedihan kerana ketika ini Salihin juga ada di sisinya. “Awak ingat awak sakit
aje sudah, yang lain biar kita semua usahakan” dia mengingatkan kawanya itu supaya bersabar. “Disini Ustaz samalah macam keluarga kami,” Salihin tersenguh-sengguh terharu kerana budi Ustaz Badur kepadanya terlalu banyak semenjak 2 minggu dia dimasukkan ke Hospital. Selama itu memang Ustaz Badur suami isterlah yang mengambil berat terhadap dirinya.Sudah menjadi perangai Ustaz Badur pula, apabila berkawan dia sanggup bersusah payah membantu apabila kawannya menghadapi kesulitan.Bagi Mak Seha sikap suaminya ini memang sudah difahaminya sejak muda lagi. Sebab itu dia juga turut sama bersusah payah membantu keluarga Salihin. Disebabkan dia ada kereta jadi senanglah dia mengulangi Salihin di hospital, dan sekiranya isteri Salihin mahu mandi atau berihat, maka akan dibawanya ke rumahnya. Semu jasa baik Ustaz Badur ini sangat menambat hati Salihin, kerana saudara maranya sendiri tidak seperti Ustaz Badur. “Kalau Uustaz banyak kerja di kedai, tak payahlah susah-susah jenguk saya” Ujar Salihin lagi. “His, jangan banyak ingat Lihin. Awak tu sakit...” Ustaz Badur memarahinya, kerana dia tidak meminta jasa baiknya dibalas orang. Dia hanya menolong Salihin bukan saja disebabkan kawan tetapi makhluk Allah yang memerlukan pertolongan.. Ketika dia balik meninggalkan Salihin, kira-kira pukul 3,00 petang, kawannya itu kelihatan riang, walaupun menderita sakit. Dia tahu Salihin terlalu tabah menahan kesakitan yang dideritainya.Salihin seolah-olah menyembunyikan kesakitannya untuk menggambarkan kegembiraan dengan jasa baik yang dicurahkan oleh Ustaz Badur selama ini. “Saya balik dulu Lihin, nanti malam datang pulak” beritahu Ustaz Badur. Dia berdoa biarlah Lihin, nanti cepat sembuh. Penyakit barah memang lah merbahaya, tetapi dokter memberi jaminan penyakit Salihin masih boleh diselamatkan. Malah Salihin juga sudah kelihatan lebih segar kalau dibandingkan dengan sewaktu dia dimasukkan ke hospital dulu. Pembedahan yang dijalankan ke atasnya juga memuaskan hati dokter. Kira-kira pukul 6.00 petnag Ustaz Badur diberitahu oleh isteri Salihin bahawa suaminya telah meninggal dunia. Jadi, terpaksalah dia meminta Ustaz Badur menguruskanhendak membawa jenazah itu balik ke Puchong. Mendengarkan kawannya sudah meninggal dunia, memang Ustaz Badur rusuh juga disebabkan isteri Salihin bukanlah tahu sangat apa yang perlu dibuat. Lebih kurang pukul 6.00 petang Ustaz Badur sampai ke hospital, jenazah sudah dimasukkan ke mortuary (rumah mayat). Isteri Salihin hanya menangis saja di kantin kerana tidak tahu apa lagi harus dibuat. Dia hanya menunggu kedatangan Ustaz Badur. Kepada Ustaz Badur sajalah diserahkan semua urusan untuk membawa jenazah suaminya balik ke Puchong. Tidak lama kemudian barulah adik Salihin dari Sungai Besar datang, setelah dibertitahu oleh Ustaz Badur melalui telefon. Mujurlah Kahar adik Salihin cepat mendapat berita dan terus saja datang ke Kuala Lumpur. Dengan adanya Kahar waris terdekat Salihin, urusan untuk membawa
balik jenazah lebih mudah. Disamping itu anak-anak Salihin juga sudah diberitahu oleh Kahar. Salihin pun hanya mempunyai dua orang anak perempuan saja. Masing-masing
sudah mengikut suaminya. Semasa Salihin sakit mereka tidaklah dapat berulang ke hospital, tetapi menjaga rumah Salihin di Puchong. Lagi pun mereka mempunyai anak-anak yang kecil, menjadi kesulitan pula untuk membawa budak- budak itu menziarahi datuknya. Oleh itu mereka biarkan emaknya saja menjaga Salihin di hospital. Sementara Ustaz Badur yang memahami kesulitan keluarga berkenaan bersedia pula memberikan jasa baktinya menolong sesama insan. Sehingga jam 8.30 malam barulah Ustaz Badur bersama Kahar dapat menguruskan untuk membawa balik jenazah Salihin ke Puchong. Setelah dokter mengesahkan, Salihin meninggal
dunia, jenazahnya pun dihantar ke mortuari (rumah mayat). Semasa mereka mengambil jenazah Salihin di mortuary, kedua-dua menantu Salihin pun sampai, ini memudahkan lagi kerja mereka. Aakop menantu Salihin yang tua disuruh memandu kereta Ustaz Badur dengan membawa isteri Salihin da Mak Seha menemankannya. Sementara Rasul menantunya yang muda bersama-sama Ustaz Badur dan Kahar membawa jenazah dengan kereta yang diberi oleh pihak hospital. “Terima kasihlahUstaz, jasa Ustaz tak dapat kami bayar dengan emas ringgit’” isteri Salihin tersengguk- sengguk menangis apabila jenazah suaminya dibawa masuk dalam kereta jenazah. “Jangan menangis Cik Som, kita selesaikan dulu Salihin ni. Lepas tu baru nak cakap apa pun” sahut ustaz Badur sambil menolak Salihin masuk ke kereta jenazah. Mak Seha juga menarik Som ke dalam kereta supaya dia tidak berlautan menangis. Memang Som terasa sedihnya bukan kerana kematian Salihin, tetapi sejak dua minggu Salihin dimasukkan ke hospital, saudara mara yang lain tidak dapat melawat. Sebaliknya Ustaz Badur yang hanya kawan suaminya sanggup berulang alik mengambil berat tentang diri suaminya di hospital. Sampailah Salihin meninggal dunia, Ustaz Badurlah tidak kenal penat lelah membantu. Akob membawa kereta Ustaz Badur balik dahulu ke Puchong. Dia tidak dapat mengulangi bapa mertuanya di hospital selama ini kerana bekerja sebagai pemandu kereta membawa lori JKR, tentulah sukar mendapat cuti lama-lama. Itu pun dia sudah menyuruh isterinya menjaga rumah mertuanya. Selepas semuanya siap, mereka pun membawa jenazah Salihin balik. Kaha dan Ustaz Badur duduk dibelakang bersama jenazah. Manakala Rasul menantu Salihin duduk dihadapan. “Alhamdulillah, selamat semuanya” kata Ustaz Badur memandang Kahar. Kahar mengangguk. Dia juga merasa lega kerana masaalah di hospital sudah dapat diselesaikan dengan bantua Ustaz Badur. Kadangkala untuk mendapatkan kereta mayat bukanlah mudah,, kalau tidak tahu bagamana caranya. Ustaz Badur dapat menguruskan kerana dia juga mengenali beberapa orang pegawai di hospital berkenaan. “Esoklah kita kebumikan” beritahu Kamar lemah. “ Malam ni tak sempat, lagipun dah pukul 8.30” ujarnya sambil melihat jam di tangan.“Ialah, eloklah besok saja” sambut Ustaz Badur. Sekali sekala Kahar mengerling ke arah jenazah abangnya yang terbujur kaku, tetapi kadang-kala bergerak- gerak juga mengikut gegaran kereta berlari kencang. Dia tidak peduliu sangat jenazah itu bergerak dalam keadaan kereta laju. Apabila masuk ke jalan menuju ke Puchong selepas jalan KLang Lama, Kahar cepat-cepat menepuk bahu Ustaz Badur bila dilihatnya tangan jenazah terkeluar dari selimut yang menyelubunginya. Berdebar juga Ustaz Badur melihat tangan yang terkeluar itu bergerak-gerak. Tetapi dia segera mengingatkan, bahawa gegaran kereta itu yang menyebabkan tangan tersebut bergerak-gerak. Kahar mula merasa takut, kerana tidak mungkin tangan yang bergerak-gerak itu disebabkan gegaran kereta. Dia mula gelisah. Mukanya jelas gementar kerana jelas tangan itu bukan bergerak disebabkan gegaran kereta. Mustahillah abangnya masih hidup kerana sudah 4 jam dimasukkan ke dalam mortuary yang sejuk seperti peti ais tu. “Ustaz...” dia memanggil Ustaz Badur. Ustaz Badur tahu Kahar ketakutan. Oleh itu cepat-cepat dia memegang tangan jenazah yang terkeluar
untuk dimasukkan semula ke bawah selubungnya. Tetapi sebaik saja dia memegang tangan berkenaan, sekali gus tangan itu memagut tangannya pula. Kahar sudah mahu terjun melarikan diri, tetapi segera ditahan oleh Ustaz Badur. “Hus, nak apa ni?” jerkah Ustaz Badur memberanikan hati. Bagaimana dia tidak lepas dari membaca Ayat Kursi. “Nak minum, minta air....” sahut Salihin yang sudah meninggal dunia itu cuba mengangkat kepala. “Tidur dulu, balik ke rumah nanti baru minum” sengaja Ustaz Badur mengeraskan suaranya. Jenazah Salihin pun diam. Sehingga sampai di rumahnya di Puchong ternyata Salihin masih hidup. Apabila dibawa kerumah terus dia minta air. Satu malam itu menjadi tertanya-tanya bagaimana Salihin yang sudah disahkan mati itu boleh hidup semula. Malah sudah hampir 4 jam dimasukkan ke dalam rumah mayat yang sejuk seperti ais. Bagaimanapun 11 hari kemudian barulah Salihin meninggal dunia. Sekali lagi doktor mengesahkan bahawa dia benarbenar telah meninggal dunia. “Itulah kuasa Allah yang lebih besar dari terserempak lembaga berpakaian serba putih itu’ ujar Ustaz Badur tersengih- sengih mengerling ke arah saya. “Perkara di Tanjung Malam itu perkara kecil pada saya Usraz, tetapi perkara orang yang telah disahkan mati, sudah dimasukkan ke dalam peti sejuk hampir 4 jam, kemudian hidup semula sehingga 11 hari di rumah lebih besar ertinya, kalau kita mahu memahami akan kebesaran Allah, Inni fizalika liayatin likilli sabansyakur....” keluhnya sambil mengesat pelupuk mata yang mula digenangi air keharuan TAMAT

018. SUDAH DIKEBUMIKAN KELUAR DARI KUBUR

$
0
0
Memanglah tidak ramai orang
menghantar ke kubur semasa
kematian Wak Diman jaga
yang bertugas sebagai
pengawal keselamatan dengan
sebuah bank di kuala lumpur. Sanak saudaranya tidak
mengebumikan dia di tanah
perkuburan islam di Kuala
Lumpur, tetapi di bawa ke
kampungnya di Kuala Pilah. Semasa darurat dulu, Wak
Diman menjadi sc atau polis
khas. Apabila habis darurat,
tenaganya tidak diperlukan
lagi. dia pun menoreh getah di
kampungnya. tetapi setelah 13 mei 1969, Wak Diman mengikut
anak saudaranya di Kuala
Lumpur dan bekerja menjadi
pengawal keselamatan.
Kekallah dia menjadi 'jaga'
sampai ke akhir hayatnya. Tidaklah ramai orang
menghantar ke kubur, kerana
dia bukanlah orang besar yang
akan dihantar oleh beribu -
ribu manusia sama ada
dikenalinya atau pun tidak dikenalinya. Wak Diman
dihantar ke kubur hanya oleh
sanak saudaranya saja.
semasa hayatnya, dia memang
seorang dukun sambilan. Ada
beberapa kali saya ( tok awang ngah )menemuinya,
tetapi biasanya dia seolah -
olah mengelak tidak mahu
bertemu dengan saya. Kematian Wak Diman hanya
diberitahu oleh Kadri kepada
saya selepas seminggu orang
tua itu meninggal dunia. jadi,
tidaklah dapat saya melawat
jenazahnya. Lagi pun jenazahnya dibawa balik ke
kampung di Kuala Pilah. " Dah seminggu Wak Diman itu
meninggal " beritahu Kadri
apabila dia datang ke rumah
saya. " Tapi, ada orang
ternampak dia merayau -
rayau di dalam kampung " jelasnya keheranan dengan
cerita Wak Diman hidup semula
itu. " Awak ada tengok? " tanya
saya. Kadri menggelengkan kepala. "
Saya tak pernah tengok,
tetapi orang - orang kampung
ternampak. Mak Lang saya
juga ada nampak " katanya,
kerana Wak Diman itu berkahwin dengan mak
langnya. " Entahlah " keluh saya
pendek. " Susah nak cakap
benda - benda macam ni,
maklumlah urusan allah, mana
kita nak tau " ujar saya.
Tetapi Kadri mengakui bahawa Wak Diman itu pernah
dikatakan memelihara hantu
raya. Sejauh mana kebenaran
dakwaan ini, tidaklah dapat
dipastikan kerana orang yang
memelihara syaitan tidak akan mengaku ada memelihara
benda - benda seperti ini. Mungkin hantu raya juga
tergolong dalam jenis syaitan.
Mereka yang memelihara
hantu adalah meminta
pertolongan syaitan dalam
segala urusan, jadi sudah tentulah bertentangan dengan
Aki dah islam. Tetapi semasa
hayatnya saya tidak dapat
berbual banyak mengenai
amalannya, jadi tidaklah saya
tahu sejauh mana dia terlibat dengan memelihara hantu raya
itu. Lagi pun setiap kali saya
datang ke rumahnya di satu
kawasan setinggan, dia cuba
mengelak dari membiarkan
saya lama berada di rumahnya.
Dia akan berdalih dengan berbagai cara agar saya
segera balik, atau pun dengan
helah mengatakan dia ada hal
untuk mengubat orang. Saya tidaklah berkecil hati
dengan sikap Wak Diman ini.
Bagaimana pun saya dapat
mengagak bahawa kata - kata
Kadri menyebut dia
memelihara hantu raya itu boleh jadi juga benar.
Arwah bapa saudara saya, Pak
Tua Mahat ada memberitahu
bahawa orang yang
memelihara hantu raya
bertujuan untuk kuat. Orang seperti mudah saja
mengangkat batang pokok
sagu, dengan memikulnya di
bahu. Dia juga boleh
mengangkat kayu balak di
hutan dengan mengambil upah dengan taukeh - taukeh balak.
Tetapi biasanya mereka tidak
akan mengangkat barang yang
berat - berat ini di depan
khalayak ramai. Dia akan
menunggu semasa orang tidak ada, atau pun di waktu senja,
barulah dia mengangkatnya. Mereka yang memelihara
hantu raya ini kata Pak Tua
Mahat , selalu bersikap
cemburu terhadap isterinya.
malah dengan adik beradik pun
dia cemburukan. Hantu raya yang mendampinginya akan
sentiasa membisikkan ke
telinganya bahawa isterinya
sedang berlaku curang. Oleh
itu apabila dia balik ke rumah,
dia akan menampar isterinya sampai lebam - lebam. Hal ini pernah juga berlaku
kepada emak saudara saya,
tetapi saya tidak tahu sama
ada suaminya itu ada
memelihara hantu raya atau
tidak. Tetapi dari orang sekeliling, saya mendengar
mengenai suami emak saudara
saya itu memelihara hantu
raya. bagaimana pun
sepanjang ingatan saya dia
tidaklah segagah seperti yang diceritakan oleh Pak Tua
Mahat itu. Dia hanya cemburu saja.
Pernah dia mengunci pintu bilik
lantas memukul emak saudara
saya kerana rasa cemburunya
yang tidak dapat ditahan -
tahan. Emak saudara saya terjerit - jerit kesakitan.
Mujurlah Datuk Aki saya
mendengar jeritan anaknya.
Datuk Aki saya telah datang
meleraikan. apabila Datuk Aki
saya datang, suami emak saudara saya jadi gementar
dan menyembah - nyembah
meminta ampun dari Datuk Aki
saya. Datuk Aki saya tidak boleh
berbuat apa - apa, kerana
bukan sekali dua suami emak
saudara saya itu melakukan
perbuatan demikian. Setiap kali
dia bertindak gila, dia akan menangis tersedu - sedu
sambil meminta ampun bila
diserbu oleh keluarga emak
saudara saya. Manakala emak
saudara saya pula walaupun
teruk di pukul oleh suaminya, dia tetap kasih kepada
suaminya. apabila suaminya lari,
dia tetap akan mengikutnya. Akhirnya kami tidak
memperdulikan lagi, apa pun
berlaku. Hanya datang
meleraikan kerana kasihan
melihat emak saudara teruk
kena pukul. Dari kejadian itu tidak pula nampak bahawa
suami emak saudara saya itu
seorang yang kuat. Malah
dengan saya sendiri ketika itu
baru berusia belasan tahun,
dia terlalu gementar berhadapan selepas memukul
emak saudara saya itu. Datuk Aki saya telah
menyuruh Pak Tua Mahat
melakukan apa - apa bagi
menyelamatkan adiknya itu.
Pada mulanya Pak Tua Mahat
diminta supaya memisahkan suami isteri berkenaan.
sebaliknya Pak Tua Mahat
tidak bersetuju dengan
ayahnya untuk memisahkan
emak saudara saya dengan
suaminya. Apabila Pak Tua Mahat menyuruh suami emak
saudara saya itu supaya
berubat, dia mahu pula
mengikutnya. Pak Tua Mahat menyuruhnya
mandi berlimau 3 hari berturut
- turut. dia tetap
mematuhinya dengan tidak
berani membantah. selepas
itulah perangainya berubah. Dia tidak lagi cemburu. Kalau
makan nasi, tidaklah
diamalkannya untuk
meninggalkan sisa - sisanya
dalam pinggan kira - kira 3 kali
suap. " Amalan orang memelihara
hantu raya memang begitu "
Pak Tua Mahat menjelaskan. "
dia sengaja meninggalkan sisa
- sisa nasinya 2 - 3 suap di
dalam pinggan. Itulah petua kalau nak tahu mereka
memelihara hantu raya atau
tidak " katanya menerangkan
kejadian sebenarnya. Kadangkala hantu raya itu
sendiri menjelma seperti
tuannya dan dia akan keluar
melakukan persetubuhan
dengan isteri tuannya sendiri. "Kalau mahu tahu sama ada dia
hantu raya atau
pemeliharanya, tegurlah " ujar
Pak Tua Mahat lagi selepas
suami emak saudara saya
dapat dipulihkannya. "Kalau hantu raya dia tidak akan
menyahut atau berbual - bual
" jelas Pak Tua Mahat
selanjutnya. Beberapa tahun kemudian
barulah suami emak saudara
saya itu mengakui bahawa
hantu raya itu menguasai
dirinya bukanlah dengan
kerelaannya. Pada mulanya dia hanya menuntut ilmu pengasih
dari seseorang, rupanya orang
itu telah menurunkan hantu
raya kepadanya melalui amalan
ilmu pengasih itu. Termasuk
emak saudara saya, 14 orang isterinya. malah ada di antara
janda yang sudah diceraikan
datang semula tidur
bersamanya. Setelah berkahwin dengan
emak saudara saya dan diubat
oleh Pak Tua Mahat , dia
tidaklah berkelakuan seperti
sebelumnya. bagaimana pun
apabila dia berkahwin lagi seorang, ada emak saudara
saya bertanyakan kepada
saya sama ada mahu
membenarkan atau tidak. saya
hanya menasihatkan emak
saudara saya supaya membenarkan saja, kerana
tidak ada gunanya membuat
keributan. Bagaimana pun dia
tidak kekal dengan isterinya
yang ke 15 itu, hanya dengan
emak saudara saya saja dia kekal. " Ada apa - apa keanehan
yang awak lihat semasa
hayatnya? " saya bertanya
kepada Kadri mengenai Wak
Diman . Kadri termenung sebentar
mengerutkan dahinya. Dia cuba
mengingat - ingatkan semula
tentang keanehan Wak Diman
semasa hidupnya. Kerana
yang meninggal dengan sempurna tidak akan melihat
merayau - rayau atau bangun
dari kubur setelah
dikebumikan. Mereka yang
kembali menemui allah dengan
sempurna akan berehat dengan aman di barzakh
sehingga menunggu hari hisab.
Ini yang dijelaskan oleh Tok Aji
kepada saya tatkala saya
menjadi murid di madrasahnya. " Anehnya, tak ada " ujar
Kadri perlahan. " tetapi, ada
saya dengar dia memang
memelihara hantu raya "
jelasnya semacam kesal
dengan apa yang terjadi kepada suami Mak Langnya itu. Tetapi dia juga ada mendengar
peristiwa Wak Diman menolong
pihak JKR, semasa jabatan itu
membina jalan baru. Traktor
yang menolak tanah telah
jatuh ke dalam gaung. Amatlah sukar untuk menarik semula
traktor berkenaan naik ke
atas kerana curam gaungnya
sangat dalam. Kebetulan Wak
Diman ada di situ ketika
kejadian tersebut berlaku. Disebabkan masalah
kesuntukan masa bagi menarik
semula traktor itu naik ke
atas jalan, pihak JKR terpaksa
meninggalkan jentera
berkenaan di dalam gaung sementara mendapat bantuan
kren. Memanglah mustahil
untuk menarik semula traktor
itu walaupun kren dapat
dipanggil, kecuali ditanggalkan
bahagian badannya satu persatu untuk ditarik ke atas. Dalam masa traktor itu
ditinggalkan, hanya dijaga oleh
kaki tangan JKR yang
memasang khemah di atas
jalan. kebetulan jaga traktor
itu orang kampung Wak Diman . " Aku boleh tolong kau, Akop
" Wak Diman memberi jaminan
kepada jaga tersebut. Akop menyangka Wak Diman
mahu menemankan dia
berjaga tiap - tiap malam di
situ. Mana tahu sampai
seminggu pun traktor itu
masih belum dapat di tarik ke atas. Kalau Wak Diman mahu
menemankan, ada jugalah
teman berbual - bual pada
sebelah malam. Lagi pun di
tempat yang sunyi seperti itu,
musuh tarahnya banyak, maklum saja di tengah hutan.
Boleh jadi gajah, harimau atau
beruang muncul di tengah
malam. " Kurang tapak tangan, nyiru
aku tadahkan, Pak Lang "
sahut Akop sebaik
mendengarkan Wak Diman
mahu menolongnya. " Tapi, ada syaratnya " dia
menjelaskan. " Kalau syaratnya tak berat,
apa salahnya.." sahut Akop
memberi pengakuan. " Syaratnya tak berat "
beritahu Wak Diman tersengih
- sengih. " tapi, kalau kau
langgar syarat ni, tak mahulah
aku tolong " katanya. " Bolehlah, aku terima syarat
itu " wajah Akop gembira. " Syaratnya senang aje " dia
menjelaskan tersengih - sengih
seolah - olah pengakuannya
tidaklah serius. " Senja nanti kau jangan
datang, biar aku yang datang
dulu. kau datang agak - agak
pukul 8.30 malam " jelasnya
dengan ikhlas mahu menolong. Apa lagi Akop memanglah suka,
kerana ada orang yang
sanggup menolong sampai
begitu sekali. Dia boleh datang
lambat sedikit untuk menjaga
traktor yang terhumban ke bawah gaung itu. Syarat itu
bukanlah susah sangat, malah
memang sesiapa pun sanggup
datang lambat menjalankan
tugas. Tetapi petangnya apabila jam
6, hati Akop terasa tidak
senang. Kalaulah ada alat -
alat yang hilang pada jentera
berkenaan dia yang akan
bertanggungjawab. Dia tidak boleh menyerahkan tugas
tersebut kepada Wak Diman .
Bagaimana kalau mandur
meronda, dan mendapatinya
dia tidak ada menjaga traktor
itu. Memikirkan perkara - perkara
buruk demikian, Akop
terpaksa juga memungkirkan
janji dengan Wak Diman . Dia
datang juga kira - kira tepat
pada waktu senja. Sebaik saja sampai di atas jalan, dia
terkejut kerana melihat
traktor di bawah gaung
terangkat dan bergerak naik.
Dia nampak betul - betul Wak
Diman yang memikul traktor berkenaan menaiki tebing
gaung. terkial - kial dia
memikulnya dengan susah
payah. Takut akan melanggar
pantang, Akop menyorok di
dalam belukar. Basikalnya juga
disorokkan ke dalam belukar.
Kemudian dia melihat dari
tempat persembunyiannya, Wak Diman betul - betul yang
mengangkat traktor tersebut. Setelah traktor itu diangkat
naik ke jalan, Wak Diman pura
- pura berbaring di dalam
khemah yang disediakan di tepi
jalan. Sementara Akop pula
terus bersembunyi di dalam belukar. Hatinya bercampur
gembira dan bimbang. Apakah
akan dijawabnya pada
jurutera, kalau pegawai itu
bertanya siapa yang menarik
traktor itu naik ke atas. Sehingga jam 8.30 malam
barulah Akop keluar dari
tempat persembunyiannya.
Sebaik sampai saja di depan
khemah, dia pura - pura
terkejut sambil memanggil Wak Diman memberitahu traktor
sudah ada di atas jalan. " Eh, macam mana traktor tu
ditarik dari bawah gaung, Pak
Lang? " Akop pura - pura
tidak tahu kejadian
sebenarnya. " Mengarutlah kau Kop " sahut
Wak Diman tersengih - sengih.
" semasa aku datang pukul 4
petang tadi, traktor tu
memang dah dinaikkan. Kau
nak temberanglah pada aku " dia cuba menuduh Akop
berdusta seolah - olah tidak
tahu bahawa traktor itu
sudah ditarik oleh JKR. " Boleh jadi juga, sebab aku
cuti hari ni tadi " Akop cepat
- cepat menutup rahsianya
supaya tidak diketahui oleh
Wak Diman dia menyaksikan
sendiri Wak Diman memikul traktor itu tadi. " Kalau macam tu, biarlah aku
balik. Tak payahlah aku
temankan kau menjaga
traktor ni " katanya tersengih
- sengih sambil mencapai
basikal yang tersandar di tebing jalan. Dia tidak tahu bahawa Akop
sudah melihatnya memikul
traktor berkenaan. Besoknya
memanglah pihak JKR heran
bagaimana jentera berat
seperti traktor itu boleh ditarik dari dalam gaung yang
sampai 20 rantai ke bawah.
Sementara Akop tidak dapat
memberitahu kisah
sebenarnya. Mungkin jurutera
berbangsa India itu tidak percaya kalau diceritakannya
Wak Diman memikul traktor
tersebut. Oleh itu Akop
hanya mendiamkan diri dan
mengaku tidak tahu bagaimana
traktor di bawah gaung tiba - tiba saja sudah berada semula
di atas jalan. " Cerita itu ada Akop sepupu
saya ceritakan " jelas Kadri
mengingatkan semula kisah
Akop mengenai peristiwa Wak
Diman boleh memikul traktor
yang terhumban ke dalam gaung sedalam 20 rantai itu,
naik semula ke atas jalan. "
Tetapi saya sendiri tidak
pernah melihatnya " ujar
Kadri lagi. Sudah seminggu Wak Diman
meninggal dunia, tetapi orang
- orang kampungnya heboh
ada melihat dia merayau -
rayau di tengah kampung.
Memang orang nampak betul Wak Diman berjalan dalam
keadaan berselimut putih
dalam kain kapannya. " Biasanya selepas 3 hari perut
dah pecah " kata Kadri
tertanya - tanya. " macam
mana Wak Diman boleh
merayau - rayau selepas
seminggu dikebumikan " ujarnya keheranan. Mula - mulanya emak saudara
Kadri yang ternampak Wak
Diman menyusur di tepi
dinding hendak naik ke rumah.
Dia telah menjerit memanggil
jiran - jiran yang tinggal berdekatan, menyebabkan
mereka semua menyerbu ke
rumah Mak Lang Emon. Semasa
mereka sampai, memang
ternampak kelibat orang
berlari dengan pakaian serba putih menuju ke tanah
perkuburan. " Aku nampak macam Wak
Diman di situ " beritahu Mak
Lang Emon sambil menuding ke
arah penjuru dapur. Apabila
mereka mendekati tempat
yang dikatakan Wak Diman berpaut tadi, terbau bau
busuk yang meloyakan. " Kau terangan-angankan dia
agaknya " bapa saudaranya
cuba menafikan. " Betul, aku pun nampak "
sahut Joyah yang mula - mula
tiba semasa kakaknya terjerit
tadi. " Aku nampak aruah ni
berdiri di situ " katanya
menguatkan lagi cerita Mak Lang Emon mengenai jelmaan
Wak Diman . Disebabkan semua orang -
orang kampung heboh melihat
Wak Diman menjelma semula,
maka Kadri juga balik ke
kampung untuk memastikan
cerita mengenai bapa saudaranya itu. Dia sengaja
mengendap untuk melihat
keadaan sebenarnya. Pada malam berkenaan dia
tidak melihat apa - apa,
kecuali deru angin malam yang
menggetarkan. Dia mengajak
seorang kawannya mengendap
sama ada benar yang dilihat itu Wak Diman atau tidak. Lagi
pun Kadri memang hendak
melihat dengan mata
kepalanya sendiri akan
kejadian - kejadian yang
dianggap tahyol oleh masyarakat moden sekarang.
Kawannya itu pula Tapa
Cendol, anak muda gila - gila
bahasa. Kalau kena gaya
memujinya, apa pun disuruh dia
sanggup lakukan. " Memang aku nampak Wak
Diman tu melintas dekat pagar
rumah aku " beritahu Tapa
Cendol terangguk - angguk. "
3 hari buluh pagar tu bau
busuk, nak loya aku dibuatnya " ujarnya menekup leher
dengan 2 tangannya seolah -
olah menahan rasa hendak
muntah. " Kenapa kau tak tEgur dia? "
usik Kadri tersengih - sengih. " Nak mampus! " Tapa Cendol
membeliakkan matanya kerana
seram disuruh menegur
jelmaan Wak Diman . " Baik -
baik tak kuluhum, hah,
langsung kuluhum " katanya menyebabkan Kadri tertawa
terbahak - bahak.
" Kau bukan ke hebat, Tapa "
Kadri sengaja mengusik. "
Lagikan ular sawa besar betis
kau berani tangkap, inikan pula Wak Diman yang dah
mati, apa kau takut? " ujarnya
menepuk - nepuk bahu Tapa
Cendol. " Ular tak sama dengan
hantu..." gerutunya tersengih -
sengih. Ketika inilah mereka berdua
terdengar Mak Lang Emon
terjerit lagi. cepat - cepat
mereka berkejar ke rumah
Mak Lang Emon. di sana sanak
saudara sudah berkumpul sebaik saja mendengar Mak
Lang Emon menjerit. Kadri pula
sebaik saja sampai, melihat ke
arah pintu dapur yang
terbuka. Apabila dia masuk di
situ, terbau bau busuk yang meloyakan. Periuk sudah
tertonggeng di atas tungku. " Jangan kau pegang apa pun
di dapur tu " Tapa Cendol
mengingatkan. " kalau kau
pegang, nanti bau busuk tak
hilang " katanya sambil
mengelak - elakkan badannya dari bersentuhan barang -
barang di dapur yang berbau
busuk itu. Rupa - rupanya semasa Mak
Lang Emon hendak ke dapur
untuk ke bilik air, dia
ternampak Wak Diman makan
nasi di dapur. Itulah
menyebabkan dia menjerit meminta tolong. " Nampaknya tak boleh jadi
macam ni " rungut Lebai Ujud
bila mengenangkan gangguan
jelmaan Wak Diman itu. Barulah mereka diberitahu
mengenai aruah Wak Diman
memang menyimpan hantu
raya. Jelmaan Wak Diman itu
adalah hantu yang sudah tidak
bertuan. Akop juga menceritakan mengenai Wak
Diman pernah mengangkat
traktor yang terhumban ke
gaung. Lebai Ujud juga teringat
tentang Wak Diman
mengangkat sebatang pokok sagu rembia dari hujung sawah
di bawa balik ke rumahnya.
pada masa itu dia tidak pula
menduga bahawa menantunya
ada memelihara hantu raya. Patutlah apabila ditegur, Wak
Diman yang mengangkat
batang sagu rembia itu hanya
mendehem saja, sedangkan
Wak Diman selalunya suka
berceloteh. Tetapi Lebai Ujud menyangka, tentulah ketika
membuat kerja yang berat -
berat dia tidak suka bercakap.
Tetapi adalah mustahil manusia
biasa mengangkat sebatang
pokok sagu rembia. " Kalau macam tu, kita baca
yassin la nampaknya " lebai
ujud menganjurkan. Dalam masa orang ramai
bercadang mahu membaca
yassin beramai - ramai, Kadri
mengajak Tapa Cendol terus
mengintip dari mana
datangnya jelmaan tersebut. " Kalau apa saja yang
diusiknya menjadi busuk, sudah
tentu kita boleh jejak dia "
Kadri menguatkan hati untuk
terus melihat sendiri kejadian
yang sebenarnya. " Macam mana? " tanya Tapa
Cendol tidak tahu hujung
pangkal. " Di mana ada terbau busuk,
kita ikut. Tentu itulah jalannya
" ujar Kadri. Mereka berdua pun berdiri di
depan pintu dapur untuk
mendapatkan bau busuk itu
dari arah mana. Kedua - dua
mereka terus menyusur arah
ke reban ayam. Dari sana mereka terus mengikut bau
busuk itu masuk ke belukar
yang lantas menuju ke arah
kubur. " Hus, ini arah ke kubur
nampaknya " Tapa Cendol
serba salah untuk mengikut
Kadri. " Kau takut ke? " usik Kadri
perlahan. Tapa Cendol terdiam. Malu juga
dia mahu mengaku takut
untuk terus mara ke kubur di
waktu malam demikian. Ketika
ini sudah pukul 12 tengah
malam. Tetapi Kadri memang nekad untuk mengetahui
jelmaan Wak Diman itu. " Aku agak kau ni takut "
Kadri menyinggungkan siku ke
bahu Tapa Cendol. " Ah, apa pula nak takutkan "
cepat - cepat Tapa Cendol
menafikan. Apabila sampai di kawasan
kubur, mereka terus menuju
ke arah kubur Wak Diman . Bau
busuk tidak ada di situ. Malam
itu mereka berdua gagal untuk
mengesan jelmaan Wak Diman . Besoknya Kadri pergi melihat
sendiri kubur Wak Diman ,
kerana semasa menaikkkan
tanah kubur pada hari ke 3
kematian Wak Diman , dia tidak
dapat balik. Petang itu pula dia akan terpaksa balik semula ke
Kuala Lumpur. Semasa melihat
kubur itu, didapatinya ada
lubang di bahagian tengah
kubur. Lubang itu ada kira -
kira sebesar buluh aur. Kadri memberitahu Lebai Ujud
mengenai apa yang dilihat di
kubur Wak Diman .
Mendengarkan aduan Kadri
itu, pada waktu zuhurnya
Lebai Ujud bersama beberapa orang anak saudaranya pergi
bertahlil dan membaca yassin
di atas kubur Wak Diman. Selepas membaca yassin, Lebai
Ujud mencurahkan air bacaan
yassin dalam jag ke atas kubur
Wak Diman . Sebahagian dari
air itu dicurahkannya pada
bahagian yang berlubang itu. Setelah dicurah air yassin,
lubang itu dikambus semula.
Petang ahad itu, Kadri balik
ke Kuala Lumpur. Dia tidak lagi
mendengar cerita mengenai
jelmaan Wak Diman selepas itu. " Apa yang ustaz agak
mengenai cerita Wak Diman
ini? " tanya Kadri. Saya terdiam. Sukar hendak
menjawab pertanyaan
tersebut. Saya mendengar
kisah orang yang memelihara
hantu raya ini, tetapi berlainan
pula keadaannya. Saya mendengar cerita mengenai
seorang lelaki memelihara
hantu raya setelah dia jatuh
sakit beberapa lama, saudara
maranya menjadi heran kerana
dia makan terlalu kuat. Sebaliknya badan semakin lama
semakin kurus. Setelah dibukakan anak
tangga, lantai sekeping dan
atap sekeping, barulah dia
meninggal dunia. Tetapi setelah
meninggal, didapati mayatnya
sudah reput menunjukkan dia sudah lama meninggal dunia.
Jadi, ada bermacam - macam
cerita mengenai orang yang
memelihara hantu raya ini. Apa yang terjadi kepada Wak
Diman ini memang saya tidak
tahu. Tanda - tanda yang
diceritakan semasa hayatnya
memang dia ada memelihara
hantu raya kata sesetengah orang tua. Dia memang kuat,
tetapi dia tidak pula cemburu
kepada isterinya Mak Lang
Emon. Dia tidak mempunyai ilmu
pengasih yang suka berkahwin
dan bercerai dengan banyak perempuan. Hanya Mak Lang
Emon itulah saja isterinya
sejak muda lagi. Tetapi bagaimana dengan
jelmaannya yang balik semula
ke rumah dan merayau -
rayau di dalam kampung.
Kemudian dia suka naik ke
dapur untuk makan nasi menyeluk periuk sendiri.
Terpaksalah pula periuk dan
pinggan mangkuk yang telah
digunakan itu dibuang atau
dimusnahkan. Anehnya selepas makan dan
minum, dia terus meninggalkan
rumah berkenaan dengan
tidak menganggu sesiapa pun.
Mak Lang Emon terjerit pun
hanya ketika dia bangun hendak ke bilik air, dilihatnya
jelmaan Wak Diman itu sedang
makan nasi di dapur. Sejak itu
ayahnya, Lebai Ujud
menyuruhnya supaya jangan
ditinggalkan nasi selepas makan malam. Akop pula menceritakan dia
berjaya mengendap jelmaan itu
dan mengikutnya sampai ke
kubur. Apabila sampai di kubur
Wak Diman, kelihatan jelmaan
itu masuk ke kubur melalui lubang yang ditemui oleh Kadri
itu. 2 - 3 hari selepas itu, Kadri
menerima surat dari emaknya
mengatakan gangguan jelmaan
Wak Diman itu sudah tidak
ada. Sejak dibacakan yassin
dan lubang kuburnya dikambus semula, tidak ada lagi
ternampak jelmaan Wak Diman
merayau - rayau mencari nasi
di dapur pada waktu tengah
malam. selesai...

019. KEPALA TERSANGKUT DI RUMPUN MENGKUANG

$
0
0
KEGELISAHAN orang- orang kampung di Serting ialah gangguan terhadap ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Selalunya mereka akan menghadapi keadaan turun darah kalau dibawa ke hospital. Bagaimanapun kebanyakkan mereka ini masih dapat diselamatkan apabila dibawa ke hospital. Ibu-ibu yang hendak melahirkan anak semakin bimbang akan mengalami tumpah darah ini, di samping mereka takut pula untuk beranak di hospital. Anehnya, kenapa tumpah darah ini sentiasa berlaku kepada ibu- ibu yang melahirkan anak-anak
di kampung ini. Disebabkan kebimbangan ini Ali Gemuk menemui Pak Hid di Bukit Kelulut bertanyakan masalah yang dihadapi oleh orang- orang di kampungnya. Bagaimanapun Pak Hid tidak dapat menjelaskan kedudukan sebenarnya, cuma dia mengagakkan mungkin ada gangguan dari 'penanggal' atau
polong. Sama ada hantu penanggal mahupun polong memang gemar menghisap darah perempuan baru lepas bersalin. Secara saintifik memanglah tidak dapat digambarkan mengenai polong atau hantu penanggal ini, kerana yang dapat dilihat hanya perempuan yang menjadi mangsa itu terkena tumpah darah. Sedangkan yang sebenarnya hantu penanggal itu sedang menghisap darah hanyir dari ibu yang baru lepas bersalin itu. Fasal itulah kebanyakan orang-orang di kampung akan menggantungkan duri mengkuang di bawah rumah setentang dengan tempat tidur ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Memang duri mengkuang ini menjadi sumpahan kepada hantu penanggal mahupun polong. Mereka tidak akan berani mendekatinya kalau ada duri mengkuang di situ. “Habis, mengapa kalau bawa ke hospital boleh baik?” tanya Ali Gemuk pada Pak Hid. “Bau ubat-ubat di hospital itu pun dia tak tahan” ujar Pak Hid perlahan. “Apabila dibawa ke hospital tak payah lagi ubat pun tak apa lagi dah” katanya menjelaskan. Bagaimanapun dia tidaklah bermaksud supaya jangan diberi ubat kepada ibu-ibu yang mengalami tumpah darah itu. Sebenarnya gangguan dari hantu penanggal atau polong itu tidak berani lagi mengikut mangsanya apabila mangsanya itu dipindahkan ke hospital. “Jadi, macam mana kita nak buat Pak Hid?” Ali Gemuk merasa bimbang kerana isterinya sarat mengandung dan hampir akan bersalin. “Dekat kampung kau pun ada orang yang handal, buat apa jumpa aku?” Pak Hid macam menyindir Ali Gemuk yang terburu-buru mencari dia, padahal isterinya lambat lagi akan bersalin. Inilah kisah yang berlaku lebih 20 tahun dulu mengenai kejadian yang mengganggu ibu-ibu melahirkan
anak menyebabkan mereka dalam ketakutan setiap kali akan melahirkan anak. Ali Gemuk adalah salah seorang yang menghadapi masalah ini sebaik saja isterinya akan melahirkan anak sulung. Malah mengikut pendapat orang tua- tua perempuan mengandung anak sulung inilah yang menjadi
idaman hantu penanggal itu. Nenek saya pernah memberitahu bahawa hantu penanggal ini adalah manusia biasa yang tersalah menuntut ilmu semangat padi. Tujuannya adalah untuk membolehkan padinya berbuah dengan banyak, walaupun sawah yang dikerjakan tidak seberapa. Ilmu semangat padi yang dituntutnya itu berubah menjadi hantu penanggal yang memerlukan darah perempuan yang baru beranak, bagi mengekalkan ilmu semangat padi itu menguasai dirinya. Sekiranya dia tidak melakukan, maka hantu penanggal yang menguasainya itu akan memakan diri sendiri. Oleh itu asal saja perempuan baru melahirkan anak mudah saja dia dapat mencium hanyir darah berkenaan. Kecuali kalau wanita-wanita itu baru dibawa ke hospital, dia tidak dapat mengekorinya kerana bau ubatan moden ini melemahkan anggota hantu penanggal itu sendiri. Kisah Ali Gemuk ini diceritakan sendiri oleh anak buahnya kepada saya, kerana semasa kejadian itu berlaku dia sudah pun berumur kira- kira 8 tahun. Dia masih ingat lagi kejadian yang berlaku kepada bapa saudaranya itu. Saya pernah juga bertemu dengan Pak Hid dua tiga kali, tetapi tidak sempat pula bertanya mengenai kisah Ali Gemuk ini. Lagi pun dia tidak berapa ingat sangat dengan Ali
Gemuk, kerana kampung mereka berjauhan. Semasa saya bertemu Pak Hid beberapa tahun dulu, dia kelihatan menangis terisak- isak kalau menyebut kisah- kisah yang dikatakan aneh oleh manusia sekarang. Setiap kali dia menyebut nama Allah, Pak Hid akan tersedu-sedu sampai tidak dapat bercakap. “Allah boleh melakukan apa saja, tak ada apa-apa yang aneh bagiNya” kata Pak Hid kepada Ali Gemuk. “Dekat kampung kau ada orang yang handal, buat apa kau cari orang tua buruk di Bukit Kelulut ni” dia merendahkan diri apabila Ali Gemuk meminta dia membuat apa-apa tangkal bagi melindungi isterinya. “Tolonglah bagi apa- apa tangkal pun Pak Hid” Ali Gemuk merayu dengan penuh harapan. “Aku tak boleh melindungkan isteri kau, tangkal azimat juga tak boleh” mengesat matanya yang mula digenangi air. “Yang boleh kau minta tolong untuk melindungi isteri kau hanyalah Allah” kata Pak Hid lagi. Sedapat-dapatnya Pak Hid tidak mahu memberi apa- apa tangkal azimat bagi menghadapi gangguan hantu penanggal itu. Dia hanya menyuruh Ali Gemuk melakukan sembahyang tahjud di tengah malam hari di samping memohon kepada Allah supaya dijauhkan sebarang bencana dari menimpa isterinya. Bagaimanapun dia memberikan doa kepada Ali Gemuk supaya diamalkan selepas sembahyang tahjud itu.
Hampalah Ali Gemuk hendak mendapatkan tangkal dan azimat dari Pak Hid, kerana orang tua itu enggan memberikannya. Dari anak buahnya Johar yang menceritakan kisah ini semula kepada saya, memang Ali Gemuk melakukan seperti yang disuruh oleh Pak Hid. Tetapi Ali gemuk memang tahu mengenai diri Pak Hid yang warak orangnya itu. Kebanyakan orang hanya menganggap Pak Hid sebagai orang tidak siuman saja, kerana pakaiannya yang robak-rabek dan bertampal- tampal, di samping suka merungut-rungut sendirian. Sebab itulah Ali gemuk sanggup mengayuh basikal sampai tujuh lapan batu dari Serting ke Bukit Kelulut, semata-mata mencari Pak Hid. “Memang Pak Hid nampaknya macam orang tidak siuman saja” ujar Johar bila mengingatkan semula sikap Pak Hid. Kadangkala dia datang minum kopi di Batu Kikir, hanya beberapa minit saja dia duduk, lantas bangun mahu ke Segamat pula. Padahal Segamat dengan Batu Kikir bukanlah dekat lebih 30 batu jauhnya. Tetapi memang orang nampak dia mengayuh basikal menuju ke arah ke Bahau untuk pergi ke Segamat. Sebaliknya lima minit kemudian dia balik semula, untuk menghabiskan sisa kopi yang diminumnya tadi. “Perangainya inilah yang dikatakan orang tidak siuman. Satu waktu pernah terjadi dia sedang minum kopi di Batu Kikir, tiba-tiba saja dia bangun kerana hendak membeli kuih kuaci di Segamat. Katanya dia teringin hendak memakan kuih dari kedai yang selalu dibelinya kuih kuaci apabila dia ke Segamat. Disebabkan sudah selalu benar dia berkata mahu ke Segamat membeli kuih tersebut apabila sedang duduk minum di kedai kopi di Batu Kikir itu, orang cam betul-betul
waktu yang dia bangun mencapai basikal untuk ke Segamat itu kira-kira pukul 11.00 pagi. Kira-kira pukul 11.05 minit dia balik ke kedai itu membawa dua butir kuih kuaci yang katanya dibeli di Segamat. Orang yang disuruh menunggu di kedai kuih di Segamat yang dikatakan itu telah balik dalam kira-kira pukul 3.00 petang hari itu memberitahu, memang Pak Hid ada datang ke kedai berkenaan membeli kuih kuaci pada pukul 11.00 pagi hari tersebut. Sejak hari itu barulah orang tidak berani lagi menuduh dia tidak siuman. Memang terkejut besar orang yang menunggu di kedai di Segamat, kerana selama ini dia merasakan Pak Hid hanya bergurau saja mahu ke Segamat membeli kuih. Tetapi apabila balik dia hanya membawa dua butir saja kuih kuaci. Kalau mahu dikira dari segi logik, adalah terlalu bodoh untuk mengayuh basikal lebih 30 batu semata-mata untuk membeli dua butir kuih kuaci yang harganya cuma 20 sen. Lagi pun tidak sampai 5 minit pun masa perjalanannya dengan mengayuh basikal tetapi menuju ke satu tempat yang dikira pergi dan balik lebih 60 batu. Sebab itulah orang menganggap dia tidak siuman. Tetapi setelah dapat dibuktikan bahawa kata-kata Pak Hid itu benar barulah orang berfikir, pada zahirnya Pak Hid seperti orang tidak siuman, tetapi apa rahsia di sebalik kelakuannya seperti orang tidak siuman itu hanya Allah saja yang tahu. “Dari apa yang saya alami mengenai kelakuan Pak Hid ni, memang saya bersetuju dengan Ustaz, bahawa tidak ada perkara yang mustahil kalau Allah izinkan” keluh Johar
memberitahu saya. Johar pun memang sudah lama mencari saya, kerana dia mendapat tahu saya pernah ke Bukit Kelulut mencari Pak Hid ini. Apabila bertemu dengan saya, barulah dia bercerita mengenai sikap aneh Pak Hid yang dianggap oleh orang-orang di sekitar kampungnya sebagai tidak siuman itu. “Macam mana Ustaz tahu Pak Hid ni?” tanya Johar. “Semuanya kehendak Allah” sahut saya tersenyum. Memang orang merasa heran kenapa saya suka berkenalan dengan orang-orang seperti Pak Hid ini. Bagi saya zahirnya saja tidak boleh diberi penilaian
dengan mata hati kita. Saya mencari Pak Hid pun kerana mahu bertanyakan sedikit sebanyak yang kita tidak tahu darinya. “Saya tanyakan padanya sama ada kenal Ustaz atau tidak” jelas Johar macam mengingatkan sesuatu. “Tetapi, dia kata tak kenal” katanya terangguk-angguk. Saya tersenyum mendengar penerangan Johar. Memang itulah sikap Pak Hid, kalau ditanyakan padanya sama ada kenal atau tidak orang-orang yang pernah menemuinya, dia akan menjawab, “Ramai yang datang
ke sini, mana saya nak ingat”. Setelah orang ramai tahu tentang keluar-biasaan Pak Hid ini, ada juga orang menjemputnya ke rumah untuk
membaca doa selamat. Pak Hid memenuhi jemputan orang berkenaan. Tetapi selepas dia membaca doa selamat, dia pun balik dengan tidak mahu menjamah makanan yang dihidangkan. “Mengapa tuan tak makan dulu?” tanya tuan rumah kebingungan. “Tadi awak jemput saya untuk baca doa selamat, bukan untuk makan” jelasnya dan terus beredar dari situ. Disebabkan orang sudah tahu bagaimana cara mengajaknya, maka apabila diajak dia kenduri akan disebutkan permintaan untuk membaca doa selamat dan terus makan sekali. Barulah Pak Hid mahu makan selepas dia membaca doa selamat. Tetapi ada juga tatkala sedang makan tuan rumah akan mempersilakan seperti kelaziman yang dibuat oleh orang-orang Melayu di kampung iaitu, “Jemputlah makan tuan, lauknya tak ada, cuma itu saja”. Tujuan tuan rumah hanya sebagai merendah diri saja, bukanlah apa-apa tujuan di sebaliknya. Setelah mendengar kata-kata tuan rumah itu, Pak Hid akan makan nasi saja dengan tidak mengambil sedikit pun lauk. “Bubuhlah lauk tuan...” tuan rumah akan memperlawanya. “Eh, tadi kata tak ada lauk” sahutnya dan terus menyuap nasi dengan tidak sedikit pun menyentuh lauk. Selepas selesai kenduri, tuan rumah akan memberikannya wang sepuluh ringgit sebagai budi bahasa kelaziman orang-orang di kampung memanggil orang membaca doa di rumahnya. “Tuan, ambillah sedekah ni” ujar tuan rumah menghulurkan wang sepuluh ringgit. Dengan pantas dia menepis tangan orang itu sambil katanya, “His, saya tak patut menerima sedekah, badan saya masih kuat lagi bekerja. Yang menerima sedekah ni fakir miskin”. Jadi, kalau memberi dia wang memadai dengan serahkan saja
sewaktu bersalam dan jangan berkata apa-apa. Dia akan mengambil sambil menadah tangan bersyukur kepada Allah. Tetapi ada juga tuan rumah yang memberi wang sambil berkata, “Tuan, ini saya beri tambang-tambang kereta aje”. Tuan rumah sengaja berkata begitu kerana tidak ada tujuan, walaupun dia tahu Pak Hid datang ke rumahnya dengan menunggang basikal. Pak Hid tidak menolak. Dia akan menerima wang pemberian itu. Biasanya tuan rumah akan memberi sepuluh ringgit selepas selesai kenduri. Dengan kata-kata tuan rumah tadi Pak Hid meninggalkan basikalnya di situ, lantas menaiki bas atau teksi sapu ke rumah di Bukit Kelulut. Kalau tambang bas antara 30 hingga 40 sen, dia akan memberikan kesemua sepuluh ringgit itu dengan tidak mahu mengambil baki yang dipulangkan oleh kondakter bas. Begitu juga kalau dia menaiki teksi sapu. Pemandu kereta akan mengenakan $1.50 saja, tetapi dia tetap memberikan kesemua sepuluh ringgit yang diberi oleh tuan rumah tadi. Apabila dia sampai di rumahnya, dia akan naik sebentar ke rumahnya, kemudian berbalik semula ke rumah orang yang membuat kenduri tadi untuk mengambil basikalnya semula. Sekali pandang memanglah nampak kelakuannya seperti orang tidak siuman, tetapi rahsia dirinya hanya Allah yang tahu. Itulah yang diceritakan oleh Johar kepada saya mengenai Pak Hid.Dan itulah kesan yang diajarkannya kepada Ali Gemuk apabila lelaki itu datang meminta tangkal azimat darinya supaya menghalau hantu penanggal. Ali Gemuk mematuhi arahan Pak Hid supaya melakukan sembahyang tahjud selama 44 malam sebelum isterinya melahirkan anak. Memanglah terasa sukar pada mulanya untuk bangun tidur waktu malam hari tetapi kerana yakin dengan apa yang diajarkan oleh Pak Hid dia tetap tabahkan hati. Lagipun bersembahyang tahjud memang dikehendaki oleh agama, kerana Allah sendiri menyuruh dibanyakkan berjaga malam untuk beramal ibadat. Setelah selesai 44 malam dia menunaikan tahjud itu, isterinya belum juga sampai waktu untuk melahirkan anak. Oleh itu setiap lepas maghrib Ali Gemuk membaca Yassin.Begitulah sehinggalah sampai waktu isterinya mahu melahirkan anak. Dengan izin Allah isterinya melahirkan anak dengan mudah, dan tidak merasa sakit yang kuat. Semasa isteri Ali Gemuk melahirkan anak, Johar anak saudaranya ada bersama di rumah Ali Gemuk. Masa ini Johar baru berumur 8 tahun saja. “Masa tu umur saya 8 tahun je Ustaz, tapi saya masih ingat juga” jelas Johar memberitahu saya. Isteri Ali Gemuk selamat melahirkan anak pada jam 6.00 petang. Terlalu gembira hatinya, kerana anak dan isterinya selamat. Dia terus mengazankan anaknya sebaik saja diserahkan oleh Mak Bidan. “Tak ada kau cari tangkal apa-apa Li?” emak mertuanya cemas setelah isterinya selamat melahirkan anak itu. Ali Gemuk mendiamkan diri. Dia yakin isterinya tidak akan dapat diganggu lagi hantu penanggal yang menakutkan penduduk- penduduk kampungnya. “Bukanlah aku dah suruh kau siap-siapkan tangkal
tu!” orang tua itu memarahi Ali Gemuk. “Saya dah jumpa dengan Pak Hid” sahut Ali Gemuk menjelaskan. “Pak Hid pula?” soalnya heran. “Pak Hid di Bukit Kelulut...” kata Ali Gemuk perlahan. “Orang tua tak siuman tu” emak mertuanya menyindir sambil mencemikkan bibir. “Apa yang orang tua tu boleh buat, dirinya pun tak terjaga kau nak suruh dia buat tangkal” ujarnya kesal disebabkan Ali Gemuk pergi menemui Pak Hid. Ali Gemuk tidak menyahut. Dia tahu semua orang-orang di situ hanya mendengar saja mengenai diri Pak Hid yang dikatakan kurang
siuman itu. Tetapi mereka tidak pernah mahu mendekati orang tua berkenaan. Bagaimanapun Ali Gemuk hanya mengetahui akan keluar- biasaan Pak Hid ini dari seorang polis pencen di Batu Kikir. Sebab itulah dia sanggup ke Bukit Kelulut sejauh lebih 7 batu semata-mata untuk menemui Pak Hid. Kira-kira pukul 9 malam, kakak ipar Ali Gemuk terjerit dari tengah halaman menyebabkan seisi rumah kelam kabut. Semua orang yang berada di dalam rumah meluru keluar hinggakan isteri Ali Gemuk yang baru bersalin pun ditinggalkan seorang diri. “Ada apa Esah?” tanya emak mertua Ali Gemuk pada anaknya yang termengah- mengah ketakutan. “Itu apa tu, apa tu dekat rumpun mengkuang?” dia menuding-nuding jari ke arah rumpun mengkuang berhampiran dengan telaga, dengan tidak memalingkan mukanya ke situ. Semua orang memandang ke rumpun mengkuang berhampiran telaga di tepi sawah. Mereka nampak kepala manusia tersangkut dengan tali perutnya berjurai-jurai melekat pada duri mengkuang. Pada bahagian tali perutnya nampak seperti api berkelip- kelip. Cepat-cepat Ali Gemuk menyuluh dengan lampu suluh ke arah kepala manusia yang tersangkut itu. “Oh, kau rupanya nak ganggu isteri aku!” jerkah Ali Gemuk meludahkan ke tanah. Selepas ini barulah emak mertuanya berkejar mendapatkan isteri Ali Gemuk di dalam. Didapatinya anaknya tidak apa-apa. “Ada apa mak?” tanya isteri Ali Gemuk. “Dah datang setan tu. Nasib baik tersangkut pada rumpun mengkuang” rungut orang tua itu. “Syukurlah...” sahut isteri Ali Gemuk. “Tak sia-sialah Abang Ali jumpa dengan Pak Hid tu” katanya setelah diberitahu oleh Ali Gemuk mengenai ajaran
yang diajarkan oleh Pak Hid. Sementara di tengah halaman orang-orang kampung sudah berkumpul. Mereka semua menyaksikan sendiri bagaimana hantu penanggal itu
tersangkut pada rumpun mengkuang. Mereka tidak berapa kenal muka kepala siapa manusia itu, kerana ianya bukanlah orang dari kampung tersebut. “Tak pernah orang dapat memerangkap benda macam ni” ujar Tok Imam Lias sambil menyuruh orang kampung mengambil antan lesung. Johar cepat-cepat mengambil antan lesung di bawah gelegar rumah. Pada mulanya emaknya menyuruh dia masuk saja ke rumah, tetapi Johar berkeras juga mahu melihatnya. Dia tidak merasa takut untuk menyaksikan hantu penanggal yang tersangkut di rumpun mengkuang itu. Tetapi Ali Gemuk mempertahankan dia. “Anak jantan apa salahnya nak tengok, buat apa takut dengan setan!” kata Ali Gemuk bersemangat. Tok Imam Lias mengambil antan lesung dari Johar. Dia mengetuk kepala orang yang tersangkut pada rumpun mengkuang itu dengan antan lesung, tetapi kepala itu tidak mengelak. Matanya saja terkelip-kelip melihat lampu suluh yang meyilau ke matanya. “Macam mana kau kurung setan ni, Li?” tanya Tok Imam Lias berpatah balik semula ke tengah halaman. “Tak ada saya kurung, cuma saya buat apa yang disuruh oleh Pak Hid” jelas Ali Gemuk. “Tak usahlah kita bunuh, kita lepaskanlah dia” Tok Imam Lias mencadangkan. “Saya tak tau macam mana nak lepaskan” sahut Ali Gemuk, kerana dia memang tidak tahu apa harus dilakukan
selepas itu. “Macam tu, kena panggil Pak Hid” kata Tok Imam
Lias menasihatkan, “Tak usahlah kita bunuh, dia pun manusia biasa juga. Cuma mengamalkan ilmu sesat” ujarnya kesal. Emak mertua Ali Gemuk terdengar apa yang dicakapkan oleh Tok Imam Lias. Dia juga teringat akan pengakuan anaknya mengenai Pak Hid yang ditemui oleh suaminya Ali Gemuk. Terasa juga menyesal di hati orang tua itu kerana menuduh Pak Hid tidak siuman. Baru Ali Gemuk mahu mencapai basikalnya, Pak Hid sudah sampai tersengih-sengih saja apabila melintasi orang ramai di tengah halaman. “Awak nak panggil saya, Ali” tegur Pak Hid memerhati Ali Gemuk sedang menyeret basikalnya. “Tak payahlah panggil lagi, saya pun memang nak ke mari” katanya lagi. Bertambah heran emak mertua Ali Gemuk, kerana macam tahu-tahu saja Pak Hid yang Ali Gemuk mahu memanggilnya. Orang-orang kampung yang selama ini menuduh Pak Hid tidak siuman pun menjadi heran dengan kejadian yang mereka lihat itu. Hanya baru disebut namanya oleh Tok Imam Lias, dia sudah muncul dalam masa beberapa minit saja. “Macam mana Pak Hid tahu semua ni?” soal Ali Gemuk keheranan. “Apa pula saya tahu semuanya, saya memang nak kemari” Pak Hid menjelaskan. “Macam mana isteri kau, dah bersalin?” dia tersengih-sengih saja macam menyindir orang ramai yang keheranan dengan kehadiran dia di situ. “Sudah...” Ali Gemuk mengangguk. “Alhamdulillah” sahutnya tersenyum. “Tapi, macam mana dengan setan tu?”Ali Gemuk menudingkan jari ke arah rumpun mengkuang. Kepala yang tersangkut di situ terlintuk saja tidak bergerak. Api yang berkelip-kerlap pada tali perutnya yang berjuntai macamkan kelip-kelip yang berterbangan. “Hah setan tak akan dapat melawan ilmu Allah“ ujarnya menggertap bibir. “Macam ni laa, Pak Hid” Tok Imam Lias menghampiri dia. “Janganlah kita bunuh dia tu, kita lepaskan dia” dia meminta dengan penuh tanggungjawab. “Terpulanglah pada Ali sendiri” beritahu Pak Hid tersengih-sengih. “Dia yang kurung, biarlah dia sendiri yang lepaskan” katanya mengerling Ali Gemuk. “Saya tak tahu Pak Hid” keluh Ali Gemuk serba salah. Kemudian Pak Hid menarik tangan Ali Gemuk dan Tok Imam Lias mendekati rumpun mengkuang. Orang- orang kampung juga ikut sama mendekati rumpun mengkuang itu. Ada yang membawa lampu gaslin untuk menyuluh kepala yang tersangkut pada duri mengkuang. Kepala itu tidak bergerak. Matanya terkebil- kebil memerhati orang ramai yang menontonnya. Perutnya berjurai-jurai dengan api berwarna hingga kawasan rumpun itu juga boleh diterangi oleh api yang ada di tali perutnya. “Sekarang orang kampung sudah kenal kau” kata Pak Hid mengejeknya. “Kalau kau berani ganggu orang lagi, kau takkan dapat melepaskan diri kau!” dia memberi ingatan. Kepala yang tersangkut itu tidak berkata apa-apa. Matanya saja terkebil-kebil. Memang ada juga setengah dari orang tua- tua kenal kepala tersebut. Tetapi mereka tidak menyangka pula orang yang baik sepertinya sanggup mengamalkan ilmu-ilmu sesat. “Memang kau nak buat sial...” jerkah Tok Imam Lias. “Mak bapak kau tak mengajar ilmu-ilmu setan, tapi kau sengaja nak memalukan emak bapak sendiri” kata Tok Imam Lias menunjukkan kemarahannya. Kepala itu tetap tidak berkata apa-apa selain dari matanya saja terkebil-kebil. Mungkin dia terasa malu kerana orang-orang kampung di situ sudah mengenali dirinya. Sekalipun dia datang dari kampung lain yang berdekatan tetapi kepalanya tidak dapat digerakkan. Sebaik saja isteri Ali Gemuk bersalin bau hanyir darah itu sudah dapat diciumnya. Sebab itulah dia cepat-cepat keluar dari tubuhnya menghisap darah mangsanya. Semasa dia menghisap darah itu memang jelmaan tubuhnya tidak kelihatan, akibatnya pada penglihatan mata zahir mangsanya itu seolah-olah terkena tumpah darah. Kalau mangsanya tidak sedar akan berlakunya perbuatan dia menghisap darah, sudah tentulah mangsanya menemui ajal. Selepas menghisap darah dia akan balik ke rumahnya dan terus masuk ke dalam tempayan yang berisi cuka bagi mengecutkan perutnya sebelum masuk semula ke dalam tubuh. Apabila dia masuk di dalam tubuhnya adalah terbalik iaitu mukanya ke belakang. Kemudian perlahan-lahan dia akan memusingkan semula mukanya supaya balik ke hadapan. Ketika dia menanggalkan kepalanya untuk keluar dari badan, kedudukannya ialah menelungkup. Sebab itulah kalau ada orang yang tahu sesiapa menjadi penanggal ini bolehlah menyerbu ke rumahnya dan balikkan tubuhnya supaya terlentang. Jadi apabila dia masuk semula kepalanya akan berpusing dari atas ke bawah. Esoknya akan dapatlah dilihat orang kepalanya berpusing dengan muka ke belakang. Ketika kepalanya tanggal dari badan, memang dia tidak sedar
apa-apa kerana dirinya telah dikuasai oleh polong tadi. “Ali tak mahu berdendam dengan kau” Pak Hid mengingatkan. “Baliklah kau, kerana kau tak akan dapat melawan ilmu-ilmu Allah” katanya mencabar penanggal tersebut. Pak Hid meminta Ali Gemuk memberikan airnya segelas. Setelah Ali Gemuk memberikan air tersebut, Pak Hid membacakan Al-Fatihah tiga kali, kemudian diikuti dengan Surah Ad-Dhuha. “Dengan izin Allah saja kau boleh balik semula mendapatkan badan kau” Pak Hid mendoakan. Dia menyimbahkan air di dalam gelas itu sehingga menyinggahi kepala yang tersangkut pada duri mengkuang itu. Selepas itu barulah kelihatan kepala itu menegakkan kedudukannya. Perlahan-lahan tali perutnya dapat dilepaskan dari cangkukan duri mengkuang. Kemudian dia terbang dan hilang dalam sekelip mata. “Macam tulah ceritanya, Ustaz” beritahu Johar selanjutnya. “Kau kenal orangnya?” saya menduga. “Tak tau, saya tak kenal” ujar Johar mengerutkan dahi. “Lagi pun masa tu umur saya lapan tahun, bukan cam sangat. Tapi memang bukannya orang kampung saya” katanya lagi. Saya hanya mengangguk-anggukkan
kepala saya menyetujui kata- kata yang ditegaskan oleh Johar itu. Selepas menghabiskan air kopi yang dihidangkan saya pun beredar meninggalkan Johar. TAMAT

020. ORANG TUA KELUAR DARI KEPULAN ASAP

$
0
0
Angin petang bertiup menyebabkan pucuk-pucuk pokok getah ke kiri kanan jalan meliuk-liuk. Terasa juga angin lembut itu begitu sejuk menegakkan bulu roma. Kira- kira baru saja jam 5.30 petang, tetapi Jubir Ceding sudah pun balik ke rumah dari meniaga di pasar dibandar, kira-kira 10 batu dari kampungnya. Tiap tiap pagi dia dan isterinya Semah keluar ke bandar berniaga di pasar, dan maghrib mereka berdua balik ke rumah. Tidak ada apa yang hendak dirisaukan lagi oleh mereka berdua kerana anak- anak semuanya sudah besar, dan sudah pulang ke rumah kata orang-orang kampung. Maksudnya sudah pulang ke rumah ialah sudah berkahwin dan berkeluarga sendiri. Bagaimana pun mereka berdua tidak mengharapkan bantuan dari anak-anak, sebab itu mereka lebih suka berniaga di pasar. Kebetulan kesibukan inilah Jubir dan isterinya jarang dapat bercampur gaul dengan masyarakat kampung. Kalau ada kenduri kendara dia selalunya tidak dapat ikut sama. Kecualilah kalau ada kematian, barulah mereka sanggup tinggalkan perniagaannya di pasar. Ada juga orang-orang kampung menuduhnya mementingkan diri sendiri dan mahu mencari kekayaan saja, sehingga tidak bercampur gaul dengan masyarakat sekeliling. Tetapi Jubir dan isterinya tidak hiraukan sangat tentang tuduhan tersebut, namun dia bersedia menyumbangkan wang ringgit kalau ada mufakat untuk bergotong royong demi membangunkan kampungnya. Seperti biasa selepas habis berniaga di pasar, mereka berdua pun terus balik ke rumah. Jubir memandu station-wagonnya mengikut jalan yang membelah ditengah- tengah kebun getah itu. Angin sepoi-sepoi bahasa itu memanglah terasa nyaman, tetapi kalau tidak betul-betul badan terasa seakan-akan mahu demam saja. Petang itu mereka berdua balik lebih awal dari biasa. Sudah seminggu rumahnya diganggu orang apabila dia balik hampir masuk maghrib. Sampai saja di rumah mereka berdua terkejut semua pintu dan tungkap rumahnya terbuka. Pada mulanya Semah menyangka anaknya di Kuala Lumpur balik, kerana Eton yang di Kuala Lumpur itu selalu balik menjengok dia di kampung. Sekiranya Eton balik tidak pula kedengaran suara anak-anak kecil memekik gembira bergurau senda. Sepatutnya sudah senja demikian, tentunya Eton memasang lampu. Sebaliknya Eton kalau balik jarang tidak bersama suaminya. Mana kereta suami Eton kalaulah benar dia yang balik dan membuka pintu serta tingkap rumah. Sudah seminggu Jubir dan isterinya menghadapi keadaan demikian. Anehnya tidak ada barang-barang yang kehilangan sekiranya pencuri yang masuk. Tidaklah ada satu barang yang diambil. Hari pertama Semah tidak merasa apa-apa dengan keadaan pintu dan tingkap rumahnya itu terbuka. Tetapi malamnya selepas makan nasi, dia suami isteri merasa sakit perut hingga berlumba-lumba mengejar tandas. Kemudian pada hari kedua dia sudah faham bahawa beras dan makanan yang tersimpan didalam peti sejuk tidak boleh digunakan. Oleh itu terpaksalah
dia membuang makanan yang tersimpan di dalam peti sejuk. Hendak mengadu pada jiran-jiran terasa malu kerana selama ini dia tidak mengambil berat jiran-jiran. Oleh itu Jubir terpaksa mendiamkan dulu kejadian itu. Lagi pun rumahnya terpencil sedikit dari jiran-jiran. Petang itu dia sampai di kampungnya Tanjung Karang kira-kira 5.30 petang. Sampai saja di halaman rumah hati Jubir berdebar-debar kerana keadaan seperti seminggu sudah berulang juga. Pintu dan semua tingkap – tingkap terbuka dengan mangga pintu sudah diganti dengan yang lebih besar. Mangga pintu terbuka dengan tidak dikopak langsung, seolah-olah dibuka dengan anak kunci saja lakunya. Semah cepat-cepat naik ke rumah dan memeriksa barang-barang rumah. Memang
tidak ada satu pun yang diusik.
Almari pakaian juga tidak diusik
kalaulah yang melakukan itu pencuri. Tetapi dia sudah tahu memang semua barang-barang makanan yang ada di dalam rumah tidak boleh dimakan lagi.
Terpaksalah semuanya dibuang begitu saja. “Macam ni tak boleh jadi bang,” keluh Semah menyimpan
dendam terbuku di hati. “Nak buat macam mana,” sahu Jubir keluar dari keretanya dengan langkah longlai naik ke rumah. “Nak repot polis bukannya ada kes. Tak ada barang yang hilang. TV, radio, mesin jahit, peti ais semuanya ada tak terusik,” dia tersandar di kerusi macam kebingungan. “Carilah dukun mana- mana pun, kita berubat,” desak Semah. Jubir mengangguk. Betul juga pendapat isterinya. Kalau perkara demikian memang menemui dukun sajalah cara mengatasinya. Dia percaya perbuatan itu memang dilakukan oleh sihir orang. Kepandaian ilmu sihir mesti dilawan dengan kepandaian dukunlah pula. Selepas itu Jubir pun mendapatkan khidmat dukun dari beberapa tempat hingga sampai ke Kundur di Rembau. Setelah dukun tersebut menanamkan rumput sambau pada empat penjuru, keadaan rumah Jubir boleh dikatakan reda dalam masa 3 minggu saja. Gangguan itu datang lagi. Semah memberitahu Eton di Kuala Lumpur mengenai kejadian menimpa rumah mereka di kampung. Kadir abang Eton di Gedangsa juga diberitahu. Talip di Melaka juga diberitahu mengenai kejadian yang berlaku di rumah mereka di kampung. Begitu juga dengan Ijah di Sabak Bernam. Sebelum itu memang Semah tidak mahu memberitahu anak-
anak, tetapi setelah lebih sebulan kejadian berlarutan, maka terpaksalah diberitahu juga anak-anak. Di samping itu dia dapat menduga, apabila kejadian itu berlaku, maka sudah pasti samaada dia atau suaminya kan jatuh sakit. Kadangkala sampai seminggu lebih terlantar, sehingga salah seorang sahaja yang pergi berniaga. Kadangkala langsung tidak pergi pergi berniaga, kerana bimbang pula kepada salah seorang yang ditinggalkan sedang sakit. Sakitnya pun aneh juga. Siapa yang sakit akan mengalami sakit perut, muntah-muntah dan seluruh sendi-sendi terasa lemah. Apabila dibawa jumpa doktor di hospital doktor mendapati tidak ada penyakit. Kata doktor mungkin angin yang menyebabkan mereka termuntah-muntah itu. Doktor menasihatkan supaya sentiasa menjaga perut supaya tidak pernah kosong hingga dimasuki angin.“Dah, bapak cari dukun?” tanya Eton yang balik bersama suaminya Bachik. Ketika ini Jubir memang mengidap sakit, tetapi sudah melarat sapai sesak nafas pula. “Dukun dari Rembau dah ubatkan” jelas Semah masih kebingungan. “Apa kata dukun tu, ada orang buat?” tanya Bachil pula. “Dukun tu tak cakap.....,” sahut Jubir termengah- mengah menahan sesak dada. “Katanya tugas dukun mengubat yang sakit, perkara kalau dibuat orang atau tidak, itu bukan kerja dukun” ujarnya kelihatan lemah dan pucat. “Memang semua dukun macam tu” Kadir pula menyampuk. Memang Kadir tahu bahawa dukun tidak akan
memberitahu siapa yang melakukan kalau tahu pun, kerana menuduh itu melanggar petua dukun. “Lainlah kalau dukun mencari kesempatan, benda yang tak ada pun diada-adakannya” katanya mengeluh kecil bila mengenangkan kejadian yang diceritakan oleh emaknya itu. Talip dan Ijah hanya terkelip-kelip mata saja. Mereka tidak tahu apa yang harus difikirkan. Walaupun Talip bekerja di Melaka, dia tidak tahu di mana ada dukun yang paling baik di Melaka. Sementara Ijah mengikut suaminya yang bekerja di Sabak Bernam pun tidak tahu di mana ada dukun yang boleh mengubat kejadian seperti ini. Bagi mereka yang penting ialah ayahnya yang sakit mesti diubat. Perkara rumah diganggu tidak penting kepadanya. Orang tua itu yang perlu diubat, samada dibawa ke hospital atau pun berubat pada dukun. “Aku dah pergi hospital” beritahu Jubir bila didesak oleh Talip supaya berubat ke hospital. “Doktor kata aku ni tak sakit. Boleh jadi aku ni letih kerana terlalu banyak bekerja,
sebab itu dia suruh aku berihat saja’ ujarnya menerangkan keputusan dokter. “Sakit ayah ni adan kaitan dengan gangguan ke atas rumah ni” Bachik mengingatkan adik iparnya Talip. “Rumah ini perlu di ubat dulu, kalau tak ada gangguan pada rumah lagi, tentulah tak ada sakit” katanya kesal dengan kejadian yang menimpa keluarga isterinya itu. “Agaknya ada orang sakit hati” Ijah pula memberitahu pendapatnya. “Boleh jadi” cepat saja Semah memotong. “Dia orang tak suka tengok kita senang sikit. Orang Melayu memang macam tu, tak boleh tengok jiran-jiran senang, hasad dengkilah” rungutnya melepaskan geram yang terbuku di hati. “Tak baik cakap macam tu” Kadir menegur emaknya. Kadir memang tahu emak dan ayahnya tidak mencampuri hal ehwal masyarakat di kampung kerana asyik berniaga di bandar. Memanglah apa yang dibuat oleh emak dan ayahnya tidak menyalahi dari segi agama kerana mencari rezeki halal, tetapi tinggal dalam satu masyarakat mestilah juga ambil tahu hal- hal jiran. Kebetulan Kadir di Gedangsa memang menyertai tabligh, jadi dia menganggap kejadian yang menimpa emak dan ayahnya adalah disebabkan qada’ Allah, supaya mereka berdua mengurangkan tumpuan mengejar harta dunia semata-mata. Kejadian itu seolah-olah memberi peringatan supaya kurangkan tumpuan tersebut. Misalnya dengan jatuh sakit, tentulah tidak dapat pergi bekerja. Begitu juga duit yang ada dalam simpanan akan digunakan untuk mengubat penyakit. “Semua ini adalah ingatan dari Allah kalau seseorang itu tidak mahu beringat” jelas Kadir, kerana didapatinya selama emak dan ayahnya menumpukan sepenuhnya kepada perniagaan, mereka kadangkala lupa menunaikan solat dan sebagainya. Pandangan Kadir itu tidak dapat diterima oleh Jubir suami isteri. Malah adik beradik Kadir yang lain tidak dapat menerimanya. Dia mengingatkan, kerana selama ini memang tidak berapa bersetuju dengan
Kadir kerana pendapat- pendapatnya yang dianggap terlalu sempit. Kadangkala Kadir terasa malas mahu balik ke kampung kerana dirinya seolah-olah tersisih dari keluarga. Dia bukalah melarang emak dan ayahnya berusaha mencari kekayaan dunia, tetapi janganlah mengejar kekayaan itu sampai lupa kepada bercampur gaul dengan masyarakat kampung serta jiran-jiran. Malah kadangkala tertinggal solat disebabkan tidak ada masa. “Bergaul dengan jiran- jiran juga dikehendaki oleh Islam. Menziarah mereka itu fardhu kifayah” Kadir masih mengharapkan emak dan ayahnya tidak terpengaruh dengan galakan adik iparnya Bachik supaya berlumba-lumba mengejar peluang yang disediakan seluas-luasnya sekarang dalam bidang perniagan. Tetapi pandangan Kadir tidak penting sangat pada Jubir, kerana selama Kadir juga tidak memberi apa-apa bantuan kepadanya. Apalah yang boleh diharapkan dari Kadir hanya seorang peneroka di tanah rancangan. Lagi pun dia menyuruh Kadir balik bukanlah mahu mendengar peringatannya, tetapi memikirkan apa perlu dibuat mengatasi kejadian yang menimpa dia suami isteri sekarang. Ketika mereka berkumpul adik beradik ini terbau bau asap seperti sampah terbakar. Disebabkan masih lagi siang iaitu kira-kira jam 6.00 petang, maka dapatlah dilihat asap itu datangnya dari hujung pagar. Memang lubang sampah ada disitu, tetapi siapa pula yang membakar sampah. Dalam masa sampah terbakar mengeluarkan asap pekat tiba-tiba saja meja makan di dapur terangkat setinggi kira-kira sekaki beralih tempatnya, sampai kedepan tangga dapur ke induk rumah. Eton cepat-cepat berkejar mahu mempastikan samaada angin bertiup kuat atau tidak, baru dia berkejar ke pintu dapur, peti ais pula terangkat kira-kira sekaki juga dan dialihlkan ke ruang tengah. Terpekik Ijah yang mengikut kakaknya di belakang melihat kejadian tersebut. Belum pernah dia melihat kejadian aneh seperti ini, yang tiba-tiba sahaja berlaku ketika mereka adik beradik berkumpul. Bachik pula berkejar menahan peti ais itu menguji kuasa apakah yang melakukan perbuatan itu. Tetapi dia tidak merasa apa- apa kuasa pun selain dari peti ais itu terangakat sendiri saja. Talip mengambil penyapu memukul di bahagian peti ais, kerana dia pernah mendengar petua supaya melakukan demikian. Sekalipun dipukul dengan penyapu tidak ada juga tanda-tanda diagakkan perbuatan siapakah itu. Selepas peti ais terangkat, kerusi meja di serambi pula berpusing dengan tidak bersebab. “Macam mana ni bang?” Talip keheranan tidak tahu apa yang hendak dibuat. Cepat-cepat dia mengambil pil yang dibekalkan oleh doktor. Ketika dia meminum air bagi menelan pil didapati air itu merah macam bercampur dengan darah. Ijah sekali lagi terkejut kerana didapati jenang pintu yang dipegangnya pun merah dengan darah. Berlari dia mendapatkan emaknya semula. Eton juga tidak berani ke dapur. Meremang bulu romanya bila mahu melangkah ke dapur untuk membetulkan meja makan. Tingkap juga terbuka terkatup seperti ditiup angin pada hal angin tidaklah bertiup kencang. Talip dan Bachik cuba menutup tingkap itu supaya berhenti terbuka terkatup, tetapi dimana tempat yang dipegang terpalitlah darah merah yang masih cair seperti darah hidup. Bertambah heranlah mereka dengan kejadian itu. Selama ini hanya mendengar keanehan tersebut dari emak ayahnya saja, tetapi sekarang mereka sendiri melihatnya. Sementara mereka semua kelam kabut, Kadir pula hanya tersandar juga tidak melakukan apa-apa. Dia duduk di hujung kaki ayahnya seperti tidak menghiraukan keadaan adik beradik yang kelam kabut itu Selepas 15 minit kejadian itu terus juga berulang. Kadir bangun dari duduknya lantas mengambil wuduk, nasib baik pula apabila dia mengambil wuduk tidak ada kesan darah keluar dari kepala paip. Selepas itu dia pun terus azan, semua kejadian aneh yang mereka lihat tadi hilang sama sekali. Asap yang tebal dari lubang sampah juga hilang tidak ada kesan langsung yang sampah di situ dibakar. “Tidak ada satu kuasa pun di dunia ini yang boleh melawan kuasa Allah,” Kadir memarahi keluarganya kerana selama ini mereka selalu saha menganggap pandangannya sebagai fanatik. “Buat apa kita syak wasangka pada diri sendiri yang melupakan Allah,” ujarnya
lagi. “Tak ada siapa melupakan Allah,” sahut Semah memandang anaknya Kadir mengesat air mata. “Kalau tak lupakan Allah, masakan syaitan datang menganggu “ jelas Kadir masih kecewa dengan sikap keluarganya selama ini yang lebih mementingkan harta dunia sehingga melupakan amal ibadat. Tetapi dia tidak berdaya menghalang mereka, kerana masing-masing ada kebebasan. Sekiranya keluarga dalam keadaan miskin tentu menyusahkan masyarakat juga. Bagaimanapun harapan Kadir bukanlah tidak mementingkan langsung harta dunia, kerana semua manusia dikehendaki mencari rezeki. Tetapi janganlah kerana mencari rezeki sampai melupakan suruhan Allah, sampai tidak campur gaul dengan masyarakat, sampai tidak hiraukan orang sekeliling. Apabila anak-anak balik semula ke rumah masing- masing, Jubir dan isteringa kembali seperti biasa. Pagi lagi selepas subuh, mereka ke bandar berniaga di pasar. Jubir
akan meraih ikan, ketam, kerang di Jeram. Memang teringat juga akan pesan Kadir
supaya jangan tinggalkan solat zohor dan asar, tetapi dalam keadaan kotor dan berbau tidak jadilah dia solat. Sementara Semah juga tidak dapat mahu solat, kerana sukar mahu membawa telekung dan kemudahan berwuduk. Hanya 3 minggu selepas kejadian aneh itu, sekali lagi Jubir terkejut apabila sampai ke rumah kira-kira jam 9.00 malam, keadaan rumahnya, seperti kejadian sebelum itu juga. Pintu dan tingkap- tingkap terbuka. Barang- barang perabut bersepah seperi diselongkar orang. Besoknya dia ke Rembau menemui dukun yang menanam rumput sambau di empat ppenjuru rumah. Bagaimanapun dukun berkenaan enggan mengulangi kerjanya, kerana dia sendiri semasa balik dari mengubat Jubir telah dihalang oleh asap. Hampir lemas dia apabila diserbu oleh asap yang tidak tahu dari mana datangnya. “Carilah orang lain pula Cik Jubir” ujar dukun itu lemah.
“Kalau dah tak ada nanti, saya boleh cuba lagi” katanya memberi jaminan yang tidak boleh diharap sangat. Setelah itu Talip membawa ayahnya berjumpa seorang lagi dukun di Kelebang dekat Melaka. Dukun itu enggan pula datang ke Tanjung Karang tetapi memberikan air yang sudah dijampi, disuruh siramkan ke sekeliling rumah. Dua minggu sahaja gangguan tidak ada, tetapi selepas itu berlaku lagi. “Kerana terpaksa mencari dukun, ayah pun tak dapat berniaga, iya tak? “ Kadir menyindir bila diberitahu kepadanya. “Jadi apa salahnya ayah berniaga sampai pukul empat petang saja, lepas tu balik. Buat apa berniaga sampai pukul 9.00 atau 10.00 malam baru nak balik ke rumah” katanya macam memarahi kedua orang tuanya. Kadir membawa ayahnya berjumpa dengan seorang kawannya di Gedangsa itu bernama Saleh yang bekerja menjadi kerani di Kuala Lumpur. Saleh pernah jatuh dari jeram tatkala berkelah menyebabkan tulang rusuknya patah. Dia telah dimasukkan ke hospital, hampir sebulan terlantar. Tetapi setelah ditepuk-tepuk oleh ayah saya, dia sudah boleh berjalan sendiri walaupun masih tertenjot-tenjot. Apabila Kadir menceritakan masaalah yang dihadapi oleh ayahnya itu kepada Saleh, lantas Saleh mengajak Kadir menemui ayah saya itu. Semasa saya balik ke kampung kerana Hari Raya Haji , ayah saya memberitahu mengenai Jubur menghadapi masalah itu. “Tapi, Tanjung Karang itu jauh,” beritahu ayah saya. Sebenarnya dia belum memutuskan samada mahu pergi atau tidak, kerana ayah saya tidak akan pergi kalau tidak bersama dua tiga orang lagi rakannya. Dia tidak akan melakukan berseorangan, tetapi mesti dibantu oleh rakan-rakannya. Ketika saya ada di rumah ayah saya ini rakan-rakannya juga ada. Mereka berbual-bual dengan saya mengenai beberapa kejadian yang pernah ditempuhnya semasa mengikut ayah saya mengubati orang. “Bukan kita yang mengubati orang” saya mengingatikan mereka. “Kita hanya berdoa, hanya dengan izin Allah saja orang yang kita dokan itu boleh sembuh,” ujar saya.Abang Unus kawan ayah saya itu tersenyum, kerana dia tahu saya seorang yang rajin belajar ugama. Dia pernah berguru dan mempelajari Usuluddin dari seorang guru agama murid Tok Kenali , Kelantan. “Itulah yang saya datang ke sini kalau dengar ustaz balik. Saya dah banyak dengar dari ayah ustaz, fasal ramai orang datang nak berubat dengan ustaz.” Abang Unus tersengih-sengih. Selalunya kalau saya balik ayah akan memberitahu kawan-kawannya terutama Abang Unus dan Mat Haidi yang selalu mengikut dia kalau dipanggil orang. Abang Unus dan Mat Haidi akan segera datang untuk berbual- bual dengan saya. Dari Abang Unus inilah baru terbuka cerita dari Tanjung Karang Jubir yang meminta ayah saya datang ke rumahnya. Biasanya ayah saya tidak mahu bercerita kemana akan pergi, malah dengan emak saya pun dia tidak akan menceritakan kalau ada orang mengajaknya mengubati orang sakit.“Eloklah ustaz ikut kami sekali” kata Mat Haidi pula. “ Malam esok Pak Cik Jubir tu datang jemput” dia memberitahu. Saya tidaklah dapat memenuhi ajakan itu, kerana saya mahu balik ke rumah isteri saya di Perak. Kalau hari raya, saya terpaksa balik kedua-dua tempat sekali. Sekiranya hari pertama saya balik ke rumah emak saya di kampung, maka pada hari raya kedua terpaksalah saya ke kampung mertua saya di Perak. “Lagi pun kami nak tahu cara mana Ustaz melakukan perubatan tidur itu” Abang Unus pula mendesak. “His, tok guru kita lagi tahu” sahut saya tersengih- sengih mengerling ke arah ayah saya. “Tok guru suruh tanya pada Ustaz” Mat Haidi cepat- cepat memotong. Disebabkan Abang Unus hendak sangat cara tidur itu, saya pun menyuruh dia mengambil wuduk. Kemudian saya suruh dia berzikir seperti yang dilakukan selama ini. “Kadangkala tak mahu menjadi, kalau orang yang hendak ditidur itu tidak cukup zikirnya? “ ujar daya kerana was was juga tidak dapat memenuhi kehendak Abang Unus. Lagi pun kalau kali pertama dilakukan belum tahu menjadinya, malah diamalkan seterusnya sampai beberapa hari barulah dapat dilakukan. Bagaimana pun saya bertawakal saja dengan harapan kehendak Abang Unus ini. Bukanlah semua doa kita boleh makbul, kadangkala ada orang sakit bertambah penyakitnya bila didoakan. Semuanya bergantung kepada Allah, sedangkan kita tidak tahu tidur untsamada doa kita dimakbulkan atau tidak. Alhamdulillah. Sekali cuba saja Abang Unus dapat ditidurkan. Saya bakar hujung jari kakinya untuk mempastikan samaada dia benar-benar dapat ditidurkan atau sengaja berpura-pura tidur untuk menjaga hati saya. Memang benar dia dapat ditidurkan kerana kakinya tidak bergerak pun apabila dibakar tadi. Setelah saya yakin dia tidur, saya suruh dia membaca Al Fatihah tiga kali kemudian keluar dari badan. Kemudian menuju ke rumah Jubir di Tanjung Karang. Tetapi saya tidak lama membiarkan dia begitu, disebabkan itulah pertama kali saya cuba menidurkan dia. Selepas bangun semula, saya bertanya apa yang dilihatnya semasa terpandang rumah Jubir. Katanya dia nampak satu kepulan asap di sudut pagar rumah Jubir. Dari kepulan asap itu dia ternampak seorang lelaki tua terapung-apung . Orang tua itu merenungnya dengan marah. “Tuju situ ajelah bila ke rumah tu” saya mengesyurkan. Malam esoknya, apabila Jubir menjemput ayah saya, Abang Unus dan Mat Haidi, saya sudah balik semula ke Kuala Lumpur. Hanya saya mendapat tahu kemudian memang Abang Unus menuju ke
penjuru pintu pagar yang dilihat-nya sebelum itu. Dia merasa hairan kerana apa yang dilihatnya di masa ditidurkan, ternyata sama seperti yang dilihatnya ketika itu. Keadaan rumah itu juga tidak berubah langsung seperti
dilihatnya sebelum itu. Dia terus ke penjuru pagar yang terdapat lubang sampah. Apabila ayah saya dan Mat Haidi naik ke rumah, Abang Unus ke penjuru pagar itu. Ayah saya dan Mat Haidi sembahyang sunat dahulu, barulah memulakan doa. Manakala Abang Unus pula berdiri di penjuru pagar itu membacakan Ayat Kursi. Ketika ini dia nampak kepulan asap tebal naik di situ cuba mengelilingi dia, tetapi setiap kali kepulan asap itu mahu menghampirinya, asap itu
terputus-putus seperti ditiup angin kencang. Abang Unus terus membaca Ayat Kursi sehingga 113 kali. Dia tidak tahu apa yang dibuat oleh ayah saya dan Mat Haidi di rumah, kerana dia dapat melihat kepulan asap yang dilihatnya sebelum itu melalui tidur.Abang Unus merasakan takjubnya kejadian itu, tetapi cepat teringatkan semula pesan saya bahawa tidak ada yang menakjubkan. Hanya manusia yang tidak dapat menjangkau ilmu Allah saja yang mengatakan heran atau taksubnya. Setelah kepulan asap putus- putus seperti ditiup angin, akhirnya hilang. Barulah Abang Unus naik ke rumah. Kadir juga ada di rumah semasa ayah saya dan rakan-rakannya berdoa. Apa yang dicakapkan oleh Kadir kepada ayahnya, itu jugalah yang dicakapkan oleh ayah saya kepada Jubir. Sejak itu ayah saya memberitahu tidak ada lagi gangguan di rumah Jubir Tamat

020. ORANG TUA KELUAR DARI KEPULAN ASAP

$
0
0
Angin petang bertiup menyebabkan pucuk-pucuk pokok getah ke kiri kanan jalan meliuk-liuk. Terasa juga angin lembut itu begitu sejuk menegakkan bulu roma. Kira- kira baru saja jam 5.30 petang, tetapi Jubir Ceding sudah pun balik ke rumah dari meniaga di pasar dibandar, kira-kira 10 batu dari kampungnya. Tiap tiap pagi dia dan isterinya Semah keluar ke bandar berniaga di pasar, dan maghrib mereka berdua balik ke rumah. Tidak ada apa yang hendak dirisaukan lagi oleh mereka berdua kerana anak- anak semuanya sudah besar, dan sudah pulang ke rumah kata orang-orang kampung. Maksudnya sudah pulang ke rumah ialah sudah berkahwin dan berkeluarga sendiri. Bagaimana pun mereka berdua tidak mengharapkan bantuan dari anak-anak, sebab itu mereka lebih suka berniaga di pasar. Kebetulan kesibukan inilah Jubir dan isterinya jarang dapat bercampur gaul dengan masyarakat kampung. Kalau ada kenduri kendara dia selalunya tidak dapat ikut sama. Kecualilah kalau ada kematian, barulah mereka sanggup tinggalkan perniagaannya di pasar. Ada juga orang-orang kampung menuduhnya mementingkan diri sendiri dan mahu mencari kekayaan saja, sehingga tidak bercampur gaul dengan masyarakat sekeliling. Tetapi Jubir dan isterinya tidak hiraukan sangat tentang tuduhan tersebut, namun dia bersedia menyumbangkan wang ringgit kalau ada mufakat untuk bergotong royong demi membangunkan kampungnya. Seperti biasa selepas habis berniaga di pasar, mereka berdua pun terus balik ke rumah. Jubir memandu station-wagonnya mengikut jalan yang membelah ditengah- tengah kebun getah itu. Angin sepoi-sepoi bahasa itu memanglah terasa nyaman, tetapi kalau tidak betul-betul badan terasa seakan-akan mahu demam saja. Petang itu mereka berdua balik lebih awal dari biasa. Sudah seminggu rumahnya diganggu orang apabila dia balik hampir masuk maghrib. Sampai saja di rumah mereka berdua terkejut semua pintu dan tungkap rumahnya terbuka. Pada mulanya Semah menyangka anaknya di Kuala Lumpur balik, kerana Eton yang di Kuala Lumpur itu selalu balik menjengok dia di kampung. Sekiranya Eton balik tidak pula kedengaran suara anak-anak kecil memekik gembira bergurau senda. Sepatutnya sudah senja demikian, tentunya Eton memasang lampu. Sebaliknya Eton kalau balik jarang tidak bersama suaminya. Mana kereta suami Eton kalaulah benar dia yang balik dan membuka pintu serta tingkap rumah. Sudah seminggu Jubir dan isterinya menghadapi keadaan demikian. Anehnya tidak ada barang-barang yang kehilangan sekiranya pencuri yang masuk. Tidaklah ada satu barang yang diambil. Hari pertama Semah tidak merasa apa-apa dengan keadaan pintu dan tingkap rumahnya itu terbuka. Tetapi malamnya selepas makan nasi, dia suami isteri merasa sakit perut hingga berlumba-lumba mengejar tandas. Kemudian pada hari kedua dia sudah faham bahawa beras dan makanan yang tersimpan didalam peti sejuk tidak boleh digunakan. Oleh itu terpaksalah
dia membuang makanan yang tersimpan di dalam peti sejuk. Hendak mengadu pada jiran-jiran terasa malu kerana selama ini dia tidak mengambil berat jiran-jiran. Oleh itu Jubir terpaksa mendiamkan dulu kejadian itu. Lagi pun rumahnya terpencil sedikit dari jiran-jiran. Petang itu dia sampai di kampungnya Tanjung Karang kira-kira 5.30 petang. Sampai saja di halaman rumah hati Jubir berdebar-debar kerana keadaan seperti seminggu sudah berulang juga. Pintu dan semua tingkap – tingkap terbuka dengan mangga pintu sudah diganti dengan yang lebih besar. Mangga pintu terbuka dengan tidak dikopak langsung, seolah-olah dibuka dengan anak kunci saja lakunya. Semah cepat-cepat naik ke rumah dan memeriksa barang-barang rumah. Memang
tidak ada satu pun yang diusik.
Almari pakaian juga tidak diusik
kalaulah yang melakukan itu pencuri. Tetapi dia sudah tahu memang semua barang-barang makanan yang ada di dalam rumah tidak boleh dimakan lagi.
Terpaksalah semuanya dibuang begitu saja. “Macam ni tak boleh jadi bang,” keluh Semah menyimpan
dendam terbuku di hati. “Nak buat macam mana,” sahu Jubir keluar dari keretanya dengan langkah longlai naik ke rumah. “Nak repot polis bukannya ada kes. Tak ada barang yang hilang. TV, radio, mesin jahit, peti ais semuanya ada tak terusik,” dia tersandar di kerusi macam kebingungan. “Carilah dukun mana- mana pun, kita berubat,” desak Semah. Jubir mengangguk. Betul juga pendapat isterinya. Kalau perkara demikian memang menemui dukun sajalah cara mengatasinya. Dia percaya perbuatan itu memang dilakukan oleh sihir orang. Kepandaian ilmu sihir mesti dilawan dengan kepandaian dukunlah pula. Selepas itu Jubir pun mendapatkan khidmat dukun dari beberapa tempat hingga sampai ke Kundur di Rembau. Setelah dukun tersebut menanamkan rumput sambau pada empat penjuru, keadaan rumah Jubir boleh dikatakan reda dalam masa 3 minggu saja. Gangguan itu datang lagi. Semah memberitahu Eton di Kuala Lumpur mengenai kejadian menimpa rumah mereka di kampung. Kadir abang Eton di Gedangsa juga diberitahu. Talip di Melaka juga diberitahu mengenai kejadian yang berlaku di rumah mereka di kampung. Begitu juga dengan Ijah di Sabak Bernam. Sebelum itu memang Semah tidak mahu memberitahu anak-
anak, tetapi setelah lebih sebulan kejadian berlarutan, maka terpaksalah diberitahu juga anak-anak. Di samping itu dia dapat menduga, apabila kejadian itu berlaku, maka sudah pasti samaada dia atau suaminya kan jatuh sakit. Kadangkala sampai seminggu lebih terlantar, sehingga salah seorang sahaja yang pergi berniaga. Kadangkala langsung tidak pergi pergi berniaga, kerana bimbang pula kepada salah seorang yang ditinggalkan sedang sakit. Sakitnya pun aneh juga. Siapa yang sakit akan mengalami sakit perut, muntah-muntah dan seluruh sendi-sendi terasa lemah. Apabila dibawa jumpa doktor di hospital doktor mendapati tidak ada penyakit. Kata doktor mungkin angin yang menyebabkan mereka termuntah-muntah itu. Doktor menasihatkan supaya sentiasa menjaga perut supaya tidak pernah kosong hingga dimasuki angin.“Dah, bapak cari dukun?” tanya Eton yang balik bersama suaminya Bachik. Ketika ini Jubir memang mengidap sakit, tetapi sudah melarat sapai sesak nafas pula. “Dukun dari Rembau dah ubatkan” jelas Semah masih kebingungan. “Apa kata dukun tu, ada orang buat?” tanya Bachil pula. “Dukun tu tak cakap.....,” sahut Jubir termengah- mengah menahan sesak dada. “Katanya tugas dukun mengubat yang sakit, perkara kalau dibuat orang atau tidak, itu bukan kerja dukun” ujarnya kelihatan lemah dan pucat. “Memang semua dukun macam tu” Kadir pula menyampuk. Memang Kadir tahu bahawa dukun tidak akan
memberitahu siapa yang melakukan kalau tahu pun, kerana menuduh itu melanggar petua dukun. “Lainlah kalau dukun mencari kesempatan, benda yang tak ada pun diada-adakannya” katanya mengeluh kecil bila mengenangkan kejadian yang diceritakan oleh emaknya itu. Talip dan Ijah hanya terkelip-kelip mata saja. Mereka tidak tahu apa yang harus difikirkan. Walaupun Talip bekerja di Melaka, dia tidak tahu di mana ada dukun yang paling baik di Melaka. Sementara Ijah mengikut suaminya yang bekerja di Sabak Bernam pun tidak tahu di mana ada dukun yang boleh mengubat kejadian seperti ini. Bagi mereka yang penting ialah ayahnya yang sakit mesti diubat. Perkara rumah diganggu tidak penting kepadanya. Orang tua itu yang perlu diubat, samada dibawa ke hospital atau pun berubat pada dukun. “Aku dah pergi hospital” beritahu Jubir bila didesak oleh Talip supaya berubat ke hospital. “Doktor kata aku ni tak sakit. Boleh jadi aku ni letih kerana terlalu banyak bekerja,
sebab itu dia suruh aku berihat saja’ ujarnya menerangkan keputusan dokter. “Sakit ayah ni adan kaitan dengan gangguan ke atas rumah ni” Bachik mengingatkan adik iparnya Talip. “Rumah ini perlu di ubat dulu, kalau tak ada gangguan pada rumah lagi, tentulah tak ada sakit” katanya kesal dengan kejadian yang menimpa keluarga isterinya itu. “Agaknya ada orang sakit hati” Ijah pula memberitahu pendapatnya. “Boleh jadi” cepat saja Semah memotong. “Dia orang tak suka tengok kita senang sikit. Orang Melayu memang macam tu, tak boleh tengok jiran-jiran senang, hasad dengkilah” rungutnya melepaskan geram yang terbuku di hati. “Tak baik cakap macam tu” Kadir menegur emaknya. Kadir memang tahu emak dan ayahnya tidak mencampuri hal ehwal masyarakat di kampung kerana asyik berniaga di bandar. Memanglah apa yang dibuat oleh emak dan ayahnya tidak menyalahi dari segi agama kerana mencari rezeki halal, tetapi tinggal dalam satu masyarakat mestilah juga ambil tahu hal- hal jiran. Kebetulan Kadir di Gedangsa memang menyertai tabligh, jadi dia menganggap kejadian yang menimpa emak dan ayahnya adalah disebabkan qada’ Allah, supaya mereka berdua mengurangkan tumpuan mengejar harta dunia semata-mata. Kejadian itu seolah-olah memberi peringatan supaya kurangkan tumpuan tersebut. Misalnya dengan jatuh sakit, tentulah tidak dapat pergi bekerja. Begitu juga duit yang ada dalam simpanan akan digunakan untuk mengubat penyakit. “Semua ini adalah ingatan dari Allah kalau seseorang itu tidak mahu beringat” jelas Kadir, kerana didapatinya selama emak dan ayahnya menumpukan sepenuhnya kepada perniagaan, mereka kadangkala lupa menunaikan solat dan sebagainya. Pandangan Kadir itu tidak dapat diterima oleh Jubir suami isteri. Malah adik beradik Kadir yang lain tidak dapat menerimanya. Dia mengingatkan, kerana selama ini memang tidak berapa bersetuju dengan
Kadir kerana pendapat- pendapatnya yang dianggap terlalu sempit. Kadangkala Kadir terasa malas mahu balik ke kampung kerana dirinya seolah-olah tersisih dari keluarga. Dia bukalah melarang emak dan ayahnya berusaha mencari kekayaan dunia, tetapi janganlah mengejar kekayaan itu sampai lupa kepada bercampur gaul dengan masyarakat kampung serta jiran-jiran. Malah kadangkala tertinggal solat disebabkan tidak ada masa. “Bergaul dengan jiran- jiran juga dikehendaki oleh Islam. Menziarah mereka itu fardhu kifayah” Kadir masih mengharapkan emak dan ayahnya tidak terpengaruh dengan galakan adik iparnya Bachik supaya berlumba-lumba mengejar peluang yang disediakan seluas-luasnya sekarang dalam bidang perniagan. Tetapi pandangan Kadir tidak penting sangat pada Jubir, kerana selama Kadir juga tidak memberi apa-apa bantuan kepadanya. Apalah yang boleh diharapkan dari Kadir hanya seorang peneroka di tanah rancangan. Lagi pun dia menyuruh Kadir balik bukanlah mahu mendengar peringatannya, tetapi memikirkan apa perlu dibuat mengatasi kejadian yang menimpa dia suami isteri sekarang. Ketika mereka berkumpul adik beradik ini terbau bau asap seperti sampah terbakar. Disebabkan masih lagi siang iaitu kira-kira jam 6.00 petang, maka dapatlah dilihat asap itu datangnya dari hujung pagar. Memang lubang sampah ada disitu, tetapi siapa pula yang membakar sampah. Dalam masa sampah terbakar mengeluarkan asap pekat tiba-tiba saja meja makan di dapur terangkat setinggi kira-kira sekaki beralih tempatnya, sampai kedepan tangga dapur ke induk rumah. Eton cepat-cepat berkejar mahu mempastikan samaada angin bertiup kuat atau tidak, baru dia berkejar ke pintu dapur, peti ais pula terangkat kira-kira sekaki juga dan dialihlkan ke ruang tengah. Terpekik Ijah yang mengikut kakaknya di belakang melihat kejadian tersebut. Belum pernah dia melihat kejadian aneh seperti ini, yang tiba-tiba sahaja berlaku ketika mereka adik beradik berkumpul. Bachik pula berkejar menahan peti ais itu menguji kuasa apakah yang melakukan perbuatan itu. Tetapi dia tidak merasa apa- apa kuasa pun selain dari peti ais itu terangakat sendiri saja. Talip mengambil penyapu memukul di bahagian peti ais, kerana dia pernah mendengar petua supaya melakukan demikian. Sekalipun dipukul dengan penyapu tidak ada juga tanda-tanda diagakkan perbuatan siapakah itu. Selepas peti ais terangkat, kerusi meja di serambi pula berpusing dengan tidak bersebab. “Macam mana ni bang?” Talip keheranan tidak tahu apa yang hendak dibuat. Cepat-cepat dia mengambil pil yang dibekalkan oleh doktor. Ketika dia meminum air bagi menelan pil didapati air itu merah macam bercampur dengan darah. Ijah sekali lagi terkejut kerana didapati jenang pintu yang dipegangnya pun merah dengan darah. Berlari dia mendapatkan emaknya semula. Eton juga tidak berani ke dapur. Meremang bulu romanya bila mahu melangkah ke dapur untuk membetulkan meja makan. Tingkap juga terbuka terkatup seperti ditiup angin pada hal angin tidaklah bertiup kencang. Talip dan Bachik cuba menutup tingkap itu supaya berhenti terbuka terkatup, tetapi dimana tempat yang dipegang terpalitlah darah merah yang masih cair seperti darah hidup. Bertambah heranlah mereka dengan kejadian itu. Selama ini hanya mendengar keanehan tersebut dari emak ayahnya saja, tetapi sekarang mereka sendiri melihatnya. Sementara mereka semua kelam kabut, Kadir pula hanya tersandar juga tidak melakukan apa-apa. Dia duduk di hujung kaki ayahnya seperti tidak menghiraukan keadaan adik beradik yang kelam kabut itu Selepas 15 minit kejadian itu terus juga berulang. Kadir bangun dari duduknya lantas mengambil wuduk, nasib baik pula apabila dia mengambil wuduk tidak ada kesan darah keluar dari kepala paip. Selepas itu dia pun terus azan, semua kejadian aneh yang mereka lihat tadi hilang sama sekali. Asap yang tebal dari lubang sampah juga hilang tidak ada kesan langsung yang sampah di situ dibakar. “Tidak ada satu kuasa pun di dunia ini yang boleh melawan kuasa Allah,” Kadir memarahi keluarganya kerana selama ini mereka selalu saha menganggap pandangannya sebagai fanatik. “Buat apa kita syak wasangka pada diri sendiri yang melupakan Allah,” ujarnya
lagi. “Tak ada siapa melupakan Allah,” sahut Semah memandang anaknya Kadir mengesat air mata. “Kalau tak lupakan Allah, masakan syaitan datang menganggu “ jelas Kadir masih kecewa dengan sikap keluarganya selama ini yang lebih mementingkan harta dunia sehingga melupakan amal ibadat. Tetapi dia tidak berdaya menghalang mereka, kerana masing-masing ada kebebasan. Sekiranya keluarga dalam keadaan miskin tentu menyusahkan masyarakat juga. Bagaimanapun harapan Kadir bukanlah tidak mementingkan langsung harta dunia, kerana semua manusia dikehendaki mencari rezeki. Tetapi janganlah kerana mencari rezeki sampai melupakan suruhan Allah, sampai tidak campur gaul dengan masyarakat, sampai tidak hiraukan orang sekeliling. Apabila anak-anak balik semula ke rumah masing- masing, Jubir dan isteringa kembali seperti biasa. Pagi lagi selepas subuh, mereka ke bandar berniaga di pasar. Jubir
akan meraih ikan, ketam, kerang di Jeram. Memang teringat juga akan pesan Kadir
supaya jangan tinggalkan solat zohor dan asar, tetapi dalam keadaan kotor dan berbau tidak jadilah dia solat. Sementara Semah juga tidak dapat mahu solat, kerana sukar mahu membawa telekung dan kemudahan berwuduk. Hanya 3 minggu selepas kejadian aneh itu, sekali lagi Jubir terkejut apabila sampai ke rumah kira-kira jam 9.00 malam, keadaan rumahnya, seperti kejadian sebelum itu juga. Pintu dan tingkap- tingkap terbuka. Barang- barang perabut bersepah seperi diselongkar orang. Besoknya dia ke Rembau menemui dukun yang menanam rumput sambau di empat ppenjuru rumah. Bagaimanapun dukun berkenaan enggan mengulangi kerjanya, kerana dia sendiri semasa balik dari mengubat Jubir telah dihalang oleh asap. Hampir lemas dia apabila diserbu oleh asap yang tidak tahu dari mana datangnya. “Carilah orang lain pula Cik Jubir” ujar dukun itu lemah.
“Kalau dah tak ada nanti, saya boleh cuba lagi” katanya memberi jaminan yang tidak boleh diharap sangat. Setelah itu Talip membawa ayahnya berjumpa seorang lagi dukun di Kelebang dekat Melaka. Dukun itu enggan pula datang ke Tanjung Karang tetapi memberikan air yang sudah dijampi, disuruh siramkan ke sekeliling rumah. Dua minggu sahaja gangguan tidak ada, tetapi selepas itu berlaku lagi. “Kerana terpaksa mencari dukun, ayah pun tak dapat berniaga, iya tak? “ Kadir menyindir bila diberitahu kepadanya. “Jadi apa salahnya ayah berniaga sampai pukul empat petang saja, lepas tu balik. Buat apa berniaga sampai pukul 9.00 atau 10.00 malam baru nak balik ke rumah” katanya macam memarahi kedua orang tuanya. Kadir membawa ayahnya berjumpa dengan seorang kawannya di Gedangsa itu bernama Saleh yang bekerja menjadi kerani di Kuala Lumpur. Saleh pernah jatuh dari jeram tatkala berkelah menyebabkan tulang rusuknya patah. Dia telah dimasukkan ke hospital, hampir sebulan terlantar. Tetapi setelah ditepuk-tepuk oleh ayah saya, dia sudah boleh berjalan sendiri walaupun masih tertenjot-tenjot. Apabila Kadir menceritakan masaalah yang dihadapi oleh ayahnya itu kepada Saleh, lantas Saleh mengajak Kadir menemui ayah saya itu. Semasa saya balik ke kampung kerana Hari Raya Haji , ayah saya memberitahu mengenai Jubur menghadapi masalah itu. “Tapi, Tanjung Karang itu jauh,” beritahu ayah saya. Sebenarnya dia belum memutuskan samada mahu pergi atau tidak, kerana ayah saya tidak akan pergi kalau tidak bersama dua tiga orang lagi rakannya. Dia tidak akan melakukan berseorangan, tetapi mesti dibantu oleh rakan-rakannya. Ketika saya ada di rumah ayah saya ini rakan-rakannya juga ada. Mereka berbual-bual dengan saya mengenai beberapa kejadian yang pernah ditempuhnya semasa mengikut ayah saya mengubati orang. “Bukan kita yang mengubati orang” saya mengingatikan mereka. “Kita hanya berdoa, hanya dengan izin Allah saja orang yang kita dokan itu boleh sembuh,” ujar saya.Abang Unus kawan ayah saya itu tersenyum, kerana dia tahu saya seorang yang rajin belajar ugama. Dia pernah berguru dan mempelajari Usuluddin dari seorang guru agama murid Tok Kenali , Kelantan. “Itulah yang saya datang ke sini kalau dengar ustaz balik. Saya dah banyak dengar dari ayah ustaz, fasal ramai orang datang nak berubat dengan ustaz.” Abang Unus tersengih-sengih. Selalunya kalau saya balik ayah akan memberitahu kawan-kawannya terutama Abang Unus dan Mat Haidi yang selalu mengikut dia kalau dipanggil orang. Abang Unus dan Mat Haidi akan segera datang untuk berbual- bual dengan saya. Dari Abang Unus inilah baru terbuka cerita dari Tanjung Karang Jubir yang meminta ayah saya datang ke rumahnya. Biasanya ayah saya tidak mahu bercerita kemana akan pergi, malah dengan emak saya pun dia tidak akan menceritakan kalau ada orang mengajaknya mengubati orang sakit.“Eloklah ustaz ikut kami sekali” kata Mat Haidi pula. “ Malam esok Pak Cik Jubir tu datang jemput” dia memberitahu. Saya tidaklah dapat memenuhi ajakan itu, kerana saya mahu balik ke rumah isteri saya di Perak. Kalau hari raya, saya terpaksa balik kedua-dua tempat sekali. Sekiranya hari pertama saya balik ke rumah emak saya di kampung, maka pada hari raya kedua terpaksalah saya ke kampung mertua saya di Perak. “Lagi pun kami nak tahu cara mana Ustaz melakukan perubatan tidur itu” Abang Unus pula mendesak. “His, tok guru kita lagi tahu” sahut saya tersengih- sengih mengerling ke arah ayah saya. “Tok guru suruh tanya pada Ustaz” Mat Haidi cepat- cepat memotong. Disebabkan Abang Unus hendak sangat cara tidur itu, saya pun menyuruh dia mengambil wuduk. Kemudian saya suruh dia berzikir seperti yang dilakukan selama ini. “Kadangkala tak mahu menjadi, kalau orang yang hendak ditidur itu tidak cukup zikirnya? “ ujar daya kerana was was juga tidak dapat memenuhi kehendak Abang Unus. Lagi pun kalau kali pertama dilakukan belum tahu menjadinya, malah diamalkan seterusnya sampai beberapa hari barulah dapat dilakukan. Bagaimana pun saya bertawakal saja dengan harapan kehendak Abang Unus ini. Bukanlah semua doa kita boleh makbul, kadangkala ada orang sakit bertambah penyakitnya bila didoakan. Semuanya bergantung kepada Allah, sedangkan kita tidak tahu tidur untsamada doa kita dimakbulkan atau tidak. Alhamdulillah. Sekali cuba saja Abang Unus dapat ditidurkan. Saya bakar hujung jari kakinya untuk mempastikan samaada dia benar-benar dapat ditidurkan atau sengaja berpura-pura tidur untuk menjaga hati saya. Memang benar dia dapat ditidurkan kerana kakinya tidak bergerak pun apabila dibakar tadi. Setelah saya yakin dia tidur, saya suruh dia membaca Al Fatihah tiga kali kemudian keluar dari badan. Kemudian menuju ke rumah Jubir di Tanjung Karang. Tetapi saya tidak lama membiarkan dia begitu, disebabkan itulah pertama kali saya cuba menidurkan dia. Selepas bangun semula, saya bertanya apa yang dilihatnya semasa terpandang rumah Jubir. Katanya dia nampak satu kepulan asap di sudut pagar rumah Jubir. Dari kepulan asap itu dia ternampak seorang lelaki tua terapung-apung . Orang tua itu merenungnya dengan marah. “Tuju situ ajelah bila ke rumah tu” saya mengesyurkan. Malam esoknya, apabila Jubir menjemput ayah saya, Abang Unus dan Mat Haidi, saya sudah balik semula ke Kuala Lumpur. Hanya saya mendapat tahu kemudian memang Abang Unus menuju ke
penjuru pintu pagar yang dilihat-nya sebelum itu. Dia merasa hairan kerana apa yang dilihatnya di masa ditidurkan, ternyata sama seperti yang dilihatnya ketika itu. Keadaan rumah itu juga tidak berubah langsung seperti
dilihatnya sebelum itu. Dia terus ke penjuru pagar yang terdapat lubang sampah. Apabila ayah saya dan Mat Haidi naik ke rumah, Abang Unus ke penjuru pagar itu. Ayah saya dan Mat Haidi sembahyang sunat dahulu, barulah memulakan doa. Manakala Abang Unus pula berdiri di penjuru pagar itu membacakan Ayat Kursi. Ketika ini dia nampak kepulan asap tebal naik di situ cuba mengelilingi dia, tetapi setiap kali kepulan asap itu mahu menghampirinya, asap itu
terputus-putus seperti ditiup angin kencang. Abang Unus terus membaca Ayat Kursi sehingga 113 kali. Dia tidak tahu apa yang dibuat oleh ayah saya dan Mat Haidi di rumah, kerana dia dapat melihat kepulan asap yang dilihatnya sebelum itu melalui tidur.Abang Unus merasakan takjubnya kejadian itu, tetapi cepat teringatkan semula pesan saya bahawa tidak ada yang menakjubkan. Hanya manusia yang tidak dapat menjangkau ilmu Allah saja yang mengatakan heran atau taksubnya. Setelah kepulan asap putus- putus seperti ditiup angin, akhirnya hilang. Barulah Abang Unus naik ke rumah. Kadir juga ada di rumah semasa ayah saya dan rakan-rakannya berdoa. Apa yang dicakapkan oleh Kadir kepada ayahnya, itu jugalah yang dicakapkan oleh ayah saya kepada Jubir. Sejak itu ayah saya memberitahu tidak ada lagi gangguan di rumah Jubir Tamat

021. LEMBAGA BERKELAHI SESAMA SENDIRI

$
0
0
MATAHARI sudah tergelincir hingga bayang pohon-pohon getah juga menjadi redup, semasa Pak Tua Mahat menyandarkan basikalnya di sebatang pokok getah tua. Dia memang tahu kebun getah kepunyaan Haji Mat Deman adik iparnya itu di darat kampung, kerana Ngah Jiyah sendiri memberitahu abangnya di kawasan kebun getah itu memang keras puakanya. Tetapi Mat Deh tidak percaya sangat dengan cerita emaknya mengenai puaka di kawasan kebun getah itu. Ngah Jiyah percaya mengenai puaka di situ disebabkan kebun getah itu dibeli oleh suaminya semasa selepas Jepun memerintah. Di sempadan dengan kebun getah sebelahnya terdapat dua buah kubur lama yang dipercayai tuan punya tanah tersebut sejak lebih tujuh keturunan. Kubur lama itu terletak di atas busut tinggi sehingga jelas nampak batu nisannya yang tergendeng separas pinggang. Ngah Jiyah juga mendengar cerita mengenai batu nisan itu yang hidup kerana pada mulanya hanya seketul batu dari sungai saja diletakkan di situ. Tetapi selepas lebih tujuh keturunan itu batu berkenaan dikatakan hidup lantas meninggi sehingga sampai separas pinggang. Namun Mat Deh tetap tidak percaya dengan cerita emaknya. Sekalipun Ngah Jiyah merasa seram juga apabila melintasi kubur lama itu apabila
datang ke kebun getah itu semasa musim langsat berbuah, tetapi rasa seram itu segera hilang kerana dia datang bersama suami, anak- anak dan cucunya. Lagipun, kebun getah itu sudah ditebas terlebih dulu oleh Haji Mat Deman. Itu jugalah sebabnya Haji Mat Deman meminta Muhis menebasnya kerana pokok- pokok langsat di kebun itu sudah mula berputik. Memang di kebun getah itu banyak terdapat pokok-pokok langsat yang sudah tua. Dari pokok- pokok langsat inilah buahnya lebih manis dari pokok-pokok langsat biasa. Sebab itulah Haji Mat Deman tidak akan menebang pokok-pokok langsatnya, kerana setiap tahun apabila musim langsat berbuah hasilnya amat menyenangkan hati. Pak Tua Mahat berdiri berhampiran dengan pokok getah tempat basikalnya disandarkan. Matanya liar memerhati di sekitar kawasan yang sudah ditebas oleh Muhis. Sekali-sekala dia memandang juga ke arah busut kubur lama tidak jauh dari tempatnya berdiri. "Kalau kau tubuh halus nak mengganggu, balik kau!" katanya sambil meludah tiga kali ke arah kubur yang tersegam tidak jauh darinya. "Tanah ini bukan lagi dalam jagaan kau, biarlah tubuh kasar yang menjaga tanah ini, kau tubuh halus balik
ke tempat asal kau, jangan ganggu anak cucu di sini..." ujarnya macam bercakap dengan seseorang. Kemudian dia terus melangkah ke kawasan yang sudah ditebas oleh Muhis itu. Beberapa langkah dia berjalan, Pak Tua Mahat menoleh ke arah yang diagaknya Muhis tersungkur sewaktu menerkam burung puyuh sedang mengeram. Tetapi amat
sukar dia mahu meramalkan di mana Muhis menemui burung puyuh sedang mengeram itu. Puas dia mencari-cari, Pak Tua Mahat memusingkan badannya menghadap ke arah dua buah kubur lama yang tersergam di atas busut tidak jauh dari situ. Dia menuding jari
telunjuknya ke arah kubur itu, sambil tumit dihentakkan ke bumi. Ketika ini dia merasakan angin kencang bertiup di sekitar kebun getah itu hingga desirannya terasa menggerunkan. Tetapi Pak Tua Mahat tetap bertahan di situ dengan mengucapkan: huwa-auwallu wal-akhiru wal-zahiru wal- batinnu, wahuwal 'alla kulli syai-in-qadir. Sejurus kemudian angin kencang itu berhenti, Pak Tua Mahat dapat mendengar titisan hujan turun menimpa daun-daun. Hujan itu tidaklah lebat kerana silauan matahari masih memancar. Dia dapat menduga ketika ini hujan panas turun seolah-olah geruh sedang menunggunya. Tetapi Pak Tua Mahat sudah biasa menghadapi keadaan demikian. Dia menunggu sesuatu menjelma di situ, tetapi tidak ada apa-apa pun kelihatan di atas kubur tersebut. "Kalau bukan kau, aku minta maaf tubuh halus." katanya perlahan lantas menurunkan tangannya dari menuding ke arah kubur tersebut. Kemudian dia berpaling ke sekeliling kawasan yang sudah ditebas oleh Muhis memerhatikan tempat Muhis menemui sarang burung puyuh mengeram. Puas dia memerhatikannya tetapi tidak juga bertemu kesan sarang burung berkenaan. Ketika dia mendongak ke atas Pak Tua Mahat ternampak sarang tebuan tergantung di dahan sebatang pokok getah. Perdu pokok getah tersebut terdapat kesan sudah ditebas oleh Muhis. Berdebar juga hati Pak Tua Mahat kerana tebuan- tebuan itu tidak menerkam semasa perdu pokok getah itu ditebas. Biasanya tebuan- tebuan mudah menyerang mangsa apabila sarangnya diganggu. Mata Pak Tua Mahat merenungi sarang tebuan itu tepat-tepat dengan tidak berkelip. Kemudian perlahan- lahan dia membisikkan: waman 'arafa nafsihi faqad 'arafa rabbihi, lantas dia menghentak- hentakkan tumitnya ke tanah. Setelah merasakan dirinya cukup yakin dengan apa yang dilihatnya, Pak Tua Mahat merapatkan dua tangannya ke dada sambil menyebut perlahan, "Tegak aku seperti alif, berlindung aku seperti zat." Sekaligus pula dia meneguk air liurnya sambil menghela nafas panjang seperti menyedutnya jauh- jauh ke dalam diri. Pak Tua Mahat sudah tidak merasakan dirinya tertegak di tengah kebun getah mendongak sarang tebuan yang tergantung pada
dahan pokok getah tua tidak jauh darinya. Dia tersenyum apabila tiba-tiba saja tercegat di satu kawasan lapang yang tersergam sebuah rumah besar dengan dipagar ruyung nibung kukuh di sekelilingnya. Di tengah halaman rumah itu seorang perempuan muda yang cantik dengan rambutnya
mengurai sampai ke punggung sedang menabur padi seolah- olah memberi ayam makan. Tetapi yang berkerumun mematuk padi yang ditabur oleh perempuan muda itu bukanlah ayam yang berebut- rebut, tetapi burung-burung puyuh yang terlalu banyak. Pada mulanya dia tidak perasankan Pak Tua Mahat berdiri di luar pagar, tetapi apabila dia mengangkat muka, matanya bertentang dengan Pak Tua Mahat. "Awak rupanya...," cepat- cepat Pak Tua Mahat menegur sebaik saja mereka berpandangan. "Eh, Tok Pawang buat apa ke mari ni?" soal perempuan itu semacam terkejut dengan kunjungan Pak Tua Mahat ke situ. "Nak cari awak laa," sahut Pak Tua Mahat tegas. "Tok Pawang ni macam nak cari musuh aje nampaknya," sindir perempuan muda itu lalu menghalau burung-burung puyuh yang berebut-rebut mematuk padi yang ditaburkannya. "Kalau awak terima kedatangan aku dengan baik, baiklah jadinya," ujar Pak Tua Mahat macam mengejek. "Tapi, kalau awak sengaja nak cari geruh, belumlah tahu geruh siapa lagi!" dia meninggikan suara seolah-olah memberi amaran. "Kami tak faham maksud awak ni, Tok Pawang," perempuan muda itu tersengih-sengih. Belum pun sempat Pak Tua Mahat masuk ke kawasan pagar rumah itu dia merasakan bumi bergegar kuat menyebabkan rumah tersergam itu ikut sama bergegar. Perempuan muda itu terjerit ketakutan berlari-lari sekeliling halaman. Kemudian dia cuba mendekati Pak Tua Mahat, tetapi kakinya terbenam menyebabkan dia terkial-kial mahu melepaskan diri. Pak Tua Mahat undur ke belakang dua tiga langkah mahu memastikan dari mana ancaman itu datang. Matanya liar mengerling ke kiri dan ke kanan, tetapi tidak kelihatan apa-apa kecuali gegaran yang kuat dan asap keluar berkepul-kepul dari rekahan tanah. "Tolonglah kami Tok Pawang," rayu perempuan muda itu terkial-kial mahu melepaskan kakinya yang terbenam di bumi. Dia melambai-lambaikan tangannya dengan harapan mendapat belas kasihan dari Pak Tua Mahat. Tetapi Pak Tua
Mahat masih ragu-ragu siapakah yang membuat angkara kerana tiba-tiba saja ancaman itu datang. Hatinya masih belum dapat menduga sama ada ancaman itu untuk memerangkap dirinya, atau mahu memusnahkan perempuan itu. Bagaimanapun yang jelas pada penglihatannya perempuan muda itu sendiri yang terancam keselamatannya. Dia tidak boleh membantu perempuan muda itu selagi tidak diketahuinya punca sebenar gegaran bumi tersebut. Sebaik saja kakinya menjejaki kawasan lapang itu dia sudah dapat melihat bahawa tempat itu memang dikuasai oleh perempuan muda berkenaan. Burung-burung puyuh yang berkeliaran sewaktu perempuan muda itu menaburkan padi, amat jelas menunjukkan tempat yang dicarinya sudah pun ditemui. "Tolonglah kami Tok Pawang..." ulangi perempuan muda itu merayu-rayu dengan berhiba hati. "Siapa nak tolong kau..., kau tu syaitan!" bentak Pak Tua Mahat tersenyum setelah melihat Mat Deh tercegat di penjuru pagar. Di sekeliling Mat Deh cahaya putih melingkarinya, sehingga perempuan muda itu tidak dapat merapatinya sekalipun kalau kakinya tidak terbenam di bumi. Beberapa kali perempuan muda itu cuba melemparkan rantai besi yang menjelma dari tangannya, tetapi rantai besi tersebut terbakar sebaik saja mencecah
cahaya putih yang melingkari Mat Deh. "Kenapa kau tak serang aku!" Pak Tua Mahat meninggikan suaranya mencabar supaya perempuan muda itu bertindak terhadap dirinya. Perempuan itu menunduk menggeleng-geleng kepala. Dia menjadi gementar setiap kali matanya bertentangan memandang Pak Tua Mahat. "Cuba kau serang aku...!" jerkah Pak Tua Mahat menampar-nampar dadanya seolah-olah mengejek. "Aku hendak sangat geruh kau, cepat!" katanya keras menghentak-hentak tumit ke bumi. Sekaligus pula bumi yang dipijak bergegar lagi menyebabkan rumah tersergam hampir tersembam ke tanah. Pagar kukuh dari ruyung nibung juga sudah terbongkar habis, terpelanting berselerak di merata tempat. Dua tiga tunggak pagar keras dari ruyung nibung sudah terpelanting menusuk ke dada perempuan berkenaan. Dia termengah-mengah menahan kesakitan akibat tertusuk ruyung nibung yang tercacak di dadanya. "Tak kasihan ke tengok kami..., tak malu ke awak semua berlawan dengan perempuan?" suara perempuan
itu terketar-ketar meminta belas kasihan. "Kau syaitan, tak boleh dikasihani!" bentak Pak Tua Mahat. Perempuan itu mengerling ke arah Mat Deh yang tercegat di sudut pagar dikelilingi silauan cahaya putih. Terkial-kial dia cuba melepaskan ruyung nibung yang tercancang di dadanya. Sebaik saja gegaran bumi terhenti dia tiba-tiba melompat ke atas bumbung rumah yang sudah tersenget. Ruyung nibung di dadanya juga tercabut lantas menjunam menuju ke arah Mat Deh. Bagaimanapun ruyung nibung itu tidak menyinggahi Mat Deh, kerana hangus terbakar apabila melintasi silauan cahaya
yang memutih itu. "Ilmu apa orang muda ni pakai?" rungut perempuan itu memusingkan dirinya lantas menukar bentuknya kepada seorang lelaki tua yang bertanduk di kepala. Sekaligus pula dia melepaskan wap api dari nafasnya yang dihembuskan ke
arah Mat Deh. Api yang menyala itu terus padam sebaik saja mencecah silauan putih yang mengelilingi Mat Deh. Kemudian Mat Deh mula membacakan: hazihhi jahannamullati kuntum tu 'adun, berulang kali menyebabkan angin kencang bertiup dari segenap penjuru memadamkan semua api menyala dari nafas lelaki tua tersebut. "Kau tak lepas ke mana, sekarang kau dah merupa!" Pak Tua Mahat bertempik hingga dilihat oleh Mat Deh tubuhnya menjadi besar melebihi rumah yang tersergam itu. "Kau tak dapat nak berlindung lagi...," jerkahnya lantas menyambar lelaki tua di atas bumbung rumah ke dalam genggamannya. "Ampun Tok Pawang...," rayu lelaki itu terkial-kial dalam genggaman Pak Tua Mahat. "Kami takkan melawan Tok Pawang kami nak berlawan dengan orang muda ni!" katanya masih berkeras mahu menentang Mat Deh. "Kau tak boleh lawan dia, kau takkan menang," kata Pak Tua Mahat meludah muka lelaki yang sudah tesepit dalam genggamannya. Lelaki tua itu sudah menjadi kecil seperti anak tikus yang sudah tidak berdaya lagi melawannya. "Aku mau kau lepaskan Muhis, kalau tidak aku hempaskan kau ke batu...," dia menguatkan genggamannya menyebabkan lelaki itu terjerit-jerit meronta. "Kami tak tau... lelaki tua itu menangis teresak-esak mengharapkan belas kasihan dari Pak Tua Mahat. Ancaman itu sudah tidak dapat dielakkannya. Dia tidak dapat melepaskan diri setelah Pak Tua Mahat bertindak. Memang dia mengetahui kemampuannya tidak akan dapat menandingi kebolehan Pak Tua Mahat. Sebab itulah dari awal lagi dia mencari helah supaya Pak Tua Mahat tidak bertindak terhadap dirinya. "Cakap...!" suara Pak Tua Mahat bergaung kuat menyebabkan dia menekup telinganya dua belah tangan. "Lepaskanlah aku dulu...," rayunya terketar-ketar. Pak Tua Mahat melepaskan lelaki tua itu ke tengah halaman. Tetapi dia mengawasi gerak-geri lelaki itu dengan berdiri meletakkan rumah tersergam itu di bawah kangkangnya. Tiba-tiba asap berkepul-kepul keluar dari bumbung atap, tetapi segera dihembus kuat oleh Pak Tua Mahat. Sebaik saja asap itu hilang, rumah yang tersergam itu juga tersembam ke bumi. Muhis keluar dari runtuhan rumah tersebut dengan tangan sebelah kirinya dibelit oleh seekor ular besar. Terkial-kial dia cuba mahu melepaskan tangannya dari belitan ular tersebut, namun cerutan ular berkenaan semakin kukuh. Secepat kilat pula Mat Deh menyambar Muhis membawanya masuk ke dalam lingkaran silauan cahaya putih yang mengelilinginya. Sewaktu Muhis ditarik masuk, ular yang membeliti tangannya cuba menarik keluar hingga terpaksa beregang-regang dengan Mat Deh. Kemudian Mat Deh meletakkan tangannya pada bahu kiri Muhis lantas dilurutnya ke bawah. Apabila tersentuh saja tangan Mat Deh kepada tubuh ular yang membaluti tangan Muhis, kepala ular itu cuba menerkam untuk mematuk tangan Mat Deh. Setiap kali kepalanya cuba
mematuk, kepalanya semakin hangus terbakar apabila menyinggahi silauan cahaya putih yang memagari Mat Deh. Akhirnya ular berkenaan terpaksa melepaskan belitannya hingga terpelanting berhampiran dengan kaki lelaki tua yang tercegat di tengah halaman. Sebaik saja ular itu jatuh berlonggok di kaki lelaki tua itu, kepulan asap berpusar di situ hingga menjelma seorang perempuan muda memakai pakaian halus seperti sutera. Dia semacam tidak puas hati apabila Muhis terlepas dari tawanannya. Perempuan muda itu bersama lelaki tadi berlegar-legar di tengah halaman mahu bertindak balas. Sekali-sekala lelaki tua itu mengerling ke arah Pak Tua Mahat yang tercegat melihat gerak-gerinya, tetapi dia tidak
berani bertindak kerana tubuh Pak Tua Mahat dilihatnya membesar seolah-olah kapalanya mencecah ke awan. "Tok Pawang jangan campur, biar kami cuba permainan orang muda ni," laung perempuan muda itu menyatakan rasa tidak puas hatinya. Pak Tua Mahat mengangguk seolah-olah memberi peluang kepada perempuan muda itu. Bagaimanapun dia menyindir perlahan, "Awak orang bunian, takkan boleh menentang Mat Deh. Sedangkan awak nak larikan Muhis pun tak dapat, inikan pula nak berlawan...!" Peluh memercik di dahi lelaki tua itu setelah Pak Tua Mahat dapat menentukan jenisnya sebagai orang bunian. Apabila asal usulnya sudah diketahui, dia tidak akan boleh mempertahankan diri. Ketika ini
seluruh tubuhnya rasa gementar, tetapi dia cuba berpura-pura menunjukkan masih mampu mahu menandingi Mat Deh dan Muhis. Pada mulanya memang perempuan muda itu mahu melarikan Muhis. Dia tahu Muhis
masih mampu bertahan dari gangguannya namun dia tetap berdegil mahu mengheret lelaki itu. Sukar juga baginya mahu mengheret Muhis sekalipun dia terus berpaut pada tangan Muhis. "Bangsat kau...!" suara Muhis mula bergema setelah disedarinya dia terperangkap oleh bunian yang menguasai kebun getah kepunyaan Haji Mat Deman itu. Di samping Mat Deh berzikir menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya, Muhis membacakan Fatihah, 5 ayat terawal dari Surah Al-Baqarah, ayat 163 dan 164 Surah Al- Baqarah, Ayatul Kursi, ayat 256 dan 257 dari Surah Al- Baqarah. Ketika Muhis membacakan ayat-ayat ini goncangan bumi semakin kuat menyebabkan lelaki tua dan perempuan muda itu tidak dapat lagi berjejak. "Teruskan Pak Muhis...," Muhis mendengar Mat Deh menyuruhnya meneruskan bacaan ayat-ayat tersebut. "Teruskan dengan ayat 284, 285 dan 286 Al-Baqarah, ayat 18, 19 Surah Ali-Imran..." suara Mat Deh mengingatkan dia supaya membacakan ayat- ayat tersebut. Muhis mematuhi bimbingan dari Mat Deh itu, lantas membacakan ayat-ayat tersebut yang diikutinya dari mulut Mat Deh sendiri. Setiap kali ayat-ayat itu dibacakan kawasan lapang itu itu semakin
terancam, apabila batu-batu besar dan bola-bola api berterbangan dari segenap penjuru. Lelaki tua dan perempuan muda itu bertempiaran lari mahu menyelamatkan diri dari terjahan batu-batu besar dan bola-bola api. "Aku dah cakap, kau takkan boleh melawannya...," Pak Tua Mahat berdekah- dekah mengejek lelaki tua itu yang terhuyung-hayang mencari tempat berlindung. Perempuan muda yang bersungguh-sungguh mahu melawan Mat Deh itu terjerit- jerit meminta pertolongan dari lelaki tua yang termengah- mengah berlari mencari tempat
berlindung. "Ampun Tok Pawang...," lelaki tua itu melutut di depan Pak Tua Mahat merayu belas kasihan. "Kenapa kau ganggu anak buah aku?" jerkah Pak Tua Mahat. Lelaki tua itu berpaling ke arah perempuan muda di sisinya lantas menerkam marah. Asap merah berkepul- kepul keluar apabila dua lembaga itu bergomol sesama sendiri. Pak Tua Mahat tersenyum apabila mendengar Mat Deh sayup-sayup melafazkan; innahu Sulaiman wainnahu bismillahhir
Rahmannirrahim. Pak Tua Mahat tahu bahawa Mat Deh sudah menggoda salah satu dari lembaga berkenaan supaya menyerang antara satu sama lain. "Memang kau lembaga syaitan boleh aku gunakan untuk menyerang golonganmu sendiri...." bisik Pak Tua Mahat kerana Mat Deh sudah menggunakan ikhtiar demikian dalam usaha tersebut. Kepulan asap merah itu semakin menebal apabila lelaki tua itu berlegar-legar mengelakkan serangan dari perempuan muda yang melepaskan beratus-ratus ekor ular untuk memerangkapnya. Lelaki tua itu memusingkan dirinya menjelma menjadi perempuan muda semula, menyebabkan ratusan ular-ular bisa yang mahu menyerangnya berpatah balik untuk menyerang perempuan muda yang satu lagi. Mereka berdua bertambah
garang untuk mengalahkan antara satu sama lain, seolah- olah suara Mat Deh yang bergema itu memaksa mereka berdua saling bermusuhan. Mat Deh dan Muhis yang berdiri di satu penjuru tidak perlu lagi bertahan dari silauan cahaya putih sewaktu Mat Deh memantapkan zikirnya pada permulaannya tadi. Muhis diajarkan oleh Mat Deh supaya membacakan ayat-
ayat tertentu dari Al-Quran, sementara dia sendiri mengawasi dua lembaga perempuan itu berterkaman antara satu sama lain. Satu lembaga berlegar-legar mahu mengelak dan satu lembaga lagi mencari helah untuk menerkam. Apabila satu lembaga dapat memerangkap, mereka akan bergomol dengan ganas hingga mengeluarkan debu merah seperti asap yang berkepul-kepul ke udara. Mereka berdua seolah-olah tidak menyedari bahawa perkelahian mereka diawasi oleh Mat Deh, padahal sebelumnya mereka berdua sama-sama mahu menentang anak muda itu. "Siapa yang niat salah dengan Muhis, dialah akan musnah...," kedengaran suara Muhis bertempik sambil menghembuskan rejaman anak panah berapi beratus-ratus dari hembusan mulutnya. Rejaman anak panah itu menyinggahi belakang lembaga perempuan yang berpaut pada tangan Muhis sebelumnya. Perempuan muda itu menggeliat-geliat menjerit apabila dua tiga anak panah terlekat di belakangnya lantas membakar bahagian belakangnya. Dia tergolek ke tanah berpusing-pusing menjelmakan dirinya menjadi seekor ular seperti di peringkat awalnya. Tetapi perempuan yang satu lagi segera menghembuskan api kebiru-biruan membakar ular yang bergolek berpusing- pusing itu menyebabkan kedengaran jeritan langsing dari nyalaan api tersebut. Sehingga nyalaan api itu padam, perempuan muda itu masih kebingungan mahu mencari tempat berlindung setelah rakannya hangus menjadi debu. Dia berlegar- legar mencari jalan mahu berlindung apabila Mat Deh memulakan azan berulang kali. "Aku tak mahu lagi kau maharajalela di sini!" bentak Pak Tua Mahat. "Habis, ke mana kami nak pergi Tok Pawang?" dia mendongak meminta belas kasihan Pak Tua Mahat. "Itu, awak punya fasal. Tapi aku tak mahu kau bertanah berair lagi di kebun adik ipar aku ni," ujar Pak Tua Mahat memberi amaran. "Ke mana kami nak pergi Tok Pawang?" ulangi perempuan muda itu terketar- ketar. "Pergilah kau jauh dari sini...," perintah Pak Tua Mahat lantas menangkap perempuan muda itu dalam genggamannya. "Kalau kau nak bertanah berair lagi di sini, Muhis dan Mat Deh akan musnahkan anak
cucu kau!" kata Pak Tua Mahat
seterusnya mengancam perempuan muda berkenaan. "Jangan, jangan..Tok Pawang," rayu perempuan muda itu dalam ketakutan menyelubungi dirinya. Sepantas kilat pula Pak Tua Mahat melontarkan perempuan muda dalam genggamannya itu jauh ke arah hutan belantara melangkaui bukit-bukau yang menghijau di sekeliling kampung. Apabila Pak Tua Mahat kembali sedar dari keadaan dirinya seolah-olah seperti diserkup mimpi itu, didapatinya dia tersandar pada perdu pokok getah yang terdapat sarang tebuan tergantung di dahannya. Dia mencepak-cepak bibir memerhatikan sarang tebuan tersebut yang hanya merupakan bonggol besar sarang kelulut saja. Hujan panas yang turun menyirak-nyirak apabila dia sampai ke kebun getah itu sudah tidak ada lagi. Silauan matahari juga memancar condong dengan bayang- bayang pokok getah semakin redup menandakan Asar sudah pun masuk waktu. Setelah merasakan tugasnya selesai, Pak Tua Mahat lantas mencapai basikalnya menuju ke rumah Muhis. Semasa dia sampai di rumah Muhis, jiran-jiran masih ramai menziarahi. Mereka juga menunggu kepulangan Pak Tua Mahat yang hanya seorang diri
saja pergi ke kebun getah Haji Mat Deman untuk melihat sendiri kawasan yang ditebas Muhis. Mereka tahu mengenai keistimewaan Pak Tua Mahat. Sebab itulah mereka tidak merasa bimbang membiarkan orang tua itu seorang diri saja ke tempat itu. Ludin Dobok yang ada bersama menziarahi Muhis juga menceritakan pengalamannya bersama Pak Tua Mahat semasa anak gadisnya Midah tiba-tiba saja tersengih-sengih sebaik terpandang seekor ikan haruan yang matanya berkedip. Ketika ini Ludin Dobok sendiri kebingungan, kerana sewaktu mandi di sungai selepas menimba lubuk di hujung sawahnya, dia dapat menangkap seekor ikan haruan yang menghambur berhampiran dengannya. Mata ikan haruan juga berkedip, seolah-olah dia dapat melihat seorang lelaki teruna terpancar dari kerdipan mata ikan haruan itu. Lelaki teruna itu menuntut untuk berkahwin dengan anak gadisnya Midah. Apabila Pak Tua Mahat diberitahu, tidak bertangguh lagi orang tua itu mengajak Ludin Dobok ke hujung sawah di lubuk tempat Ludin Dobok dan isterinya Hawa menimba ikan. Peristiwa Ludin Dobok mengikut Pak Tua Mahat ke tepi lubuk itu memang satu pengalaman baru yang belum pernah dirasakannya selama ini. Masih terbayang oleh Ludin Dobok bagaimana Pak Tua Mahat menghentak kakinya tiga kali ke tanah, tiba-tiba saja dia tidak melihat lagi lubuk di depannya. Yang dilihat oleh Ludin Dobok hanya tersergam sebuah rumah besar. Dia terus mengikut saja ke mana dibawa oleh Pak Tua Mahat, sehingga bertemu seorang lelaki tua berjubah kuning. Sebaik saja Pak Tua Mahat menaiki tangga rumah Muhis, Ludin Doboklah yang mula-mula menyambutnya. Dia membongkok bersalam sambil mencium tangan Pak Tua Mahat. "Macam mana Muhis?" tanyanya kepenatan terus masuk ke dalam mendapatkan Muhis yang masih terlentang tidak bergerak-gerak. "Macam tadi aje nampaknya Pak Tua," beritahu Senah kian rusuh melihat keadaan suaminya yang terlentang tidak bergerak. Tangannya masih tergenggam dalam genggaman Mat Deh. "Tak apa, sabarlah...," beritahu Pak Tua Mahat tersenyum seolah-olah memberitahu orang ramai di situ akan kejayaannya. "Minta air sejuk segelas, haus aku ni," katanya sambil mengurut-ngurut leher. Senah bangun perlahan menuju ke dapur untuk mengambil air yang diminta oleh Pak Tua Mahat. "Sejak tadi Ustaz pun macam ni juga Pak Tua, sama macam Abang Muhis," jelas Ludin Dobok berbisik ke telinga Pak Tua Mahat. "Tak apa..., Insya Allah, semuanya akan selamat," Pak Tua Mahat mencapai air yang dihulurkan oleh Senah. Kemudian perempuan itu duduk bertimpuh di hujung kaki suaminya sambil mengerling Pak Tua Mahat meneguk air sejuk di gelas. Ternyata orang tua tersebut benar-benar kehausan, kerana
sekali gogok saja dia meminum air berkenaan. Selepas saja minum, Pak Tua Mahat menepuk bahu Mat Deh menyebabkan anak muda itu tergamam seolah-olah dikejutkan sewaktu nyenyak tidur.Sebaik saja Mat Deh melepaskan tangan Muhis, lelaki itu mula menggeliat-geliat
lantas membuka matanya. "Minta aku air...," keluh Muhis perlahan kehairanan melihat orang ramai mengelilingi dia. Kemudian dia tersenyum berpaling ke arah Pak Tua Mahat dan Mat Deh. Mereka bertiga terangguk- angguk, seolah-olah sama- sama menyimpan rahsianya yang tersendiri. Selesai

22. TOK AWANG NGAH - MAYAT DIMANDI BINGKAS BANGUN

$
0
0
Ketika ini, kubur juga sudah siap digali sebelum
masuk waktu zohor lagi.
Mereka sudah tetapkan,
jenazah mesti dikebumikan
sebelum waktu zohor
disebabkan sudah lama semalaman terbujur. Siak
Deraman tidak mahu
melambat - lambatkan
mengebumikan jenazah setelah
beliau diberitahu Mat Senik
sudah meninggal dunia selepas maghrib. Semalaman pula
mereka berjaga bersengkang
mata membacakan ayat - ayat
suci al quran di sisi jenazah
secara bergilir - gilir. Mereka semua mematuhi arahan Siak Deraman supaya
jenazah Mat Senik
dikebumikan dengan segera.
Apalah gunanya menunggu
hingga selepas waktu zohor
kalau mahu kebumikan jenazah, dalam masa kubur
sudah siap digali. Sebaik sahaja
diberitahu supaya menggali
kubur, lantas Surip Lekeh
pagi - pagi lagi sudah
menggalas cangkul dengan penyodok ke tanah
perkuburan. mereka seisi
kampung mesti bergotong
royong menggali kubur apabila
diberitahu ada orang yang
meninggal dunia. Di kampung mereka tidak wajar menerima upah menggali
kubur. seisi kampung tetap
bergotong royong kerana
mereka hidup sudah macam
sebuah keluarga. Lagi pun
masing - masing memang mempunyai talian
kekeluargaan, sekali pun tidak
dekat sangat namun masih
juga berkeluarga bau - bau
bacang. Sebab itu mereka seisi kampung berkumpul di rumah
Mat Senik setelah diberitahu
lelaki itu sudah meninggal
dunia. 3 hari berturut - turut
Mat Senik terkejang tidak
sedarkan diri selepas ditimpa rumah runtuh tatkala sedang
bertukang. Tiba - tiba sahaja
rumah yang sudah ditegakkan
tiang, runtuh semasa Mat
Senik sedang memanjat kasau
mahu menaikkan atap. Dia jatuh terperosok di bawah
timbunan kayu - kayu rumah
yang tersembam hingga
bertupang tindih. Terpaksa pula Alang Kiman meminta bantuan jiran -
jiran untuk mengeluarkan Mat
Senik dari bawah timbunan
kayu - kayu rumah. hairan
juga Alang Kiman yang
mengupah lelaki itu bertukang, bagaimana rumah yang sudah
siap ditegakkan boleh runtuh.
Lain lah kalau Mat Senik baru
belajar bertukang hingga tidak
tahu pasak dan sendal. tukang
berpengalaman macam Mat Senik tentu mahir dengan
pasak dan sendal biar rumah
tidak goyah sekali pun
dirempuh angin kencang. Hampir 1 jam juga mereka bertungkus lumus
mengeluarkan Mat Senik dari
bawah timbunan kayu
jongkang kalang. Sebaik sahaja
ditarik keluar, memang Mat
Senik sudah tidak sedar apa - apa lagi. Ombak dadanya
sahaja yang turun naik dengan
tubuh tidak bergerak apa -
apa lagi. Kejadian yang berlaku
bertahun - tahun dahulu ini
memang tidak ada sesiapa pun yang terburu - buru untuk
membawa Mat Senik ke
hospital. Lagi pun ketika itu
siapa pun tidak peduli sangat
dengan hospital yang jauh di
bandar itu. Kalau mahu ke hospital tentu terpaksa berjam - jam
menunggu sampan mahu
menyeberang sungai. Kemudian
jenuh pula harapkan ada
kereta yang boleh membawa
Mat Senik ke hospital. Kalau ada kereta pun, tidaklah sama
dengan kereta sekarang yang
boleh memecut laju di atas
jalan yang diturap baik - baik
itu. Sebab itu Siak Deraman bersetuju meminta Pawang Jimin sahaja merawat
abangnya biar pulih semula.
terpaksa pula Pawang Jimin
kibas dengan kain hitam
panjang sedepa hingga 3
petang berturut - turut. Dia juga telah memandikan Mat
Senik dengan air kelapa muda
biar bisa - bisa di dalam tubuh
alah selepas disimbahkan
dengan air kelapa muda
berkenaan. Tetapi Mat Senik terkejang juga dengan tidak membuka mata langsung.
isterinya, Mayah sudah tidak
lekang punggung duduk disisi
suaminya menahan kesedihan
yang menusuk. Dia sudah
ingatkan Mat Senik supaya tidak gagahi bertukang apabila
dia mengadu tidak sihat badan.
Sejak bangun pagi lagi, Mat
Senik merasakan sendinya
lenguh - lenguh lantas beliau
pun meminta anaknya, Selidah supaya dapat pijakkan
belakangnya. Gadis kecil yang berumur 10 tahun itu tidak membantah
apa -apa. Dia akan pijakkan
belakang ayahnya setiap kali
ayahnya berasa lenguh -
lenguh badan. Asal sahaja balik
dari bertukang rumah, disebelah malamnya sebelum
merebahkan kepala ke bantal,
nescaya Mat Senik akan
menyuruhnya pijakkan
belakang. Selepas Selidah
pijakkan belakang, Mat Senik akan terasa segar semula. " Kalau demam buat apa bertukang! " gerutu Mayah
mendesak suaminya supaya
berehat sahaja di rumah. " lagi
pun bukannya boleh kaya
cepat takat bertukang rumah
" sengaja Mayah menyindir Mat Senik yang berkeras juga
mahu turun bertukang. " Alang Kiman nak cepat siapkan rumahnya " beritahu
Mat Senik sewaktu menuruni
tangga. " Dia nak siapkan
sebelum kenduri nikah anaknya
" jelasnya disebabkan beliau
sudah berjanji dengan Alang Kiman yang rumah itu mesti
ditegakkan cepat. " Awak tu demam, takkan dia nak paksa juga! "
mayah tetap tidak mahu
suaminya terus berdegil
bertukang rumah dalam
keadaan tidak sihat badan itu. " Ini perkara janji, bukannya paksa atau tidak "
sahut Mat Senik
mengingatkan isterinya
supaya tidak mengesyaki Alang
Kiman yang memaksanya minta
siapkan juga bertukang rumah. Tatkala dia jejakkan kaki di rumah Alang Kiman pun,
lelaki itu juga menyuruhnya
supaya berehat sahaja
sekiranya tidak sihat badan.
Perkara rumah mesti disiapkan
sebelum kenduri kahwin anaknya tidaklah penting
sangat bagi Alang Kiman. Dia
sekadar harapkan rumah yang
baru dibina itu siap menjelang
hari perkahwinan anak
gadisnya. Dan jika tidak sempat disiapkan oleh Mat
Senik pun, dia tidak memaksa
apa - apa. Tetapi Mat Senik tidak mahu memungkirkan janji. dia
sudah berjanji mahu siapkan
rumah berkenaan sebelum
majlis kahwin anak gadis Alang
Kiman, sebab itu dia tetap
berkeras mahu teruskan bertukang. Biarlah demamnya
mengganggu hingga sengal -
sengal badan. Asal sahaja
sudah memanjat tiang sampai
berpeluh badan, nescaya
demamnya akan hilang serta merta. Tahu sangat Mat Senik bahawa badan tengah sengal - sengal tidak boleh ikutkan
sangat hati yang malas. Sudah
tentu kerja tidak akan selesai
sampai bila - bila pun kalau
harapkan tenaga sentiasa
sihat. Sekiranya demam berterusan dia akan
bertukang secara ala kadar
sahaja, asalkan kerjanya
beransur siap. Siapa pun tidak boleh menghalang dia terus
bertukang dalam saat
demamnya mengganggu. Mudah
sahaja hati Mat Senik
tersinggung kalau mereka
menuduh dia sengaja berdalih apabila diberitahu badanya
demam berhari - hari. Apa lagi
sekiranya kerjanya tergendala
sampai rumah mereka lambat
disiapkan, sudah tentu mereka
akan menuduhnya tidak mampu bertukang rumah ikut
jadual yang ditetapkan. Semasa Mat Senik memanjat ke kepala tiang, dia tahu kasau sudah pun dipaku
kukuh. Pasak tiang juga sudah
disendal kuat supaya tidak
goyah sekali pun dirempuh oleh
kerbau yang sedang terluka.
Dia sudah susun atap rembia pada alang tiang biar mudah
untuk dinaikkan nanti. Siapa
pun tidak perlu membantunya
apabila bertukang rumah. Apa
sangat dengan ikatkan atap
pada kasau, dia seorang sahaja pun boleh lakukannya. Dalam masa Mat Senik sedang mendongak mahu ikatkan atap rembia
berkenaan pada kasau, dia
terasa rumah berkenaan
bergegar kuat. Tatkala dia
memerhatikan ke bawah,
lantas sahaja Mat Senik ternampak lembaga besar
sedang terbongkok - bongkok
menyungkit tiang rumah.
Belakang lembaga itu
berbonggol laksana lembu
jantan tengah naik badan. Marah benar Mat Senik apabila rumah itu bergoyang - goyang akibat pangkal
tiangnya disungkit lembaga
besar belakang berbonggol itu.
Lantas Mat Senik pun
melontarkan tukul besi
sehingga tukul itu menyinggahi kepala lembaga itu. Tetapi
lembaga itu tidak peduli apa -
apa sekali pun tukul besi
memukul kuat ke kepalanya. " Hoi! awak nak cari geruh aku ke? " bentak Mat
Senik sambil mencemikkan
mukanya disebabkan lembaga
itu masih terbongkok -
bongkok menyungkit kaki tiang
rumah tersebut. Tersengih - sengih sahaja lembaga besar belakang
berbonggol itu sambil
mengerling kepada Mat Senik
yang sedang berpaut pada
kasau itu. Kemudian dia
memberi isyarat kepada Mat Senik supaya terjun dari
kepala tiang. Dia juga tidak
membenarkan Mat Senik
untuk meneruskan bertukang
kerana mengatakan rumah
berkenaan masih belum disimah dengan darah ayam selasih
lagi. Semenjak turun temurun memang Mat Senik akan simah
tapak rumah dengan darah
ayam selasih sebelum
menegakkan tiang rumah itu.
Ayahnya, arwah Tukang Lamin
juga tidak pernah biarkan tapak rumah baru tidak
disimah darah ayam selasih
setiap kali diminta bertukang.
Kalau tegakkan rumah tiang 9,
semua kepala tiang akan
dibungkus dengan kain putih. Perabung rumah pula akan
diikat dengan kain merah dan
kain hitam biar sampai rumah
didirikan siap tersergam. Memang tukang Lamin sudah ingatkan Mat Senik
mengenai pantang larang bertukang rumah sebaik
sahaja perkakas bertukang
diturunkan kepadanya. Bukan
mudah mahu gunakan pahat
mahu menebuk lubang tiang
biar rasuk pelantar boleh kukuh tersendal, kalau tidak
diseru segala pawang
bertukang membantu sama. Tetapi Mat Senik tidak peduli sangat dengan pantang
larang arwah ayahnya, Tukang
Lamin . Dia akan tegakkan juga
rumah dengan tidak payah
bertepung tawar dan tidak
perlu bersimah dengan darah ayam selasih. Sudah banyak
kali dia tegakkan rumah baru
dengan tidak pernah mematuhi
pantang larang berkenaan
setiap kali bertukang. " Kenapa kamu tak bersimah dengan darah ayam
selasih? " jerkah lembaga
besar berbonggol belakang
sambil menjegilkan mata. " Awak ni siapa? berani nak perintah aku! " sahut Mat
Senik mengejeknya lantas
mengisar duduk apabila
bertinggung di atas palang
kepala tiang. " Wah! nak tunjuk keras kepala
nampaknya! " semakin marah
lembaga besar itu lalu terus
menyungkit kaki tiang rumah. Belum sempat Mat Senik membacakan surah al fatihah, rumah berkenaan tiba - tiba
sahaja runtuh tersembam. Dia
pun jatuh terperosok di bawah
timbunan kayu jongkang
kalang itu. Ketika ini memang
Alang Kiman nampak Mat Senik merungut - rungut sendirian
sebelum jatuh melayang
bersama dengan rumah yang
baru dibina itu runtuh sekali
gus. Cepat - cepat Alang Kiman mahu bongkarkan kayu
yang jongkang kalang itu,
tetapi bukan mudah mahu
mengangkat tiang sebesar
pokok sepemeluk yang telah
siap dipahat itu. Masakan dia boleh mengeluarkan Mat Senik
dari bawah timbunan kayu -
kayu rumah runtuh itu, kalau
takat harapkan tenaga dia
dan isterinya, Utih Rimah. Sebab itulah jiran - jiran segera diberitahu. Tatkala Siak
Deraman bersama Surip
datang menjengah, Mat Senik
masih lagi terhimpit di bawah
timbunan kayu - kayu yang
jongkang kalang. Terpaksalah dialihkan kayu secara satu
persatu yang banyak bertimpa
- timpa itu biar Mat Senik
boleh ditarik keluar. Setelah seisi kampung diberitahu mengenai Mat Senik
dihempap dengan kayu - kayu
rumah yang tengah dibina,
barulah mereka semua dapat
mengangkat tiang - tiang yang
tumbang bertimpa - timpa itu. Tatkala Mat Senik dikeluarkan
dari bawah timbunan kayu -
kayu yang jongkang kalang
itu, dia sudah tidak sedar apa
-apa lagi. segera Siak Deraman
meminta jiran - jiran supaya usungkan abangnya balik ke
rumah. Disebabkan Mat Senik tidak sedar apa - apa, memang tiada siapa lagi yang
boleh diharapkan selain
daripada Pawang Jimin . Tentu
Pawang Jimin tahu bagaimana
mahu memulihkan Mat Senik
yang terkejang laksana mayat terbujur itu. 3 hari
Pawang Jimin kibaskan dengan
kain hitam, tetapi keadaan
Mat Senik masih juga
terkejang tidak bergerak apa
- apa. Sebab itulah Siak Deraman meminta bacakan
surah yassin sahaja secara
beramai - ramai. Dalam masa mereka sedang membacakan surah
yassin itulah, Mat Senik tiba -
tiba saja kaku tidak berombak
- ombak lagi dadanya. Setelah
dicekak nadinya oleh Siak
Deraman, memang sudah tidak berdetak lagi. Lantas sahaja
dia membujurkan tubuh
abangnya dibawah bumbung
rumah dengan menuturkan
perlahan : " inna lillahi wa-inna
lillahhi raji'un ". Sebak juga dada Mayah pabila kenangkan suaminya
ditimpa rumah hingga
terkejang menjadi mayat. Tahu
sangat dia fasal suaminya
berdegil tidak mahu mematuhi
pantang larang arwah ayahnya apabila mahu
bertukang rumah. Dia tidak
akan menepung tawar tapak
rumah hinggalah disimah
dengan darah ayam selasih
terlebih dahulu. Pahat peninggalan ayahnya juga telah tidak
diasapkan dengan kemenyan
setiap kali mahu memulakan
kerja bertukang rumah.
Memang tidak sama cara Mat
Senik dengan arwah ayahnya yang pegang kukuh - kukuh
pantang larang berkenaan.
Sebaik sahaja diminta
bertukang rumah, nescaya
Tukang Lamin akan asapkan
pahat dengan kemenyan. Tidak ada sesiapa lagi yang berani
mengganggu setelah bisa
pahat berkenaan diseru biar
mudah ditusuk pada kepala
tiang.Sebab itu Tukang Lamin akan balut kepala tiang dengan kain putih biar bisa
pahat tidak memberi mudarat
pada tiang yang ditusuk itu.
tentu kepala tiang tidak akan
mudah reput akibat terkena
bisa pahat berkenaan. manalah Mat Senik tahu mengenai
petua tukang rumah sejak
turun temurun kalau beliau
sekadar belajar kemahiran
bertukang semata - mata. Siapa lagi yang boleh menandingi Tukang Lamin
kalau mengukir pintu atau
daun tingkap?. Kadangkala dia
akan ukir juga rasuk pelantar
apabila diupah siapkan rumah
yang besar tersergam. Memang Tukang Lamin lah
yang diharapkan oleh orang -
orang kaya untuk mendirikan
rumah yang berukir - ukir
hingga amat mempesonakan.
Sebab itu pahat yang digunakan oleh Tukang Lamin
mesti diasapkan dengan
kemenyan apabila mahu
memulakan kerja bertukang
rumah. Tetapi Mat Senik tidak peduli sangat dengan petua
yang diturunkan oleh arwah
ayahnya. Perkara bertukang
rumah bukanlah diharapkan
sangat oleh Mat Senik . Kalau
tidak disebabkan orang - orang kampung mendesak,
memang dia tidak akan
bertukang rumah sangat.
Biarlah dia menggalas tajak
mencebak tanah sawah. " Sudah sampai waktunya " keluh Siak Deraman meminta
kakak iparnya supaya
bertenang sebaik sahaja
jenazah Mat Senik dibujurkan. " Tak dapat diundurkan walau sesaat pun, tak dapat
juga didahulukan " bisiknya
menahan pilu yang menusuk
perasaan. Semalaman itu pula mereka semua bercekang
mata membacakan al quran di
sisi jenazah Mat Senik yang
terbujur itu. sebaik sahaja pagi
mula cerah melayah, Surip
Lekeh pun bersetuju untuk menggalikan kubur bersama
jiran - jiran yang lain yang
mahu uruskan bahagian
penggalian kubur. Mereka yang
uruskan membuat usungan
segera menetak buluh dan pelepah rembia. Seisi kampung sudah diberitahu mengenai kematian
Mat Senik , yang juga seorang
guru membaca muqaddam.
Budak - budak yang belajar
mengaji muqaddam berkumpul
disisinya sejak pagi lagi untuk membacakan muqaddam,
sementara orang yang lebih
tua masing - masing
menyediakan urusan
pengebumian. Sebelum
matahari tegak di kepala, Siak Deraman telah diberitahu
bahawa persiapan sudah
sempurna untuk
mengebumikan jenazah. Ketika ini tidak bertangguh lagi
Siak Deraman pun segera
memerintahkan supaya
jenazah abangnya dimandikan.
Mereka pun sama - sama
mengusung jenazah ke tengah rumah dengan mengopakkan
lantai rumah supaya mudah
jiruskan air. Semasa Siak
Deraman hampir selesai
memandikan mayat itulah tiba
- tiba sahaja mereka melihat jari jenazah Mat Senik
bergerak - gerak. Cepat - cepat Alang Kimin menepuk bahu Siak Deraman apabila mereka yang berkeliling
memandikan jenazah sudah
mula berundur ke belakang.
Masing - masing mula bergerak
mahu terjun ke tanah kerana
bimbang jenazah Mat Senik akan bingkas bangun. Kalau
tidak disebabkan Siak Deraman
masih tercegat berdiri disisi
jenazah abangnya, nescaya
mereka tidak bertangguh
terjun ke tanah. " Hiss, apa pula halnya ni? " serba salah juga Mayah
apabila melihat mereka yang
memandikan jenazah berundur
dengan cemas. " Jari Mat Senik bergerak - gerak " gerutu beberapa orang yang sudah
bersiap sedia mahu terjun di
tingkap rumah. " Mayat takkan boleh bergerak lagi!! " salah seorang
yang berundur ke serambi pula
memberitahu mereka
berceratuk di tengah halaman
rumah pula. Serentak dengan itu, seisi rumah menjadi gempar
apabila diberitahu yang
jenazah Mat Senik sudah
bingkas bangun. Sekiranya
waktu itu tengah malam ketika
jenazah Mat Senik menggerakkan jari, memang
tidak ada sesiapa pun yang
akan bertahan di situ.
Disebabkan ia waktu siang dan
belum pun pukul 11 pagi, maka
mereka tidaklah terbebar sangat. Setidak - tidaknya
Siak Deraman juga tidak
berganjak berhadapan dengan
jenazah yang sedang
dimandikan itu. Tidak lama selepas jari jenazah Mat Senik bergerak -
gerak, lantas tangannya pula
bergerak - gerak bagaikan
mahu mencapai sesuatu.
Kemudian dia mengagaru -
garukan siku lalu terus terbersin perlahan. Cepat -
cepat Siak Deraman berlutut
disisi jenazah abangnya mahu
memastikan sama ada mayat
atau Mat Senik yang bingkas
bangun itu. " Kenapa pula orang ramai hadap aku ni? "
tercengang - cengang Mat
Senik apabila dia duduk
termengah - mengah. Tetapi Siak Deraman tidak menyahut. Segera dia papah semula Mat Senik ke
tempat tidur disebabkan
tenaganya masih lemah.
Memang terkejut mereka yang
berkumpul dirumahnya apabila
diberitahu bahawa Mat Senik yang sudah terkejang mati
itu, tiba - tiba sahaja bingkas
bangun. " Kami sangka awak sudah meninggal " beritahu
Alang Kimin serba salah
apabila didesak oleh Mat Senik
supaya menceritakan hal yang
sebenarnya ramai saudara
berkumpul di rumahnya. Menggeleng kepala Mat Senik sambil beristighfar. Di
dalam keadaan lemah itu
segera Mayah menyudukan
bubur ke mulutnya setelah 3
hari dia tidak menjamah
sebarang makanan. Memang Mat Senik juga tidak
menyangka bahawa keadaan
dirinya sudah dianggap mati
oleh sanak saudaranya. Dia
sendiri tidak tahu apa - apa
setelah tiang rumah yang sedang didirikannya itu
disungkit oleh lembaga besar
belakang berbonggol itu. Ketika ini Surip Lekeh yang mengetuai kerja menggali
kubur juga sudah diberitahu
mengenai Mat Senik yang
disangka sudah mati itu
bangun semula. Sekali pun Mat
Senik masih di dalam keadaan lemah, tetapi tubuhnya tidak
cedera apa - apa akibat
dihempap oleh kayu - kayu
rumah yang jongkang kalang
itu. " Kalau begitu, kubur yang sudah siap digali kena
ditanamkan dengan batang
pisang " ujar Pawang Jimin
mengingatkan Surip Lekeh
supaya mengambuskan tanah
kubur mesti diisi liang lahadnya. Tidak boleh liang lahad
dibiarkan kosong setelah siap
digali. Tahu sangat Pawang
Jimin mengenai pantang
larang sejak turun temurun
itu. Petaka akan menimpa seisi kampung sehinggalah 7
hari berturut - turut orang
meninggal dunia akibat tanah
kubur dikecewakan. Pawang
Jimin tetap ingat pesanan
arwah datuknya, Pawang Manuk apabila kubur siap digali
tetapi jenazah tidak
dikebumikan. Tiba - tiba sahaja Itam Damat yang disangkakan mati,
bingkas bangun tatkala kubur
sudah siap digali. Seisi kampung
menyangkakan Itam Damat
sudah terkejang mati setelah
ditemui tidak sedarkan diri sambil tersandar pada pokok
leban apabila balik dari
berburu di hutan. Memang Itam
Damat pergi berburu tidak
pernah mengajak kawan -
kawan disebabkan kegemarannya bersendirian
sahaja. Sehari semalaman dia tidak balik ke rumah, segera
orang - orang kampung jejaki
dia ke hutan. Tatkala ditemui,
beliau tersandar di perdu
pokok leban sambil
tercangkung memeluk tombaknya. lantas Pawang
Manuk pun diberitahu
mengenai Itam Damat sudah
ditemui tidak sedarkan diri
semasa berburu di hutan. Belum sempat Pawang Manuk kibas dengan kain hitam
untuk 3 petang berturut -
turut, dia sudah diberitahu
bahawa Itam Damat sudah
meninggal dunia. Dalam masa
orang - orang kampung bersiap - siap untuk
mengebumikannya, tiba - tiba
sahaja Itam Damat menarik
kain selubungnya. dia terus
terkuap - kuap laksana
bangun dari tidur sahaja, lalu terus turun ke telaga untuk
berkumur - kumur. memang dia
tidak mempedulikan sangat
mengenai jiran - jirannya yang
sedang bersiap - siap untuk
mengebumikan jenazahnya itu. Sebaik sahaja naik ke atas rumah, lantas sahaja Itam
Damat meminta isterinya
siapkan sarapan minum
paginya. terkejut benar Itam
Damat apabila isterinya
memberitahu bahawa dirinya sudah dikatakan terkejang
meninggal dunia. Ketika itu
barulah dia memberitahu
Pawang Manuk bahawa dirinya
sudah tersesat jalan di dalam
hutan hingga meranduk kawasan yang penuh sesak
dengan rumpun buluh. Di mana
- mana sahaja rumpun buluh
bertaup rapat hingga dia tidak
dapat menemui jalan keluar.
Semakin jauh dia melangkah, hutan buluh bertambah luas
laksana lautan terbentang. Terpaksa pula dia mencari lorong di celah rumpun
buluh berkenaan. setelah puas
mencari jalan keluar, akhirnya
Itam Damat sudah sampai
dihalaman sebuah rumah yang
diperbuat daripada buluh yang tumbuh merimbun itu. Tatkala
dia sedang terpinga - pinga
itu, dia telah mendengar bunyi
siut buluh bergesel ditiup angin
lalu tiba - tiba muncul seorang
perempuan tua yang menggerbang rambutnya dari
muka pintu. Lantas dia pun memujuk perempuan tua itu supaya
menunjukkan jalan balik
kepadanya. namun perempuan
tua itu berkeras tidak mahu
menunjukkan jalan keluar
kepadanya disebabkan Itam Damat sudah menceroboh
tempatnya. Disebabkan itu
marah benar Itam Damat
apabila diperdayakan
sedemikian. Ketika dia
menghentakkan tumit ke tanah terus dia membacakan :
" qaulan wafi'lan inna bathsyo
rabbika lasyadidun wallahu
min-waro-ihim muhidz, balhuwa
qur-anun majidun fi-lohim
mahfoz, summum bukmum 'umyum fahum layarji'un,
summum bukmum 'umyum
fahum laya'qilun, summum
bukmum 'umyum fahum
layatakallamun, summum
bukmum 'umyum fahum layobsirun ". Sekali gus angin pun bertiup kencang hingga
banyak rumpun buluh yang
tercabut tidak bertampan.
Menjadi gerun perempuan tua
itu apabila rumahnya juga
telah diserbu angin kencang tersebut hingga
menyebabkannya terpaksa
berpaut pada jenang pintu.
Berbuai - buai perempuan tua
itu itu bergayut akibat
kakinya telah terangkat dielus angin bagaikan kain
tersangkut yang berayun -
ayun.Merungut - rungut perempuan tua itu marah
kerana menyangka Itam
Damat mudah diperdayakan.
Sebaik sahaja angin kencang
reda, lantas sahaja menjelma
lelaki besar laksana gajah terconggok. Itam Damat dapat
melihat belakang lelaki itu
berbonggol - bonggol apabila
dia berjalan terjengket -
jengket. Lantas lelaki bongkok itu pun membentak marah kepada
perempuan tua kerana
mencuba hendak menguji Itam
Damat . Dia memberi isyarat
kepada perempuan tua itu
supaya masuk ke dalam rumah dan tidak lagi menjengah di
situ. Sebaik sahaja perempuan
tua itu hilang di balik pintu,
segera lelaki bongkok
bertubuh besar itu mengajak
Itam Damat supaya duduk. Tetapi Itam Damat tidak mahu menerima pelawaan lelaki
berkenaan. dia ingatkan lelaki
itu supaya menunjukkan jalan
keluar kepadanya dengan
tidak bertangguh. Terpaksalah
lelaki bongkok itu mematuhi kemahuan Itam Damat itu.
Memang Itam Damat dapat
merasakan dia melihat lorong
di celah - celah rumpun buluh
yang terus sahaja mengarah
ke halaman rumahnya. Tatkala kakinya melangkah mahu
menaiki tangga rumahnya, dia
merasakan ada kain selubung
yang menyerkupnya. Sebaik sahaja dia membuangkan kain yang
menyerkup mukanya itu, Itam
Damat mendapati dia sedang
terbaring bagaikan mayat
sedang dibujurkan. Ketika
bingkas bangun inilah, Itam Damat telah terkuap - kuap
akibat letih disamping keletihan
kerana lama sangat tersesat
di tengah rumpun buluh. Sebab
itu dia berasa hairan apabila
diberitahu sudah terbujur menjadi mayat sejak
semalaman. Apabila Itam Damat yang sudah disangkakan mati itu
kembali bangun dalam keadaan
sihat, orang - orang kampung
segera mengambuskan semula
tanah kubur yang sudah digali
itu tanpa disumbatkan dengan batang pisang sebagai ganti.
Belum pun menjelang petang,
tiba - tiba sahaja Usin Kaduk
meninggal dunia akibat jatuh
tangga tatkala menyerbu
ayam yang sedang mematuk padi jemurannya. marah benar
Usin Kaduk disebabkan ayam -
ayam itu tetap tidak berundur
apabila beliau menghalaunya
dari tepi tingkap. lantas sahaja
Usin Kaduk mahu terjun ke tengah halaman yang
menyebabkan kakinya
tersandung pada bendul. Sekali gus pula dia terhumban ke kaki tangga
dengan rusuknya tersendal
pada anak tangga. dia tidak
boleh bergerak sehingga sesak
nafas tercungap - cungap.
terpaksa pula isteri dan anak - anak memapahnya naik ke
atas rumah dalam keadaan
lemah tidak bertenaga. tidak
lama selepas itu pun Usin
Kaduk terkejang tidak
bernyawa sebelum sempat Pawang Manukdipanggil untuk
menjampikan. Selepas kematian Usin Kaduk , 7 orang penduduk
kampung telah meninggal dunia
secara berturut - turut dalam
masa seminggu. setelah
kematian 7 orang secara
berturut - turut itulah Pawang Manuk tidak semena -
mena telah bermimpi melihat
jelmaan lelaki tua yang
berjubah putih. lantas jelmaan
lelaki tua itu telah
mengingatkan dia supaya tanamkan batang pisang
setelah kubur digali tidak
dikebumikan dengan mayat
yang terbujur. " Jangan biarkan tanah kubur tak diisi " beritahu
Pawang Jimin setelah kubur
telah siap digali tetapi Mat
Senik yang disangkakan mati
bingkas bangun semula. segera
dia menyuruh Surip Lekeh tetakkan batang pisang lalu
dimasukkan ke dalam liang
lahat untuk menggantikan
jenazah yang tidak jadi
dikebumikan. Tatkala mereka sedang mengheret batang pisang itu,
Siak Deraman diberitahu
bahawa Aki Lagah pula yang
meninggal dunia setelah lama
terkejang sakit. mereka semua
memang tahu Aki Lagah yang sudah berusia hampir 100
tahun sudah berbulan - bulan
terkejang sakit akibat terlalu
tua. Dia sudah tidak mampu
lagi bergerak disebabkan
kakinya sudah terlalu lemah dan tidak boleh dijejakkan lagi. Tidak hairan sangat pada mereka apabila diberitahu
bahawa Aki Lagah meninggal
dunia setelah lama terkejang
sakit. setelah diberitahu
bahawa Aki Lagah meninggal
dunia, segera Siak Deraman beritahu tidak payahlah
dikambus tanah kubur yang
sudah siap digali itu. mereka
sekadar perlu mengukur baik -
baik jenazah Aki Lagah supaya
sesuai dengan kubur berkenaan. " Tak ada apa - apa kejadian ganjil selepas Aki
Lagah dikebumikan, ustaz "
jelas Mat Senik yang
menuturkan secara perlahan
dalam suara yang lemah akibat
terlalu uzur. Dia tetap kenangkan kejadian dia
disangka sudah meninggal
dunia hingga digali kubur
bertahun - tahun dahulu.
Memang Siak Deraman sendiri
yang memberitahu kepada saya mengenai kejadian yang
menimpa abangnya itu. Tetapi Mat Senik tidak tahu apa - apa setelah dia
terhumban hingga ditindih
dengan kayu rumah yang
runtuh itu. dia hanya sekadar
ingat lembaga besar belakang
berbonggol itu yang menyungkit kaki tiang hingga
rumah berkenaan terbalik
runtuh. Kalau dia sempat
melompat turun, memang Mat
Senik tidak akan mengalah.
Bila - bila sahaja dia akan mencekak tengkuk lembaga
bertubuh besar umpama gajah
itu sekali pun terpaksa
bergelut berhempas pulas. " Dah lama benar kejadian itu berlaku, ustaz "
beberapa kali Siak Deraman
beristighfar disebabkan dia
sendiri yang sedang
memandikan jenazah ketika itu.
" Tapi, Abang Senik sekarang ni memang sakit " ujarnya
setelah diberitahu mengenai
abangnya terkejang sakit
sudah berminggu - minggu. Bimbang juga anaknya, Andak Kasim jika kejadian yang
berlaku bertahun - tahun dulu
terhadap ayahnya akan
berulang kembali. Sebab itu dia
desak saya datang menjengah
tatkala ayahnya sudah terkejang sakit sehingga
berminggu - minggu. Manalah
tahu kalau sakit terkejang itu
sekadar mahu mengelirukan
mereka sekeluarga. " Siak Deraman pun
berpengalaman, tentu dia lebih
tahu " tutur saya sambil
mengerling kepada Siak
Deraman . Dalam wajahnya
yang sudah dimamah usia itu, Siak Deraman tetap tenang
mendesak abangnya supaya
berzikir mengingatkan Allah
yang maha mengetahui segala
yang nyata dan yang
tersembunyi.

Kaki Jemaah Di Sambar Api Di Masjidilharam

$
0
0
{Seperti diceritakan oleh Ustaz
Khairul Azmy Rahman kepada
wartawan Mastika, Kairul Anwar
Yusop.} DUA kisah yang akan saya
ceritakan ini agak aneh. Kisah
pertama mengenai seorang
jemaah bernama Mansor berusia
30-an yang sebaya dengan saya.
Mansor bekerja di Brunei dan bergaji besar. Kejadian ini berlaku
ketika saya menjadi mutawif
membawa jemaah umrah ke
Tanah Suci pada tahun 1992.
Ketika itu, saya bertugas dengan
sebuah agensi umrah dan haji di Brunei. Waktu ibadah umrah pada
bulan Disember dalam keadaan
cuaca sejuk dan kami berada di
Tanah Suci selama sembilan hari. Semasa berada di Mekah cara
Mansor berjalan ketika memasuki
kawasan Masjidilharam agak
ganjil. Kenapa saya katakan ganjil
sebab, Mansor berjalan
terjengket-jengket. Lucu juga bila saya lihat keadaan Mansor. Bila
telapak kakinya mencecah lantai,
cepat-cepat dia angkat.
Bayangkanlah lagak Mansor
ketika itu seperti sedang berjalan
di atas kaca atau duri. Takut betul Mansor hendak memijak
lantai marmar Masjidilharam. Ada
kalanya saya lihat setelah Mansor
berjalan beberapa tapak
kemudian dia berhenti
menggosok-gosok telapak kakinya. Lain macam benar cara
Mansor berjalan. Saya
mengandaikan kaki Mansor sakit.
Saya pun malas nak bertanya
lanjut. Saya biarkan Mansor
berjalan sendirian sebab saya banyak kerja nak uruskan, sebab
ada jemaah yang lebih tua perlu
diberi perhatian. Sebaik tiba di
hadapan Kaabah, saya ternampak
lagi aksi pelik Mansor. Cara
Mansor berjalan masih menimbulkan tanda tanya. Tiba-
tiba, saya lihat Mansor buka kain
ihram yang dipakainya, kemudian
dibentangkan di atas lantai.
Selepas itu, Mansor menapak
selangkah demi selangkah di atas kain ihram itu. Saya lihat kain
ihram itu dibuatnya alas kaki.
Setiap kali mahu bergerak
setapak dua ke depan itulah cara
yang dilakukan Mansor berulang
kali. Saya tercengang-cengang. Hairan sungguh. Kenapa Mansor
buat begitu seperti budak
bermain tayang? Kalau hendak kata sejuk, cuaca
ketika itu memang sejuk. Boleh
dikatakan bila pijak lantai
Masjidilharam kita dapat rasa
sejuk mencucuk tapak kaki. Tapi
sejuknya tidaklah seberapa. Saya dan jemaah lain tak ada apa-apa
masalah bila pijak lantai. Bahkan,
kami rasa lebih selesa sebab
cuaca tak panas. Apabila tiba
hendak melakukan tawaf, sekali
lagi saya tengok aksi pelik Mansor. Kali ini bukan main ligat
Mansor berlari mengelilingi Kaabah
macam pelari pecut. Saya ketawa.
Lucu sungguh si Mansor ni. Tadi
berjalan terjengket-jengket, kali
ini tawaf berlari pula. Selepas puas berlari beberapa meter,
Mansor berhenti. Semasa
berhenti penat berlari saya lihat
satu lagi aksi pelik Mansor. Tiba-
tiba kain ihram yang dipegang
dicampak pula ke lantai. Selepas itu dipijak-pijaknya seperti
membuat alas kaki. Selepas pijak
kain ihram dia menggosok gosok
kedua-dua belah telapak kakinya.
Begitulah yang Mansor buat
sehingga habis tawaf. Saya menggeleng-gelengkan kepala.
Saya tertanya-tanya, apa
sebenarnya telah terjadi kepada
Mansor? Saya syak ada sesuati
yang tidak kena dengan Mansor.
Kalau tidak masakan begitu pelik perangainya. Lalu saya hampirinya
dan bertanyakan apa masalah
yang dihadapinya. Saya juga
tanya kenapa berjalan
terjengket-jengket dan pijak
atas kain ihram? Saya beritahu Mansor, sebagai orang yang
bertanggungjwab membawa
jemaah, saya berhak tahu apa
berlaku kepadanya. Saya
beritahu Mansor, jika ada
masalah beritahu segera, jangan sembuyikan! Selepas didesak, barulah Mansor
bercerita kepada saya. Mansor
memberitahu setiap kali tapak
kakinya memijak lantai
Masjidilharam dia merasa begitu
panas. “Bila pijak tapak kaki saya rasa nak melecur macam berjalan
atas bara. Pedih, panas, sakit!”
beritahu Mansor. Saya terkejut.
Eh, takkan begitu pula dirasai
Mansor. Mana mungkin dalam
keadaan cuaca sejuk begini, lantai Masjidilharam boleh bertukar
panas. Lagipun saya dan jemaah
lain tidak pula rasa begitu. “Betul
bang. Demi Allah, saya tidak boleh
pijak lantai Masjidilharam. Sebab
tulah saya buka kain ihram buat alas kaki. Rasa panas macam ada
api bawah lantai. Bahangnya
terasa membara naik ke atas!”
ujar Mansor serius. Saya termenung seketika.
Kejadian ini memang pelik. Sampai
di bilik hotel, saya siasat sendiri
apa yang dilakukannya sebelum
beliau pergi ke Mekah. Akhirnya
saya dapat tahu seminggu sebelum berlepas ke Tanah Suci,
Mansor pergi berhibur sakan di
disko dan pub-pub sehingga puas.
Kononnya dia hendak bertaubat
di Mekah. Selepas balik Mekah dia
tidak akan pijak tempat-tempat maksiat itu lagi. Saya beristighfar
beberapa kali apabila mendengar
pengakuan dari Mansur sendiri
tentang fiilnya sebelum ke Mekah.
Patutlah saya tengok
kelakuannya sungguh aneh. Bila pijak lantai Masjidilharam,
dirasainya seperti memijak bara
api. Mana tidaknya, sebelum ke
Mekah pijak tempat-tempat
maksiat itu. Sepatutnya sebelum
pergi ke Mekah, Mansor isikan masa yang ada dengan amal
ibadat dan persiapkan diri dengan
ilmu agama. Dan apa yang terjadi mungkin
balasan yang tak seberapa dari
Allah buat Mansor. Malah Mansor
sendiri mengakui depan saya
mungkin perbuatannya asyik
pergi berdisko sebelum ke Mekah itulah balasan yang dia dapat di
Mekah. Bila kakinya pijak lantai
Masjidilharam terasa disambar api.
Lagipun, sebelum ini saya pemah
dengar cerita, jika pak-pak Arab
yang tinggal di Mekah melancong ke luar negara seperti Thailand
dan pergi ke tempat-tempat
maksiat, biasanya batik mereka
tak masuk terus Masjidilharam.
Mereka tinggal dahulu di Madinah
sehingga 40 hari, beramal ibadat dan bertaubat. Mungkin pak-pak
Arab ini takut terjadi kejadian
tidak terduga berlaku kepada dini
mereka. Lagipun Tanah Suci
Mekah ini bukan boleh dibuat
mainan. Allah menjadikannya tanah yang diberkati. Kejadian
seumpama ini sepatutnya menjadi
iktibar kepada jemaah kita. Kalau
nak pergi Mekah, janganlah
berpesta di kelab malam,
berdangdut dan buat maksiat. Allah sentiasa melihat perbuatan
kita, walau di mana kita berada. Jari Jemaah Melekat Di Tangkai
Botol Air Zamzam KKISAH kedua yang ingin
ceritakan ini juga agak pelik.
Kejadian ini melibatkan seorang
jemaah lelaki dari Singapura pada
tahun 1989. Dua hari sebelum
pulang ke tanah air, seorang jemaah lelaki ini, mengisi air
zamzam ke dalam sebiji botol
besar 10 liter. Apabila ditanya,
jemaah ini memberitahu air
zamzam itu hendak dibawa balik
ke Singapura kerana ada saudara-mara dan sahabatnya
yang berpesan. “Kalau bukan sebab orang malas
aku nak bawa balik air zamzam ni
ke Singapura,” katanya
merungut. Selepas mengisi air
zamzam penuh botol besar,
jemaah ini menggenggam tangkainya balik ke hotel. Sampai
di hotel Jemaah ini pun letaklah
botol air zamzam. Malangnya ada
sesuatu mengejutkan berlaku
kepada jemaah ini. Jari-jemari
tangannya yang menggenggam tangkai botol itu tak boleh
dibuka. Pelik sungguh! Botol berisi
air zamzam itu tak boleh
dilepaskan dari tangannya. Puas
Jemaah ini cuba membuka tetapi
tetap tergenggam kemas. Kejadian aneh ini disaksikan oleh
ramai jemaah lain. Seorang
sahabat cuba membantu jemaah
ini dengan menarik jari-jarinya
supaya tangkai botol itu terlepas.
Puas dibantu tapi tangannya tidak mahu terbuka atau
terlepas dari tangkai botol. Tidak
lama selepas itu ada seorang
jemaah memberitahu seorang
ustaz mengenai rungutan yang
didengarnya dari jemaah tadi ketika sedang mengisi air zamzam
ke dalam botol. Jemaah ini
beritahu jemaah tadi isi air
zamzam tak ikhlas. Apabila
ditanya, jemaah lelaki ni mengaku
dia ambil air zamzam sebab terpaksa dan merungut-rungut
sebab ada orang pesan. Berpeluh jugalah jemaah ini
terlekat jarinya pada tangkai
botol sebelum seorang ustaz
membaca doa dan mencurah air
zamzam ke atas tangannya.
Selepas disapu air zamzam oleh ustaz tadi, barulah tangan
jemaah ini terbuka dan berjaya
ditarik dari tangkai botol. Semua
jemaah berasa lega. Jemaah ini
disuruh oleh ustaz tadi bersolat
sunat taubat dan menyesali segala perbuatan dan kata-
katanya sebentar tadi. Bagi saya,
apabila kita berada di Mekah,
segala perlakuan dan percakapan
dan adab sopan kita kenalah
jaga. Sebab itulah, sebelum ke Mekah saya selalu berpesan,
persiapkanlah diri sebaik mungkin
dengan ilmu agama. Jangan nanti
bermacam-macam perkara pelik
pula terjadi. Bagi saya segala
kejadian yang berlaku ini merupakan salah satu petanda
kekuasaan dan kebesaran Allah
s.w.t. buat hamba-hamba-Nya
yang berakal dan mahu berfikir. Majalah Mastika. Februari 2011.

OPERA MINI S60V2 MAXIS MARCH 2013

$
0
0
opera s60v2 maxis mod by robyn ..conect dgn maxis 3gwap @ ip standart @
proxy:202.075.133.049 port :80

opera6-5robyn.sis

023. DENDAM KHADAM MINYAK SENYONYONG

$
0
0
Memang usianya hampir
100 tahun ketika Aki
Lagah meninggal dunia.
Tetapi seisi kampung
telah menganggap Aki
Lagah seolah - olah telah bertukar nyawa dengan
Mat Senik yang sudah
disangkakan mati, tetapi
bingkas bangun tatkala
tengah dimandikan.
Dalam masa orang - orang kampung mahu
mengambuskan tanah
kubur yang digali
digantikan dengan
batang pisang, tiba - tiba
sahaja pula mereka telah diberitahu mengenai
kematian Aki Lagah. Lantas Siak Deraman
telah mengingatkan
mereka semua bahawa
perkara bertukar nyawa
sekadar anggapan
mereka sahaja. Masakan sesiapa boleh
menentukan perkara
yang hanya ada di dalam
pengetahuan Allah
Azzawajala. Tentu
abangnya, Mat Senik masih belum mati semasa
mereka bujurkan
tubuhnya semacam
mayat terkejang tetapi
sekadar keadaannya
seolah - olah sudah meninggal dunia. Manakala Aki Lagah pula
sudah lama benar
terlantar akibat usianya
sudah terlalu tua. tatkala
usianya sudah 90 tahun
pun, Aki Lagah tetap berkeras juga mahu
berkahwin lain
disebabkan isterinya Uda
Selibah sudah bertahun -
tahun meninggal dunia.
Sepi sangat dia tinggal berseorangan setelah
anak - anak jarang
menjengahnya di rumah.
Mat Senik lah satu -
satunya yang mahu
bantu dia apabila dia mahu berkahwin dengan
Tikmah yang sudah lama
menjanda itu. Tidak membantah pun
Tikmah apabila dia
dilamar oleh Aki Lagah
sekali pun dia tahu jarak
umur mereka terlalu jauh
berbeza. Apalah sangat Tikmah peduli dengan
umur Aki Lagah yang
sudah menjangkau 90
tahun, kalau
dibandingkan dengan
tubuhnya yang masih gagah mencebak tanah di
kebun. Kulit lengannya
juga masih belum kendur
bagaikan lelaki yang
perkasa. Sebab itu
Tikmah percaya Aki Lagah mampu melindungi
dirinya yang baru
berumur dalam 30 an itu. " Tak siapa nak jengah
aku kalau sakit pening,
Senik " ujar Aki Lagah
yang meluahkan rasa
sepi dihatinya tatkala
memberitahu Mat Senik hasratnya mahu
meminang Tikmah. " Aki berkenan dengan
budak Tikmah ke? "
sengaja Mat Senik mahu
menduga hati orang tua
itu. " Kamu nampak tak ke
muda sangat kalau
dibandingkan dengan
aku? " tersengih - sengih
Aki Lagah kerana
bimbang Mat Senik akan mengejeknya. " Perkara jodoh bukan
boleh banding dengan
umur, Aki " beritahu Mat
Senik seolah - olah
bersetuju dengan
keputusan Aki Lagah itu. " Sudikah Tikmah tu
menerima, kalau aku
minta dia? " bimbang juga
Aki Lagah sekiranya
janda berkenaan
menolak lamarannya. Malu juga Aki Lagah
sekiranya Tikmah
menolak disebabkan
belum pernah lamaran
dia ditolak oleh sesiapa
pun. Setelah beberapa kali menduda, memang
hampir 20 kali juga Aki
Lagah berkahwin lain
sekali pun jodohnya
tidaklah berpanjangan.
Tetapi anaknya tidaklah ramai sangat setelah
beberapa kali
berkahwin. Tersenyum Mat Senik
apabila Aki Lagah
sengaja merendahkan
diri tatkala berhasrat
mahu meminang Tikmah.
Tahu sangat dia mengenai kebolehan Aki
Lagah apabila hatinya
mula terpikat dengan
seorang perempuan
dimana - mana pun.
Kadangkala diketuknya sahaja jari pada bendul,
nescaya perempuan
berkenaan akan
mengerling ke arahnya.
Asal sahaja perempuan
itu melirik senyum, nescaya Aki Lagah sudah
dapat membaca isi
hatinya. Masakan Tikmah mahu
membantah sekiranya
Aki Lagah sudah
membuka mulut mahu
melamarnya. memang
Mat Senik tahu mengenai minyak senyonyong
yang disimpan oleh Aki
Lagah akan diasap
dengan kemenyan
apabila dia terpikat
dengan anak gadis sekali pun. Tatkala botol
minyak diasap dengan
kemenyan, dia akan
bacakan sebanyak 7
kali : " Hai insan wahdi
insan, hai wahdi mani maknikam, aku tahu asal
kau jadi si anu, rusuk
kiriku asal kau jadi,
masuk kau ke batang
tubuh aku, kembali
kepada si anu, berkat huuu.... ". Sekiranya minyak di
dalam botol berbuih
bagaikan dipusar angin,
Aki Lagah tahu jiwa
perempuan berkenaan
tengah bergelora. KetIka ini dia akan menepuk
bantal 3 kali, kemudian
akan dilambungkan ke
udara 7 kali berturut -
turut. Dia akan
memerhatikan bantal berkenaan jatuh, sama
ada menjunam atau tidak
berpusing langsung.
Memang Aki Lagah dapat
mengagak perempuan
yang dipikat akan segera menjengah datang
sekiranya bantal
berkenaan jatuh
menjunam. Apabila bantal yang
ditepuk tidak
memberikan kesan, dia
akan gosokkan minyak
senyonyong pada alis
mata hingga pada atas bibir. Dia akan
membayangkan
perempuan berkenaan
datang menjelma di
depannya hingga jelas
tercegat di situ. Kemudian dia akan
memicit lambungan
rusuk sebelah kiri lantas
menyeru : " Aku tahu asal kau jadi,
wahni wahdi mani
maknikam asal kau jadi,
masuk kau ke
lambungan kiri aku, di
situ tempat asal kau jadi, berkat huuu.... ". Aki Lagah akan
menunggu hingga terasa
pada rusuknya senak
bagaikan tersengkang
ditampan kayu yang
mencodak. Setelah ditepuk sebanyak 3 kali,
nescaya rasa senak itu
akan hilang secara serta
merta. ketika ini dia tahu
perempuan berkenaan
tidak akan mampu bertahan menunggu
waktu pagi cerah. Bila -
bila sahaja perempuan
berkenaan akan terjun
ke tanah menyerbu ke
rumah Aki Lagah. " Orang macam aki,
takkan Tikmah menolak?
" terkekeh - kekeh Mat
Senik ketawa mengusik
orang tua itu apabila dia
bimbang sangat Tikmah akan menolak
lamarannya. Apa lagi Mat
Senik sendiri yang
diharapkan oleh Aki
Lagah untuk merisik ke
rumah keluarga Tikmah. " Belum tahu lagi, Senik "
ujar Aki Lagah sambil
tersenyum apabila
kenang bukan mudah
mahu memujuk
perempuan itu. " Ah, Aki jangan nak
sembunyikan kuku pula!
" sengaja Mat Senik
mengejek. " Uda Salbiah
dulu pun Aki boleh dapat
" tuturnya sambil mencebekkan bibir
apabila kenangkan
bagaimana orang tua itu
boleh memikat Uda
Salbiah. Siapa yang akan berani
mengusik Uda Salbiah
kalau melintas tatkala
berjalan turun ke sawah?
Cubalah mengganggu
Uda Salbiah, tentu akan diserbu oleh ayahnya
Wak Gabah! Asal sahaja
Wak Gabah mendengar
anak gadisnya telah
diusik, nescaya dia akan
menghunuskan parang. Lantas sahaja Wak Gabah
akan mencekak leher
dengan mata parang
menghiris telinga. Memang Uda Salbiah
mempunyai rupa paras
yang memikat hati ramai
orang lelaki yang
menyebabkan dia lah
yang satu - satunya menjadi tumpuan di
dalam kampung. Bukan
sahaja rupa paras yang
cantik, Uda Salbiah juga
ramah asal sahaja bersua
muka. Tetapi tidak ada sesiapa pun yang berani
mengusiknya apabila
kenangkan Wak Gabah
dengan misainya yang
melentik itu. Tidak ada sesiapa pun
yang berani menentang
muka Wak Gabah apabila
dia sudah membentak
marah. Seisi kampung
telah melihat sendiri bagaimana kejadian Usup
Tibai cuba menunjukkan
keras kepala dengan
menjerkah isteri Wak
Gabah disebabkan
permatang sawahnya telah terpokah. Tatkala
Siah Uban telah
memasukkan air ke
dalam lopak, memang dia
telah memokah
permatang di sempadan sawahnya. Siah Uban
mengaku dia bersalah
kerana tidak meminta
kebenaran Usup Tibai
terlebih dahulu sebelum
memokah permatang tersebut yang
menyebabkan sawah
Usup Tibai telah
kekurangan air. Tetapi Usup Tibai tidak
peduli lagi sama ada Siah
Uban ada meminta maaf
atau tidak. Lantas sahaja
dia telah mencekak
rambut Siah Uban sekali pun perempuan itu
berkali - kali meminta
maaf. Memang dia tidak
menyangka Usup Tibai
akan marah menyinga
hingga sebegitu sekali walaupun sekadar
permatang sawahnya
dipokah lantas
menyebabkan anak padi
tidak cukup air. Lagi pun bersempadan
sawah apa sangat mahu
berkira hingga tidak
boleh terlebih kurang
langsung! Tersinggung
sangat Usup Tibai apabila permatang sawahnya
dipokah Siah Uban
seolah - olah mahu
mencabar dirinya.
Mentang – mentang lah
seisi kampung tidak berani mengangkat
muka di depan Wak
Gabah, sengaja pula Siah
Uban mahu memperolok
- olokkan dirinya. " Kita bersempadan
sawah, eloklah bertolak
ansur, Sup " pujuk Mat
Tera apabila melihat
sepupunya berkeras
sangat mahu menunjukkan keras
kepala sampai mencekak
rambut Siah Uban . " Tolak ansur apa? Kalau
nak pijak kepala aku! "
sahut Usup Tibai yang
tidak dapat menahan
sabar lagi. " Siapa pijak kepala
engkau? ".... Tiba - tiba sahaja Usup
Tibai merasakan pipinya
telah ditampar keras. Dia
tercampak ke tepi
permatang lantas
kepalanya pun dipijak. Dia pun menyedari
bahawa kepalanya telah
dipijak oleh Wak Gabah
hingga mukanya
tertumus ke lumpur.
Hairan juga Mat Tera bagaimana tiba - tiba
sahaja Wak Gabah
terjongol di situ. Siapa
pun tidak dapat
menyedari bagaimana
kelibat Wak Gabah terpacul sekali gus pada
masa isterinya dicekak
rambut oleh Usup Tibai. Apa lagi, sebaik sahaja
Usup Tibai bangun segera
sahaja dia
menghunuskan parang
di pinggang. Dia pun
menetak Wak Gabah hingga mata parang pun
singgah pada lengan.
Tetapi mata parang Usup
Tibai menggelebek
sampai sumbing mata
laksana ditetakkan pada besi yang melintang. Kalau tidak disebabkan
Aki Lagah yang
memujuk, belum tentu
lagi Wak Gabah akan
mahu mengalah. Mahu
sahaja dia mencekak leher Usup Tibai setelah
lelaki itu berkeras sangat
mahu mencederakan
dirinya. Masakan Usup
Tibai tidak tahu bahawa
buaya yang berada di tengah arus pun lari
berdecau - decau asal
sahaja Wak Gabah terjun
ke dalam air. Asal sahaja
dapat dicekak ekor
buaya itu, nescaya akan diheretnya naik ke
tebing macam menarik
aur songsang di tengah
belukar. Buaya yang diheret naik
itu sekadar menepuk -
nepuk air dengan tidak
melawan apa - apa. Kalau
buaya di tengah arus pun
tidak berani menunjukkan bisa
taring, kenapa Usup Tibai
sengaja mahu berkeras
melawan? Dia seolah -
olah sengaja mahu
mencari geruh apabila berani mencekak rambut
Siah Uban disebabkan
semata - mata permatang
sawah di sempadan
terpokah. Lagi pun Siah Uban tu
adalah sepupunya yang
tidak sepatutnya dilawan
berkasar. Tapi tiba - tiba
sahaja hati Usup Tibai
memberang tidak menentu tatkala melihat
anak padinya di tengah
lopak tidak mempunayi
air yang cukup. Sebab
itulah dia menyerbu Siah
Uban semasa perempuan itu sedang
terbongkok - bongkok
mencebak rumput di tepi
permatang. " Sabar Wak, buat apa
lawan dengan Usup
Tibai? " satu - satunya
yang berani memujuk
Wak Gabah yang tengah
memberang itu memang Aki Lagah sahaja. " Dia nak tunjuk keras
kepala dengan aku!! "
bentak Wak Gabah yang
masih tidak puas hati
dengan sikap sepupu
isterinya itu. " Ah, Usup Tibai ni Wak
terikat tangan pun dia
tak boleh lawan "
sengaja Aki Lagah
mengusik biar lelaki itu
mengendur. Tersenyum Wak Gabah
apabila Aki Lagah
bandingkan dirinya tidak
setanding dengan Usup
Tibai. Kalau Aki Lagah
tidak ungkit pun, seisi kampung sudah tahu
masakan Usup Tibai
boleh mengalahkan Wak
Gabah. Bukan takat
boleh cekak buaya yang
di tengah arus sahaja, malah ditimpa pokok 5 -
6 pemeluk pun Wak
Gabah tidak mengalami
kecederaan apa - apa. Sebab itu seisi kampung
tidak berani
mengangkatkan muka
sekiranya Wak Gabah
sudah membentak
marah. Tetapi dia tidak akan berkeras apabila
Aki Lagah yang
memujuknya. Mudah
sahaja dia akan mengalah
asal sahaja sudah
bertentangan mata dengan Aki Lagah. Dalam
masa mereka di
kampung tidak berani
mengusik Uda Salbiah, dia
satu - satunya yang
memberanikan diri datang melamar. Wak
Gabah sendiri tidak
membantah apa - apa
sebaik sahaj Aki Lagah
sudah masuk meminang. Memang Mat Senik tahu
sangat rahsia disebalik
keberanian Aki Lagah.
Asal sahaja dia sudah
menyapukan minyak
senyonyong pada alis matanya, nescaya
harimau yang garang di
tengah hutan juga akan
menjadi lemah tidak
bertenaga. Tentu
harimau berkenaan tidak akan dapat melompat
menerkam ke arahnya
sampai mengerkah
tengkuk. Apa sangatlah dengan
Wak Gabah tengah
memberang jikalau
dibandingkan dengan
harimau mengaum
garang yang mahu menerkam mangsa. Mat
Senik sendiri melihat Aki
Lagah tidak berundur
tatkala terserempak
dengan harimau di
tengah hutan. semasa mereka berjalan masuk
ke hutan mencari rotan
sengaja Aki Lagah yang
berjalan di hadapan. Memang mereka berdua
bersama - sama ke hutan
sekiranya mencari rotan.
Tambahan pula Aki
Lagah akan mencari akar
kayu untuk dibuat ramuan ubat.
Kadangkala orang -
orang kampung akan
meminta Aki Lagah
mencarikan ubat akar
kayu disebabkan mujarab sangat diminum
perempuan yang baru
lepas bersalin. Sewaktu melalui lorong
yang dikelilingi pohon
renek, tiba - tiba sahaja
harimau belang muncul
menjongolkan kepala.
Cepat - cepat pula Mat Senik berundur mahu
mencari pokok untuk
berlindung. tetapi dia
terpegun apabila Aki
Lagah terus tercegat
tidak bergerak sebaik sahaja berhadapan
dengan harimau
berkenaan. " Hei orang tua, pergilah
cari makan tempat lain! "
ujar Aki Lagah yang
masih tidak berganjak
sambil merenung
harimau tersebut yang mara ke arahnya. Lama harimau tersebut
mencakar - cakar tanah,
kemudian terus
menghambur ke tengah
belukar. Memang Mat
Senik nampak harimau berkenaan seolah - olah
tidak mampu mahu
menerkam Aki Lagah.
Sebab itu Mat Senik tahu
Aki Lagah tidak akan
diterkam oleh harimau asal sahaja minyak
senyonyong sudah
disapu ke mukanya. Bila -
bila sahaja harimau
garang akan tunduk
tidak membuka taring jikalau sudah berdepan
dengan Aki Lagah. Perkara minyak
senyonyong itu tidak
sama dengan minyak
dagu kerana Aki Lagah
akan tampung didalam
tempurung setelah masak santan nyiur hijau.
Dia sanggup memanjat
pokok kelapa hijau pada
tengah malam lalu
memetik buah dan
digantungkan pada lehernya supaya tidak
jatuh terhempas ke
tanah. Setelah diparut, dia
akan perah santan lalu
dibuat minyak. 7 jenis bunga berbau
harum akan dijadikan
ramuan dengan 7 helai
akar serai bunga. Dia
akan tapakan ramuan itu
7 malam di atas bumbung rumah biar dihurung oleh
serangga atau pun
burung. Aki Lagah akan
hayunkan limau pada
asap kemenyan dengan
dibungkus kain putih yang diikat dengan
benang 7 warna semasa
minyak berkenaan
ditapakan sampai 7
malam. Dia tahu minyak
berkenaan akan
dijengah oleh 7 puteri
yang turun dari udara.
Tatkala 7 puteri ini
melayang turun, lembaga besar belakang
berbonggol akan datang
mengganggu. Apabila dia
hentakkan kakinya ke
tanah, sekali gus
kawasan berkenaan akan menjadi gelap
seperti diserkup dengan
hutan buluh yang luas. Tetapi 7 puteri ini tidak
akan mengalah sebaik
sahaja sudah tercium bau
7 jenis bunga yang ditapa
oleh Aki Lagah pada
bumbung rumah itu. Lantas puteri 7 akan
kibaskan kain layang
yang dipakainya lalu
menyebabkan hutan
buluh itu musnah
terbakar dijilat api. Marah benar lembaga bertubuh
besar itu apabila api telah
mengancamnya dari
segenap penjuru. Lembaga bertubuh besar
itu pun tertunduk malu
sebaik sahaja puteri 7
akan ungkitkan pasal
dirinya yang disumpah
hingga menjelma dengan belakang berbonggol.
Kalau tidak disebabkan
dia gunakan minyak
dagu untuk memikat
perempuan, memang
puteri 7 tidak akan menyumpah sedemikian. Tahu sangat puteri 7
bagaimana lelaki
berkenaan sengaja
menunggu berita
kematian gadis sunti,
kemudian beliau akan menggali kuburnya pada
waktu tengah malam.
Sanggup sahaja dia
melangkah ke kawasan
tanah perkuburan
dengan membuang semua pakaiannya.
biarlah angin kencang
bersama petir
berdentam, lelaki itu
tetap berkeras
meranduk kegelapan malam. terus sahaja dia
menggali kubur gadis
sunti itu yang baru
sahaja dikebumikan pada
siang harinya. Sebaik sahaja mayat
gadis sunti di dalam liang
lahad tu ditarik keluar,
dia akan membakar dagu
mayat itu dengan api lilin
sehingga minyak mula menitik. segera ditadah
dengan tempurung
minyak yang mengalir
pada dagu mayat itu.
Ketika ini lelaki
berkenaan akan mendegar jeritan
kesakitan sayup - sayup
di udara, tetapi dia tetap
berdegil. Dia tetap
bertahan sekali pun
lembaga besar muncul menjelma di depannya. Tersengih - sengih
lembaga besar itu tatkala
melihat lelaki berkenaan
melayur dagu mayat
tersebut semata - mata
mahu mendapatkan minyaknya. Setelah siap
dilayur, dia akan
memasukkan kembali
mayat berkenaan ke
dalam liang lahad.
memang lembaga bertubuh besar itu akan
menjilat minyak dagu
yang ditadah di dalam
tempurung itu. Tetapi minyak
senyonyong Aki Lagah
tidak sama dengan
minyak dagu berkenaan.
Apabila lelaki itu
disumpah menjadi lembaga besar dengan
belakang berbonggol, ia
sentiasa memusuhi puteri
7. " Kamu nak perdaya
orang dengan minyak
dagu!! " puteri 7
mengejek lembaga
bertubuh besar yang
bersatu dengan lelaki berkenaan. " Apa kurangnya kamu
nak perdaya orang
dengan minyak
senyonyong!! " lembaga
bertubuh besar itu pulak
berkata sambil mencemikkan muka. " Tapi, kami tidak
menyuruh orang
menggali mayat! " sahut
puteri 7
mempertahankan amalan
minyak senyonyong berkenaan. " Minyak kamu ditapa
dulu di atas bumbung
rumah " terus sahaja
lembaga bertubuh besar
itu mengejek puteri 7. " Kami tak menyusahkan
orang, kalau mereka tak
salah gunakan! "
beritahu puteri 7
mengenai amalan minyak
senyonyong yang ditapakan di atas
bumbung rumah itu. Tetapi Aki Lagah tidak
akan membiarkan
lembaga bertubuh besar
itu mendekati dirinya
disebabkan mahu
mencuri botol minyak senyonyong berkenaan.
Sebab itulah dia menyeru
puteri 7 supaya sentiiasa
mengawasi minyak
senyonyong yang
disimpannya itu. Bau harum minyak
senyonyong akan
menjadi lebih semerbak
setiap kali puteri 7
menjelma sambil
membawakan 7 jenis bunga yang berbau
wangi. Setiap kali turun dari
rumah, Aki Lagah akan
tuangkan minyak
berkenaan pada jari
manis kemudian akan
disapukan pada alis mata. Jikalau beliau bercakap
dengan sesiapa pun
lantas minyak itu akan
disapukan pada bibirnya.
Bila - bila sahaja tutur
katanya akan sentiasa dituruti orang selepas
menggunakana amalan
minyak senyonyong itu.
Sebab itu puteri 7 telah
mengingatkannya
supaya tidak menyalahgunakan
minyak berkenaan
hingga boleh
memudaratkan orang
lain. Memang Aki Lagah patuhi
mengenai amalan
berkenaan tatkala puteri
7 menjelma disisinya.
Jikalau harimau garang
mahu menerkam, cukuplah sahaja dia
mengisarkan tumit ke
tanah nescaya harimau
gagah itu akan menjadi
lemah tidak bertenaga.
Sekiranya tidak dipulihkan nescaya
berbulan - bulan harimau
tersebut tidak akan
mampu mengerkah
mangsa hingga
kebuluran tidak boleh menjamah makanan. Lama kelamaan harimau
tersebut akan terkejang
mati akibat tidak dapat
menjamah makanan.
Sebab itu Aki Lagah mesti
pulihkan semula bisa taring harimau tersebut
setelah binatang itu
melompat lari
meninggalkan dirinya.
Dia mesti kuis tanah di
kaki dengan ibu jari biar bisa taring harimau
tersebut pulih semula. Apa lagi dengan Wak
Gabah yang tengah
membentak marah,
setelah dipujuk memang
Aki Lagah akan pulihkan
semula tenaganya. Kalau Wak Gabah menjadi
lemah, lambat laun dia
akan melihat Aki Lagah
sama macam puteri 7
juga. Nescaya dia akan
memburu Aki Lagah macam merayu - rayu di
depan puteri 7. Tentu
seisi kampung menjadi
gempar sekiranya Wak
Gabah sudah berubah
hati hingga tidak senang duduk akibat
kenangkan Aki Lagah. Tahu sangat Aki Lagah
mengenai mujarab
minyak senyonyong
jikalau disalahgunakan.
Lainlah kalau berdepan
dengan binatang liar di hutan. Binatang
berkenaan akan menjadi
bingung hingga tidak
dapat mencari makanan.
Tetapi manusia apabila
bingung tidak menentu akan pergi menyerbu ke
rumah Aki Lagah. Semasa Aki Lagah
mengusik - ngusik Uda
Salbiah, memang mudah
sangat gadis itu terpikat
apabila bertentang mata.
Sebaik sahaja Wak Gabah mendapat tahu Aki Lagah
memikat anak gadisnya,
lantas sahaja hatinya
menjadi berang. Apalagi
tatkala beliau kenangkan
Aki Lagah sudah beristeri dengan anak - anak yang
sudah hampir sebaya
dengan Uda Salbiah. Lantas sahaja Wak Gabah
pun pergi menyerbu ke
rumah Aki Lagah dengan
menghunuskan parang.
Dia akan kelar telinga Aki
Lagah kerana berani memikat anak gadisnya.
Tetapi Aki Lagah tidak
ada di rumah sewaktu
Wak Gabah datang
menyerbu. Hanya isteri
Aki Lagah yang terkebil - kebil mata di kepala
tangga apabila melihat
Wak Gabah tercegat di
tengah halaman dengan
menghunuskan parang
di tangan. " Jaga suami kamu tu,
Misah ! " jerkah Wak
Gabah membentak marah
kerana tidak mahu anak
gadisnya dimadukan. " Nak jaga macam mana,
Wak? " ujar Misah yang
serba salah apabila beliau
dipersalahkan akibat
perbuatan suaminya
yang memikat Uda Salbiah. Kalau mahu
dikira terluka, memang
hatinya sendiri yang
menderita dengan
perbuatan Aki Lagah itu. Ketika inilah dia
terdengar serunai batang
padi ditiup mendayu -
dayu di tengah sawah.
Lantas sahaja Wak Gabah
dapat mengagak tentu Aki Lagah lah yang
meniup serunai batang
padi tersebut. Seisi
kampung memang tahu
sangat mengenai
kemahiran Aki Lagah yang meniup serunai
batang padi asal sahaja
habis musim menuai. Misah yang sudah
bertunang pun sanggup
menjadi isteri Aki Lagah
sebaik sahaja mendengar
bunyi serunai batang
padi yang ditiupkan mendayu - dayu.
Terpaksa pula dia minta
putuskan tunang semata
- mata terpikat dengan
tiupan serunai batang
padi Aki Lagah. Sebab itu Wak Gabah dapat
mengagak tentu Aki
Lagah mahu memikat
anak gadisnya Uda
Salbiah dengan meniup
serunai batang padi juga. Dia tidak akan lepaskan
Aki Lagah asal sahaja
dapat dicekak lehernya.
Telinga lelaki itu akan
dikelarnya dengan mata
parang supaya sedar mengenai kesilapan
sendiri. Kalau sudah
beristeri, kenapa mahu
memikat anak gadisnya
dengan menggunakan
serunai batang padi. sia - sia sahaja dia digeruni
seisi kampung jikalau
beliau tidak dapat
menundukkan Aki
Lagah. " Lagah, kamu jangan
nak tunjuk biadap
dengan aku! " bentak
Wak Gabah sebaik sahaja
beliau menjejakkan kaki
ke tengah sawah. Dia nampak Aki Lagah
sedang tersandar pada
perdu pokok dedali
sedang meniup serunai
batang padi. Beberapa orang yang
sedang tercegat di
tengah sawah merasa
berdebar hati juga
tatkala melihat Wak
Gabah sedang mara menghampiri Aki Lagah.
Tetapi Aki Lagah tetap
tidak mempedulikan apa
- apa sambil terus sahaja
dia meniup serunai
batang padi. Tatkala Wak Gabah menghayunkan
mata parang ke sisinya,
beliau tetap tidak
berganjak. Tiba - tiba sahaja Wak
Gabah menjadi terpegun
apabila beliau melihat
puteri 7 yang sedang
meniup serunai batang
padi di perdu pokok dedali itu. Ketika ini, Aki
Lagah sekadar terbaring
bagaikan tengah tidur
nyenyak. Sebab itu mata
parang yang dipangkas
tidak menyinggahi dada Aki Lagah. Seolah - olah
Wak Gabah menetak
angin sahaja. Lantas puteri 7 memberi
isyarat kepada Wak
Gabah supaya tidak
mengganggu Aki Lagah
yang tengah nyenyak
tidur itu. Apabila Wak Gabah mahu berundur,
dia merasakan bahawa
tanah yang dipijaknya
menjadi lumpur selut.
Kakinya telah terlekat
tidak boleh diangkat dari lumpur selut yang
mencengkam kuat itu. Saat ini Wak Gabah dapat
merasakan bahawa
kegagahannya seolah -
olah tidak berguna apa -
apa tatkala berhadapan
dengan puteri 7 yang lemah lembut itu. Hatinya
menjadi terharu apabila
mendegar bunyi tiupan
serunai batang padi yang
mendayu - dayu
menusuk telinga itu. Cepat - cepat pula Wak
Gabah meminta puteri 7
supaya berhenti meniup
seruling batang padi
berkenaan akibat
perasaannya menjadi terharu sangat asal
sahaja bunyi tiupan
serunai terus mendayu -
dayu. Segera puteri 7 memberi
isyarat supaya beliau
membangunkan Aki
Lagah yang tengah
nyenyak tidur itu.
Sewaktu Wak Gabah mengejutkan Aki Lagah,
mereka yang tercegat di
tengah sawah hanya
nampak Wak
Gabahmenepuk - nepuk
bahu Aki Lagah. apabila dia sisipkan semula
parangnya ke dalam
sarung di pinggang,
lantas sahaja Aki Lagah
pun berhenti meniup
serunai batang padi. Tidak lama selepas
kejadian itulah, Aki
Lagah pun berkahwin
dengan Uda Salbiah.
Hairan juga orang
kampung disebabkan Wak Gabah tidak
membantah apa - apa
apabila anak gadisnya
berkahwin dengan lelaki
yang sudah berumur
lebih 40 tahun dalam masa Uda Salbiah baru
sahaja berumur 18
tahun. Memang Misah juga tidak
melarang suaminya
berkahwin lain setelah
Wak Gabah juga tidak
membantah
perkahwinan tersebut. tetapi Mat Senik tahu Aki
Lagah memang amalkan
amalan minyak
senyonyong. sudah
beberapa kali Aki Lagah
memberitahunya jika inginkan minyak
senyonyong tersebut,
tetapi Mat Senik tidak
pernah terpengaruh. Perkara minyak
senyonyong itu tidak
sama dengan impian
ayahnya yang
menghantar dia belajar
pondok sehingga sampai ke pattani. Sia - sia sahaja
usaha ayahnya yang
harapkan dia belajar di
pondok kalau beliau
terpengaruh dengan
minyak senyonyong Aki Lagah tersebut. Apa
sangatlah dengan
minyak senyonyong
kalau segalanya tidak
diredhai oleh Allah swt. Apabila Aki Lagah
mendesaknya mahu
meminang Tikmah,
memang Mat Senik
bersetuju mahu menjadi
orang tengah. Sudah lama dia berkawan
dengan Aki Lagah
disebabkan sama - sama
ke hutan mencari rotan,
apalah salahnya dia
membantu orang tua itu. Lagi pun dia tahu Aki
Lagah mampu melindungi
Tikmah, janda muda
berkenaan. " Kalau Aki nak
meminang Tikmah,
jangan gunakan minyak
senyonyong! " sengaja
Mat Senik mengusik Aki
Lagah tetapi jauh di dalam lubuk hatinya
memang dia tidak akan
membenarkan orang tua
itu melakukan
sedemikian. " Ah, dah lama aku buang
amalan tu " beritahu Aki
Lagah yang mengakui
bahawa dia sudah pun
menyeru puteri 7 lantas
menyerahkan semula minyak berkenaan. " Sebab itu Aki bimbang
Tikmah menolak
peminangan? " tanya Mat
Senik sambil
mencebikkan bibir. Dia menggangguk
perlahan, tetapi beliau
mengesatkkan pelupuk
matanya apabila Mat
Senik memberitahu
bahawa jodoh pertemuan dan ajal maut
adalah ditentukan oleh
Allah. Terasa juga malu
Aki Lagah apabila beliau
terpikat kepada
perempuan muda seperti Tikmah dalam masa
usianya sudah mencecah
90 tahun. Kalau dia tidak amalkan
minyak senyonyong pun,
tentu seisi kampung
tetap akan menuduh dia
menggunakan minyak
berkenaan untuk memikat Tikmah.
Masakan orang boleh
percaya bahawa Tikmah
menerima lamarannya
jikalau tidak dikenakan
dengan minyak senyonyong. Sewaktu Mat Senik
merisik Tikmah, dia
sentiasa berdoa agar
lamarannya tidak ditolak.
Bimbang juga dia
sekiranya Tikmah akan menyindirnya
disebabkan mahu
menjodohkannya
dengan lelaki tua seperti
Aki Lagah. Disebabkan
itulah Mat Senik membacakan : ' yuhibbu
nahum kahubbillahi
wallazina amanu asyaddu
hubbanlillahi, zuiyyina
linnasi
hubbusysyahawati minannisa -i walbanina
wal-qona thiril
muqontharathi " . Memang serba salah juga
Mat Senik mahu uruskan
lamaran Aki Lagah
kerana bimbang dia akan
dituduh sebagai
bersubahat dengan lelaki tua yang dianggap miang
itu, tetapi dia tahu niat
Aki Lagah memang baik.
Kalau Aki Lagah memilih
perempuan yang sudah
berumur sebagai isteri, tentu mereka akan sama
- sama uzur. Jadi, sia - sia
sajalah Aki Lagah
berkahwin apabila
isterinya terlalu uzur
untuk menjaga dirinya. Tentu Aki Lagah amat
mengharapkan Tikmah
agar dapat menjaganya
apabila dalam keadaan
uzur nanti. Setidak -
tidaknya dia mempunyai tanah kebun yang cukup
setakat untuk menyara
Tikmah seorang. Kalau
pun dia menutup mata,
Aki Lagah sudah bersedia
untuk menyerahkan tanah kebun dan sawah
kepada Tikmah yang
bersusah payah
menjaganya. Sebab itulah
Mat Senik sanggup
membantu agar Aki Lagah dapat berkahwin
dengan Tikmah. Semasa seisi kampung
gempar akan hal Mat
Senik ditimpa dengan
runtuhan kayu, memang
Tikmah melihat Aki
Lagah sentiasa dalam keadaan resah. Berkali -
kali Aki Lagah
menggertapkan bibir
seakan - akan mahu
melepaskan Mat Senik
yang sedang terhimpit itu. Tetapi suara Aki
Lagah hanya tenggelam
jauh dikerengkungnya.
Sekali sekala Tikmah
mendengar suaminya
semacam mencabar lembaga yang bertubuh
besar itu berdepan
dengannya sambil
melepaskan semula Mat
Senik. " Aki semacam meracau -
racau marahkan lembaga
bertubuh besar, ustaz "
ujar Tikmah menjelaskan
tatkala saya sama - sama
mengunjungi Mat Senik. " masa itulah Aki
menyuruh lembaga besar
itu supaya melepaskan
Abang Senik " tutur
Tikmah yang tetap
kenangkan kejadian semasa Mat Senik sudah
dikatakan meninggal
dunia itu. Dalam masa Aki Lagah
merungut - rungut itulah,
Tikmah telah pergi
memberitahu kepada
jiran - jiran. Ketika itu
kebanyakkan jiran - jiran sedang berkumpul
di rumah Mat Senik mahu
menguruskan
pengebumiannya. Sebaik
sahaja seisi kampung
sudah diberitahu mengenai Mat Senik yang
sudah terbujur mati itu
tiba - tiba bingkas
bangun, mereka yang
sedang membacakan
surah yassin mengadap Aki Lagah mendapati
orang tua itu sudah
menutupkan matanya
rapat - rapat. selesai.

024. KUBUR HILANG DI TENGAH HUTAN

$
0
0
Semasa nahas berlaku
apabila dilanggar sebuah
motorsikal tatkala mahu
melintas jalan mahu ke
masjid untuk solat
maghrib, memang tidak ada sesiapa pun yang
nempak Andak Bucin
dirempuh. Lama dia
terbaring di tepi jalan,
barulah Lebai Minin
terserempak dengan kawannya itu yang
berlumuran darah dalam
keadaan tidak sedar apa
- apa. Tidak sempat
hendak di bawa ke
hospital, Andak Bucin sudah meninggal dunia
di atas ribaan Lebai Minin. Memang tidak ada
sesiapa pun yang
nampak motorsikal
merempuh Andak Bucin ,
tetapi masakan
penunggang motorsikal berkenaan tidak jatuh
tersungkur ke jalan
aspal? Kalau mahu
dituduh dirempuh
dengan kereta, Jeman
Tengkak tidak dengar pun bunyi kereta
melintas di depan masjid.
Jeman Tengkak yang
sampai lebih awal di
masjid sebelum masuk
waktu maghrib, tahu memang terdengar bunyi
motorsikal melintas. Dia tidak peduli sangat
bunyi motorsikal
memecut laju di jalan
kecil tengah kampung
kerana sudah menjadi
kebiasaan anak - anak muda untuk tidak
hiraukan keselamatan
masing - masing. Kalau
mahu dikira anak - anak
muda yang menunggang
motorsikal di dalam kampung, hanya
beberapa orang sahaja
yang memilikinya. Leman
Sogok yang gila - gila
memecut motorsikal
tidak cedera apa - apa sewaktu jejakkan
kakinya ke masjid.
masakan dia yang
merempuh Andak Bucin ? Mereka yang mempunyai
motorsikal di kampung
berkenaan memang
tidak terbabit dalam
nahas yang
menyebabkan Andak Bucin meninggal dunia.
Bukan mudah mahu
mencari di seluruh ceruk
di Hulu Perak sesiapa
yang jatuh tersungkur
menunggang motorsikal hingga merempuh Andak
Bucin . Sebab itu mereka
tidak peduli sangat siapa
yang bertanggung jawab
menyebabkan Andak
Bucin meninggal dunia. Sebaik sahaja keluarga
Andak Bucin menelefon
ke rumah Haji Basar
memberitahu mengenai
nahas yang menimpa, Haji
Basar sudah ke luar negara bersama Hajah
Rusijah . Lantas Lebai
Minin mengingatkan
supaya dikebumikan
juga Andak Bucin
dengan tidak perlu menunggu anaknya
Hajah Rusijah . Setelah 2 minggu Andak
Bucin dikebumikan,
barulah Haji Basar
bersama Hajah Rusijah
diberitahu mengenai
nahas yang menimpa Andak Bucin . Kesal juga
Haji Basar apabila
kenangkan sukar sangat
orang - orang kampung
mahu dapatkan kereta
jenazah untuk membawa jenazah Andak Bucin
balik dari hospital.
Terpaksalah Lebai Minin
menyewa kereta
bersama orang - orang
kampung untuk membawa balik jenazah. Tetapi Haji Basar
pendamkan rasa kesal
itu jauh di lubuk hatinya.
Sampai bila pun dia tidak
akan lupakan fasal bapa
mentuanya sanggup bercekang mata bangun
di tengah malam, setelah
diberitahu
perniagaannya tidak
mencapai apa - apa
kejayaan. Setelah Andak Bucin berturut - turut
bangun di tengah malam
bersolat tahajud, lantas
dia memberikan sebuah
botol minyak sebesar ibu
jari. " Minyak ini tak ada
kuasa apa - apa " jelas
Andak Bucin tatkala dia
menyerahkan minyak
berkenaan kepada
menantunya. " Tapi eloklah disapukan
pada alis mata apabila
nak kemana - mana masa
uruskan perniagaan ".
Dia ingatkan Haji Basar
supaya rahsiakan pada sesiapa pun mengenai
minyak berkenaan. Memang Andak Bucin
akan titikkan minyak
berkenaan ke dalam air,
apabila sesiapa pun
mintakan mandi bunga.
siapa lagi mereka harapkan di kampung
berkenaan tatkala anak
gadis lambat berkahwin
kalau bukannya Andak
Bucin ? Asal sahaja
Andak Bucin mandikan bunga tengah malam,
nescaya tidak sampai
sebulan gadis berkenaan
akan dipinang orang. Sebab itu Hajah Rusijah
tahu sangat jenis minyak
wangi ayahnya gunakan
semasa mandi bunga
tengah malam. Setelah
dikumpulkan 7 jenis bunga berbau harum,
Andak Bucin akan
campakkan bunga itu
pada air di dalam timba.
ketika itu dia akan
curahkan minyak wangi yang sudah dipesankan
beli sahaja dimana -
mana. Tentu Hajah Rusijah
tidak tahu apabila arwah
ayahnya titikkan minyak
senyonyong berkenaan
di dalam timba tersebut.
Siapa sahaja yang mintakan dia untuk
mandi bunga hanya
sekadar menyangka bau
harum tersebut
disebabkan oleh minyak
wangi yang mereka bawa bersama itu. Sebaik
sahaja dijirus air bunga
tersebut ke badan, sekali
gus terasa sejuk laksana
air jeram yang memercik
ke batu. Mereka tahu air yang di
dalam timba itu memang
ditadah dari pili sahaja.
Bagaimana pula tiba - tiba
sahaja berubah kepada
sejuk hingga menusuk ke tulang hitam tatkala
dijirus oleh Andak Bucin
ke tubuh. Siapa pun
tidak akan bertanya apa
- apa kepada Andak
Bucin disebabkan mereka bimbang akan
melanggar pantang
larang tatkala
melakukan upacara
mandi bunga itu. Memang Andak Bucin
sudah ingatkan supaya
bertahan jikalau terasa
sebarang perubahan
pada diri semasa
dimandikan air bunga tersebut. Kadang kala
terasa badan sakit - sakit
hingga sengal sendi
sebaik sahaja dijiruskan
air berkenaan. Manalah
tahu seluruh badan akan menjadi gatal tergaru -
garu tidak menentu.
Malah masing - masing
akan mengalami sendiri
perubahan sedemikian
yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. " Jangan kamu ingat
minyak ini berkuasa
sangat! " Andak Bucin
tidak mahu Haji Basar
harapkan sangat kepada
minyak yang dibekalan kepadanya setelah
menantunya itu
merungut perniagaannya
menjadi tidak menentu. Tidak sampai setahun
Haji Basar diberikan
botol minyak sebesar ibu
jari itu, dia merasa mudah
sangat uruskan
perniagannya. Apa sahaja yang diharapkan,
semuanya akan
mengikut jadual
sehingga jika Haji Basar
tidak berbuat apa - apa
pun, sentiasa ada sumber perniagannya. Sebab itu
dia tetap kenang usaha
bapa mentuanya hingga
mencapai kejayaan besar
di dalam perniagaan. Andak Bucin memang
tidak pernah
memberitahu Haji Basar
dan keluarganya
mengenai dia ke hutan
bersama Lebai Minin lalu terserempak dengan
rumpun serai bunga
yang tumbuh di kawasan
padang lalang. Segera
dibongkarnya akar lalu
dibawa balik ke rumah. Dia pun tanamkan
rumpun serai bunga itu di
hujung halaman biar
tumbuh merimbun di situ. Tetapi Lebai Minin tidak
pedulikan apa - apa
tatkala Andak Bucin
membongkarkan akar
rumpun serai itu. Biarlah
Andak Bucin bawa balik rumpun serai bunga itu
lalu ditanam di hujung
halaman, asalkan sahaja
dia tidak menyimpan
harapan tinggi di dalam
jiwanya mahukan hikmat dan kesaktian. Serai
bunga berkenaan sama
juga dengan tumbuh -
tumbuhan yang lain yang
tumbuh dengan izin
Allah. Apa sangatlah
diharapkan dengan serai
bunga yang boleh
memberikan kesaktian.
Lebai Minin tahu
mengenai Andak Bucin hanya sekadar
gemarkan mengumpul
barang - barang ganjil
jika ditemui di tengah
hutan belantara. Pokok
senduduk berbunga putih pun Andak Bucin
cabutkan perdunya lalu
ditanam di dalam pasu di
belakang rumahnya. Apa
lagi jika dia menemui
buluh tumpat atau rotan songsang ruas, memang
dibawanya balik ke
rumah. Sebab itu Lebai Minin
ingatkan dia yang
tumbuh - tumbuhan
demikian tidak
mempunyai apa - apa
kesaktian luar biasa pun. Sekadar untuk disimpan
sebagai kegemaran
sahaja memang Lebai
Minin tidak akan
melarang kawannya itu.
Biarlah Andak Bucin mahu mengutip apa pun
yang ditemuinya di hutan
kalau takat menjadi
kegemaran semata -
mata. Lama serai bunga itu
tumbuh merimbun di
hujung halaman, tiba -
tiba sahaja Andak Bucin
tercium bau harum
bagaikan bunga rampai diletakkan di sanggul.
Memang dia menyangka
tentu isterinya, Uda
Setiyah selitkan daun
pandan di celah sanggul
biar berbau harum. Tetapi bau harum itu
semakin semerbak
tatkala tengah malam
hingga santak ke subuh. Takat daun pandan
diselit Uda Setiyah di celah
sanggul, bau wanginya
tidaklah semerbak
macam ambar kasturi.
Lagi pun Andak Bucin tahu perbezaan bau
daun pandan kering
dengan harum bunga -
bunga kembang malam.
Lantas dia mengagak
tentu bunga serainya yang berbau harum
sedemikian. Keresahan Andak Bucin
bukan disebabkan oleh
bau harum yang
semerbak setiap malam,
tapi masalah rezekinya
yang bagaikan tersekat tidak mencurah datang.
Mahu bertukang rumah
pun tidak ada siapa pun
yang harapkannya.
Kalau menebang tebas
belukar, ramai lagi anak - anak muda yang
sanggup mengambil upah
pada mereka yang
mempunyai kebun itu.
Memang Andak Bucin
merasakan kesempitan wang hinggakan beliau
hanya harapkan Uda
Setiyah anyamkan tikar
lalu jualkan dimana -
mana. Sebab itu pada setiap
malam Andak Bucin
memang sukar sangat
mahu melelapkan mata
bila kenangkan
kesempitan kewangan yang menghimpitnya.
Tatkala terkebil - kebil
mata tengah malam
itulah, dia diganggu bau
harum berwarwar asal
sahaja angin memuput perlahan. Disebabkan
tidak mahu terus
lelapkan mata, lantas
sahaja Andak Bucin
turun ke tengah
halaman. Setidak - tidaknya boleh juga
beliau menyedut angin
segar tengah malam yang
mengelus perlahan itu. Ketika Andak Bucin
tercegat di tengah
halaman itulah dia melihat
rumpun serai bunga
berombak - ombak
dirempuh angin malam. Bau harum semakin
semerbak apabila beliau
melihat kain kuning
bagaikan tersangkut
pada rumpun serai
berkenaan. Tatkala beliau mendekati rumpun
serai berkenaan,
berdebar hati Andak
Bucin apabila beliau
ternampak lelaki tua
berjanggut putih sampai ke dada tercegat di situ
dengan memakai jubah
kuning. Lantas sahaja lelaki
berkenaan memberikan
salam. Serba salah Andak
Bucin mahu menjawab
tetapi beliau sekadar
menyahut di dalam hati sahaja. Memang bau
harum yang tercium itu
berpunca dari jubah
kuning orang tua itu
apabila dipuput angin.
Segera Andak Bucin bacakan surah al fatihah
3 kali diikuti dengan
ayatul kursi. Tetapi lelaki
itu hanya tersenyum
lantas mengangkat
tangan menggamit Andak Bucin supaya
mendekatinya. Memang Andak Bucin
melihat kaki lelaki
berkenaan bagaikan
bersatu dengan rumpun
serai bunga berkenaan
seolah - olah dia tidak dapat bergerak kemana -
mana. Sebab itulah
Andak Bucin gagahi juga
mendekati rumpun serai
bunga berkenaan. Dia
tidak bimbang apa - apa selagi mengingatkan
pesan Lebai Minin bahawa
tidak ada makhluk yang
berkuasa selain daripada
Allah. Sebaik sahaja beliau
mendekati lembaga
berjubah kuning itu,
segera Andak Bucin
membacakan : "
wa-'indahu mafatihol- ghaibi laya'lamuha illa-
huwa, waya-lamu
mafilbarri wal-bahri,
wamatasquthu minw
waraqotin illa ya'lamuha
wala hobbatin fi- zulumatil ardhi wala rath-
bim walaya birin-illa fi-
kitabimmubin ". Tersenyum lembaga
berjubah kuning itu
tetapi tetap tidak
berganjak dari rumpun
serai tersebut. Apabila
Andak Bucin hentakkan tumit 3 kali ke tanah, dia
sekadar memberikan
isyarat supaya Andak
Bucin tidak memusuhi
dirinya. Kemudian dia
kibaskan jubahnya hingga terpelanting
beberapa ketul
kemenyan sebesar ibu
jari. " Andak dah jemput kami
ke sini, kenapa pula tak
suka? " tutur orang tua
berjubah kuning itu
dengan ramah mesra. " Aku tak kenal siapa
awak! " sahut Andak
Bucin sambil mengibas -
ngibaskan bajunya yang
tersandang di bahu itu.
Sekali pun angin malam mengelus sejuk, tetapi
dia merasakan badannya
panas laksana tercegat di
bawah silau matahari. " Tak kenal tu, eloklah
kita berkenal - kenal "
ujarnya perlahan di
dalam kesamaran malam
di bawah bulan pucat
dilindungi awan menipis. " Kalau tujuan jahat, tak
payahlah nak kenal! "
tegas Andak Bucin
memberi amaran kerana
tidak mahu terpedaya
dengan jelmaan yang mahu memujuknya itu. " Jahat atau baik terletak
pada hati sanubari "
beritahu orang tua itu
lantas memperkenalkan
dirinya Tok Kuning yang
menanam serai bunga berkenaan di tengah
hutan. Manalah Andak Bucin
tahu mengenai Tok
Kuning yang menanam
serai bunga berkenaan
hingga tumbuh
merimbun di tengah hutan. Bertahun - tahun
Tok Kuning tidak
diketahui setelah hilang
sewaktu berkebun,
hinggalah penduduk -
penduduk kampung menyedari ada rumpun
serai di tengah
kebunnya. Asal sahaja
rumpun perdu
berkenaan dipupuk
dengan tanah hitam, penduduk - penduduk
kampung percaya Tok
Kuning telah datang
membersihkan
kebunnya. Setiap kali Tok Kuning
membersihkan kebun
dengan memupuk
rumpun serainya,
nescaya sawah padi di
sekeliling kampung berkenaan akan
menhasilkan hasil yang
melimpah ruah. Tetapi
setelah perkampungan
mereka dilanda kemarau
hingga tanah sawah menjadi gersang,
penduduk - penduduk
kampung di situ telah
berpindah jauh. Sebab
itulah tempat berkenaan
menjadi hutan belukar tidak ditempuh sesiapa
pun. Mengeluh panjang Andak
Bucin tatkala Tok
Kuning memberitahu
mengenai
perkampungan tinggal
itu menjadi gersang akibat kemarau
berterusan apabila ada
orang melanggar
pantang larang. Memang
Tok Kuning melarang
sesiapa pun membakar jerami padi selepas musim
menuai setelah bertahun
- tahun dia meneroka
kawasan berkenaan. Ketika meneroka
bersama isterinya, Tok
Oyam di kawasan paya
di pinggir bukit, tidak
ada sesiapa pun yang
mahu ikut menebang tebas. Setelah padi Tok
Kuning subur menghijau,
mereka mula bertumpu
ke situ. Tatkala padi
masak, mereka akan
kagum melihat sawah Tok Kuning akan
berkilau kekuningan
disilau cahaya matahari
lantas berombak -
ombak ditiup angin
bukit. Tetapi Tok Kuning tidak
membantah apa - apa
sekiranya orang - orang
kampung yang lain
bertumpu di kawasan
yang diterokainya. Apalah salahnya mereka
sama - sama meneroka
setelah paya di situ sesuai
dijadikan sawah padi.
Biarlah dia berseorangan
sahaja mencebak tanah membuat parit sampai
paya berkenaan boleh
dijadikan kawasan
menanam padi. Setelah ramai orang
bertumpu meneroka di
perkampungannya, Tok
Kuning terkejut apabila
melihat sawah padinya
bercahaya laksana api menyala tatkala tengah
malam. Bimbang juga
padinya telah diunggun
orang disebabkan irihati
padinya menjadi sangat.
Lantas Tok Kuning pun turun ke sawah dengan
tanpa memberitahu
kepada isterinya, Tok
Oyam . Sebaik sahaja beliau
sampai ke tengah sawah,
dia terserempak dengan
2 ekor ular sawa yang
berkelahi sehingga
berbelit - belit. Dia menyuluh ular
berkenaan dengan api
jamung ditangannya.
Disebabkan bimbangkan
ular sawa tersebut akan
memusnahkan ternakan, cepat - cepat Tok Kuning
balik ke rumah lalu
mencapai lembingnya
yang terselit pada
dinding. Dia akan
tusukkan mata lembing itu ke kepala ular
berkenaan biar mati
terkejang. Tatkala Tok Kuning
menyerbu semula ke
tengah sawah, hanya
tinggal seekor sahaja lagi
ular sawa yang
berlingkar dengan ekor terkotek - kotek. sudah
tentu ular berkenaan
telah kalah berkelahi
hingga tenat tidak boleh
bergerak melarikan diri.
Berdebar juga hati Tok Kuning kerana
bimbangkan ular yang
menang berkelahi tadi
akan datang menerpa ke
arahnya lantas membelit
tidak bertangguh. Cepat - cepat Tok Kuning
menyuluh di sekeliling
dengan api jamung,
tetapi ular yang menang
tadi sudah tentu
menyusup larikan diri. Dia hanya melihat denai
ular tersebut berlorong
di tengah rumpun padi
hingga berlondar laksana
bekas batang kelapa
diheret. Ketika dia berbalik semula melihat
ular yang kalah tadi,
kasihan pula Tok Kuning
mahu tusukkan mata
lembingnya ke kepala
ular tersebut. Memang ular tersebut
parah akibat mengalami
luka kalah berkelahi.
Disebabkan kasihan
dengan keadaan ular
sawa itu, segera Tok Kuning pupukkan luka -
luka di badan ular itu
dengan pucuk senduduk
yang dikunyah. Hingga
santak subuh Tok
Kuning barulah Tok Kuning mendapati ular
sawa berkenaan mulai
mengangkat kepala. " Kalau kau boleh
menjalar, larilah dari sini "
tutur Tok Kuning seolah
- olah ular sawa itu
memahami sangat kata -
katanya. " nanti jika orang di sini
terserempak, tentu kau
dibunuhnya " dia
ingatkan ular tersebut.
Selepas itu Tok Kuning
terus balik ke rumah. Tatkala orang - orang
kampung turun ke
sawah sebaik matahari
naik ke sepenggalah,
mereka menjadi gempar
apabila melihat lopak sawah mereka berlorong
seperti batang kelapa
diheret. lantas mereka
menuduh tentu ular sawa
telah mengheret
ternakan mereka merempuh sawah padi.
Tetapi tiada sesiapa pun
yang mengadu mengenai
ternakan mereka hilang
di dalam reban direntap
oleh ular sawa. Sekiranya kambing atau pun ayam
ternak yang dibelit,
sudah tentu menjadi
gempar dengan
mengembek atau
berkiok sepanjang malam. Apabila diberitahu
kepada Tok Kuning
mengenai kejadian
tersebut, dia sekadar
mencebekkan bibir
sahaja. Sewaktu dia menjengah tempat ular
berkelahi itu, dia
mendapati ular sawa
yang kalah itu tidak
berlingkar lagi di situ.
Tok Kuning percaya tentu ular berkenaan
sudah menyusup ke
mana - mana untuk
selamatkan dirinya. Tidak lama selepas
kejadian itu, Tok Kuning
tidak bimbang apa - apa
lagi akan hal gangguan
tikus di sawahnya. Dalam
masa penduduk - penduduk kampung
merungut rumpun padi
mereka rosak digigit
tikus - tikus, memang
sawah Tok Kuning tak
diganggu langsung. Terpaksa pula orang -
orang kampung
membakar sabut di atas
permatang setiap petang
biar tikus - tikus tidak
menyerbu datang. Beberapa kali juga
penduduk - penduduk
kampung terserempak
dengan ular sawa
menangkap tikus - tikus
di atas permatang sawah Tok Kuning tatkala
mereka membakar sabut
setiap senja. Sebab itu
mereka mengagak tentu
Tok Kuning memelihara
ular sawa berkenaan yang seolah - olah
menjaga sawah padi Tok
Kuning dari gangguan
tikus - tikus. Ketika Tok Kuning
membersihkan parit tali
air sewaktu musim turun
ke sawah, tiba - tiba
sahaja seisi kampung
menyedari yang bahawa dia telah hilang. Mulanya
mereka hanya
ternampak Tok Kuning
bersandar pada perdu
pokok dedalu sewaktu
matahari tengah tegak di atas kepala untuk
berehat setelah penat
membersihkan parit tali
air dengan bergotong
royong. Di dalam sekelip mata
sahaja Tok Kuning
sudah tidak kelihatan di
mana - mana. Sebab itulah
mereka menyangka
tentu Tok Kuning sudah balik ke rumah secara
tiba - tiba. Tetapi
sehingga santak petang,
Tok Oyam memberitahu
mereka bahawa Tok
Kuning masih belum pulang ke rumah tatkala
bergotong royong
membersihkan parit tali
air. Setelah lama Tok Kuning
hilang di perdu pokok
dedali di tengah sawah,
Tok Oyam telah
bermimpi dikunjungi
suaminya yang menjelma dengan berpakaian
jubah kuning laksana
padi tengah masak. Tok
Kuning ingatkan dia
supaya anak cucunya
tidak membakar jerami padi selepas habis musim
menuai. Dia juga
mengaku tidak dapat lagi
menemui Tok Oyam
semula setelah
mengembara jauh di kawasan bendang yang
luas. Tetapi penduduk
kampung tidak peduli
sangat dengan pantang
larang yang telah
diberitahu Tok Kuning di
dalam mimpi Tok Oyam itu. Apalah sangat mimpi
tatkala nyenyak tidur
kalau dibandingkan
dengan kesukaran
mereka mencebak tanah
sawah setelah habis musim menuai. Jerami
padi harus dibakar juga
biar mudah mencebak
tatkala air mula masuk
ke dalam lopak. Marah juga Tok Oyam
apabila mereka tetap
berdegil mahu melanggar
pantang larang
membakar jerami padi di
tengah sawah. Sebab itu Tok Oyam ingatkan
mereka setiap kali musim
turun ke sawah, nescaya
hasil padi akan menjadi
sekiranya parit tali air
mereka mengalir air keruh masuk ke lopak.
Tok Oyam tahu memang
Tok Kuning yang
bersihkan parit tali air
berkenaan, sekali pun
tiada sesiapa pun yang melihat dia terbongkok -
bongkok di situ
mencebak tanah. Tok Oyam sekadar cam,
air di dalam parit tali air
itu akan keruh
berkeladak sahaja
sebagai tanda Tok
Kuning turun bersihkan parit berkenaan.
sekiranya air tidak
keruh, tahu sangat Tok
Oyam memang padi tidak
akan menjadi sepanjang
tahun berkenaan. kalau tidak dijangkiti penyakit
sambar pun, burung ciak
atau tikus akan
berkeliaran menggetis
rumpun padi. mereka
semua akan mengeluh panjang akibat padi tidak
menjadi itu. Tidak lama selepas
kejadian Tok Kuning
hilang tatkala bersihkan
parit tali air, Tok Oyam
bermimpi lagi mengenai
rumpun serai bunga telah tumbuh di hujung
halaman rumahnya.
Sebaik sahaja bangun
pagi, segera Tok Oyam
menjengah ke hujung
halaman. memang terkejut dia apabila
melihat rumpun serai
bunga segar tumbuh
merimbun. Hinggalah Tok Oyam
meninggal dunia,
rumpun serai bunga itu
tetap merimbun tidak
diganggu sesiapa pun.
Kadang kala anak - anaknya terserempak
juga dengan ular sawa
berlingkar di tengah
belukar rumpun serai
berkenaan dengan
sisiknya berkilau laksana kaca disilau dengan
cahaya matahari. Disebabkan mereka
berdegil juga membakar
jerami padi, tiba - tiba
sahaja musim kemarau
yang berterusan telah
melanda hingga tanah sawah menjadi gersang.
Tumbuh - tumbuhan juga
menjadi layu laksana
dibakar api yang marak
menyala. Setelah tidak
lagi boleh bercucuk tanam, lantas sahaja
penduduk - penduduk
kampung itu berpindah
meninggalkan
perkampungan yang
diteroka oleh Tok Kuning itu. Lama kelamaan
perkampungan
berkenaan telah terbiar
menjadi hutan hingga
bertahun - tahun. Tetapi
rumpun serai bunga itu tidak lagi ditemui oleh
Andak Bucin apabila dia
masuk semula ke hutan
bersama dengan Lebai
Minin untuk mencari
rotan. Puas dia berlegar - legar di kawasan rumpun
serai bunga ditemui itu,
namun tetap tidak
kelihatan apa - apa di situ
selain daripada belukar
bemban yang tumbuh meliar. Kalaulah dia tidak
merentap rumpun serai
bunga berkenaan tatkala
mula - mula terserempak,
nescaya dia tidak akan
menemui lagi tumbuhan berkenaan. Tetapi Lebai
Minin tidak peduli sangat
fasal Andak Bucin yang
berbangga sangat
dengan rumpun serai
bunga yang ditemui di hutan itu. Apa lagi setelah
Andak Bucin mengakui
pernah terserempak
dengan kubur lama di
tengah hutan yang
berpagar dengan ruyung nibung. Hinggakan nesan
yang tercancang juga
diperbuat daripada
ruyung nibung juga. LAntas Andak Bucin pun
menetak anak - anak
kayu untuk dijadikan
tanda lalu dicancang di
situ biar mudah cam
tempat kubur lama itu ditemui. Apabila dia mahu
tunjukkan kepada Lebai
Minin keesokkan
harinya, mereka hanya
sekadar melihat anak -
anak kayu dipangkas yang dicancangkan oleh
Andak Bucin . Kubur
lama yang berpagar
dengan ruyung nibung
itu sekadar busut yang
ditumbuhi dengan belukar rotan sahaja. " Ah perkara kecil aje
fasal andak temui kubur
lama tu " ujar Lebai Minin
yang tidak berasa hairan
apa - apa. " Allah jadikan
langit tak bertiang, laut tak bergali, matahari
memancar di ufuk timur
lebih menakjubkan dari
kubur yang hilang tu "
perlahan dia menjelaskan
setelah Andak Bucin merasa hairan dengan
kejadian sedemikian. memang Andak Bucin
bermimpi juga fasal
kubur yang ditemuinya
itu memang kubur Tok
Kuning . Tetapi Andak
Bucin tidaklah peduli sangat dengan mimpi
demikian. Hinggalah
beliau terserempak
dengan jelmaan lelaki
berjubah kuning yang
mengakui dirinya Tok Kuning berjejak pada
rumpun serai bunga di
hujung halaman itu. Terkejut juga Andak
Bucin apabila Tok
Kuning memberitahu
yang dirinya juga
berketurunan Tok
Oyam . Lantas Tok Kuning menyuruh dia
tadahkan minyak yang
memancut di perdu
rumpun serai bunga
dengan tempurung.
Setelah Tok Kuning hilang bagaikan asap
yang ditiup angin, segera
Andak Bucin menyuluh
ke perdu rumpun serai
bunga berkenaan. Tetapi
tiada setitik pun minyak yang memancut di situ. Apabila bangun pagi
sebaik sahaja matahari
naik sepenggalah, segera
Andak Bucin jengah
semula ke rumpun serai
bunga itu. memang hatinya tidak puas kalau
tidak melihat apa - apa di
situ. Ketika ini barulah dia
melihat perdu serai itu
berlendir tetapi berbau
harum. Setelah dikuis - kuis lendir yang berbuih
pada perdu rumpun serai
bunga itu, barulah
ternampak minyak
memancut bagaikan mata
air di dasar telaga. Tidak bertangguh Andak
Bucin pun tadahkan
dengan tempurung,
tetapi hanya dapat
sekadar beberapa titik
sahaja. Lalu dibubuh di dalam botol yang sebesar
ibu jari pun sekadar acup
dasar sahaja. Disebabkan
bau minyak berkenaan
harum, lantas sahaja
disimpan baik - baik oleh Andak Bucin . Semenjak
dia menemui minyak
wangi pada perdu serai
bunga itulah, terasa
sangat pada Andak Bucin
rezekinya mencurah masuk. Kalau bertukang
rumah pun cepat sahaja
orang sudah membuat
janji dengannya hingga
Andak Bucin serba salah
mahu menerima tempahan. " Minyak ini tidak ada
kuasa apa - apa "
beritahu Andak Bucin
tatkala menunjukkan
botol minyak
senyonyong itu kepada Haji Basar . " Yang pentingnya usaha
kita sendiri " dia
menjelaskan supaya
menantunya tidak
bergantung sangat pada
minyak berkenaan. Dia sekadar tadah
minyak berkenaan
apabila memancut di
celah rumpun perdu serai
bunga. Kemudian
asapkan dengan kemenyan setiap kali
bulan mengambang
penuh hingga minyak
berkenaan penuh
sebotol. Apabila bulan
menurun nescaya minyak di dalam botol
berkenaan juga susut
sampai setengah botol. Minyak senyonyong
berkenaan yang bukan
sahaja membuatkan
Andak Bucin merasakan
rezekinya bertambah,
juga boleh digunakan untuk memikat sesiapa
pun. Memang Andak
Bucin berkahwin lagi
selepas minyak
senyonyong itu di
tadahkan di dalam tempurung. Selepas minyak
berkenaan disimpan baik
- baik, tidak ada lagi
kelihatan minyak yang
memancut pada perdu
serai bunga berkenaan. Disebabkan isterinya
merasa marah sangat
apabila Andak Bucin
berkahwin lain, lantas
dia mengambil keputusan
mahu menebas rumpun serai berkenaan. Isteri
Andak Bucin menuduh
tentu disebabkan
rumpun serai berkenaan,
suaminya mudah sahaja
memikat perempuan akibat minyak
senyonyong yang
memancut di situ. Tatkala dia
menghayunkan parang
panjang, sekali gus
matanya bersilau hingga
beliau tergamam. Parang
di tangannya juga tercampak ke tanah.
Sewaktu dia
membongkok mahu
mencapai parang, tiba -
tiba sahaja isteri Andak
Bucin ternampak batu berwarna warni
berlonggok di perdu
serai bunga itu. Apabila
dikutip batu - batu
berkenaan, isteri Andak
Bucin pun jatuh asyik. kemarahannya terhadap
Andak Bucin mulai
luntur serta - merta. Isteri Andak Bucin mulai
berubah. Biarlah Andak
Bucin berahwin lain
asalkan dia dapat
mengutip batu berwarna
warni di perdu serai bunga berkenaan. Siapa
sahaja yang inginkan
batu itu dijadikan batu
cincin, bila bila sahaja dia
akan jualkan. Isteri
Andak Bucin lah satu - satunya yang tahu
waktu yang sesuai untuk
mengutip batu yang
berwarna - warni itu.
Kalau takat berniat mahu
membolot sendiri, sampai bila pun mereka tidak
akan dapat melihat batu
berkenaan berlonggok
macam pasir berserak. " Kamu simpan lah
minyak ini " ujar Andak
Bucin ikhlas
menyerahkan kepada
menantunya, Haji Basar . Sengaja Haji Basar
simpan botol minyak
berkenaan di dalam
kabinet di dipejabatnya,
supaya tidak ditemui oleh
Hajah Rusijah jika di simpan di rumah. Biarlah
isterinya tidak tahu apa -
apa mengenai minyak
senyonyong itu. Andak
Bucin sendiri
ingatkannya supaya rahsiakan daripada
pengetahuan anak -
anaknya yang lain
setelah dia serahkan
kepada Haji Basar . Apabila dia mengalami
masalah kesempitan
berniaga, Haji Basar
sudah tidak harapkan
apa - apa lagi pada
minyak berkenaan. Apa sangat minyak
senyonyong di dalam
botol itu boleh lakukan
sekiranya dia sendiri
tidak berusaha. Tetapi
setelah menemui Ucu Semali, tiba - tiba sahaja
dia diganggu dengan
kereta jenazah yang
bergerak sendiri dengan
tidak ada pemandu. Bukan dia sahaja yang
mengalami kejadian
sedemikian, Ucu Semali
juga berturut - turut 3
pagi nampak kereta
jenazah di tengah halaman rumahnya.
Manalah di kawasan Felda
berkenaan pernah ada
kereta jenazah melintas. " Macam mana
pandangan ustaz dengan
kereta jenazah itu? " Haji
Basar mendesak setelah
Ucu Semali juga berasa
hairan dengan kemunculan kereta
jenazah berkenaan di
halaman rumahnya. " Agaknya arwah Andak
Bucin terkilan, kerana
tak ada kereta jenazah
nak bawa mayatnya
balik ke rumah! " lantas
sahaja Mat Sutin membuat andaian.
Tersengih - sengih sahaja
dia menatap muka saya. " Tapi, saya nampak
dinding pejabat Haji
Basar bagaikan ada mata
air macam tebing telaga "
jelas Ucu Semali apabila
kenangkan melihat bayangan mengenai
keadaan sekitar pejabat
Haji Basar . Lama saya beristighfar
setelah menyuruh Haji
Basar lekapkan tapak
tangan kanannya pada
dada kiri. Sewaktu
dibacakan surah al fatihah sebanyak 41 kali,
memang jelmaan Tok
Kuning seolah - olah
terconggok di sisinya.
Memang Haji Basar tidak
tahu apa - apa mengenai Tok Kuning , disebabkan
arwah bapa mertuanya
tetap rahsiakan
mengenai kejadian dia
terserempak dengan
lelaki tua berjubah kuning itu. selesai.

25. TOK AWANG NGAH - MANDI AIR 7 KUALA.

$
0
0
Perkara lama terkejang
berbulan - bulan hingga
ombak dada kencang
turun naik tidak sama
dengan amalan mahu
tenaga gagah. Tentu Kasan Tobek juga tidak
berniat mahu tenaganya
gagah apabila datuknya
Tok Semulih mandikan
dia apung semasa masih
kecil tatkala terkial - kial berjalan. Bimbang juga
datuknya akan lutut
cucunya akan terkoyak
luka kalau jatuh
tersungkur. Sebab itu Kasan Tobek
dimandikan amalan
apung apabila dijirus air 7
kuala sungai. beberapa
kali Kasan Tobek jatuh
tersungkur, tidak pernah pun dia mengalami luka
kepala lutut. ketika
umurnya 10 tahun pun
Kasan Tobek tidak
berasa sakit apa - apa
tatkala jari kakinya ditusuk lidi enau hingga
tembus sampai ke
sebelah. Sengaja Kasan Tobek
tidak cabutkan lidi enau
yang melekat ke daging
itu kerana merasa terlalu
sakit sekiranya disentap.
3 hari Kasan Tobek biarkan sampai daging
membusuk barulah lidi
enau berkenaan dapat
disentap keluar. Memang
Kasan Tobek tidak
bimbang apa - apa kalau terjatuh dimana - mana
setelah datuknya Tok
Semulih ingatkan dia
mengenai mandi air
apung 7 kuala sungai. Sekiranya terluka akibat
jatuh tergelincir, Kasan
Tobek sekadar
pupukkan dengan tasak
sarang lelabah melekat
pada bumbung atap sahaja. dia juga akan
kunyah pucuk senduduk
lalu dipupukkan pada
luka biar darahnya tidak
meleleh berterusan.
Tetapi kulit Kasan Tobek tidak sama dengan
kawannya, Tapa Lekeh .
Cubalah Tapa Lekeh
jatuh tersungkur hingga
luka kepala lutut,
nescaya berminggu - minggu menahan
kesakitan. Dipupuk dengan tasak
sarang lelabah melekat
pada bumbung atap pun,
luka Tapa Lekeh tidak
akan sembuh serta
merta. Bukan Tapa Lekeh sahaja luka tidak
sembuh dipupuk dengan
tasak, Berahim Tenyeh
yang luka kaki
disinggahi mata tajak
pun sampai berhari - hari jalan berdengkot tidak
boleh jejak ke tanah. " Arwah ayah kalau luka,
bubuh air liur pun boleh
sembuh " ujar Lasah bila
kenangkan ayahnya
Kasan Tobek yang tidak
bimbang apa - apa sekiranya terluka. Tidak lama selepas
kematian ayahnya, Lasah
datang juga menemui
saya memberitahu
mengenai tanah di atas
kubur ayahnya roboh bagaikan tanah pasir
jerlus. Sudah beberapa
kali dikambus semula,
tetapi tanah berkenaan
jerlus juga bagaikan
terowong besar ternganga dibawahnya. Memang Lasah tidak
percaya tanah kubur
ayahnya jerlus hingga
tidak boleh dikambus. Dia
tahu tanah kubur jerlus
itu tidak akan berlubang hingga ternganga
sekiranya tidak
dikambus dengan tanah
lain. Tetapi tanah
berkenaan akan terus
jerlus apabila dikambus sampai berpungkis -
pungkis. " Dah puas saya kambus
tapi tanah tu jerlus juga,
ustaz! " keluh Lasah
rusuh dengan kejadian
yang menimpa kubur
ayahnya. Tetapi saya sendiri tidak
tahu bagaimana mahu
membantu. Kalau sudah
dikambus berulang kali
tanah berkenaan jerlus
juga, manalah saya boleh ikhtiarkan cara lain.
Memang hairan juga
bagaimana tanah kubur
boleh jerlus setelah
dikambus berpungkis -
pungkis. Ke mana pula tanah berkenaan
membolos kalau tanah di
dasar kubur tidak
berlubang ternganga. Hanya yang boleh saya
lakukan sekadar
bacakan surah yassin
dengan airnya dijirus ke
atas tanah kubur.
Kemudian menyuruh Lasah kambus semula
sampai padat. Kalau
jerlus juga hingga
merendap, lebih baik
dikonkrit sahaja dengan
simen. seminggu selepas saya bacakan surah
yassin, kubur berkenaan
tidak lagi jerlus
tanahnya. Selepas bertahan
beberapa hari, Lasah
merungut lagi
disebabkan tanah kubur
ayahnya jerlus juga.
Bimbang juga kalau tanah jerlus itu akan
berlubang hingga sampai
ke liang lahad. tentu
mayat ayahnya yang
sudah reput akan
terbongkar keluar kalau tidak dikambus kukuh.
Manalah tahu anjing yang
berkeliaran akan
mengorek tanah kubur
apabila dibiarkan
terjerlus sedemikian. " Tolonglah ikhtiarkan
ustaz! " Lasah merayu
dalam perasaan terharu
yang menusuk. Mengeluh pendek saya
disebabkan tidak tahu
bagaimana mahu
ikhtiarkan lagi. Tetapi
Lasah terlalu
mengharapkan saya sekali pun sudah
diberitahu saya tidak
pernah mengalami
kejadian sedemikian.
Memang Kasan Tobek
pernah beritahu Lasah mengenai kawan
datuknya sewaktu dia
masih lagi di Paya
Kumbuh. Lama ayah kawannya,
Rangkayo Bano
terkejang setelah
mengidap sakit lelah
berterusan. Setelah
diberitahu oleh Rangkayo Bano
mengenai ayahnya,
Sibingkong terkejang
tidak boleh bergerak
bangun lantas Tok
Semulih pun datang menjengah. Tersenyum
Sibingkong sebaik
sahaja melihat Tok
Semulih naik ke rumah. Tiba - tiba sahaja
Sibingkong terus duduk
meminta nasi tatkala Tok
Semulih duduk disisinya.
Hairan juga Rangkayo
Bano disebabkan ayahnya sudah berbulan
- bulan terkejang tetapi
terus sahaja bingkas
bangun apabila dijengah
Tok Semulih . Sekali gus
pula ayahnya meminta nasi disebabkan terlalu
lapar. Tatkala Rangkayo Bano
hulurkan hidangan,
Sibingkong sekadar
menyuapkan nasi sahaja
dengan tidak menjamah
lauknya. Beberapa kali ditambah nasi, dia masih
tetap berselera menyuap.
Kemudian dia meratah
lauk sampai habis gulai
satu belanga. Memang
terkejut Rangkayo Bano dengan sikap ayahnya
yang terlalu rakus
makan sekali pun
hidangan yang diberikan
kepadanya untuk
beberapa orang menjamah makanan. Lantas Tok Semulih
bisikkan pada rakannya
Rangkayo Bano supaya
tidak terpengaruh
dengan perubahan diri
ayahnya. Tahu sangat Tok Semulih fasal
Sibingkong sengaja
menumpang tenaga pada
dirinya apabila bingkas
bangun menjamah
makanan. Tatkala Sibingkong menyuap
nasi, terasa pada Tok
Semulih badannya
beberapa kali berkisar
bagaikan menahan
beban yang terlalu berat. Setelah selasi makan,
terus sahaja Sibingkong
turun ke tanah berjalan
berkeliling rumah.
bangga sangat dia dapat
berjalan berkeliling setelah lama sangat
terkejang tidak boleh
bergerak kemana -
mana. memang
termengah - mengah Tok
Semulih menahan beban setelah menyedari
Sibingkong menumpang
tenaganya ketika itu. Segera Tok Semulih
memujuknya supaya
naik semula ke rumah.
Sebaik sahaja Sibingkong
berbaring semula di
tempat tidur, tidak bertangguh Tok Semulih
kisarkan tumit kakinya
ke lantai lalu
membacakan : " Allahu
yatawaffal anfusahina
mau-tiha wallati lam- tamut fi-manamiha
fayumsikul lati qoda
'alaihalmau-ta wayursilul
ukhro ila-ajalim
musammam, inna fi-zalika
la-ayatin liqaumiy yatafakkarun ". Apabila Tok Semulih
hentakkan tumit
kakinya, tiba - tiba sahaja
Sibingkong tergamam
bagaikan jatuh
terhenyak duduk. terjegil matanya
merenung tajam ke arah
Tok Semulih seolah - olah
kecewa dengan
keputusan Tok Semulih. " Kamu nak biarkan aku
terkejang macam ni,
Semulih ? " gerutu
Sibingkong tidak
berkedip mata
memandang Tok Semulih . " Kalau gagah bangun
sendiri, jangan tumpang
pada aku! " sahut Tok
Semulih keras
menyebabkan Rangkayo
Bano terkejut. bimbang juga dia kalau kawannya
itu memarahi ayahnya
apabila tiba - tiba sahaja
menjamah nasi hingga
habis satu periuk. tidak
pernah ayahnya boleh gagahi menyuap nasi
kalau tidak di depan Tok
Semulih. " Dah lama kamu
berkawan dengan
Rangkayo Bano, takkan
tak boleh aku nak
menumpang kamu? "
tersengih - sengih Sibingkong macam
memujuk lelaki yang
tercongok di depannya
itu. " Aku tahu kamu
bukannya Pak
Sibingkong ! " jerkah
Tok Semulih lantas
memberi isyarat kepada
Rangkayo Bano supaya dibuangkan papan lantai
sekeping, bumbung atap
sekeping dan ditetas
anak tangga. " Kamu yang pakai susuk
gagah Semulih ,
bukannya aku " lantas
Sibingkong menyindir
sebaik sahaja Rangkayo
Bano bingkas bangun menuruti apa sahaja
yang diberitahu oleh Tok
Semulih . " Oh, sebab itu kamu
hendak menumpang? "
sengaja Tok Semulih
mengejeknya apabila
Sibingkong ungkit
mengenai susuk besi kursani yang ditusukkan
pada rusuknya. " Tak patut kalau kamu
tak bantu aku, Semulih ! "
mendengus marah
Sibingkong apabila atap
bumbung rumah dibuang
sekeping, lantainya diumpil sekeping
manakala anak tangga
juga ditetas pengikat
simpainya hingga
tergajai. " Kalau Pak Sibingkong
bila - bila aku bantu, tapi
kamu setan! " sahut Tok
Semulih menggertapkan
bibir setelah beliau
melihat Pak Sibingkong berbayang - bayang
terlindung di sebalik asap
hitam yang melabun -
labun. Masakan Rangkayo Bano
tidak dapat mengagak
bagaimana ayahnya tiba -
tiba sahaja boleh bingkas
bangun hingga turun ke
tengah halaman. Kemudian berjalan
berkeliling rumah seolah
- olah melepaskan rasa
kemaruk setelah
berbulan - bulan
terkejang tidak boleh berjejak kaki. Tetapi Tok Semulih tahu
dia sendiri bagaikan
memapah Sibingkong
turun ke tengah
halaman. puas dia cuba
menjauhkan diri dari kepulan asap hitam yang
menyelubungi diri
Sibingkong itu. Namun
terasa bagaikan besi
berani menyentap
dirinya. Hairan juga Tok Semulih apabila lembaga
yang bersatu dengan diri
Sibingkong dapat
menumpang tenaganya
untuk turun ke tengah
halaman. Lama dia terkial - kial
mahu melepaskan diri,
barulah Tok Semulih
menyedari akan susuk
besi kursani yang
ditusukkan pada rusuknya. kalau tidak
kenang dia mengidap
lemah tenaga lelaki,
memang Tok Semulih
tidak akan tusukkan
susuk besi kursani pada rusuknya. Memang Tok
Semulih lama terkejang
tidak boleh bangun
setelah jatuh memanjat
pokok kelapa hingga
patah pinggangnya. Terpaksa ayahnya,
Malam Sidi hantarkannya
ke rumah kawannya
Sutan Balah yang jauh
terpencil di pinggir hutan.
di pondok Sutan Balah yang berdindingkan
kulit kepung itu Tok
Semulih ditinggalkan,
setelah Sutan Balah
berikan syarat supaya
siapa pun tidak boleh datang menjengah
sampai 44 hari. Sewaktu tinggal bersama
Sutan Balah , dia sekadar
diberi makan umbut
sahaja dengan tidak
boleh menjamah apa -
apa selainnya. disebabkan banyak
sangat memakan umbut,
memang Tok Semulih
bagaikan tidak sedar
sangat bagaimana Sutan
Balah mengubati pinggangnya yang patah
itu setelah terjatuh
tatkala memanjat pokok
kelapa. Ketika tengah malam,
terkejut juga Tok
Semulih apabila lampu
dipadamkan yang
menyebabkan mereka
bergelap. Sutan Balah sekadar berzikir sahaja
sepanjang malam sebaik
sahaja beliau
merebahkan badan.
Dalam masa Sutan Balah
masih berzikir itulah, Tok Semulih mendegar
sekawan gajah
berkeliaran disekeliling
rumah. sekali sekala
gajah berkenaan akan
sengaja menggeselkan badannya pada dinding
tempat Tok Semulih
terkejang tidak boleh
bergerak itu. Hinggalah Tok Semulih
dikejutkan apabila
sekawan gajah yang
menggesel dinding
rumah itu,
menghulurkan belalai pada celah dinding. Dia
bagai terasakan belalai
gajah itu menghidu - hidu
pada pinggangnya yang
patah itu hingga terasa
sengal - sengal sampai ke paha. terpaksa Tok
Semulih mendiamkan diri
sahaja disebabkan Sutan
Balah sudah ingatkan dia
supaya tidak ungkit apa -
apa asal sahaja mengalami kejadian yang
luar biasa. Tidak sampai 44 malam di
rumah Sutan Balah,
pinggang Tok Semulih
mula beransur pulih. dia
sudah boleh berpaut
pada dinding tatkala berjalan ke pintu. ketika
ayahnya Malim Sidi
menjengah setelah 44
hari ditinggalkan
dipinggir hutan
berkenaan, Tok Semulih sudah mampu
bertongkat berjalan
berdengkot - dengkot
mendekati ayahnya. Memang terasa
terseksanya Tok Semulih
menghadapi ujian getir
setelah terjatuh semasa
memanjat pokok kelapa
itu. Pinggangnya patah sehingga tidak boleh
tegakkan badan. dia
terkejang tidak boleh
bergerak apa - apa
bagaikan mayat terbujur
di tengah rumah. setelah dibawa berubat pada
Sutan Balah , tenaganya
kembali pulih apabila 3
malam berturut - turut
ditonyoh dengan belalai
gajah. Dia sekadar mendengar
gajah - gajah berkenaan
mendengus di dalam
gelap malam sambil
menolak - nolak
pinggangnya dengan belalai. Ketika ini dia
tidak melihat Sutan Balah,
kecuali kedengaran
sayup - sayup zikirnya
dalam masa Tok Semulih
bagaikan tengah bermimpi. Jikalau diheret
gajah turun ke tanah
dengan belalainya pun
Tok Semulih tidak dapat
berbuat apa - apa
disebabkan ketika itu dia di dalam keadaan sedar
dan tidak sedar sahaja. Selepas pinggangnya
pulih tidak terasa sakit
apa - apa inilah baru Tok
Semulih menyedari
bahawa dia sudah
kehilangan tenaga kelakian. Malu benar dia
mahu memberitahu
ayahnya Malam Sidi
mengenai kejadian yang
menimpa dirinya. Sebab
itu dia terus menemui Sutan Balah dengan
tidak memberitahu
ayahnya terlebih dahulu.
biarlah dia pendamkan
rahsia berkenaan dengan
Sutan Balah sahaja. Tersenyum Sutan Balah
apabila diberitahu oleh
Tok Semulih mengenai
dirinya yang kehilangan
tenaga kelakinya itu.
Seminggu pula Tok Semulih diminta tidak
menemui sesiapa dengan
memakan umbut nibung
sahaja. 3 pagi pula Sutan
Balah mengasah tenaga
kelakian Tok Semulih dengan batu petir lalu
dibacakan : " gembira ala
ali mali wali mali, hidup di
atas hidup di bawah,
bangkit engkau seperti
sediakala, dengan gerak petua, huuu... ". Setelah dikilir dengan
batu petir, Sutan Balah
jiruskan pula dengan air
7 kuala sungai yang
ditampung di dalam
tempayan. terasa pada Tok Semulih seluruh
badannya berasap
tatkala air dijiruskan.
Terketar - ketar dia
menahan kesejukan
apabila Sutan Balah menyuruh dia
mencangkung di bawah
tangga tatkala matahari
belum lagi memancar. Semasa mencangkung di
bawah tangga Tok
Semulih duduk di atas
tumit, dengan
ditampankan tenaga
kelakiannya di situ. ibu jari kaki sahaja cecah ke
tanah dengan 2
tangannya menampar
pinggang sebanyak 3
kali asal sahaja air
dijiruskan oleh Sutan Balah ke kepala. Tok
Semulih terpaksa
mematuhi apa sahaja
petua yang ditunjukkan
oleh Sutan Balah dalam
masa dia sangat mengharapkan orang
tua itu membantunya. Lagi pun bukanlah sukar
sangat mandi di bawah
tangga dengan
bertupang pada ibu jari
kaki dalam masa tumit
diasak pada tenaga kelakiannya. Biar terasa
segala urat di seluruh
badan menyentap
semasa duduk di atas
tumit sedemikian. ketika
tangan menumbuk kuat pada pinggang, Sutan
Balah menyuruhnya
membacakan perlahan : "
mandi nur mandi nir,
mandi di pintu petua,
mandi nyawa serta badanku, sangka pasak
sangka batu, sangka
pasak sangka besi, besi
sembilan desa akan
pasak pemasung dalam
diriku, ikut petua guruku, huu... ". Setelah siap mandi, Sutan
Balah asapkan pula
dengan kemenyan.
seminggu dia tidak
dibenarkan menemui
sesiapa sahaja apabila duduk di rumah Sutan
Balah . Kemudian barulah
rusuk kanan Tok Semulih
telah ditusukkan
dengan besi kursani
berwarna kekuningan laksana emas disepuh. 3
kali diketuk Sutan Balah
pada kepala lutut Tok
Semulih sambil menyeru
supaya biar tenaga
kelakiannya pulih semula. Sebaik sahaja tenaga
kelakiannya pulih, segera
disangkutkan 4 biji buah
kelapa di situ oleh Sutan
Balah . Tersenyum Sutan
Balah disebabkan tenaga kelakian Tok Semulih
mampu bertahan tatkala
disangkutkan 4 biji buah
kelapa. Setelah
ditusukkan susuk besi
kursani pada rusuk kanannya, memang Tok
Semulih tahu tenaganya
di sebelah kanan mampu
bertahan sampai bila -
bila pun. Kalau kerbau
menghayun tanduk
menyinggahi rusuk
sebelah kanannya,
nescaya tidak berbekas
apa - apa pada Tok Semulih. Tatkala dia
meninggalkan
payakumbuh, sempat
juga dia menemui Sutan
Balah . Berat juga hatinya
mahu tinggalkan sanak saudara apabila ayahnya
Malim Sidi mengambil
keputusan mahu
berpindah ke
semenanjung. Dia
terpaksa mematuhi kemahuan ayahnya yang
mahu mencari
penghidupan baru
setelah dibaritahu oleh
kawan - kawannya
mengenai semenanjung yang sesuai untuk
membina penghidupan
baru. Tidak lama selepas
jejakkan kaki di
semenanjung, tiba - tiba
ayahnya Malim Sidi
mengidap penyakit
demam kura - kura sampai terkukul - kukul
kesejukkan sepanjang
malam. Sebulan ayahnya
mengidap demam kura -
kura, Malim Sidi pun
meninggal dunia tanpa sempat memulakan
penghidupan baru.
Terpaksalah Tok Semulih
menjadi ketua keluarga
setelah ayahnya
meninggal dunia hingga meneroka di kampung
yang dipenuhi belukar
tebal. Sebab itu Tok Semulih
tetap kenang kejadian
dia diminta kawannya
Rangkayo Bano
menjengah ayahnya
Sibingkong yang terkejang sakit. setelah
dia lepaskan besi kursani
yang dipaut oleh lembaga
berpusar - pusar yang
bagaikan asap hitam
menyelubungi Sibingkong , barulah
tenaga Sibingkong
kembali lemah. Apabila
Rangkayo Bano
buangkan atap sekeping
pada bumbung, anak tangga sebatang dan
lantai sekeping tiba - tiba
sahaja Sibingkong
menggelepar. " Kamu nak bunuh aku
ke, Semulih ? " terketar -
ketar Sibingkong
manahan ombak
nafasnya yang beralun -
alun kencang. Tetapi Tok Semulih tidak
peduli apa - apa. dia
sendiri tidak menduga
Sibingkong boleh
berpaut pada susuk besi
kursani di dalam dirinya untuk menumpang
pulihkan semula
tenaganya yang lemah. Setelah Tok Semulih
hentakkan tumit
kakinya ke lantai
berulang kali, Sibingkong
pun perlahan - lahan
mula menutup matanya. tangannya terkuit - kuit
jari bagaikan mahu
menggapai mencari
tempat berpaut. apabila
Rangkayo Bano
diberitahu bahawa ayahnya sudah
meninggal dunia, cepat -
cepat dia membujurkan
jenazah ayahnya. Semasa jiran - jiran
datang menjengah
jenazah Sibingkong ,
mereka terkejut apabila
melihat mata mayat
berkedip. Lantas mereka pun mengesyaki bahawa
Sibingkong masih belum
meninggal dunia. Tapi
Rangkayo Bano tahu
ayahnya memang sudah
meninggal dunia disebabkan detak
jantungnya sudah
berhenti. Sewaktu
mereka mahu
memandikan jenazah tiba
- tiba sahaja seisi rumah menjadi gempar apabila
melihat jenazah
Sibingkong hanya
tinggal longgokan tulang
sahaja. " Apa salah ayahku,
Semulih ? " keluh
Rangkayo Bano yang
terkilan dengan kejadian
yang menimpa ayahnya. " Aku tak tahu apa
amalannya, RangKayo! "
beritahu Tok Semulih
yang serba salah mahu
menerangkannya. " Kalau begitu ayahku
ada mengamalkan
amalan yang salah "
gerutu Rangkayo Bano
setelah menyedari
ayahnya merahsiakan mengenai amalannya
selama ini. " Kamu tentu tahu
mengenai amalannya "
lantas Tok Semulih
mengagak fasal amalan
Sibingkong apabila dia
melihat lembaga hitam bagaikan asap
menyelubungi dir orang
tua itu. " Memang aku tak tahu
amalan dia, Semulih ! "
ujar Rangkayo Bano
terkejut kerana tidak
menyangka ayahnya
mengamalkna amalan sedemikian. Tetapi memang dia
menyedari tenaga
ayahnya memang luar
biasa apabila kehutan
menebang tebas hutan.
Tatkala kawan - kawan ke bukit, dia sengaja
membelok kebukit lain
untuk menebang pokok.
dalam masa kawan -
kawan yang lain masih
terkial - kial mahu menebang sebatang
pokok, Sibingkong
sudah tumbangkan 5 - 6
pokok besar hingga 5 - 6
pemeluk. Pokok - pokok yang
tumbang jongkang
kalang itu tidak payah
dipotong dengan kapak .
Kawan - kawannya tahu
sangat mengenai tenaganya yang luar
biasa kalau menebang
tebas meneroka hutan.
Tatkala terserempak
dengan harimau, tidak
bertangguh Sibingkong akan cabutkan pokok 2
- 3 pemeluk terus
dihembat ke belakang
binatang berkenaan.
Tidak sempat harimau
tersebut mahu mengelak apabila pokok besar
menimpa belakangnya. Rangkayo Bano sekadar
mendengar cerita jiran -
jiran sahaja mengenai
tenaga luar biasa
ayahnya. Dia sendirI
tidak pernah melihat ayahnya memikul beban
berat. Kalau ayahnya
memikul beban pun,
Rangkayo Bano sekadar
melihat ayahnya memikul
padi seguni penuh. Mudah sahaja ayahnya
meletakkan guni padi
berisi padat itu ke
bahunya lantas terus
dipikul tidak bertangguh. " Ayahku pakai susuk
gagah ke, Semulih ? "
desak Rangkayo Bano
yang masih terkilan
dengan kejadian yang
menimpa jenazah ayahnya. Dia sendiri
melihat mata ayahnya
berkedip setelah jenazah
dibujurkan di tengah
rumah. Kemudian
jenazah berkenaan tinggal menjadi
longgokan tulang
kerangka semasa mahu
dimandikan.
Selepas dikebumikan
tulang belulang kerangka jenazah itu,
Rangkayo Bano terkejut
apabila tanah kubur
ayahnya jerlus. Kubur
berkenaan mendap
hingga berlubang laksana kayu reput tidak
tertahan. Bagaikan hilang
akal Rangkayo Bano
disebabkan kubur
ayahnya terus juga jerlus
sekali pun dikambus berpungkis - pungkis. Terpaksa Rangkayo
Bano memujuk Malim Sidi
membantu setelah dia
kecewa dengan kejadian
yang menimpa ayahnya
itu. Segera Malim Sidi menyuruh Tok Semulih
memberitahu Sutan
Balah mengenai hal
tersebut. Tatkala Sutan
Balah datang menjengah
ke rumah Rangkayo Bano, terus sahaja dia
naik ke atas loteng lalu
mengambil peti kayu
yang tersembunyi di situ. Terus sahaja Sutan Balah
menyuruh Rangkayo
Bano bakar sahaja peti
kayu berkenaan. Sebaik
sahaja dibakar, terkejut
Rangkayo Bano apabila beliau mendengar jeritan
nyaring di udara yang
memanggil - manggil
nama Sibingkong . Abu
peti kayu yang dibakar
itu diserakkan di atas kubur. setelah itu, kubur
Sibingkong tidak lagi
jerlus. " Arwah datuknya Tok
Semulih pernah
bercerita dengan arwah
ayah macam tu, ustaz "
ujar Lasah yang terasa
seram sejuk juga apabila kenang kejadian
demikian. " Pak Kasan ada simpan
peti kayu ke? " sengaja
saya mahu mengusik
Lasah yang serba salah
apabila disebut mengenai
peti kayu berkenaan. " Setahu saya tak ada "
sahut Lasah yang
bimbang juga sekiranya
ayahnya ada menyimpan
peti kayu sama macam
kisah Sibingkong . Tetapi saya tidak peduli
sangat mengenai
Sibingkong yang
diceritakan oleh Tok
Semulih . Tatkala senja
samar -samar, sengaja saya mengajak Lasah
menjengah kubur
ayahnya selepas sahaja
tunaikan solat maghrib di
surau. Setelah
membacakan surah al ikhlas 100 kali, lantas
saya duduk tersandar
pada perdu pokok
temunik bersama Lasah . Sebaik sahaja kawasan
kubur menjadi gelap,
saya mencuit bahu Lasah
tatkala melihat lembaga
besar terconggok di atas
kubur. Dia menghenyak - henyakkan
punggungnya di atas
kubur itu hingga
terdengar jeritan halus
Kasan Tobek bagaikan
dihenyak pinggangnya. tidak bertangguh saya
bacakan : " salaman 'ala
sulaiman fil-'alamin, hazihi
jahannamul-lati kuntum
tu'adun ". Sekali gus pula batu -
batu sebesar reban ayam
berterbangan menerjah
tubuh lembaga besar
yang terconggok itu.
tercenggang - cenggang dia tergamam apabila
batu - batu berkenaan
bertubi - tubi menerjah
kepalanya. Dalam
terjahan batu - batu yang
merah berbara itulah, lembaga besar
berkenaan bolos lari
bersama angin malam
yang bertiup sepoi -
sepoi itu. Tatkala itu saya juga
terasa melayang bersama
elusan angin lalu terus
mengekori lembaga
berkenaan. Sewaktu
lembaga besar itu melompat ke atas batu
jeram, segera saya
menghambatnya ke situ.
Terkejut lembaga besar
itu apabila melihat saya
berdiri di hadapannya. Sebaik sahaja lembaga
besar itu mahu
menghentakkan
kakinya, lantas sahaja
saya tunjalkan jari ke
udara. Tiba - tiba sahaja ia jatuh berguling ke
bawah jeram. Apabila dia
bingkas bangun, segera
saya membacakan surah
al fatihah 3 kali lantas
membayangkan yang tubuh saya membesar
laksana gunung
tersergam. Sekali gus saya melihat
ke bawah seolah - olah
lembaga besar itu
menjadi kecil sekecil -
kecilnya. Ke mana sahaja
lembaga itu mahu berlindung, segera saya
halang dengan jari
telunjuk lalu
menyebabkan dia
terpinga - pinga
kecemasan. " Ilmu syaitan terbatas,
tetapi ilmu Allah meliputi
7 petala langit 7 petala
bumi! " jerkah saya
hingga lembaga tersebut
terketar - ketar ketakutan. Setelah terkial - kial di
tengah air jeram mahu
melepaskan diri, lembaga
berkenaan mendongak
memerhatikan saya.
Perlahan - lahan dia memberitahu mengenai
Tok Semulih telah
memisahkan dirinya
dengan Sibingkong .
Tidak patut Tok Semulih
pisahkan mereka tatkala Sibingkong
memerlukan tenaganya
dalam saat terkejang
tidak boleh bangun
berjejak kaki. Apabila Tok Semulih
mandikan cucunya
Kasan Tobek dengan air
apung, tentu bukan
mudah mahu lunturkan
semangatnya. Masakan Kasan Tobek berasa
bimbang mengalami
cedera kalau berulang -
ulang kali terguling jatuh
namun tetap tidak
terkehel tulang. Sebab itu sengaja dia halang Kasan
Tobek di tengah
perjalanan, biar lelaki itu
mengalah di depannya. Tetapi Kasan Tobek
tetap bertahan. Dia tidak
peduli lembaga besar
sebesar mana pun yang
menghalangnya di
tengah jalan, bila - bila akan diterkamnya. Sekali
pun tidak dapat
dibantingnya sampai
terguling ke tanah, Kasan
Tobek tetap paut kaki
lembaga tersebut untuk menyentapnya. " Aku Sibingkong ,
sahabat baik datuk
kamu! " beritahu
lembaga besar itu setelah
menyedari Kasan Tobek
tidak mahu mengalah. " Kalau kau berniat baik,
tak apa! " sahut Kasan
Tobek memberi amaran.
" Kalau kamu berniat
jahat, sampai bila pun
aku akan tetap lawan " tegasnya sambil
mendengus marah. " Takkan Sibingkong
akan berniat jahat
kepada kawan sendiri "
ujar lembaga besar itu
sambil tersengih - sengih. Memang Kasan Tobek
tidak peduli sama ada
jelmaan Sibingkong
mendampinginya atau
tidak. Apa sangat dengan
jelmaan Sibingkong kalau tenaganya mampu
bertahan melawan
bencana yang
menggangu. Tidak
pernah dia harapkan
jelmaan Sibingkong setiap kali orang - orang
kampung memintanya
membantu tatkala
diganggu petaka. Sewaktu ular sawa
sebesar batang pinang
menyusup masuk ke
kandang kambing Itam
Serilah, dia menjadi cemas
apabila kambingnya mengembek - embek
dicerut kuat. Tidak
bertangguh Itam Serilah
beritahu Kasan Tobek .
Sebaik sahaja Kasan
Tobek tercegat di tepi kandang, tiba - tiba
sahaja perasaannya
menjadi berang hingga
tidak disedari terus
meluru masuk ke dalam
kandang. Sekali gus Kasan Tobek
mengheret ular
berkenaan keluar dari
kandang. Tatkala ular
sawa membelit tubuhnya,
jelmaan Sibingkong bagaikan bersatu
dengan dirinya. Lantas
sahaja ular sawa sebesar
batang pinang itu terasa
seperti ular lidi membelit
batang kelapa. Sekali sentap sahaja akan
Kasan Tobek , tubuh ular
sawa itu terpokah tidak
bersisa. Memang terkejut
orang - orang kampung
yang melihat kejadian tersebut seolah - olah
tenaga Kasan Tobek
bagaikan 100 ekor
gajah di tengah hutan. " Kenapa kamu ganggu
kubur Kasan Tobek ? "
lantas saya susupkan
kepala lembaga itu ke
bawah batu jeram.
Setelah ditindih dengan batu jeram, saya melihat
lembaga tersebut
tenggelam di situ tidak
mampu melonjak
bangun. Kemudian saya
hentakkan tumit ke
tanah sambil
membacakan surah al
ikhlas 17 kali hingga saya
melihat batu jeram itu menjadi mampat.
Sewaktu saya melayang
semula ke udara bersama
elusan angin, Lasah
masih lagi terconggok di
perdu pokok temunik. Dia berbisik memberitahu
saya bahawa timbunan
tanah berlonggok di atas
kubur datuknya. selesai.
Viewing all 66 articles
Browse latest View live